CHAP 3 ON!

Lama Silver memegang tangan Skyler. Matanya juga tidak lepas daripada menatap mata emas Skyler. Skyler mula tak senang. Apahal mamat ni pegang tangan dia lama lama?

"Weh Silver, asal lama tho kau berjabat dengan dia? Tak akan dengan tangan minah ni pun kau dah bernafsu..? Teruk betul hormon kau.. " soal Ezra tak berlapis, sambil tu tangan disilangkan dibelakang kepala.

TUKKK!!

"Arghh!!! What the hell Sil?! Apahal kau baling buku aje dekat aku?! "

Silver hanya mengangkat bahu dengan muka tak bersalah. Pandangannya dikalih kepada Pengetua Stellar setelah melepaskan tangan Skyler. Ezra pula mendengus tak puas hati. Rian pula ketawa mengejek membuatkan Ezra bertambah bengang.

"Jadi boleh kami ke kelas sekarang? "

"Skyler akan tunjukan jalan. Kalau kamu bertiga mahukan apa-apa, boleh terus jumpa saya. " kata Pengetua Stellar ramah.

"Macam tu aku nak body dia lah.. nampak macam subur lagi tu.. " bisik Ezra kepada Rian. Kali ini Rian pulak yang bengang. Menjegil dia memandang Ezra. Tanganya laju menumbuk bahu lelaki itu.

"Pervert! "

Ezra hanya sengih miang lalu ketawa kecil. Senang aje anginya berubah. Silver yang memerhati hanya mengeleng kepala. Tahu sangat dengan kepekatan warna 'biru' di otak Ezra.

"Jadi Skyler, jom hantar kami ke kelas ya? "

Ajak Ezra dengan senyuman manis kepada Skyler . Bahu Skyler pula dipaut manja. Skyler mula tak senang dengan perilaku lelaki itu, lalu menolak Ezra jauh darinya.

"Kau. Duduk. Jauh. Jauh. Daripada. Aku. "

Sepatah-sepatah yang diucapkan Skyler kepada Ezra. Ezra dah terkebil-kebil manakala Rian dan Silver sudah ketawa berdekah.

"Maaflah bro, kau memang dibenci ramai.. "

"Bertabahlah.. "

Ezra menarik muka. Menyampah!

"Gediklah!! "

Serentak Rian dan Silver mengetuk kepala Ezra sebelum selamba lari keluar daripada bilik Pengetua. Ezra pula melompong dengan tindakan mereka.

"Kuaja!! "

Terus dia berlari keluar! Kini hanya tinggal Skyler dan Pengetua Stellar sahaja. Pengetua Stellar ketawa kecil manakan Skyler sudah mengeluh.

"Saya harap kamu tak kisah untuk cari mereka. "

"Tak, saya tak kisah. "Pasrah ajelah..

***

DUSHH!!

"Auww... "

Rambut emasnya digosok. Mukanya jelas memaparkan kesakitan. Kulitnya yang putih susu menambahkan kecantikan wajahnya. Mata yang berwarna biru cerah itu bersinar apabila dicelik. Tag namanya tertulis 'Aryana'.

"Err...ma- "

"Aku rasa kau tak buta untuk nampak aku."

Sepotong ayat itu sudah cukup untuk membuat hatinya panas. Straight to the point terus!

"Ayat kau tak boleh sopan sikit ke? Aku tak sengajalah! " Aryana masih cuba untuk mengawal emosinya.

"Ayat Klisé tho. Sorry, maaf kau tak diterima. Titik! "

Ujar lelaki berambut perang atau yang lain dan tidak bukan, Ezra. Mana taknya, waktu dia main aci kejar dengan dua ekor setan tu jugak ada orang nak langgar. Sakit atiiii!!!

"Abistu kau nak aku buat apa? Melutut bagai? Hell no lah! " terus kesabaran Aryana hilang disitu.

"Oh tidak.. kau mencarut ke budak?! Hey siapa yang ajar hah?! Kau tu perempuan tahu dak?!"

Bahu Aryana dipegang lalu digoncangnya tubuh yang kecil itu! Makin berasap Aryana Dengan mamat didepannya ini. Ikut hati memang mamat ni mati, ikut rasa memang dia binasakan habis-habisan!

"Aku bukan budak lah! "

"Huh? Tapi badan- RIAN, SILVER!!! "

Terus ditolak badan Aryana sehingga gadis malang itu terjatuh semula. Rian dan Silver yang baru memasukan lolipop didalam mulut terpasa berlari semula kerana takut ditangkap oleh Ezra. Aryana pula sudah tercegang. Wahh... macam tu aje dia baling aku?!

"Oit tak ada kelas ke nak duduk? "

"Racel? "

Racel yang berambut merah darah itu mengangkat sebelah keningnya. Dada bidangnya jelas kelihatan apabila 2 butang baju atas tidak dibutangkan. Parut serong juga kelihatan sedikit pada bahagian dadanya.

"Kau kenapa duduk dekat sini? Mengemis? "

Dengan linangan air mata, terus Aryana memeluk Racel. Racel pula terdorong kebelakang dek kerana pelukan Aryana yang mengejut. Kuat gila budak ni!

"Ada.. ada orang tolak aku...! Huwarhh!! "

Tolak?

Sejak bila Aryana ni pandai confess dekat lelaki?

Bukan dia dah ada tunang ke?

Pelik, tapi..

Teruk jugak penangan kena tolak ni ya?

Nak tak nak Racel pasrah ajelah. Membiarkan dirinya menjadi tempat tangisan Aryana. Macam budak budak! Baru kena tolak cinta,bukannya kena tolak jatuh ke apa.. Oleh kerana simpati, Racel melayan ajelah si Aryana.

