CHAP 6 GOODBYE BLIND
Kaki diayun kiri dan kanan. Sambaran kilat dilangit tidak dihiraukan oleh sang jejaka. Rambut merahnya beralun dek lariannya. Peluh juga mula menghujani badan dan muka. Mata birunya melilau disekeliling. Dia hanya berbaju putih dengan lengan pendek, berseluar kulit hitam.
"Where are you Aryana? Please don't do something crazy.. " doanya dalam bisikan. Apa yang diceritakan oleh Skyler sungguh memgejutkan dia.
"Aryana dah putus tunang. "
Sumpah! Dia tak tahu langsung tentang itu. Sekarang apa yang dia pasti, dia harus mencari Aryana. Fikiran Racel juga mula serabut apabila mengetahui bahawa Aryana hilang sebaik sahaja waktu persekolahan. Kalau ikut fakta Aryana tidak dikira sebagai hilang, tetapi risau jika dia terlampau mengikut emosi, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Lagi-lagi dia terlalu sayangkan tuanangnya separuh mati.
"Racel kau dah jumpa dia? " tiba-tiba satu suara menerjah masuk kedalam fikirannya.
"Belum! Aku tak tahu nak cari dekat mana lagi. Kau dengan Rachel macam mana? Any progress? "
"Negative. Aku tak jumpa apa-apa pun. " balas Rain. Racel mendegus kegeraman.
"Kilat ni.. " satu lagi suara menerjah. Skyler memandang kerah langit. Di suatu kawasan. Hanya di situ awanya membentuk pusaran. Matanya membulat apabila kilat hitam menyambar kawasan tersebut!
"Aryana ada di Tebing Greenlins! "
"YOU SAY WHAT?!"
"Woi! Berdesing kepala aku! " marah Sage dan Aryana serentak. Racel, Rain dan Rachel hanya tersengih sumbing.
"Alright, kau pergi ke sana dulu Sky. Kami follow belakang. "
Skyler tidak membalas. Terus kakinya berlari ke arah kawasan hutan. Rakan-rakannya yang lain juga berbuat sedemikian.
***
ZAAPPP!!!
KRAAANGGGG!!!
BAMMMMM!!!
"AHAHAHA! JUST THAT? LEMAH WEH! HAHAHAHA! "
Ezra tidak habis-habis memprovok Aryana. Walaupun bahagian lengan kanannya sudah terbakar sedikit dek kerana disambar kilat Aryana, Ezra masih licah mengelak dan menyerang. Pisau di tangan tidak dilepaskan langsung. Aryana semakin ganas menyerang! Rambut hitam miliknya juga terapung diudara!
"Kau ingat kau kuat sangat ke hah?! "
"Of course lah.. "
Ezra mengangkat bahu dengan muka yang bangga. Sengihan masih elok terukir dibibirnya. Aryana semakin berang! Dalam sekelip mata, dia hilang daripada pandangan. Ezra hanya memandang sepi. Dia membengkokkan sedikit kepalanya ke kanan! Serentak dengan itu muncul Aryana dengan sebilah pedang hitam. Mata mereka bertaut sesaat sebelum Aryana hilang sekali lagi. Ezra mengukir senyuman sinis.
"Nice. But not too nice! "
DUSSHHH!!!
Satu tumbukan elok mendarat di perut Aryana! Mata gadis itu membulat bersama darah yang keluar daripada mulutnya! Sekali lagi dia hilang daripada pandangan. Ezra hanya ketawa. Darah yang tercalit dipipi dilap.
"Come on buta, tak akan kena tumbuk sikit kau sudah berundur? "
Kali ini Ezra membongkokkan badan kehadapan lalu satu libasan kaki belakang dihadiahkan tepat dipipi Aryana! Gadis itu terpelanting ke kiri lalu menghempas batang pokok berhampiran! Darah tersembur keluar! Ezra masih dengan sengihan. Badan diregangkan.
"My show time.. "
Aura gelap mula menyelumbungi dirinya. Mata hijaunya mula bercahaya terang begitu juga pisaunya. Aryana masih terkial-kial untuk bangkit. Matanya mula berbalam-balam dek kerana darah yang mula mengalir di dahi kananya. Tak sampai beberapa saat matanya membutang apabila Ezra tiba-tiba muncul dihadapannya! Sebelum sempat dia melakukan apa-apa, bawah rahangnya dicengkam lalu kepalanya dihempas ketanah!
"Ahak! " darah terpacu keluar! Ezra hanya memandang tanpa perasaan! Kemudian badan gadis itu diangkat dan dibaling sehingga menghempas satu lagi batang pokok!
BAMMM!!!
Pandangan Aryana mula kabur. Badannya tidak mampu untuk bergerak. Apa yang dilihatnya sekarang hanyalah susuk tubuh Ezra yang mula mendekat dengan bayangan sesuatu dibelakangnya. Pisau ditangan Ezra juga mula terukir tulisan-tulisan purba yang bercahaya kehijauan.
