CHAP 9 MATE
Sudah hampir seminggu Aryana terkurung didalam bilik Ezra. Tak-tak, terkurung tu tak berapa sesuai. Lebih kepada dipenjara! Aryana mengeluh sahaja diatas katil Ezra. Kata-kata yang diucapkan 2 hari lepas, masih lagi berlegar-legar dalam ingatanya.
***
"Kenapa kau tak bunuh aku? " soalan yang sudah sekian lama bermain difikiran akhirnya diluahkan jua. Ezra yang baru sahaja masuk kebilik dengan sedulang makanan mengangkat sebelah kening.
"Apa? "
"Kau pekak ke apa? Aku tanya kenapa kau tak bunuh aku syetooon?"
Ezra mencebik lalu meletakan dulang diatas meja kecil disebelah katil King miliknya. Aryana sekadar mendiamkan diri dan berpeluk tubuh diatas katil.
"Mood kau memang nak marah-marah aje eh? Tanya elok-elok tak boleh? "
"Diri aku bukan kau. "
Ikut hati nak aje Ezra layakan penampar satu. Tapi tak best lah kan? Penampar tak sakit sangat.
"Cepatlah! Kenapa kau tak bunuh aku? " soal Aryana untuk sekian kalinya. Ezra memandang tajam wajah Aryana.
"Kau nak kena bunuh ke? "
Soalan dibalas soalan. Terus Aryana senyap. Ezra tersenyum sinis seraya duduk dibirai katilnya.
"See? Kau tak nak kena bunuh. Jadi jangan tanya lagi-"
"Tapi kenapa kau jaga aku? "
Ezra mendengus sebaik sahaja 1 lagi soalan terpacu dari mulut Aryana.
"Boleh tak kau diam dan makan aje? Rimas tahu tak! "
"Aku nak tahu sebab ajelah! Kau kurung aku hampir 3 hari tahu tak? "
Dua-dua tak mengalah. Dua-dua tak mahu kalah. Dek kerana geram, terus Ezra menolak Aryana sehingga jatuh daripada katil.
GEDEBUK!
"PADAN MUKA! WERKK!! "
Melompong mulut Aryana apabila Ezra selamba menolaknya. Sakit tu, perhh. Rasa nak siat-siat aje kulit mamat putus wayar ni!
"Kau! "
Kali ni Aryana menerkam Ezra dan menolak lelaki itu diatas katil. Mereka bergelut antara satu sama lain. Macam budak-budak bergaduh aje! Tarik-tarik rambut lah, terajang sana sinilah dan paling tak leh blah main tarik-tarik pipi!
"Grr.. lepaskan rambut akulah! ! "
"Kau yang mula dulu! "
"Fine! Kau yang mintak! "
"Argh! Sakitlah gila!! "
Bergegar jugaklah rumah dua tingkat itu. Silver yang menonton television mula timbul urat merah. Tangan yang elok memegang segelas coklat panas bertukar menjadi Ais dan retak. Rian yang bermain dengan Diane teguk liur. Naga dah marah bhai..
"That's it! I kill them today ! I swear! "
"Wow, wow! Calm down bro! Small matter lah! "
"Shut up! Dah, Tepi! Kalau tak aku bunuh kau jugak! "
Terkebil-kebil Diane melihat Rian cuba menghalang Silver yang dah pegang sebilah parah yang tumpul. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Meow, kenapalah abang Silver asyik bad mood aje? "
"Hahaha! Tepi Rian! Aku nak masak kari kepala Ezra malam ni! Daging dia aku kasi anjing liar yang makan! "
"NO! "
***
Nafas Aryana dan Ezra tidak teratur dek pergelutan yang agak lama. Rambut mereka juga serabai. Kesan cakaran juga ada disana-sini. Bilik jangan tanyalah, dah macam tikus beranak 7 keturunan dah!
"D*mn you Ary, habis bilik aku! "
"Salah kau lah kepala monyet! Kau yang mulakan pergaduhan! "
"Aku? Kau kata aku yang mula dulu?! "
Maka bermulalah sesi kedua pergaduhan mereka. Silver dibawah jangan tanyalah, dalam otak dia dah macam-macam cara nak 'masak' sesuatu malam ini. Rian ajelah yang bertungkus lumus menghalang Silver daripada naik ke bilik Ezra.
'Baik kau terima kasih dekat aku lepas ni Ezra.'
Tapi pergelutan untuk kali kedua tak lama apabila Aryana perasan sesuatu yang tidak kena diatas tangannya. Matanya membulat seraya menolak badan Ezra sehingga lelaki itu pula yang jatuh daripada katil.
