CHAP 4 TAK SAYANG ADIK!

"Care to explain? "

Silver, Ezra dan Rian hanya menekur lantai. Soalan yang terpacu keluar dari seorang lelaki bertubuh tegap dibiarkan seperti angin yang lalu. Rambut putihnya diikat gaya man burn. Parut jelas terukir di dari dahi dan melintasi batang hidungnya. Mata yang berwarna kelabu tajam menatap ketiga-tiga remaja lelaki itu.

"Dah tak ada mulut eh? Aku tanya soalan tak pandai dah nak jawab? "Jelas lelaki itu sedang berang.

"Maaf. " Silver mewakili mereka bertiga. Dia tahu Ezra dan Rian tak akan membuka mulut. Gerun mereka dengan lelaki yang berada dihadapan. Lelaki itu hanya menghela nafas berat.

'Kesian pulak aku dengan diorang ni..'

Pandangan mata lelaki itu berubah lembut. Tidak seperti tadi yang bermata helang dan boleh menerkam bila-bila masa sahaja!

"Korang kalau tak buat masalah memang tak sah kan? "Soalnya dengan keluhan.

Terus ketiga tiga mereka mengangkat muka. Senyuman terukir dibibir lelaki itu.

"Korang pun tahu abang tak boleh marah korang lama-lama. Lagi-lagi si kecik ni! Nak nangis dah dia. "

Terus Rian memeluk Ezriell dengan linangan air mata.

"Huwarhh!! Maaf sebab dah buat abang Ell risau! Rian.. Rian.. huwarhh! "

Ezriell ketawa kecil dengan perangai manja Rian. Suka sangat nangis . Cengeng!

"Soooo...? " melerek sahaja suara Ezra. Kaki menguis lantai.

Ezriell ketawa lalu mendepakan sebelah tangan kanannya memandangkan tangan kiri elok memeluk Rian. Muka Ezra berubah ceria lalu memeluk tangan lelaki itu.

"Silver?" Soal Silver seperti tidak puas hati. Asal aku sorang aje yang tak dapat peluk abang? Ini pilih kasih namanya!

"Come here lah.. " panggil Ezriell dengan senyuman. Terus Silver menerpa lalu memeluk badan Ezriell dibahagian pinggang. Ezra dengan Rian pulak yang bengang.

"Eii sibuk ajelah! " serentak mereka merungut.

"Abang aku, ikut suka aku lah aku nak peluk kat mana!"

"Abang kau abang kitorang jugaklah bengong! "

"Duh korang ni, nak peluk aku pun berebut. Tak matang langsung! " naik sengih jugak Ezriell dengan perangai tak matang tiga ekor ni.

"Yelah, sebab abang Ell abang kitorang! Kitorang aje boleh peluk abang! " serentak mereka berkata.

"Amboii, tadi bukan main gaduh. Kalau fasal aku bukan main korang sehati sejiwa ya? " tergelak kecil Ezriell. Makin kuat gelaknya apabila terasa pelukan mereka bertiga semakin ketat. Aduhaii adik-adik ku..

"Sebab kitorang sayang abang.. "

"Hoi tak hinggin aku nak madu tiga dengan korang! Aku punya cita rasa pada perempuan lah gila! "

"KITORANG PUN NAK DEKAT PEREMPUAN LAH!! "

Terus mereka melepaskan pelukan bersama muka yang bengang dan jijik. Ezriell dah tergelak terbahak.

"Muka dia pun macam jamban tersumbat." Kata Ezra. Terus gelak Ezriell mati. Terasa memamg terasa, tapi tu ahh kena hati kena kental sikit depan setan ni.

"Tah, siap bercalar lagi." Kutuk Rian. Silver hanya diam dan teguk liur. Muka Ezriell dipandang dengan ketakutan, Haa sudah... Malaikat maut dah datang menjeput oit!

"Hodoh sangat ya muka abang?" Soal Ezriell dengan mimik muka suci. Silver dah menyorok bawah meja makan.

"Ha'ah. " balas Ezra dan Rian tanpa sedar. Silver dah berdoa agar sengal kuasa dua itu selamat.

