CHAP 16 FIGHT

Satu keluhan terbit dibibir seorang wanita 40-an. Rambut hitam yang panjang dibiarkan lepas. Sebelah tangan direhatkan diatas meja  manakala sebelah lagi naik mengurut pelipis. Pening!

"Kau okay ke ni Grandma? "

Teguran suara garau itu menyentakkan Pengetua Stellar. Kepala diangkat dan satu keluhan sekali lagi dilepaskan. Susuk tubuh lelaki dihadapanya dipandang dengan muka jengkel.

"Stop calling me that. Umur aku tak cecah 70 tahun lagi. "

Lelaki berambut kelabu itu menguling mata keatas. Kaki melangkah ke meja Pengetua Stellar lalu punggungnya dilabuhkan diatas meja itu. Pengetua Stellar pula hanya membiarkan.

"Tak cecah konon. Umur kau dah dekat 400 tahun kan? " Jelas nada suara lelaki itu kedengaran jengkel. Pengetua Stellar sekadar senyum lalu melepas tawa kecil. Badan disandarkan pada kerusi lembutnya.

"Tapi di kerajaan ni aku masih 40 tahun. Kau pun, kalau ikut masa dikerajaan kita.. Umur kau yang sebenar 200 tahun kan? "

"260 tahun. Sebab kita di Kerajaan manusia, aku 26 tahun sekarang. Okay apa? Muka aku muda lagi. Kau tu, dah nak masuk kubur pun belum sedar diri. " sindir si lelaki. Sekali lagi Pengetua Stellar lepas tawa.

Tak lama kemudian, kesunyian memenuhi ruang. Masing-masing senyap tanpa suara sehinggalah Puan Stellar sendiri yang membuka bicara.

"Ezriell.. "

Mata kelabu milik Ezriell menatap wajah mendung Pengetua Stellar. Dia hanya membiarkan wanita itu meluahkan segalanya sebelum dia melontarkan tujuan mengapa dia kemari.

"Kau rindu.. Kerajaan Ancient ? "

Terdiam terus Ezriell saat soalan itu terbit dibibir wanita 40-an itu. Anak mata puan Stellar naik menikam mata kelabu Ezriell yang mendung dan penuh dengan emosi negative. Jajaka kacak itu mengeluh seraya tersenyum kelat.

"Tipulah kalau aku tak rindu. Tapi kau tahu kan? Walau macam mana aku berharap sekalipun, Kerajaan itu tak akan kembali lagi..."

Luahnya lebih kepada bisikan tetapi masih dapat didengari oleh Pengetua Stellar.

"Begitu juga mereka.. "

Ezriell menggenggam buku lima. Memori silam bermain didalam mindanya. Yang pasti, memori itu bukan memori yang indah. Semuanya negative.

"Alright, stop talking about the past. Tell me, why you come over here? Worry about that dam* triplets? "

"Hahahaha..! You really hate them huh? "

Gelak Ezriell tetiba membuatkan Pengetua Stellar mencebik.

"Tak adalah sampai tahap membenci tu. Geram macam tu aje. Haiih.. Diorang tu suka sangat ponteng kelas! Habis cikgu-cikgu dekat sini complain, tahu tak? "

"Lor.. Bukan apa pun budak tiga ekor tu. Aku jaga diorang daripada baby, okay aje? Err.. Even adalah jugak aku humban diorang dalam hutan hehe.. "

Membulat terus mata Pengetua Stellar. Ezriell hanya tersengih seraya menggaru pipinya.

"Kau humban diorang dalam hutan? Umur berapa kau humban diorang tu hah?! "

"Err... 10 tahun? "

"Gila! Diorang kecik lagi kut! "

Terhinjut bahu Ezriell apabila Pengetua Stellar mengetuk meja kuat. Tersengih-sengih lelaki berambut kelabu itu.

"Bukan salah aku. Diorang buat rumah bersepah. Aku just bagi peringatan aje. "

"Ezriell, itu normal untuk budak sepuluh tahun. Diorang tak tahu apa-apa kut.. "

Makin pening kepala Pengetua Stellar! Ada ke patut buat budak bertiga macan tu? Patutlah perangai tak berapa nak betul! Penjaga pun boleh tahan jahanamnya! Haduhh..

Ezriell ketawa seraya berdehem. Kemudian wajahnya berubah serius.

"Anyway, aku datang ke sini bersebab. "

Pengetua membetulkan duduknya seraya berpeluk tubuh. Kaki disilangkan. Matanya tajam menatap anak mata Ezriell.