"Aduh..kau!-"
"Apa ni?! "
Suara Aryana yang naik meninggi membuatkan Ezra berkerut dahi. Dia bangun daripada terus terduduk. Matanya membulat apabila melihat satu ukiran seperti tatu diatas tangan Aryana.
"No way.. "
Terus tangan Aryna disambar. Berkerut-kerut muka Aryana menahan pedih dek cengkaman tangan Ezra. Mata lelaki itu tidak lepas daripada terus memandang 'tatu' yang berbentuk sayap burung itu.
"Lepaslah! Sakit tahu tak?! "
Aryana cuba merentap tanganya tetapi gagal dek kerana Ezra mencengkamnya lebih kuat. Rasa macan nak patah aje!
"Ezraa.. "Aryan dah macam merayu aje. Serius, sakit tangan ni! Ezra seperti baru tersedar daripada dunianya melepaskan tangan Aryana. Aryana berdesih sakit. Tangan yang dicengkap Ezra di usap. Air mata jelas mahu menitik. Ezra jahat!
Ezra pula merenung Aryana. Tanpa sedar, Ezra mengesat air mata Aryana. Air mata itu pula dibawa kebibirnya. Jantung Aryana pula sudah Dup Dap Dup Dap. What the h*ll with this guy?! Aku Dup Dap bukan sebab dia sweet, tapi seram! Dah macam Psycho!
"Sorry girl. Tapi, kau dah jumpa dia betul tak? "
"Huh? " soal Aryana yang masih terkejut.
"Serigala bersayap. Kau dah jumpa dia ke? "
Terdiam Aryana apabila mendengar kata-kata Ezra yang halus dan lembut itu. My gosh!! Why so baik ni?!
"Oit! "
"Huh?"
Terkebil-kebil Aryana memandang Ezra yang dah sengih semacam.
"Tak sangka kau mate untuk si Alpha bersayap tu."
"Ma-mate? Alpha? "
"Yes, serigala tu jenis alpha. Tapi Alpha tu bukan sebarangan. Kau jangan risau, nanti kau akan faham jugak. Cuma buat masa ni.. "
Tangan Aryana ditarik. Serta merta badan gadis itu berada dalam rangkulan Ezra. Aryana mula tak keruan. Darah merah mula menyerbu ke muka.
".. kau akan jadi maid aku. " bisik Ezra ditelinganya.
"Hah? HHHHAAAHHHH?!!!! "
Bergema suara Aryana didalam rumah itu.
"ARGHH!! AKU NAK BUNUH DIORANG!! "
"SABAR ABANG!!! "
***
Dan sekarang dia disini. Bukan sekali dua dia cuba lari, tapi dah berkali-kali! Dan setiap kali dia hampir berjaya, pasti Ezra akan muncul dan gendong dia dekat bahu. Dah macam beg guni aje! Eii!! Geramnya! Lepas tu, Ezra betul-betul layan dia macam maid! Lebih kepada hamba abdi rasanya.
"Oit maid tak berbayar, basuh baju aku dengan adik beradik aku ni! "
"Maid gila, gosok baju aku. "
"Asah pedang aku. "
"Oi oi, kau ingat kau tu siapa? Maid aje tau? M. A. I. D. "
Arghh!! Stress! Ini tak tambah lagi dengan si Silver kepala batu! Contohnya..
First time jumpa:
"Kau lah maid kesayangan si muka kuda tu? Huh, lagi hodoh daripada tuan rupanya. "
Bila dia mamasak:
"Masakan kau hangus. Kau ni memang tak pandai masak ke? "
Bila dia baru aje cuci tandas:
"Kau ni mandi air ke mandi lumpur? Kotorlah! Eww..so jijiks! "
Hadrian Irwin? Dia boleh tahan baik lah jugak. Tapi tulah, tak sangka dia paling sengal antara diorang berdua.
Time dia memasak:
"Weh, ni pedang ke pisau? Dua-dua tajam. "
Waktu malam ketika dia tersapu bedak banyak dekat muka:
"Huwarh!!! Hantu!! "
Dan waktu dia 'dipaksa' ikut memburu:
"Wow! Ary! Tengok tu! Kucinglah!! "-Rian
"Itu musanglah. "-Aryana
Serius rasa macam nak gila bila duduk rumah ni! Keluhan keluar daripada bibir Aryana. Harini tak banyak kerja, jadi dia boleh lah rehat sedikit. Tatu di tanganya dipandang sepi. Bukan setakat Ezra aje yang beriaksi pelik semasa melihat tatu ditanganya, Silver, Hadrian juga sama. Abang sulung mereka, Ezriell juga sama. Hanya Diane yang beriaksi selamba. Mungkin kerana gadis itu masih kecil?
"Siapa kau serigala? Kenapa aku ni mate kau?"
