CHAP 19 SHIRO RYUZAKI

Rian POV

Aku dan Rayken berpandangan antara satu sama lain. Serius otak aku tak boleh nak hadap apa yang baru jadi. Sebaik sahaja lelaki tu muncul, lesap segala mahluk tak guna tu. Paling dahsyat, dia selamba aje duduk atas mahluk tu!

"Weh budak, kau ada nampak mamat gila tak dekat sini? Yang muka ala-ala mintak kaki. Pastu rambut jinga. Ada tak? " soal si dia dengan selamba seraya berjalan kearah aku dan Rayken.

"Kau ni siapa? " soal ku masih ragu dengan kehadiran parasite ni. Dah lah aura dia lain macam! Dengan tanduk segala. Mati-mati aku ingat dia rusa. Tapi bila fikir balik, mana ada rusa bersayap kan? Ke ada?

"Kau tanya siapa? Aku ke? " soalnya dengan muka bosan. Terus depan, belakang, kiri, kanan dia toleh. Aku tak tahu nak kategori dia ni bodoh ke bangang.

"Eh tak adalah. Hantu belakang kau! "

"Mana hantu?! "

Terus dia mengeluarkan api berwarna hitam! Ternaik terus bulu roma aku tengok api tu! Rayken pun aku agak mesti terkejut jugak!

"Weh serius arh ada hantu tadi? Eyy kenapalah jembalang tu mesti ada? Dalam dunia aku sudahlah! Nak menyemak dekat dunia lain apahal? Lagi satu, dah mampus tu mampuslah! Tak payah lah nak ajak sekali yang lain. Heishh!! "

Mulalah dia menyumapah saranah tah apa-apa. Aku tak faham sepatah haram pun. Kejap! Aku rasa aku terlepas something tadi.

"Kejap, apa maksud kau dengan dunia lain? " soal Rayken sebelum sempat aku membuka bicara. Aku menagangguk kepala seraya mengiyakan soalan Rayken! Lelaki berambut hitam memandang kami dengan wajah malasnya. Tak lama kemudian,satu keluhan terbit dibibirnya.

"Macam yang kau nampak. Aku bukan manusia dunia ni. Kau nampak lohong atas langit tu? Benda tu penyebab aku dan Demon ni ada dekat sini."

Aku dan Rayken hilang bicara. Lelaki itu kemudian berjalan kearah kami. Badanya bercahaya seketika lalu terselah seorang lelaki berambut putih dan bermata biru laut. Pakaiannya juga agak berbeza daripada kami.

"Nama aku Shiro. Shiro Ryuzaki. Kau? "

"Hadrian Irwin. "

"Rayken Hernandez. "

Lelaki itu tersenyum kecil. Tak lama kemudian,   jeritan daripada Dewan Sakura kedengaran!

"Aku rasa Demon ni dah mula merayap ke sana. Korang pergi dulu. Ada benda lain aku nak settlekan. Kalau jumpa mamat macam rubah dan err.. Kau rasa dia gila, bagi tahu dia aku okay. "

Ujar Shiro seraya mengeluarkan sebilah pedang berwarna hitam.

SLLAASHHH!!

Dalam sekelip mata aje, mahluk bergelar Demon mati begitu sahaja! Masalahnya,bukan seekor tapi berpuluh! Siot, kuat gila mamat ni.

"Pergi sekarang! Aku boleh handle diorang seorang diri! "

Aku dan Rayken mengangguk lalu berlari kearah Dewan Sakura.

Rian POV END.

***

Shiro tersenyum apabila dua susuk tubuh itu hilang daripada pandangan. Jejaka berambut putih menarik nafas seraya memanah tajam seorang wanita yang tetiba muncul dihadapanya.

"Of my. Saya tak sangka akan jumpa Raja Kegelapan daripada dunia lain. " ujar Fryda seraya menunduk hormat. Shiro ketawa sinis.

"Cut the crap you bitc*. Apa yang kau buat ni dah melampau! Gunakan mahluk dari dunia lain bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Jadi.. "

Aura hitam mengelilingi Shiro. Rambut putihnya berubah hitam. Mata birunya berubah merah. Sisik hitam juga kelihatan dikedua belah pipinya. Fryda yang berwajah selamba, berubah serius. Peluhnya mengalir didahi dan pipi.

".. Bagi Dimension Crystal tu atau kau mati tanpa kubur. "

Fryda tersenyum sinis.

