Bab 5 Monyet Yang setia(1)

How can we forget?
The first One that kiss
Or at least we hold their friend 'cos
It was so sweet ...
So hard to forget those thing we have
Its our first love

Song of Knowno - first love

........

Masa aku kecil, aku bercuti di Indonesia bersama keluarga. Dan sangat kebetulan, kawan baik, jiran, teman sepermainan dan macam-macam lagi .. pun bercuti di tempat yang sama. Memang masa itu aku ingat hanya sebuah kebetulan. Bila dah besar sikit baru aku tahu yang keluarga dia kerja di tempat yang sama dengan keluarga aku. Percutian itu di taja atas penat lelah usaha mereka. Masa itu memang paling terindah dalam hidup aku. She is my first love. Di restoran itu, ada seorang abang(Ardi) tengok aku dengan dia dengan mata yang bersinar dan tersenyum. Seolah-olah mengatakan itu jodoh aku. Hahahaha. Naif sungguh aku masa itu.

Setelah itu, percutian selesai. Masa bekerja dan aku pula bersekolah. Kemudian, dengar cerita ayah dia naik pangkat dan berpindah ke kelantan. Sarawak ke Kelantan. Jauh. Aku langsung tak ada cara untuk berhubungan dengan nya. Aku masih kecik. Tiada telefon, mahupun emel, fb dan lain-lain. Dia pindah tanpa sempat menatap dia buat kali terakhir. Walau pum sekilas pandang. Agak kecewa juga.

1 tahun kemudian, giliran bapa ku pula naik pangkat. Berpindah lah jawab nya. Tetapi di Johor.
Di situ lah aku tinggal selama bertahun-tahun. Pindah dan berpindah. Hingga sampai akhirnya bapaku membeli rumah tetap tinggal di situ. Tak perlu berpindah. Aku lupa akan dia kerana itu cuma kenangan yang melintas dalam hidup ku. Aku sibuk menghadapi hidup seharian ku. Hingga lah aku dapat tawaran belajar di kolej di Kuala Lumpur.

Aku dapat hostel mewah. Masa tu sangat beruntung. Bayangkan orang lain dapat hostel kedai. Aku dapat apartment. Oh, kolej ni swasta. Kolej biasa je lah. Kenapa aku boleh terima tawaran pun tak tahu... Mungkin sebab nak berpandangan jauh?
Di apartment itu aku berkongsi dengan beberapa orang rakan. Course tak sama pun. Bercampur sebilik. Yang uniknya dalam rumah tu. Setiap seorang mewakili negeri sendiri. Macam aku wakil sarawak dan johor. Hahaha. Cakap je negeri apa. Aku boleh bagi tahu nama, negeri dan tempat diorang. Hahaha. Macam-macam perkara gila kami buat. Salah satunya, ketawa tanpa sebab. Kerana bosan, kami pandang sesama sendiri dan tiba-tiba ketawa selama 1 jam. Sampai guard apartment tu ketuk rumah kami. Lagi satu, masa bulan Ramadhan, main mercun dalam rumah. Hahaha .. gila! Kami tinggal di tingkat 11. Main mercun roket, mancis. Memang apartment kami sentiasa wanted. Cuma ada dua orang masa tu kaki hisap batu(drug) ... Kadangkala bawa perempuan masuk untuk .... Faham sendiri lah. Memang lama-lama masing menunjukkan sifat asli mereka. Berbagai ragam dan perangai. Tapi ada la antara dua orang yang tadi tu, seorang aku dapat nasihat. Dia berhenti atas dorongan kawan-kawan yang baik. Arak pun dah tak minum. Memang nampak biasa kalau di luar. Tapi hakikatnya pelajar kolej atau universiti ada yang hisap drug dan arak. Sistem mereka bebas sebab tak ada periksa beg macam pusat serenti.

Ok, lupakan seketika tentang itu. Suatu hari itu, bas ke kolej rosak. Mak ai! Kata hati ku. Kolej jauh sedikit. Sampai kalau berjalan kaki tetapi lambat masuk kelas lah. Abang driver tu call seseorang dan datang la van persendirian. Van tu memang hantar orang ke kolej. Masa itu aku baru tahu. Tetapi, abang driver van tu dia kutip seorang rm2 untuk upah dia lah kan. Minyak van mungkin. Bersangka baik saja lah. Sekurang-kurangnya dia tak jual benda bukan-bukan.

Masa tu aku dengan seorang kawan ku. Kami berdua memang dah lambat. Sebab masing-masing bangun lambat. Kelas tengah hari hingga ke petang. Terpaksa lah naik van tu. Bukan kami sahaja dia ambil, ada juga tempat lain.

Van itu mula penuh. Berangkat ke kolej. Dalam van itu ada seorang perempuan asyik bercakap je. Aku tak memandang ke orang sebaliknya hanya memandang ke tingkap. Mungkin sebab mengantuk.

Fifi : pening lah . Kau pening tak?
Kawan 1 : tak ada lah.
Fifi : pregnant kot.
Kawan 2 : hish kau. Mulut cabul....
Fifi : kau pening tak?

Dia bertanya pada aku. Aku pun menoleh ke arah nya.

Lutfi : tak lah..

Aku memandang nya sekilas dan menjawab pertanyaan nya. Entah kenapa hati aku menyuruh untuk memandang nya sekali lagi. Secara diam-diam melirik. Dahi aku berkerut. Dia seiras dengan teman sepermainan ku. Tetapi, dulu dia berambut pendek paras bahu. Ini panjang. Tidak! Betullah dia ni. Tanda tahi lalat di lesung pipit nya sudah cukup aku mengenal nya.

Lutfi : errrr nama kau apa?
Fifi : oh Fifi.

Rakan-rakan nya memandang ku seolah-olah aku ingin mengoratnya nya. Sebenarnya aku hanya ingin kepastian. Haaaa, aku mengeluh dalam hati. Ternyata bukan. Nama dia sepatutnya Farina. Cih!

Fifi : nama kau siapa? Macam de ja vu lah kau ni?
Lutfi : nama aku Lutfi.
Fifi : ayang ?!!
Lutfi : argh!??? Kau ke tu?

Ayang ? Haha itulah nama gelaran aku dulu di sana. Semua orang memanggil ku dengan nama itu. Mak aku takut sampai ke besar nama gelaran itu berjangkit jadi dia pun biasa kan diri memanggil ku dengan nama sebenar. Dan hanya dia yang tahu.

Lutfi : farina ?
Fifi : ya aku.. wah kau dah besar ya? Padahal kau dulu pendek.
Lutfi : ingat apa? Kenapa nama kau jadi Fifi?

Baru sahaja dia ingin menjawab, abang driver tu mengganggu kami. Sudah sampai katanya.

Fifi : jumpa kat cafe nanti lah.

Semua berkerumun keluar dari Van itu. Aku tak sempat apa-apa pun. Cafe? Dari awal lagi aku tak pernah pergi ke situ.
Tapi aku harus beranikan diri. Setelah bertahun-tahun, akhirnya aku menemukan nya. Dari sini lah bermula kisah ku ini..

Emel sent to Yamoshi ...

Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top