CHAP 18 DIMENSION CRYSTAL

Seorang wanita berkerundumg hitam menyanyi diatas puncak istana gelap. Rambut putihnya beralun mengikut deruan angin. Dia menyanyi dengan riang sambil ditemani kelip-kelipnya.

"la la leyli la la leyli lalalalaaaa.. "

"Master Fryda.. "

Wanita yang bergelar Fryda itu menghentikan nyanyianya. Kepala ditoleh kebelakang bersama senyuman manis. Susuk tubuh berkerundung itu menunduk hormat kepada Fryda. Fryda ketawa kecil seraya berjalan kearah susuk tubuh itu.

"Angkat kepala kamu little child. "

"Stop calling me that.. You know i hate it right?" Ujar susuk tubuh itu dengan nada jengkel. Fryda ketawa lagi.

"Alright little..Hehe. "

Susuk tubuh yang bergelar Little mengeluh sahaja. Bukan dia tidak biasa digelar begitu, cuma agak malu kerana kedengaran seperti kanak-kanak. Tambahan pula, gelaran itu datang daripada masternya sendiri.

"Jadi kenapa cari saya? " soal Fryda dengan sopan.

"Tuan Airu nak-"

Terkebil-kebil lelaki itu apabila Fryda hilang daripada pandangan. Lelaki itu mencebik tak puas hati bersama keluhan. Kepala digeleng beberapa kali.

"When a girl meet her boy. "

***

"Tuan Airu..! "

Fryda yang muncul tetiba di sebuah bilik, menyergah riang seorang lelaki yang elok merenung keluar jendela. Rambut hitam gelapnya bersinar dibawah cahaya bulan. Berpakaian serba hitam. Mukanya juga ketat tanpa secalit emosi. Fryda tanpa segan silu, berjalan kearah lelaki itu lalu memeluknya daripada belakang.

"Airu... Kenapa Airu panggil Fryda ya? " soal Fryda manja bersama tangan yang gatal melukis bulatan dibelakang badan Airu.

"Aku ada tugas untuk kau. "

Airu memusingkan badan kebelakang sebaik sahaja Fryda melepaskan pelukan. Fryda menyendengkan kepala kekiri seperti menyoal apa-dia?

"Here. "

Tangan Fryda digapai kalu kristal yang berbentuk heksagon diserahkan kepada gadis itu. Terkebil-kebil Fryda dibuatnya apabila Airu menyerahkan benda pelik itu. Idea nakal terbit diotaknya.

"Airu melamar Fryda ke ni? Huuii! So sweet! Tapi kenapa bukan cincin? "

TUK!

"Itu barang untuk tugas kau. Jangan nak fikir bebukan. "

Fryda tersengih. Tidak terasa langsung dengan nada dingin Airu. Kepala diusap sekilas. Dia membelek kristal itu. Kepala diangkat memandang Airu seperti mahukan penjelasan yang lebih lanjut.

"Benda tu dipanggil Dimension Crystal. Kau letakannya di tengah Academy Nightfall. Kemudian, nyanyi lagu kegemaran kau, Broken Angel. Akan ada satu kejutan yang bakal muncul. "

***

Itulah apa yang dilakukan Fryda sekarang. Dia ketawa kecil diatas pokok yang agak jauh daripada Academy Nightfall yang kini kecoh diserang mahluk-mahluk pelik yang keluar daripada bulatan-bulatan diatas langit sebaik sahaja cahaya yang terang itu hilang. Bandar yang berhampiran dengan Academy itu juga menerima nasib yang sama.

"Naughty Airu. Kau gunakan mahluk daripada dunia lain untuk serang mereka semua? Nice." Akhirnya Fryda hilang bersama cahaya kelip-kelipnya.

Dalam masa yang sama, Rian dan pelajar Kelas Elite bertungkus lumus membunuh mahluk-mahluk pelik yang berstruktur manusia tetapi seperti berkulit kayu! Dibelakang mereka juga terdapat cahaya-cahaya api yang berbeza warna!

"GRAAA...!!! "

"ARYANA BELAKANG KAU! "

Teguran Rian menyentakkan Aryana! Gadis itu menundukkan badanya dan satu libasan kaki dapat dielak! Aryana mengetap gigi geram lalu sambaran kilat merah menghentam tubuh mahluk itu!

BAAMMMM!!

"Jangan pandang rendah pada aku! "

DUSSHH!!

DUUSHHH!!

Tetakan demi tetakan! Aryana menyerang walaupun payah! Kulit mahluk tu keras sangat! Rian pula tenang menghapuskan setiap mahluk itu! Api birunya membakar mereka tanpa segan silu!

