CHAP 22 PREGNANT

Ezra POV

Dah dekat seminggu Aryana tahu tentang aku. Dan sepanjang seminggu ni jugaklah aku duk manja-manja dengan dia. Ahak!

"Err.. Ez, awak buat apa ni? "

"Tengok kau masaklah. Kenapa? "

"Perlu ke peluk saya? "

Aku ketawa kecil dengan soalan daripada Aryana. Alaa.. Aku suka peluk dia daripada belakang. Selesa.

Soalan Aryana tidak dijawab, sebaliknya aku menyembamkan kepala dileher putihnya. Satu kucupan aku hadiahkan sehingga gadis itu mengeliat kegelian. Dapat ku dengar dia ketawa kecil.

"Ez! Janganlah! Geli! Hahahaha..! "

Senyuman aku semakin melebar. Muka mulus dan senyuman manis itu sentiasa membuatkan jantung aku bahagia.

"I love you Ary.. "

Muka Aryana mula memerah. Gadis berambut perang itu tersipu-sipu didalam rangkulan aku.

"I love you too.. "

"WOI!! API!!! "

Terkejut aku dengan Aryana apabila suara Rian kedengaran. Api?

"HUWAA!!! SIVER! DAPUR KITA TERBAKAR!!! "

***

"Ezra... "

Aku yang duduk dalam keadaan bersimpuh, agak terkejut dengan suara ngeri Silver. Mati aku. Ni baru Silver. Tak campur lagi dengan abang Ezriell.

"Sorry! Serius aku tak perasan yang api dapur tu terpasang!"

"Ezra... "

"A-aku janji akan baiki balik! Kau janganlah kasi tahu abang Ezriell! "

"Ezra.. "

"Kau sayang aku en Silver? Kalau abang tahu, nahas aku weh-"

"BOLEH TAK KAU BAGI AKU HABIS CAKAP DULU?! "

Terkebil-kebil aku dibuatnya apabila Silver mencengkam kolar baju aku dan menengking dihadapan muka. Serigala aku pun kecut dengan Silver duh. Well, serigala mestilah takut dengan naga ya dok?

Silver menarik nafas. Wajahnya kembali tenang.

"Boleh aku bercakap sekarang? "

Aku hanya mengangguk. Masih takut weh.

"Kau nilah Ez. Kalau kau nak manja sangat dengan Aryana tu boleh, tapi janganlah dekat dapur. Kalau kau terbakar aku tak kesah, tapi Kalau Aryana? Susahlah. Dia tu bakal adik ipar aku. Jaga dia boleh tak? "

"Amboii... Aku kau tak kesah, tapi dia kau kesah pulak? Pilih kasih! "

"Eh lantaklah. Dia comel. Kau? Muka pun pecah. "

Melompong mulut aku dengan jawapan Silver. Siot. Mamat ni memang tak pernah nak belaku baik dekat aku!

"Whatever. Tapi kau jangan nak kesah sangat eh. Dia tu aku punya! "

"Sebab tu aku nak kahwinkan kau dengan dia. Fryda dah mulakan tindakan. Aku takut, mak cik psycho tu buat kerja gila dia lagi. "

Fryda. Haiih.. Kenapalah nama kau wujud dalam hidup kami? Hanya dia yang selalu kacau-bilaukan hidup kami berempat. Sejujurnya, aku tak tahu apa yang dia dah buat dekat abang Ezriell. Tapi untuk kami..

Dia pernah pisahkan kami bertiga..

Aku masing ingat macam mana dia bakar rumah kami dan culik Rian. Macam mana abang Ezriell sedaya upaya keluarkan aku dan Silver daripada rumah yang dijilat api itu. Disebabkan itu jugaklah, serigala aku muncul. Kuasa Ancient yang selama ni aku tak tahu pun ada dalam diri aku.

"Ezra kau dengar tak ni? "

Aku tersentak dengan pertanyaan Silver. Satu sengihan aku hadiahkan buat si dia yang berwajah pelik. Ehe, tertangkap mengelamunlah pulak.

"Err.. Tak. Kau cakap apa tadi? "

"Eyy.. Kau nilah. Kau nak kahwin ke tak aku tanya? "

"NAK! "

***

Rian POV

"Silver.. Ezra.. "

Silver dan Ezra mengangkat muka memandang aku. Masing-masing mengangkat kening tidak mengerti. Kami kini elok berada di meja makan. Hanya Aryana yang berada didapur. Menyiapkan apa yang patut.

"Hah kenapa? " soal Ezra sambil berpeluk tubuh. Aku mengigit bawah bibir. Macam mana aku nak cakap ni? Kalau diorang marah macam mana?

"A-aku.."tergagap-gagap aku ingin meluah. Bukan apa. Sesuatu yang bakal aku cakap ni mesti buat diorang terkejut. Marah dah pasti.

"Rian.. Come on. Cakap ajelah. " arah Silver dengan tegas. Aku teguk liur. Belakang leher diusap.

"Aku.. Aku nak kahwin. "

"Huh? "

Membulat mata Silver dan Ezra. Kan aku dah cakap, diorang mesti terkejut punya!

