CHAP 21 CONFESS
Ezra yang masih belum sedarkan diri, mengundang rasa galau dihati Aryana. Jasad lelaki itu kaku sahaja diatas katil. Jika dihitung, Ezra tidak sedarkan diri selama seminggu.
"Bangunlah Ez. Sampai bila awak nak baring aje ni? " mendayu aje suara Aryana tika itu. Seakan-akan merayu. Tangan sang lelaki digapai dan digenggam erat. Aryana bangkit daripada duduknya lalu kepala didekatkan dengan kepala Ezra. Satu kucupan hangat diberi pada dahi lelaki itu.
"Saya rindukan awak Ez.. " Tanpa sedar, setitis air mata mengalit dipipi gebunya. Cepat-cepat Aryana mengesat air matanya itu.
"Ary.. "
Aryana menoleh kebelakang. Satu senyuman kelat diberi pada Rian dan Silver.
"Awak berdua nak makan ke? Kejap saya-"
"Tak payahlah sediakan makanan kami Ary. Kami dah makan. Kau aje belum. "
Ujar Rian lalu menarik kerusi tidak jauh daripada Aryana. Silver pula elok duduk dibirai katil. Sayu dia melihat keadaan Ezra. Tetapi terbit juga rasa simpati pada Aryana. Mereka tahu Aryana dah mula sayangkan Ezra, cuma gadis itu masih keliru dengan perasaanya.
"Kau pergi makan dulu Ary. Badan kau dah makin kurus. " Arah Silver tegas. Aryana hanya menundukan kepala lalu digeleng.
"Tak nak. Nanti Ez sedar, saya nak ada dekat sisi dia. "
"Jangan degil boleh tak? Aku suruh kau makan aje kut. Kau nak ke mati kebulur?" Sedaya upaya Silver menahan geram. Aryana keras kepala sangat!
"Tak nak. " tegas Aryana lalu mengenggan tangan Ezra seperti tidak mahu meninggalkan lelaki itu. Silver mendegus geram. Sama aje macam Ezra, degil!
"Dah dia tak nak.. Tak payahlah paksa setan.. "
Tergamam mereka bertiga apabila suara Ezra tiba-tiba kedengaran. Tiga-tiga dah teguk liur.
"Weh Silver. Ada hantu yang gilakan Ezra ke sampai nak tiru suara dia duh? " soal Rian yang elok memeluk Aryana. Aryana juga memeluk Rian dek takut. Silver angkat bahu.
"Aku tak tahu. Ezra tu ramai sangat girlfriend dulu. Nak balas dendamlah kut. " ujar Silver tak ada perasaan. Muka pun kosong aje.
"Saya takut hantu Rian.. " melerek-lerek suara Aryana macam nak nangis. Pelukan semakin ketat.
"Aku pun.. " Rian pun macam nak nangis. Semakin ketat pelukanya pada Aryana. Silver menguling mata keatas. Mula dah drama, desis hatinya.
"Jangan sentuh awek aku lah! "
BUK!
Melompong mulut Rian apabila kaki Ezra menendangnya jatuh daripada kerusi. Aryana jangan cakaplah. Pucat terus muka! Dan-dan kepala Rian dan Aryana menoleh kearah Ezra yang kini elok berdiri disisi katil dengan muka bosan.
"SETAN!! "
TUK!
TUK!
Terjongket-jongket kening Ezra dek geram. Tangan berasap tanda elok meluku kepala Rian dan Aryana. Apabendalah dua ekor ni, fikir dia setan? Dia serigala okey? Serigala.
"Awak ni.. Ezra? " soal Aryana yang masih mengusap kepalanya. Matanya tidak lepas memandang Ezra yang mengeluh lalu tersenyum kecil.
"Ya aku. Ezra. Maaf-"
Tanpa amaran, leher Ezra dililit Aryana! Apa yang lebih mengejutkan, bibir Ezra dikucup Aryana! Membulat mata Ezra dengan tindakan tidak diduga itu!
Rian dah tutup mata dengan jari-jemarinya! Tapi masih dapat melihat adegan itu! Silver pula mengeras dan tercegang tak terkata.
Ezra bagaikan tersedar, lalu membalas kucupan itu. Mata ditutup dan belakang kepala Aryana ditarik manakala sebelah lagi merangkul pinggang gadis itu.
"Ekk..! Kej-Uhuk! UHUK! Si-Silver! "
"Shhh.. Jom. Jangan kacau diorang. Kau budak-budak tak payah tengok benda ni. "
Selamba Silver menarik belakang kolar baju Rian dan memaksa remaja itu keluar daripada bilik yang menempatkan Ezra. Silver tersenyum kecil tanpa sedar. Pintu ditutup lalu membiarkan dua jiwa meluahkan rasa.
Dah tiba masanya untuk Ezra ceritakan segala-galanya pada Aryana.
Selang beberapa minit, Ezra dan Aryana melepaskan kucupan. Nafas tidak teratur. Ezra tersenyum bahagia manakala Aryana tundukan kepala. Malu!