BUM!

Tanpa sedar, belakang badanya bertembung belakang badan Rayken. Mereka berbalas jelingan sebelum berdiri tegak. Kini mereka dikelilingi mahluk itu dan jumlah mereka juga tersangatlah banyak!

"Aku tak suka kau dan tak hingin nak suka tapi.. "

".. Aku rasa baik kita hapuskan mereka semua, sama-sama. "

Rian tersenyum sinis apabila Rayken menyambung ayatnya. Penumbuk dilagakan bersama api birunya! Rayken pula bercahaya lalu katana berbilah panjang muncul ditangan kanannya. Pipinya juga mempunyai tatu kristal putih yang berbentuk permata.

"Let's crush them! "

Mereka berkata serentak lalu menukar tempat masing-masing dengan pantas! Kaki laju berlari kehadapan dan membunuh semua mahluk dengan mudah! Rian dan Rayken bagaikan tornado yang membunuh sesiapa yang berada berdekatan! Dek kerana itu, mahluk-mahluk pelik lebih tertarik kepada mereka!

"Aryana! Bawak rakan kelas kita ke Dewan Sakura sekarang! Tempat ni tak selamat untuk mereka! " laung Rian apabila kelibat Aryana menyapa mata. Aryana mengangguk lalu melaung kepada rakan-rakanya.

"Ikut sini! Cepat! "

Arah Rayken apabila berjaya membuat laluan keluar! Tetiba angin kencang menyapa dirinya. Terkebil-kebil dia dibuatnya apabila Sir John dulu yang lari.

"RAYKEN BELAKANG KAU! "

Rayken yang terkejut menoleh kebelakang! Seekor Mahluk yang yang berlainan daripada yang lain menghayunkan kapak besarnya! Badan mahluk itu seperti manusia cicak!

BURRNNN!!

"GROOOO!!! "

Rayken menoleh kebelakang apabila tiba-tiba sahaja panah api menyabar mahluk itu. Tak cukup dengan itu, panah itu membakar mahluk tersebut sehingga menjadi debu.

Rian tersengih seraya menghilangkan busur berapinya. Dia melompat kebelakang dan membakar mahluk-mahluk yang baru muncul! Aryana dan yang lain-lain mengambil peluang, lalu berlari ke Dewan Sakura yang berada tidak jauh daripada Academy dibantu Rayken.

"Semua dah keluar! Rian kita kena pergi! " Laung Rayken. Rian mengangguk kepala lalu melompat mengunakan badan mahluk pelik itu.

"Jom cepat! Aku dengar Dewan pun sedang diserang. Ezra dan Silver dah ada dekat sa-"

BUMMMM!!

Tak sempatpun Rian hendak berkata apa-apa, tiga ekor mahluk yang sebesar bangunan 20 tingkat mendarat dihadapan mereka. Rian memandang kelangit yang masih memuntahkan mahluk-mahluk pelik.

"CURSE YOU!!! "

Laungnya. Rayken tidak berkata apa. Matanya tajam menatap tiga mahluk itu. Dia masih tergamam dengan apa yang baru belaku. Semuanya dalam sekelip mata aje!

"ROUURR!! "

Mahluk itu menghayun penumbuk besarnya! Hampir sahaja Rian menjamahnya kalau bukan sebab Rayken yang menarik kolar bajunya lalu melompat diatas tangan mahluk itu!

"Jangan nak berangan boleh tak?! " marah Rayken seraya berlari dan mengelak daripada serangan mahluk gergasi itu! Rian pula menguling mata keatas.

"Suka hati aku lah! Aku tak mintak tolong kau pun, dasar lelaki bajet hero! "

"Kau...! Dasar kacang lupa kulit! "

"Aku manusia, buka kacang! Buduh! "

"Go die lah! "

Sudahnya mereka bergelut antara satu sama lain. Kadang-kala mengelak setiap serangan.

"GROUURR!! "

Ngauman yang maha dahsyat menyentakkan mereka. Hampir tercekik mereka dibuatnya apabila cicak yang dua kali ganda besarnya daripada mahluk tadi muncul betul-betul dihadapan mereka. Kepala naik ke langit yang mempunyai bulatan yang masih mengeluarkan mahluk-mahluk pelik.

"CURSE YOU!!! "

Ujar mereka serentak. Cicak itu mengaum dengan lantangnya sebelum menghayunkan elor gergasinya! Rian dan Rayken dah pasrah! Lagi-lagi apabila tiada jalan keluar dek dihalang tiga ekor mahluk jahanam.

