CHAP 24 SAVAGE

"Jadi kau dah tahu semuanya? " soal Rian sambil menghadap Silver yang membelangi dirinya. Mereka kini berada dihutan, jauh daripada rumah mereka.

"Kalau kau tak citer memang aku tak tahu sampai ke sudah. Kenapa susah sangat nak cerita dekat aku? Kau nak aku bunuh kau ke baru nak cerita? " soal Silver dengan nada tertahan. Geram dan bengang dengan sikap adik merangkap rakanya yang satu ini.

"Maaflah. Aku janji tak akan buat macam tu lagi.. Tapi.. Please jangan benci aku? " soal Rian lalu menarik tangan Silver. Dadanya sebak. Air mata juga sudah bertakung. Takut jika Silver tidak memaafkan dirinya. Sayang kut!

Silver sekadar senyum kelat. Badan Rian dibawa dalam rangkulan. Mana mungkin dia membenci dan marah pada Rian? Lelaki yang satu ini terlalu rapuh dan memerlukan dirinya dan Ezra sentiasa.

"Yelah aku maafkan kau. Janji kau tak buat lagi benda ni okay? "

"Hurmm.. "

Semakin ketat Rian memeluk Silver. Kepala pula elok berada dileher lelaki itu. Almaklumlah Silver lagi pendek daripada Rian.

"Dah jangan nangis. Jom jumpa adik ipar kau."

"Dan bakal kakak ipar aku kan? " sengih Rian lalu mendapat ketukan di kepalanya.

"Diam kau adik durhaka. Dah masuk! "

Merah padam muka Silver jadinya. Sedaya upaya dia cuba menutup malu. Rian pula ketawa lalu berjalan seiring dengan Silver. Bahu abang angkatnya dirangkul mesra.

"Adik durhaka ni jugaklah yang kau paling sayang ya dok? Eh tapi kau lagi sayang Faith."

"Kau cakap sepatah lagi, nahas aku kerjakan."

Sekali lagi Rian ketawa riang lalu berlari masuk ke rumah mereka. Silver merengus tak puas hati tetapi kaki diangkat juga melangkah. Malu jangan dicakap tapi tu ah. Sabar ajelah.

***

"Aku setuju, aku janji akan kahwin dengan kakak kau. "

Sebaris ayat itu sudah cukup untuk buat senyuman Faith melebar begitu juga Ezra dan Silver. Partilah rumah mereka tak lama lagi!

"Tapi kau kena slow talk dengan dia duh. Otak dia tak berapa nak betul sekarang ni. " Keluh Faith apabila terkenangkan sikap Skyler beberapa hari yang lepas. Walaupun dulu dia benci dia pada Skyler, tetapi gadis itu masih kakaknya. Sayang tu masihlah ada. Cuma tak tunjuk. Well, Ego.

"Okay. Kalau yang tu kau tak payah risau. "Ujar Rian yakin. Sudahnya ruang tamu itu gamat dengan perbincangan majlis perkahwinan Rian yang bakal berlangsung serentak dengan majlis kahwin Ezra.

Dek kerana bosan, Ezra mengambil keputusan untuk bawa Aryana keluar. Lama tak manja-manja dengan girl-girl kita! Hehe.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni? " soal Aryana hairan. Ezra hanya senyum sehingga menampakkan giginya.

"Pergi bulan madu. Nanti kahwin, kena pergi sama-sama dengan Rian. Tak feel duh! "

Aryana hanya ketawa dengan telatah manja Ezra. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai! Nak aje berkepit berdua. Hailah kekasih.

"Ada-ada ajelah awak ni. "

"Only for you, baby." Erza mengenyit mata dan menghadiahkan kucupan dibibir. Aryana pula ketawa kecil dek tindakan Ezra. Ezra hanya sengih tak bersalah lalu tangan Aryana ditarik.

"Gedik. " kutuk Aryana masih dengan tawanya. Sang jejaka sekadar beriak selamba.

"Yang gedik ni juga kau suka. Heh,"

"Mana ada. Saya suka Silver. "

"Kau cakap apa tadi? "Berang terus Ezra dengan pengakuan selamba Aryana. Naik minyak jugaklah serigala kita ni.

"Saya. Suka. Silver! "

Berdesup Aryana lari apabila Ezra mula bertukar menjadi serigalanya. Si gadis berambut perang, ketawa dengan riang dikala si serigala mengejar dirinya.

"Ggrrr... Kau sini Ary! Biar aku gigit bibir kau tu! Kaki lelaki betul!! Grrr.. "

"Hahahaha! Biarlah! Siapa suruh tak handsome macam Silver? "

"GRRRR..!!! "

Semakin kuat Aryana ketawa apabila Ezra semakin bengang. Laju si serigala bersayap mengejar si gadis.

"Ekkk!! " membulat mata Aryana apabila tiada jalan untuk lari. Kini Ezra tersenyum sinis lalu berubah menjadi manusia. Hanya sayapnya sahaja yang berada dibelakang badan.

"Heh, come here you naughty girl! "

"Argh! "

Spontan tangan kecil Aryana melilit leher Ezra dikala si lelaki mencepung badanya. Muka berubah pucat manakala si lelaki tersenyum penuh makna.

"Err.. Hehehe.. Sorry? "

"In your dreams! "

"Arhh!! "

Kini Aryana dan Ezra berada diawangan. Mata ditutup rapat. Ezra pula hanya selamba terbang diangkasa raya. Selang beberapa minit si lelaki tersenyum puas dengan permandangan dihadapanya.