"Auff.. "
Terus Aryana bangkit. Dia memandang sekeliling. Pelik. Jam diding diperhati lalu mukanya berkerut seribu.
'Bunyi apa tadi tu? Sepatutnya Ezra dan lain-lain tak balik lagi. Diorang kalau memburu bukan 1 ke 2 jam. Selalunya berjam-jam! '
'Purr.. Auff!'
"Tak boleh jadi! "
Terus Aryana bangkit lalu kaki melangkah ke arah tingkap. Dia memerhati sekeliling sehingga ternampak seekor serigala putih bercorak hitam. Matanya membulat dikala mata menyapa susuk tubuh serigala itu. Serigala bersayap!
'... my wing... '
Suara serigala itu tiba-tiba menyapa didalam kepala. Membulat mata Aryana ketika itu. Tingkap dibuka tetapi sebelum sempatpun dia mahu memanggil, terus serigala itu berlari kedalam hutan dan hilang begitu sahaja. Aryana yang masih terkejut kembali menutup tingkap. Helaan nafas berat dilepaskan dan kepala direhatkan di cermin tingkap itu.
"Apa yang dia maksudkan dengan 'my wing?'
" dan paling penting, kenapa jantung dia boleh Dup dap? Jadi betul lah dia ni mate kepada serigala tu?!
"Ini gila! Memang gila! "
"Fuuuh.. "
"Ekk!! "
Terjerit kecil Aryana dibuatnya apabila hembusan hangat Ezra menyapa telinganya. Badan dikalih kebelakang seraya menutup telinga yang menyapa hembusan nafas Ezra tadi. Matanya terkebil-kebil melihat Ezra betul-betul dekat denganya dan..
.. dia tak pakai baju.
"Argh!!! Ezra you pervert! Go get some clothes lah!! "
"Whyyy? Clothes hot. Badan aku tak suka baju. Baju ni musuh. "
"Kepala hotak kau! Pergi pakai bajulah syeton!!"
Ezra ni memang tau! Suka tak pakai baju! Bukan sekali dua, tapi dah berkali-kali! Urgh! Sakit hati!
"Geez, Ary. You sound like a old man. So ugly."
Melompong mulut Aryana dengan ayat selamba badak Ezra. Kecik besar-kecik besar aje Aryana tengok Ezra. Dek kerana geram, terus kakinya mahu melangkah keluar daripada bilik. Panas weh panas!
"Not so fast wild beast. "
Terus Ezra merentap tangan Aryana. Rentapan itu serta merta membuatkan Aryana jatuh dalam dakapan lelaki itu. Mukanya elok tersembam pada dada bidang Ezra. Mukanya mula berubah merah.
"Why so mad, wild beast? You making my heart beats faster than usual. Kau nampak terlalu comel. "
Bisikan yang lembut dan halus itu menjentik hati Aryana. Lelaki ini tak pernah buat dirinya tak tentu arah. Hampir setiap hari ayat sinis dan manis meniti dibibir lelaki itu.
'Aku memang dah gila. '
"Dah."
"Huh? "
Ezra ketawa seraya menolak lembut Badan Aryana. Tak lama kemudian, mata Aryana membulat apabila seutas rantai elok tergantung dilehernya. Rantai berwarna kelabu itu cantik dihiasi beberapa crystal biru bercampur putih. Buah rantai itu pula berbentuk kepala serigala.
"Suka? " soal Ezra.
"Ezra, ini.. "
"Dia yang bagi. "
Aryana berkerut muka seraya mengangkat kepala. Matanya dan Ezra bertentang.
"Siapa? "
"Serigala tulah. Nama dia Heart. "
Terdiam terus Aryana. Heart? Jadi betul lah serigala tu datang tadi?
"Kau.. kenal.. dia ke? " soal Aryana. Entah kenapa hatinya agak kecewa dan dalam masa yang sama dia suka? Ezra tersenyum kelat. Kepala Aryana diusap lembut.
"Lebih dari kenal. You don't know how much I want to tell you about our relationship. But from now, let it be as a secret. "
"Ezra .. "
"Dah, baik kau turun sediakan makanan dengan abang Ell. Nanti kebulur pulak aku. "
Badan Aryana dipusing kebelakang lalu ditolak keluar daripada biliknya. Pintu ditutup. Aryana pula mengeluh berat. Rantai pemberian ' Heart ' dipandang lunak.
"Kenapa hati aku berharap kau yang bagi?"
Matanya beralih ke pintu Ezra.
".. Ezra. "
Ezra yang berada didalam bilik sekadar bersandar si pintu biliknya. Belakang kepala disandarkan di pintu.
"Aku pun berharap benda yang sama Ary. "
_____________________________________________________________
Ezra VS Wolf 😂?
Who gonna win eh? 😂
Thanks for the vote and comment 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top