"Aku benci kau Rayken. " ujar Rian dengan linangan air mata. Badan Rayken dipeluk erat. Keluar dah mode budak tujuh tahun dia.

"Aku tak pernah sayang kau Rian. " Rayken pun melayan aje. Badan Rian dipeluknya juga. Kini masing-masing tutup mata.

"Jangan sesekali mengalah untuk berharap walaupun harapan itu mungkin tipis. "

BUMMMMMM!!!

Rian dan Rayken membuka mata secara mengejut apabila suara itu tiba-tiba menyapa. Mata mereka membulat apabila kepala cicak itu terbenam kedalam tanah! Darah hijau merecik merata-rata! Tak cukup dengan itu, tiga ekor mahluk pelik dan mahluk-mahluk yang lain juga habis tidak bernyawa!

"What the.. "

".. Heck? "

Kini mata mereka tertumpu pada satu figura lelaki berambut hitam. Di kepalanya, jelas kelihatan dua tanduk hitam. Di belakang badanya pula, tumbuh enam sayap gelap! Kulit lelaki itu juga pucat!

Lelaki yang membelakangi mereka tadi, perlahan-lahan mengalihkan badan menghadap mereka berdua. Rian dan Rayken hampir melompong apabila melihat mata si lelaki. Irisnya berwarna putih manakala luarnya berwarna hitam. Wajahnya kelihatan bosan dan malas.

"What a troublesome. Ingatkan boleh lah rehat dengan keluarga aku. Haiih.. " keluhnya seraya mengosok belakang leher.

"Ka-Kau..? "

***

Dalam masa yang sama.

"BAHAGIAN SELATAN SILVER! "

"BAIK! "

Silver tanpa teragak-agak menyerang dan membekukan setiap mahluk yang menghampiri Dewan Sakura. Dewan itu sudah cukup untuk melindungi dan menempatkan para pelajar Academy Nightfall dan penduduk disekitarnya! Faith yang terselit entah daripada mana juga bersinar sambil memerhati Silver bertarung walaupun hanya dipisahkan melalui cermin.

"Oh my gosh... Bakal suami aku betul-betul seksi! Haiih.. " pengsan terus.

"MISS!! "

Ezra juga tidak ketinggalan! Dia menghentam dan melibas semua mahluk tanpa secalit emosi! Kilat-kilat hijau juga membaham setiap mahluk itu! Mereka yang melihat, berasa kagum dan terkejut dengan kebolehan dua pemuda itu! Ezriell tersenyum didalam Dewan. Dia tahu mereka mampu uruskan semuanya tanpa bantuan dia. Guardian dan Knight juga membantu.

"Ezriell. " Ezriell memalingkan wajah kesisi. Pengetua Stellar kelihatan serius.

"Ini kerja dia, betul tak? " soalnya. Ezriell mengeluh seraya mengangguk. Tangan dikepal dalam diam.

"Jelas dia masih belum berubah.. " Balas Ezriell lalu beredar dan membantu beberapa pelajar yang lainya.

"Tengok tu! "

Membulat mata mereka semua apabila sekor Cicak gergasi mendarat dihadapan Dewan itu! Ezra dan Silver tidak terlepas daripada rasa terkejut. Ezra membuat muka.

"Gimme a break. Kenapa dalam banyak-bayak mahluk pelik, natang ni jugak yang keluar? " rungut Ezra.

"No clue." Balas Silver di sebelahnya. Tak sempatpun mereka mahu membuat tindakan, kepala mahluk itu terpisah daripada badan!

"Hahaha! Dah lama duh aku tak membunuh macam ni! "

Seiring dengan suara itu, mahluk-mahluk yang lain turun terbunuh dalam sekelip mata! Membutang mata mereka semua yang melihat! Kini seorang lelaki, elok berdiri dihadapan mereka dengan senyuman. Ekor seperti musang yang berjumlah sembilan, meliuk-liuk dibelakangya. Berambut putih dan bermata hijau. Dikepalanya juga ada tanduk hitam yang tidaklah tertalu panjang.

"Err.. Actually aku nak tanya. "

Mereka semua masih terkejut hanya mengangguk kepala perlahan. Lelaki itu mengaru pipi.

"Tandas mana eh? Aku nak membuang ni hehe.. "

"The hell?! "

_______________________________________________________________________________________________

Surprise for the Triplets!! 😂pandai-pandailah diorng handle 2 manusia yg baru muncul tu😜. Agak2 korang siapa? Kenal atau tak?😂

Nantikan chap yang akan dtg! 😍Vote bebanyak bersama comment ya guys? 😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top