"Go ahead. "

"Kau masih ingat Fryda Walker? "

Membulat mata Pengetua Stellar dikala sepotong nama itu meniti dibibir Ezriell.

"Sampai mati pun aku tak akan lupa nama tu. Jangan cakap.. "

Ezriell mengangguk, menyiakan perkara yang difikirkan Pengetua Stellar.

"Dia dah datang balik. Kali ni, aku yakin dia mahukan Triplets. Sebab tu aku nak kau jaga mereka di Academy. "

"Bullsh***! Selepas dia hilang 100 tahun dahulu, kau nak cakap dia muncul balik? Apa dia nak sebenarnya? Tak cukup lagi ke jadi penyebab musnahnya Kerajaan Ancient ?!" bentak Pengetua Stellar dengan suara yang tertahan.

Ezriell mengeluh seraya menggelengkan kepala.

"Aku tak tahu. Tapi buat masa ni, aku nak kau jaga mereka bertiga di Academy. Begitu juga mate mereka. "

"Mate? " Pengetua Stellar pandang Ezriell tak percaya.

"Yeah. Aku baru jumpa seorang. Dua orang lagi, aku tak sure sangat. Tapi kalau betul, bagus jugak. Lagi cepat mereka jumpa pasangan.. Lagi cepat kuasa mereka boleh dikawal. "

Ezriell bangun daripada meja Pengetua Stellar. Dia berjalan ke rak buku. Salah satu buku digapai. Pengetua Stellar sekadar memerhati. Ezriell menyelak laju muka surat buku itu. Apabila sudah menjumpai muka surat yang diinginkan, buku itu dibawa pada Pengetua Stellar. Pengetua Stellar membulat mata apabila melihat muka surat yang ditunjukkan Ezriell.

"Ezra dah ada tatu serigala ni dibelakang badan dia. Aryana juga ada tatu sayap di belakang telapak tangan dia. Maknanya... " Jelas Ezriell.

"Mate for the Ancient Wolf already choose huh?"Kata Pengetua Stellar lebih kepada diri sendiri.

"Jadi sekarang hanya tinggal si Naga dan Phoenix tu aje?  " Soal Pengetua Stellar.

"Calon untuk mereka dah ada. Tapi aku tak boleh nak sure sangat. Tatu mereka belum muncul. "

Terangguk-angguk kepala Pengetua Stellar. Tak lama kemudian satu letupan yang maha kuat kedengaran di padang Academy! Pengetua Stellar dan Ezriell berpandangan sebelum bergegas keluar!

***

Sebelum letupan..

"Baiklah. Macam yang you guys sudah sedia maklum, hari ini kita akan mengadakan ujian kuasa dan sihir! Jadi semua siap sedia sekarang jugak!"

Semua murid kelas Elite mengangguk kecuali tiga manusia yang dah tayang muka bosan nak mampus.

"Seriuslah? Weh, aku rasa baik kita blah. Bosan duh! " rungut Rian.

"Hari ni tak bolehlah. Abang Ell ada dekat Academy. " balas Ezra seraya menepuk bahu Rian. Dia berjalan kearah Aryana yang elok tengah meregangkan badan. Nak mengacaulah tu. Rian dah mencebik.

"Tak habis-habis nak melekat dengan partner dia. "

"Cemburu cakap. Aku tahu kau lonely. Iyalah, Sky kesayangan tak ada. " Sindir Silver seraya meregangkan badanya. Rian memutar mata ke atas. Whatever.

"Baiklah, memandangkan kita ada pelajar baru.. Why not korang mula dulu? "

Terus berbunyi tiga ekor tu. Nampak sangat tak rela tapi tetap akur dengan arahan tenaga pengajar itu. Kalau melawan kena cop biadap pula even diorang bukan kesah mana. Saje acah baik katakan.

"So, antara you guys.. Siapa nak dulu? " Soal Sir John penuh lembut. Berkulit gelap berwajah manis. Silver, Rian dan Ezra memandang satu sama lain.

"Kau dulu. "

Silver tunding Rian. Rian tunding Ezra. Ezra tunding Silver. Sudahnya diorang main tunding-tunding macan budak tadika. Sir John dah bengang.

"CEPATLAH WOI! " Tu dia. Sekali suara jantan tu menyinga, terus Rian angkat tangan. Takut punya fasal.

"I-i. Maksud saya, Aku. Eh tak tak saya. "

Ezra dan Silver dah tergelak dekat belakang Rian. Ikut hati nak aje Rian bakar dua malaun tu.