"Hey.. " suara serak basah Ezra membuatkan Aryana tersentak. Dagu gadis itu diangkat dengan sebelah tangan sehingga mata mereka bertaut. Mata yang memancarkan cinta dan kasih sayang.
"Kau memang suka buat benda luar jangkaan kan? " soal Ezra yang masih tidak lekang dengan senyuman. Aryana mencebik bersama pipi yang merah padam.
"Bukan salah saya. Awak buat saya tertunggu! Awak jahat! Awak kata awak akan okey aje, tapi tengoklah seminggu ni! Awak koma Ez! Koma! "
Tengkingngan Aryana tidak melunturkan senyuman Ezra. Malahan, menambah rasa sayangnya pada Aryana. Mulut gadis itu tidak habis-habis memarahi dirinya dek kerana risau yang tak terkata.
"Saya takut Ez. Saya takut hilang awak. Mate for the wolf? Bullshits! I can't love him! I-I.. "
"I love you. "
Terdiam Aryana apabila Ezra meluahkan dahulu isi hatinya. Terlebil-kebil Aryana dengan Ezra yang kini elok mengusap pipi gebunya.
"I love you Aryana. I love you so much. Mate for the wolf? Aku lah serigala tu. Aku serigala kau Ary dan kau Luna aku. Kau takdir aku Aryana Alastair. "
Belakang telapak tangan Aryana yang bertatu sayap diangkat. Tatu itu Ezra usap dengan senyuman. Satu kucupan dihadiahkan. Tika itu, Aryana kehilangan kata-kata. Perasaanya bercampur baur.
"Ho-How? "
Sekali lagi Ezra tersenyum. Dia menjarakan badanya daripada Aryana. Butang baju dibuka dan terserlah bentuk badanya yang sasa.
'Nice. I love his body. ' Tersengih miang terus Aryana tapi sedaya upaya dikawal.
"Look this.. " Jari telunjuk naik menunjuk di dada kanan Ezra. Hampir terbeliak mata Aryana apabila cahaya berwarna merah tiba-tiba muncul didada lelaki itu sekali gus satu tatu kepala serigala muncul!
"Sini tangan kau.. " Dapat Aryana rasakan tangannya menyentuh dada lelaki itu. Malu jangan dikata, tapi best, desis hatinya. Kemudian barulah dia dapat menangkap apa yang ingin dikatakan Ezra apabila melihat tatu itu.
"Serigala... Bersayap? "
"Yup. Aku serigala dan kau sayapnya. Sebab tu aku tak kesah jika sayap aku patah, sebab sayap sebenar aku ada pada kau. We complete each other, right? " Soal Ezra. Kali ni tubuh Aryana dirangkul sehingga gadis itu tersembam pada dadanya.
'Nikmatnya.. ' Fikir Aryana. Kali ni memang dia tak akan kawal malu lagi. Nak kata dia miang ke apa, biarlah. Sebab dia tak nak lagi tipu diri sendiri.
"Aku cintakan kau Ary. " ubun-ubun Aryana dicium penuh kasih sayang. Tersipu malu Aryana didalam rangkulan sasa lelaki itu. Bibirnya nakal mencium tatu serigala Ezra.
"Eh-eh. Nakalnya dia! Nak kena ni. "
Selamba Ezra menepuk buntut Aryana sehingga gadis itu menjegil mata padanya.
"Sakitlah! Janganlah kuat-kuat. Nanti tak boleh nak keluarkan anak kita. "
Kali ni mata Ezra pula menjegil garang. Eh minah ni, lagi power daripada aku, desis Ezra. Aryana pula sengih tak bersalah. Kaki dijongket lalu mencium bawah dagu Ezra dengan senyuman nakal.
"I love you! Aishiteru! Saya cintakan awak! Eyy, kanapa kacak sangat ni? Nak terkam boleh? "
"Ary! Aku pun tak gatal tahu tak? Eyyy..selamat sayang. "
Maka bergemalah ruang itu dengan ketawa mereka. Ketawa bahagia. Silver dan Rian tersenyum antara satu sama lain.
"Aku rasa adalah budak-budak berlari dalam rumah ni tak lama lagi. Mesti Diane happy kan? " soal Rian yang kini elok mendukung Diane. Diane tersengih.
"Betul ke? Yeah! Happylah! Diane boleh jadi kakak! "
Silver ketawa dengan telatah adik mereka. Kepalanya diusap lalu mereka pun beredar daripada bilik itu. Memberi ruang kepada pasangan itu.
"Bolehlah kita buat majlis kahwin mereka minggu depan. Apa pendapat kau Rian? "
"Aku boleh aje. Kita bincang dengan Abang Ell. Mungkin dengan cara ni, Ez boleh kawal Heart. "
"Yeah.. "
____________________________________________________________
EZRA×ARYANA [EZRY]!!! 😍Finally Ezra confess jugak! Maka tinggal dua ekor tu aje lagi😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top