"Open your eyes little girl. "

"No! Saya takut tinggi! "

"Jangan risau, aku kan ada? Bukak mata tu. "

Dengan hati yang berbuku, mata dibuka jua. Hampir melompong mulut Aryana apabila melihat permandangan indah dihadapanya. Sebuah pantai yang jernih airnya menarik minat Aryana. Tambah-tambah lagi mereka mampu untuk melihat dalamannya.

"Wow. "

"Cantikan? "

"Yeah. "

Kali ni Ezra terbang rendah sehingga kakinya mencecah permukaan air. Aryana terpinga-pinga sebelum terkejut dek kerana dibaling oleh Ezra! My gosh! Tak gentle langsung! Selamat dia tahu berenang!

"Ezra! "

Ezra hanya ketawa suka apabila melihat Aryana yang basah lenjun dengan muka yang merah. Marah letuww..

"Padan muka! Tulah, cakap suka Silver lagi. Sekarang cakap, kau suka aku pulak. " ujar Ezra bersama muka double jerknya. Dan-dan Aryana menguling mata keatas.

"Tak nak. "

"Betul? " soal Ezra polos. Aryana dah tak sedap hati. Tapi hati masih berdegil.

"Be-betul. "

"Ok. "

Membulat mata Aryana apabila Ezra membenamkan kepalanya didalam air. Tangan sedaya upaya cuba untuk menolak tangan si lelaki. Arh! Nafasnya mula sesak!

Macam mana dia dibenamkan kepala dalam air secara tiba-tiba, macam tu jugaklah macam mana kepalanya diangkat secara tiba-tiba! Hampir membutang matanya apabila Ezra terus menghadiahkan kucupan! Dan apa yang tidak boleh diterima akal, Ezra menolaknya kembali didalam air!

"Ez-Ezra .. " buih keluar daripada mulut. Ezra hanya tenang lalu menghadiahkan lagi kucupan beserta oksigen.

"Feel my love baby.. "

Dengan itu sang mentari menjadi saksi kepada kucupan Aryana dan Ezra dibawah laut jernih. Masing-masing memberi rasa cinta dan kasih.

Perlahan-lahan Ezra melepaskan kucupan seraya membawa Aryana ke permukaan. Oksigen diambil kembali. Masing-masing tercungap-cungap dek ciuman yang agak lama. Badan Aryana, erat dipeluk Ezra.

Kepala si gadis disembamkan dilehernya. Satu kucupan pada sisi kepala Aryana dihadiahkan.

"Thanks for the kiss, Ary. "

"Jerk. " ujar Aryana tetapi masih lagi tersenyum. Ezra juga turut tersenyum bahagia.

"Tadi gedik sekarang jerk? Mana satu ni hurmm? "

"Semua maybe? Awak kan gila. Psycho. "

"Excuse me? "

Aryana tidak menjawab, sebaliknya mencium pangkal leher Ezra sekilas. Membulat mata Ezra dengan tindakan gatal Aryana yang dah sengih-sengih miang.

"Eyy.. Suka sangat cium leher aku! "

"Nak buat macam mana? Leher awak sedap. Nak gigit boleh? "

"Ary! "

"Kedekut! "

Mengeleng kepala Ezra dengan telatah Aryana. Mode gatal Ary kalau aktif, kalah mode gatal dia. Fuhh.. Menguji nafsu dia betul. Nanti ada yang bunting dekat laut ni karang..

"Dah lah. Jom balik. Nanti Silver dengan yang lain cari. "

Aryana hanya mengangguk lalu kepala dilentokkan pada dada Ezra. Ezra pula mengepak sayanya bersapa tubuh Aryana yang dicepung. Sempat Aryana kasi ciuman di dadanya! Eyy, ni aku nak gigit ni!

"Believe me Ary, do that again and i drag you into my room. Jangan cabar aku duhh.. "

"Eh boleh lah. Cepat kahwin! "

Laju hidung Aryana dicubit. Tengok tu! Tak habis-habis nak cabar dia!

"Fine. "

Kali ni memuncung terus bibir si gadis. Ezra pula buat tak layan dan terbang ke angkasa. Sesekali matanya menangkap mata gatal Aryana yang sengaja memerhatikannya. Minah ni lah..

"Stop stalk aku gila. Aku tak selesa nak terbang ni. "

"But i love it, because i love you. "

"Seriously Ary? "

"Of course I'm serious about loving you. "

"Gahh!! Kau dah mula loyar buruk! "

"Mana ada buruk. Lawar aje. "

Sudahnya Ezra hanya mampu pasrah. Kadang-kadang Aryana memang pelik. Lagi pelik dari sebelum ni. Entahlah, hormon tak stabil selepas jadi milik dia kut. Eh?

"Grr... Nasib sayang. "

"Eh, tapi saya tak sayang awak... " tak sempat Ezra nak membalas Aryana meneruskan ayatnya.

".. Sebab saya cintakan awak, walaupun awak psycho, sengal, kaki porn and playboy. "

"Puji atau caci aku, kau ni? "

"Mana ada. Saya cakap jujur. "

"Bapak savage. Siapa ajar ni?"

"Rian. "

"... "

***

"Weh Rian. " panggil Ezra sebaik sahaja sampai dirumah.

"Benda? "

"Malam ni ada orang nak bunuh kau. "

"Hah? Siapa? Fryda?! "

"Nope. "

"Abistu? "

"Aku. "

".... "

Selamba Erza membaling baju basahnya pada Rian sebelum mengangkat kaki ke bilik. Rian pulak blur aje.

"Apahal aku pulak?! "

















Alright, typo bersepah and grammar ke laut☺️sorry guys, kerja banyk and tak sempat tengok balik. Kalau ternampak typo ke ayt tak betul, just tag me dkt kawasan tu. Nk betulkan balik💖

K enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top