CHAP 17 RIAN AND RAYKEN
Ezra dan Silver berpandangan antara satu sama lain. Senyuman sinis terukir dibibir mereka. Mula dah mode setan tu..
" Baik kita cepat . Nanti pekerja-pekerja tu datang, dah satu masalah pulak. " ujar Ezra seraya berjalan masuk kedalam ruang masakan di kantin Academy Nightfall. Silver sekadar mengangguk dan mengikut.
"Yossh! "
Pintu ruang itu dibuka dan mereka berdua masuk kedalam. Mereka memerhati sekeliling. Bersih. Jauh daripada bau dan kuman.
"Hurmm.. Sil, kau rasa kita patut bagi apa dekat Sir tu? " soal Ezra seraya berjalan kearah meja yang berada ditengah-tengah ruang. Semua peralatan memasak berada diatas meja itu. Pisau diangkat seraya dibelek olehnya.
"I don't know . Your idea, not mine. " selamba Silver membalas lalu berjalan kearah peti ais. Ezra mencebik lalu memerhati sekeliling sekali lagi.
"How about kita kasi dia minum air arak? Biar mambuk pastu kena buang kerja." soal Ezra apabila ternampak beberapa botol arak diatas meja. Silver angkat sebelah kening.
"Tak baik lah kau ni."
Ezra mencebik seraya meletakkan kembali pisau diatas meja.
"Aku rasa, baik kita bagi air yang baru mendidih. Kasi melecuh lidah dia!" cadang Silver tetiba apabila mata memerhati cerek air diatas dapur gas. Ezra kerut dahi lalu menggeleng kepala. Tak setuju!
"Tak elok lah! "
Silver menguling mata keatas.
"Dah tu? "
"Kasi minyak mendidih nak? Simbah dekat muka dia. Baru tahu yang muka dia tu sebenarnya hodoh nak mampus! " Sengih Ezra. Silver mendiamkan diri untuk seketika sebelum mengangguk setuju.
"Boleh jugak.. "
TUK!
Kini mata mereka tertumpu pada tin penyembur serangga yang jatuh tetiba dek kerana angin. Silver dan Ezra dah ketawa setan. Tandung panjang dah keluar diatas kepala.
"Okay tukar. Kasi racun terus. Amacam? "
"Cun, Nanti aku cari tempat nak kebumi. "
Mereka berpandangan lalu ketawa.
"Muehehehe... "
***
Sementara itu, Rian dan dua lagi rakannya merenggangkan badan dipadang. 3 orang senior dihadapan mereka dipandang kosong. Wajah Rian yang bermain-main masih kekal. Well, Rian is Rian. Jangan harap dia nak serius waktu-waktu macam ni.
"Kau macam tak serius tentang benda ni. Betul ke kau mampu kalahkan mereka serentak? " soalan yang tiba-tiba keluar daripada mulut Rayken membuatkan Rian menayang muka jengkel.
"How about i puch your face? Then, kau boleh tahu aku mampu ke tak. "
"Trylah kalau kau berani. " cabar Rayken.
Masing-masing dah kasi jelingan maut. Aura tegang juga keluar daripada badan mereka. Aryana mengeluh seraya menggeleng kepala. Awal-awal lagi dah nampak tak ada kerjasama.
"Stop it.. "
Rian dan Rayken dijauhkan apabila tangan keduanya mereka seperti sudah sedia untuk dilayangkan. Aryana menarik kedua-duanya masuk ke dalam bulatan ditengah padang. Tak sedar Rian dah kasi isyarat jari tak sepatutnya pada Rayken. Rayken pun buat benda sama. Aigoo budak dua ekor ni..
"Heh, aku rasa kacang aje nak menang . Seorang perempuan dua lelaki, apalah sangat?" Ujar salah seorang senior yang bertubuh tegap dan botak.
"Jangan kau bunuh diorang sudahlah, Kiran." Pesan seorang lelaki berambut perang dengan gaya gediknya.
"Yeah, yeah. Whatever. Asalkan Karlie dan Fret tak kacau aku, aku tak ada masalah. " Kiran melagakan penumbuknya. Senyuman sinis terukir dibibir.
Kalie hanya senyum lalu mereka masuk kedalam bulatan. Rian buat muka bosan dia apabila melihat wajah tiga susuk tubuh itu. Satu keluhan terbit dibibirnya membuatkan tiga seniornya kehairanan.
"Kena lawan orang bodoh rupanya. "
Terus ketiga-tiga senior itu timbul urat merah. Jelas mereka bengang dengan apa yang dikatakan Rian sebentar tadi.
"Kau ingat, kau hebat sangat ke hah?! "
Kiran mengenggam kolar baju Rian. Rian pula tersenyum puas dengan muka berlagaknya.