"Sure... "

Crystal berbentuk heksagon dibaling setinggi yang boleh! Shiro tergamam apabila Crystal itu bercahaya terang! Mata ditutup.

".. Tapi kau kena kalahkan Demon ni dulu! "

Membulat mata Shiro apabila seekor Demon yang sebesar sebuah gunung berada dihadapannya. Wajahnya yang tadinya serius, berubah malas nak mampus.

"Urgh.. Kena fight yang besar lagi. Tak ada binatang lain ke nak kasi? "

***

"SILVER! EZRA!"

Silver dan Ezra menoleh kebelakang apabila Rian memanggil mereka daripada jauh. Rian yang dah nak nangis, terus memeluk dua manusia itu serentak.

"Huwarhh!! Aku ingat korang dah mati!! Kenapa hidup lagi?! "

TUK!

"Adehh.. "

Terduduk terus Rian apabilla kepalanya diketuk serentak oleh Silver dan Ezra. Benjol. Tersengih-sengih remaja berambut hitam itu apabila Ezra dan Silver memandang tajam kearahnya. Rayken menguling biji matanya seraya selamba menyepak kaki Rian yang baru nak bangun.

BUM!

"Woi! "

Rayken menjelir lidah seraya berdiri sebelah Silver dan Ezra dengan riak selamba. Ezra tersengih manakala Silver dengan muka batunya.

"Heh, i like your style bro."

"Well, Thanks. "

Ezra dan Rayken berlaga penumbuk. Bertambah benganglah Rian dengan Rayken. Sampai hati curi abang aku! Cemburu tahu tak? Rungutnya didalam hati.

"But.. Apa dah jadi? Bukan korang kena serang ke? " soal Rayken sebaik sahaja memerhati sekeliling. Aik? Tak macam kena serang pun?

"Err.. Actually. Luke yang tolong kitorang dan dia yang settlekan semua Demon tu. " terang Ezra seraya menunding kearah seseorang. Kini semua tertumpu pada seeorang lelaki berambut jinga.

"Ohoho.. Senangnya hatiku.. Dah dapat buang segala najis. Hehehe..! "

Semua pandang blur pada lelaki bergelar Luke yang riang menyanyi sebaik sahaja keluar daripada tandas berhampiran Dewan Sakura. Kemudian dia berhenti seketika dan memandang kearah mereka.

"Yo Ezra! Silver! Thanks-"

Tak sempatpun dia nak habiskan ayat, sekali lagi dia memegang perutnya dan bergegas masuk ke tandas.

"ARGGG!! SAKIT!! Ahh..Lega.Perhh!! Busuk gila vavi!! "

Rian dan Rayken berpandangan. Ayat Shiro bermain didalam fikiran mereka.

"Aku rasa Demon ni dah mula merayap ke sana. Korang pergi dulu. Ada benda lain aku nak settlekan. Kalau jumpa mamat macam rubah dan err.. Kau rasa dia gila, bagi tahu dia aku okay. "

Rian menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ray, kau rasa dia ke yang Shiro maksudkan? " soal Rian dengan mimik muka yang kelat. Rayken mengangkat bahu.

"Entah. Kau cakap ajelah. Lagi pun aku rasa mamat ni gila. "

"Agree. "

Tak lama kemudian Luke keluar daripada tandas dan berlari anak kearah mereka. Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Hahah.. Sorry sebab aku tetiba tanya tandas tadi. Silap makan semalam. Hehe.. "

Silver dan Ezra sekadar mengangguk. Kemudian, mata Luke jatuh pada Rian dan Rayken.

"Korang ni? "

"Aku Hadrian Irwin. Mamat otak biru ni pulak Rayken Hernandez. " terjegil mata Rayken apabila Rian selamba mengatanya otak biru. Otak dia suci okey? Dek kerana malas nak bertekak, Rayken sekadar diam dan mengetap bibir. Adalah sumpah sikit si Rian tu.

"Aku sumpah kau mati pucuk malam ni. "

Luke sekadar ketawa. Lahaii, comel aje bebudak ni.

"Cute name with cute person. Nice. Hahaha. Alright, nama aku pulak Luke Tsuyoshi. Actually, aku tengah cari member tapi-"

BAMMM!!!

_____________________________________________________________________________________

Tergantung sepii😂tunggu lah hangpa sampai minggu depan. Gue nk bercutii😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top