"Ouuh.. "

DDDUSSSHHH!!!

DDDDUUUSSHHH!!

DDDDDUUUUUUSSSHH!!

"Sss... damn, that's really hurt. " tutur Silver sebaik sahaja melihat keadaan Ezra dan Rian. Seorang dah kena timbus dengan sofa yang entah berapa tan beratnya, seorang lagi dah tertanam kepalanya dalam dinding. Perh ngeri!

"Kau rasa aku hodoh jugak ke? " soal Ezriell yang kini betul-betul di hadapan Silver dengan pisau. Bapak seram!

"Kacak, kacak, kacak! " laju Silver menjawab. Ezriell tersenyum lalu bangkit dan berlalu pergi. Silver menarik nafas lega. Kedua sahabatnya dipandang simpati.

"Aku harap korang bahagia di alam sana."

Ciri-ciri orang tak sayang member.

***

Jelas wajah Ezra dan Rian cemberut. Hodoh gila! Macam kera tercekik daun pisang!

"Dah dah, tak payah nak tunjuk muka tu. Nanti korang cari aku jugak, pergi mandi lepastu explain pada aku kenapa korang balik awal. Cepat! Kalau tak, tiga-tiga aku masukan dalam kubur! "

Memang tak sayang adik betul! Gumam mereka dalam hati. Kalau depan-depan nanti memang mati betul-betul. Bala, bala..

"Aye-aye sir! "

Berdesup tiga ketul itu naik ke bilik masing-masing. Ezriell ketawa di ikuti dengan gelengan kepalanya.

"What a trouble triplets.."selang beberapa saat, rumah dua tingkat itu bergegar lagi.

"ARGHH!!" Ezriell mula mengeluh sebaik sahaja mendengar suara Silver dan Ezra menjerit.

"Apa kau buat dalam bilik mandi aku Ezra?! Aku nak mandi lah si*l! "

"Kau tu pulak! Tak reti nak ketuk dulu ke? Nak tengok sangat cakap lah gila! Nanti aku hantarlah kau dekat kelab malam untuk manusia tak normal !"

"Kepala bab* kau! "

"Silver, kau ada tak-ARGHH!!! Abang Ell!! Silver dengan Ezra buat khalwat dalam bilik air!! "

"WOI! "

Terus Ezriell menepuk dahinya.

".. and stupid too. "

***

"Arghh!!!!! "

Aryana menekup mukanya dengan bantal lalu menjerit sekuat hati! Berang dia pada Ezra tadi masih belum reda, kini ditambah pula dengan masalah lain. Mana taknya, seorang lelaki yang bergelar 'tunang' memutuskan tunangan mereka kerana 'perempuan' lain. Memang klicé. Tapi tua ahh dah nasib. Ikutkan hati, nak sahaja dia layangkan sebilah pedang sehingga tembus otak!

"Dasar jantan tak guna!!! "

Aryana bagaikan orang gila. Kilat-kilat hitam mula menyambar dilangit. Semakin kuat Aryana menjerit, semakin kuat kilat dilangit menyambar bumi. Ezra yang melihat daripada biliknya mengerut dahi yang sudah benjol sebelah dek kerana dipukul Ezriell. Sebab bergaduh tadi, tak fasal-fasal tiga-tiga kena hentak dengan kuali. Sakit ooo.. selamat abang Ezriell tak guna lesung batu.

"Siapalah yang gila sangat tak pandai kawal kuasa ni? Haih.. kalau kena aku ni mampuslah jawabnya. " kaki diatur ke ruang karma. Rambut basahnya dilap lalu disisirkan kebelakang. Alamari baju ditujui. Ezra bersiul-siul sambil mencari baju yang sesuai untuk dipakai.

"Ezy.. Ezy.. "

Siulan Ezra terhenti apabila terdengar suara kecil yang memanggil. Kepala di tunduk kebawah. Senyumannya melebar. Dia bercangkung di hadapan si pemanggil.