Dari jauh 2 ketul itu memerhati adegan drama air mata antara Racel dengan Aryana diatas pokok.

"Note one, berjaga-jaga dengan manusia berambut rambut perang dalam Academy ni. Mejoritinya macam diva. " ujar Silver.

" ... dan salah seorang daripada mereka ialah Ez... walaupun lelaki, tapi tak mustahil dia boleh jadi diva mintak kaki. " sambung Rian.

"Setuju. "

"Woi! "

Laung Ezra kegeraman dibawah pokok. Suka hati mak nenek diorang aje kutuk aku! Rian dan Silver memandangnya sekilas kemudian menggeleng kepala laju-laju.

"Bahaya, bahaya, bahaya. "

***
Senyap. Itulah yang boleh digambarkan dengan suasana di sebuah bilik darjah itu. Seorang guru yang berkulit pucat sepadan dengan warna rambut hitamnya yang berjuntai dihadapan. Dibawah matanya terdapat lingkaran hitam tetapi iris mata yang berwarna hitam bersinar terang dengan keyakinan.

"Aku malas nak terang panjang lebar..dan aku straight to the point terus..you guys gonna have new classmates. So behave or what so ever.. you three can come in and intro yourself. " begitu sahaja Cikgu yang bername tag 'Eddy'

Seraya dengan itu, Silver dahulu mengatur langkah masuk kedalam Kelas Elit itu. Pandangan mata hijaunya membuatkan ramai perepuan dikelas itu cair meleleh.

"Silver. Silver Gallant. 19. " terus Silver senyum. Bunyi cengkerik pun boleh dengar.

"Tu aje? " soal salah seorang pelajar lelaki. Itu aje yang intronya?

"Habistu kau nak aku intro apa? Boxer yang aku pakai? Single ke tackle? Berapa ramai gadis yang aku tolak or tidur? Or aku gay ke tak? Sorry bro aku normal. "

Hambik kau. Nak sangat kan? Intro aje kot.. tahu nama dengan umur sudah lah, tak payah nak tahu siapa aku!

Terdiam semua yang mendengar. Lelaki yang menyoal tadi berubah bengang. Nak aje dia layangkan penumbuk dekat muka Silver. Kurang diajar betul! Silver pula hanya papar muka bosan.

"Weh gila kau pulak! "

"Aku jugak yang kau gilakan..yang diri kau gila tak fikir pulak?! " berang jugak Ezra dengan Silver. Suka hati aje panggil aku gila! Tengok diri dulu lah! Dasar gila kuasa dua!

"Sejak bila aku gilakan kau? Lain lah kalau kau yang gilakan aku. But tulah, give up ajelah bro..i love girls. " sinis sahaja nada suara Silver. Urat merah mula timbul di atas dahi Ezra dek kerana bengang.

"Daripada aku pilih kau, baik aku pilih Rian lah!"

"Daripada kau, aku lebih rela pilih Silver. "

Sampuk Rian yang menyandarkan badan di luar dinding kelas. Kedua tanganya disilang ke dada. Ezra yang mendengar meletakkan telapak tangan kanan didada bersama wajah yang sakit. Sakit lah sangat..

"Sampai hati kau Silver.. kau dah curi hati Juliet aku!! " Mula dah drama patah hati Ezra..

"Apa-apa jelah.. " Ujar Silver bersama mata yang naik ke atas. Menyampah dengan perangai tak semengah Ezra. Ezra pula mencebik. Nak drama sikit pun tak leh. Kaki laju diatur masuk. Badan dikalih menghadap rakan kelasnya. Tiba-tiba matanya menangkap satu figura perempuan yang juga terkejut melihatnya.

"Buta?! "

"Gila?! "

Serentak jari telunjuk Ezra dan Aryana dihalakan kearah satu sama lain. Silver hanya mengangkat sebelah kening manakala pelajar Kelas Elit termangu-mangu.

"Kau kenal dia Ryana? " soal Sir Eddy dengan mimik muka bosan. Aryana pula tidak pantas menjawab soalan gurunya.

"Dia! Dia yang tolak aku Racel! "

"Oo.. " balas Racel dengan muka bosan.

Kali ni Aryana pulak yang tercegang. Itu aje riaksi dia?

"What?"

"Itu aje yang kau balas? Sampai hati! "

"Habis tu? Kau nak aku jawab apa? Kena tolak cinta aje."

"What?! Bukalah! Eii!! Kau memang kawan tak guna!! "

Maka mulalah debat antara Racel dan Aryana. Rakan-rakan yang lain hanya melihat dan tercegang. Sir Eddy cuba mengawal keadaan walaupun tak bersungguh. Nampak sangat kemalasan disitu. Ezra dah gelak sakan didalam hati.

"Duhh kalau bising-bising ni boleh ke nak intro bagai? " soal Rian yang masuk tanpa diundang.

"Kau tak payahlah Intro. " cadang Ezra lalu menolak bahu Rian untuk keluar daripada kelas. Silver pula mengekor daripada belakang.

"Habistu aku nak buat apa?"

"Kita balik nak? First day, apa salahnya ponteng kan? " cadang Silver . Ezra dan Rian dan-dan sengih sumbing. On tak on!

"ON! "

Terus tiga ketul itu keluar daripada kelas Elit tanpa rasa bersalah. Ezra bersiul dan laju Sahaja seekor garuda gergasi mendarat dihadapannya. Haiwan kuno itu ditunggang mereka lalu terbang diangkasa.

"Hahaha...! Tak sabar nak buat Academy tu kacau bilau! "

_____________________________________________________________

Ini untuk permulaan.😂 kalau ramai yg Vote saya update ya? 😂 alaa..nk dalam 15 vote aje dulu. Boleh kan?😂 Bye2👋

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top