Kali ini kaki Ezra betul-betul di dihadapan mata Aryana. Wajah tanpa emosi tetapi tercalit aura membunuh yang sangat kuat. Baginya, Aryana memang bodoh kerana mahu membunuh diri! Ya,Ezra sangat benci dengan mahluk yang tidak menghargai nyawa sendiri! Hanya fikirkan diri sendiri, habis tu orang disekelilingnya? Lebih baik dia sahaja yang tamatkan riwayat gadis itu.
"Kau... nak bunuh.. aku? " soal Aryana dalam kepayahan. Ezra melutut sebelah kaki. Pisau dibawa ke tengkuk Aryana.
"Kau rasa? " soalnya datar. Aryana kelip mata sekali. Matanya bertaut dengan mata Ezra. Mata lelaki itu penuh emosi, amukan marah,kebencian Dan..
.. Sedikit kekecewaan.
"Go ahead. " dua patah itu sudah cukup untuk membuatkan Ezra ketawa mengejek. Go ahead lah sangat! Badan pun dah mengeletar, nak suruh aku go ahead? Go to hell lah!
"Heh,memang tak ada otak. Ah well.. "
Pisau diangkat tinggi. Ezra tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya. Taring juga kelihatan tajam. Matanya bersinar begitu juga pisaunya.
".. good bye, blind. "
SSSLLLAAASHHH!!!
***
Silver memerhati sahaja kilat yang menyambar diluar. Tangan disilang ke dada. Rian pula sedang elok membuat kek didapur manakala Ezriell elok lena di sofa kulit di ruang tamu. Silver menghela nafas berat. Perasaan risau mula bertandang dihati. Ezra..
"That guy.. "
"Silvy.. "
Silver tersentak dengan panggilan itu. Pandangan yang dingin, berubah lunak dan lembut dikala memandang gadis kucing yang sudah dianggap adik. Senyuman manis diukir lalu mendukung Diane yang memeluk Teddy bear coklatnya. Ubun-ubun gadis itu dikucup sayang.
"Kenapa ni Diane? Sedih aje abang tengok " tegur Silver. Diane pula hanya menyandarkan kepala dibahu abangnya.
"Diane nak abang Ezy. Kenapa Abang Ezy tak balik lagi? " soalnya dengan mimik muka sedih. Silver terdiam sejenak.
"Nanti dia balik. " itu sahaja yang dapat dia balas. Diane mengeluh. Serba salah Silver melihat muka murung Diane. Tetapi perasan bengang terselit juga. Bengang dengan perangai bangang Ezra! Dah lah keluar tak bagi tahu! Lepas tu entah apa yang di buatnya di kawasan Bukit Greenline sampai kuasa di lepaskan. Selamat Abang Ezriell masih tidur, kalau tak memang dalam tanah Ezra malam ni.
"MY TIRAMISU KEK DAH SIAP!!!! "
"Oh mak kau aku cium! "
GEDEBUK!!
Rian mula pucat. Terus dia berdesup lari kebiliknya di tingkat 2. Urat merah mula muncul di kepala Ezriell manakala dahi kanannya benjol dek kerana terjatuh daripada sofa. Silver pula hanya tersengih kelat begitu juga Diane. Silver dan Diane berbalas jelingan.
"Matilah Riany.. "
"Kita doakan roh dia selamat aje. "
"HADRIAN IRWIN!!!!"
DUSH!
DUSHH!
DUSHH!!
"AMPUN!! "
KECAKK!!
Silver sudah teguk liur manakala Diane sudah lama dia tutupkan mata. Sekarang Rian elok terbaring diluar bersama kepala yang tertanam didalam tanah. Cermin pecah itu bagaikan menonton cerita horror bagi Silver! Abang Ezriell baling Rian dekat cermin depan dia kut! Ezriell dengan mata yang masih merah mendegus kasar lalu kembali ke sofa dan menyambung mimpinya. Silver menjeguk keluar daripada tingkap yang pecah itu. Perlahan-lahan bibir mengukir sengih.
"Haa.. macam tu lah aku rasa bila nak kejut abang Ell. Baru kau tahu langit tinggi rendah. Pantang kalau lena dia dikacau! " gumam Silver sambil terangguk-angguk.
"Abang Silvy cakap dengan sapa? " soal Diane yang hanya mendengar sipi-sipi.
"Nobody."
"Kenapa Diane dengar tingkap pecah tadi? "
"Abang Rian jadi bodoh. Dia lupa cara nak guna pintu, jadi dia guna tingkap. IQ dia kan lagi teruk daripada baby. " selamba sahaja Silver membalas lalu mengalihkan tanganya daripada mata Diane. Diane pula hanya teranguk-anguk walaupun masih keliru.
Abang-abang dia suka buat benda pelik!
___________________________________________________________
Jangan lupa vote and comment ya Guys😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top