"Hey Diane . Lama ke kau tunggu aku? " soalnya sambil mengusap kepala gadis kucing yang kecil itu. Berwarna emas dan bermata coklat besar. Badanya bagaikan kanak-kanak bersama telinga dan ekor kucing. Diane tunduk sambil menguis-guis lantai. Jari jemari elok bermain bersama.

"Lama. Ezy janji nak bawak Diane jalan-jalan? " Mata coklat bulatnya menatap wajah Ezra dengan penuh berharap. Ezra ketawa kecil lalu mendukung gadis itu. Perlahan-lahan tubuh kecil itu dilabuhkan diatas birai katil.

"Stay here for a moment. Aku nak pakai baju. Jangan intai eh? "

"Oopsy!! "

Terus Diane menutup matanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Ekornya bergoyang kanan dan kiri. Ezra ketawa kecil melihat telatah comel Diane. Eleh malu lah sangat! Ni nak terkam ni! Hahaha..derr..miang dan Ezra berpisah tiada...

***

"Kau nak pergi mana? " soal Hadrian yang baru sahaja habis mandi dibiliknya. Tangga dituruni bersama tangan yang masih mengelap rambut yang basah. Ezra yang berada di pintu keluar memalingkan badan. Sengihan nakal mula terukir dibibir dikala melihat susuk tubuh Rian. Jelas 2 tanduk keluar dari kepalanya.

"ARRHHH!!RIAN ADA KUCING DEKAT BELAKANG KAU! "

"ARGHH!!! MANA?! "

Dek kerana gelabah, tak semena-mena badan Rian hilang keseimbangan lalu jatuh dari tangga!

GEDEBUK!

"Ahahaha.. you stupid dumbass! Hahahaha..! Penakut kucing! Hahaha! "

Mengekek Ezra ketawa apabila Rian elok terjatuh kebawah. Nampak tak bertapa h*natnya seorang Ezra? Rian jangan tanyalah, dah nak nangis dah. Tapi tahan jugaklah, nanti tak fasal-fasal satu lagi sakit datang! Sakit hati!

"Ahh.. Kau menghidupkan hari aku, oh and Diane ajak aku keluar hari ni. "

"Diane? "

"Riany!! "

Kini pandangan dua jejaka itu tertupu pada Diane yang sudah elok berdress pink. Rambut panjangnya diikat gaya tocang dua. Rian tersenyum lalu melutut sebelah kaki even tengah sakit nak mati! Kini Diane elok berada dihadapanya.

"Cepat aje kan kalau kau nak keluar dengan Ezy?" pipi gadis kucing itu dicuit manja. Diane ketawa kecil dengan perbuatan lelaki itu.

"Mestilah! Kalau keluar dengan Ezy nanti dapat coklat! "

Polos dan naif sahaja jawapan si kecil. Ezra yang mendengar hanya buat muka redha. Sudah lali dengan Diane yang sentiasa mahukan coklat setiap kali bersamanya. Duit jangan tanya arh.. memang melayang habis. Rian pula buat muka 'Aku harap kau pokai habis'.

"Dah-dah. Jom Diane. Nanti kedai tutup tak ada dah coklat. "

"Nooooo!!! "

Terus Diane berlari kearah Ezra lalu tangan dinaikan ke atas. Muka dibuat sedih bersama telingan yang diturunkan kebawah. Mulut mencebik-cebik. Nak dukung! Ezra dah gelak mengekek. Lahaii adik. Badan gadis kecil itupun dibawa kedalam dukungannya. Rian yang melihat hanya tersenyum suka.

"Beli lebih sikit coklat tu. Aku nak buat kek."
Pesan Rian. Matanya turut bersinar-sinar. Ezra pula hanya mengangguk malas.

"Bye-bye! Riany!! " lambai Diane dengan senyuman. Rian juga membalas lambaian si gadis kucing.

"Bye sugar heart. "

_____________________________________________________________

Another Chap for this week 😂. Kemunculan 2 character baru and salah seorangnya agak brutal, Tak lain dan tak bukan Ezriell Granbell 😂..k jangan lupa vote ehhh.. 😂.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top