"Eh? Baru provoke sikit dah terasa ke bang? "
"Kau...! "
Fret yang tadinya senyap, menghalang Kiran melayangkan penumbuknya. Dia mengeleng kepala seraya memberi isyarat untuk melepaskan cengkaman kolar di baju Rian. Kiran mendengus seraya menolak kasar tubuh Rian.
"Eleh-Aw! Aw! Hey! Sakitlah Ary! "
"Boleh tak kau jangan cari nahas?! Suka sangat sangat sakitkan hati orang kenapa? "
Rian buat muka reda apabila Aryana dah membebel panjang tanpa noktah. Sekali package piat telinga dia lagi! Garang jugak awek si serigala kuno ni. Desis hatinya.
***
"Hachoo!! "
"Oi, jangan masukkan hingus dalam racun tu. Eh jap.. "
Ezra angkat sebelah kening apabila Silver tetiba senyap. Dah kenapa?
"Pahal? "
"Abaikan apa aku cakap. Masukkan hingus kau dalam racun tu. "
Ezra memandang blur ke arah Silver yang bermuka tak ada perasaan. Okay, Silver memang lagi kejam daripada dia.
"Boleh jugak. "
Tak. Diorang dua tak ada beza pun.
***
"Baiklah! Perlawanan kali ni akan tentukan siapa yang bakal menggunakan padang hari ni. Jadi korang tak perlulah berlawan sampai separuh mati ya? " perli Sir John. Sir Zenith dah membuat muka. Mengesah pulak dia. Dalam diam Rian dah teguk liur.
'Sir ni kacaulah. Baru nak belasah diorang separuh mati. Haih..'
"Kacau plan betul lah.. " rungutnya dalam diam.
Rian kini berdiri dihadapan Kiran manakala Aryana dan Rayken berada di kiri dan kanannya. Begitu juga Fret dan Karlie yang berada dibelakang Kiran.
"You guys siap sedia sekarang! "
Aryana menghunus pedangnya. Kilat-kilat merah mengelilingi dirinya. Rayken pula menurunkan hoodienya dan terselah rambut dan mata birunya. Hampir semua pelajar ternganga dengan ketampanan Rayken. Rian siap bersiul lagi.
"Heh, pandai kau sorokan wajah ya? " soal Rian lebih kepada memerli.
"Pandai kau tunjukkan kebodohan diri sendiri ya? " Balas Rayken.
Terus mereka berlaga kepala. Rian dengan senyuman sinis dan urat dipipi. Rayken pula berwajah tenang tapi masih nampak urat didahi.
"Kau memang tak boleh group dengan aku. "
"Aku pun tak hingin, tapi aku nak belasah diorang jugak. "
Terus mereka menjarakan diri antara satu sama lain. Aryana pula yang risau dengan perlawanan sebentar sahaja lagi. Sir John lagi lah. Dia dah siap pikir nak letak jawatan terus kalau Rian dan yang lain-lain kalah. Sendulah dekat rumah nanti. Hu hu hu..
"Dalam kiraan 3, 2... "
Kiran dah meletup-letupkan jarinya. Kelie mengeluarkan kipas manakala Fret masih membatu.
"MULA! "
DUSHHH!!
Kiran membuat serangan terlebih dahulu! Penumbuknya dilayangkan bertalu-talu pada Rian yang mengelak dengan mudah! Tak cukup dengan itu, kakinya juga naik melayang pada muka Rian. Dan sekali lagi Rian mengelak tipis dengan muka selamba!
"Grr.. i hate that face! Come to me and fight like a real man!! "
DUSHH!!
Sekali lagi, tumbukan Kiran hanya menjamah angin. Rian membuat lompatan balik kuang beberapa kali sebelum berdiri tegak. Jari Kelingkingnya naik mengorek telinga dengan muka bosan.
"Huii.. selamat tahi telinga aku tak cair dengar suara kau. " Ujarnya selamba. Kiran mula berang dan menyerang Rian sekali lagi. Rian pula sempat memandang kearah Rayken yang kini elok bertarung dengan Kelie.
"Wow, beautiful guy like you should know.. "
Kelie mengipas dirinya dengan gaya yang gedik. Jari dipetik bersama kenyitan mata nakal. Meremang terus bulu Rayken.
"That i love stone person like you.. Muah! "
"Hahahahaha!! Kau kena ngorat dengan mak nyah! Bapak sadis! Hahahaha! Kahwin nanti jemput woi! " laung Rian sambil melompat melepasi Kiran untuk mengelak seranganya. Yang lain juga turun ketawa. Rayken dah bengang.
"You little... "
Terus Rayken menghentak kakinya ketanah! Kini padang bergegar hebat! Hampir terkeluar biji mata sir John dan Sir Zenith apabila kristal-kristal putih yang berbentuk kon muncul daripada tanah!