"Tapi.. Kenapa tiba-tiba? Ezra pun tak kahwin lagi. Apa masalah kau ni Rian? " soal Silver mula berdiri. Sekali lagi aku teguk liur. Ezra juga bangkit dengan muka serius.

Aku menundukan pandangan kebawah. Tidak betah untuk melawan anak mata mereka berdua. Ngeri!

"Jawab soalan Silver, Rian. " kalini dagu aku diangkat oleh Ezra sehingga mata bertaut denganya. Sekali lagi aku telan liur kelat.

"I.. I make someone pregnant. "

Pautan di dagu terlepas serta merta. Silver dan Ezra jelas tergamam. Aku mengetap gigi. Geram dengan diri sendiri.

"Kau... Apa? " soal Ezra yang melangkah beberapa tapak kebelakang. Dapat aku rasa kekecewaan dimatanya.

"Hadrian Irwin! Ini bukan benda main-main! Apa kau dah buat?! "

Silver menarik kolar baju aku sehingga aku bangun daripada duduk! Nafas aku kian sesak. Wajah Silver serta merta berubah bengis. Lebih bengis daripada sebelum ini. Aku tahu dia kecewa.

Aku tak sengaja..

Aku lalai..

Aku.. Aku tak mintak semua tu jadi..

Aku ikutkan perasaan waktu tu...

"Jawap aku Hadrian Irwin! Siapa perempuan tu?! Kau tahu kita tak boleh buat benda tu ! Apa kau fikir hah?! "

"Ak-Aku mintak maaf! Aku ikutkan perasaan waktu tu! Aku terlalu marah! "

BAM!!

Badan aku dihempas kasar pada dinding. Sedaya upaya aku mencari nafas. Batang leher digosok.

"Argh!! "

Aku mengerang sakit dikala Silver mencengkam rambut aku dengan kasar. Kepala naik terdongak ke atas. Mata hijau Silver berubah kelabu menandakan dia betul-betul marah.

"Siapa perempuan tu? " soalnya dingin bersama wap yang keluar daripada mulutnya. Sejuk.

Aku hanya diam. Semakin bengang Silver jadinya. Dapat aku rasai rambut aku mula membeku dek kerana kuasa Silver.

"Cukup Silver.. " serta merta cengkamannya terlepas. Ezra menarik Silver jauh daripada aku. Aku pula menundukan kepala.

"Rian.. " Ezra menepuk bahuku. Kepala aku angkat memandang dia yang tersenyum kelat. Sangat-sangat kelat.

"Jom makan dulu. Nanti kita bincang. "

"No. Aku nak dengar siapa perempuan tu daripada mulut dia. " tegas Silver memberi arahan. Ezra mengeluh.

"Nantilah. Sekarang ni tak sesuai nak berbincang. Lagi-lagi kau tengah marah. Tak bawak ke mana pun nanti. " ujar Ezra lalu membantu aku bangun. Aku menyorok dibelakangnya. Belakag baju Ezra aku genggam erat. Takut.

"Kau.. Fine! Aku nak keluar! Jangan kacau aku! "

Terus Silver keluar daripada rumah. Sempat dia melanggar bahu Ezra dengan kuat. Aku pula menghantarnya dengan pandangan sahaja. Ezra mengeluh lalu menoleh kebelakang menghadap aku. Senyuman manis dia hadiahkan lalu tangan naik mengusap rambut.

"Jangan risau. Silver tak akan benci kau. Kau kan adik kitorang? "

"Hanya adik angkat.. " bisik ku seraya menundukan kepala. Jelas tawa kecil Ezra menyapa telingan. Kemudian kepala aku terdongak keatas apabila dia menaikan daguku.

"Rian.. Tak ada istilah 'angkat' dalam kamus hidup kita bertiga. Kita adik beradik. Ingat tu."

Air mata mula bertakung. Lantas, aku memeluk badan Ezra dengan erat. Esakan mula kedengaran. Ezra membalas pelukan aku. Belakang badan ku dia usap penuh kasih sayang.

"Shh.. Dah-dah. " pujuk Ezra lembut. Aku pula masih menangis.

Apa aku dah buat?

Aku dah belot kepercayaan Silver dan Ezra.

Malahan..

Aku dah belot perempuan tu.

Perempuan yang aku cinta.

"Maafkan aku... "

***

Disebuah bilik, seorang gadis berambut hitam pendek memeluk lutunya di atas katil. Dihujung kakinya pula, ada satu alat kehamilan yang menunjukan tanda positive.

"Apa aku dah buat.. Macam mana boleh mengandung? I-Ini anak siapa?"

Mata gadis itu mula bertakung. Dia tak ingat! Sumpah dia tak ingat siapa yang menyentuh dirinya!

"Ad.. Tolong aku. Aku tak tahu apa dah jadi.. Hik.. Hik.. "

________________________________________________________________________________________________

Telling the truth is.. saya lupa jalan cerita🐴😂✌️. Teruk en? Tapi don't worry! Saya tetap akan habiskan buku ni tak kira apa pun🔥! And satu lagi, buku ni akan slow update but again, don't worry😂saya hanya lambat update dalam 2 minggu gitu aje😅. Kalau x ada apa akan diupdate seperti sebelum ni. Agak busy tahun ni😐.

Anyway Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top