"Woi! Yang kau serang aku sekali pahal?! " marah Rian apabila badan dia hampir sahaja berlubang dek kristal itu. Rayken sengih sinis.
"Heh, dah mampus nanti jemput aku woi! Nak sedekahkan ketawa! "
Rian mengetap gigi geram!
"Heh, pergi jahanamlah budak! "
"Kau yang akan jahanam! "
Penumbuk Kiran ditangkap kemas oleh Rian membuatkan lelaki itu terkejut besar! Tanpa amaran, api biru mengelilinginya serta merta! Semua yang melihat membutang mata apabila Kiran tumpas dimamah api biru milik Rian.
"Sa-satu serangan aje? " Sir John dah leleh air mata dengan sapu tangan pink. Sir Zenith dah berpeluh tapi masih tersenyum sinis.
"Ma-masih ada.. "
BAMMMM!!
ZZRRAASSHHH!!!
Melompong mulut Sir Zenith melihat Aryana dengan mudah mengalahkan Fret dengan kuasa kilatnya. Siap ada bendera putih lagi si Fret tu. Aryana mengelap peluh dan tersenyum nipis.
'Selamatlah Ezra latih aku beberapa minggu ni. Berguna jugak latihan kejam dia tu. ' Tak lama kemudian dia mengeluh dan tergelak seorang diri. Kalau boleh dia tak nak ingat fasal latihan itu. Boleh mendatangkan trauma betul!
Rian dan Rayken masih membalas renungan membunuh. Kelie yang awalnya nak berlagak terus terbantut apabila aura membunuh dua mahluk itu terasa.
"Err.. Hey! I ada lagi.... "
Tak sempat dia nak habiskan kata-katanya, terus dia kunci mulut. Dia macam boleh nampak sesuatu dibelakang Rian dan Rayken apabila dua remaja itu memandangnya serentak. Erkk!!!
"Ada lagi apa? " soal mereka berdua serentak dengan nada mengerikan. Kelie dah berpeluh banyak.
"I-I ada lagi untuk kalah! Hahaha! Ya I dah kalah! Hahahah! Bye! Bye! "
Berdesup terus Kelie memecut ke bilik air pelajar lelaki. Semua senior yang melihat dah tak berkata apa. Masing-masing dagu jatuh ke tanah.
"KYAA! KELAS I MENANG LAH YOU GUYS! KYA!! "
Kelas Elite dah tutup muka apabila Sir John dah berpusing-pusing menari dalam bulatan dihadapan Sir Zenith yang dah merah muka dek malu. Sir John berdehem beberapa kali lalu menunjuk muka jilat-kaki-gualah-setan!
"As if! "
Terus Sir Zenith beredar dengan muka yang merah padam. Pelajar senior yang lain juga turun mengekor dibelakang sambil mengheret dua lagi susuk tubuh yang berada dipadang itu.
Sir John tersenyum manis pada anak muridnya sebelum berlari mengelilingi padang macam baru lepas menang perlawanan bola peringkat antara bangsa. Dengan terjerit-jeritnya. Yang lain membiarkan sahaja. Malu jangan ditanya lah. Reda aje.. Sir kan?
"Bagus kerja korang. Aku ingat korang hanya akan buat masalah aje tadi. " ujar Aryana apabila berada dihadapan Rian dan Rayken yang masih bermasam muka.
"Whatever. Aku tak dapat nak tumbuk mamat tu sebab benda tak guna ni? Tch, memalukan."
"Excuse meh? Kau kata aku benda tak guna? Kau tu pulak apa? Binatang yang hina? "
Sudahnya, bertekak dua ekor itu sambil diperhatikan Aryana. Dia mengeluh sebelum ketawa kecil. Well, sekurang-kurangnya salah seorang daripada triplets tu ada buat 'kawan' selepas beberapa minggu berada di academy. Kalau tak, diorang hanya akan berkepit dengan dia aje.
Daripada jauh, Fryda memerhati bersama kelip-kelipnya. Dia tersenyum seraya menyanyi sebuah lagu.
"I'm so lonely broken angel...
I'm so lonely, listen to my heart... "
Serentak dengan itu, sekitar kawasan Academy dan bandar yang berada berhampiran, diterangi cahaya yang berbentuk heksagon!
BOOOMM!!!
BOOOMMM!!
BOOOOMMMMM!!!
"One and lonley, broken angel...
Come and save me, before I fall apart... hehe.."
_____________________________________________________________
BOM! BOM! 😂😂well nanti akan ada kejutan for the triplets! 😂btw, lagu yg Fryda nyanyi tu Broken Angel. Seperti di media. Dengar lagu aje ehh, video dia x ada kena mengena😂
+Gambaran for Pengetua Stellar, Faith dan Rayken.
RAYKEN HERNANDEZ
STELLAR NIGHTMARE
FAITH VELVET
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top