"Alright, you boleh masuk dalam bulatan tu. " Rian pandang blur pada Sir John yang dah ceria balik. Kaki melangkah masuk kedalam bulatan besar ditengah padang.

"Saya nak kena buat apa ni? "

Tak sempatpun Sir John nak beri arahan, satu suara sumbang menganggu kelas mereka.

"Yo John! Kau buat kelas dekat sini ya? " Sir John memalingkan badan ke belakang. Mukanya berubah mendung seraya mengeluh.

"Sir Zenith, please jangan ganggu kelas saya."

"Sorry? Aku rasa kau yang salah sekarang. Budak aku nak guna padang, jadi kau yang menganggu. So boleh blah tak? "

Silver dan Ezra saling berpandangan. Sempat mereka memandang rakan kelas yang lain. Nampak sangat mereka juga tidak suka dengan Sir Zenith ni. Terus naik tanduk setan atas kepala. Ezra menarik kepala Silver dan membisikkan sesuatu.

"Aku rasa nak bagi sikit penghargaan dekat Sir tu. Apa pendapat kau?"

"Why not? "

Sengihan kedua mereka terukir lebar. Perlahan-lahan mereka menghilang tanpa ada yang sedari. Sir Zenith dan Sir John masih bertegang urat leher. Dua-dua tak mahu mengalah. Rian yang masih di dalam bulatan membuat muka malas.

"Sir! Cepatlah cakap sesuatu! Saya boleh mati sebab bosan aje tau? "

Serentak Sir John dan Sir Zenith memandang Rian atas bawah. Pahal budak ni? Rian yang berfikiran lain menutup dadanya.

"Eww.. Gatalnya Sir berdua ni! Saya lelaki okay? Dada saya tak besar mana pun! "

"Woi! "

Rakan kelasnya dah tutup muka. Tak mengaku classmate weh. Kebuduhan dia tak pernah nak simpan! Ini yang kita kata muka setebal tembok china.

Sir John mendapat idea. Terus jari telunjuknya naik menunding pada wajah Sir Zenith.

"Kita fight! Budak Sir kena kalahkan budak saya dulu kalau nak padang ni! " Cabar Sir John membuatkan kesemua anak muridnya terkejut.

"Sir biar betul! Diorang tu senior kot! " Ujar salah seorang daripada murid kelas itu. Sir John mengangkat tangan tanda tidak mengapa.

"Sure. Anak buah aku pun tak sabar nak fight budak kau. 3 lawan 3. Serentak! " Dengan angkuhnya, Sir Zenith berlalu pergi dan menghampiri anak buahnya yang juga memapar wajah angkuh. Sir John mengeluh lalu memanggil kesemua anak muridnya termasuk Rian.

"Alright Guys, i know you guys tak yakin nak lawan dengan dioarang. Tapi please, kali ni aje Sir mintak you guys lawan. Mana boleh kita biarkan diorang buli you guys right? " soal Sir John cuba meyakinkan mereka. Tapi hampa, semua menundukkan kepala seperti tak ada harapan. Tambah pula, budak top 4 kelas mereka iaitu Skyler, Sage, Rain dan Racel tak ada hari ni.

Rian yang perasa perubahan mereka semua berubah pelik. Aryana yang berada disebelahnya ditarik lalu berbisik.

"Weh, asal semua nampak down duh? Aku tengok, cadangan sir okay apa. "

"Sebabnya kita berlawan dengan senior. Tambahan pula, senior yang kita lawan ni bukannya yang ikut peraturan. Diorang buat apa aje untuk menang walaupun guna cara yang kotor. Itu yang dioarang takut tu. " Jelas Aryana. Rian pula menganggukan kepalanya. Kemudian, senyuman sinis mula terbentuk.

"Sir! "

Sir John yang dah give-up memandang Rian.

"Ya? "

"Saya nak belasah diorang boleh? "

Membutang mata budak kelas Elite. Tiga lawan satu? Itu tempah maut namanya!

"You biar betul Rian? You budak baru mana tahu apa! " Ujar Sir John tak percaya. Rian tayang muka selamba aje.

"Don't worry lah sir. Setakat tiga orang, apalah sangat? Yelah, dah budak-budak tak guna ni pun tak nak lawan,baik biar saya aje. Heh, loser ! HAHAHAHA..! " nampak tak bertapa sukanya budak ni tempah keranda?

Semua budak Elite dah bengang dengan Rian yang menjelir lidah pada mereka. Siap ada tanduk setan lagi atas kepala tu! Eyy panas hati betul! Sir John mengeluh dan tersenyum nipis.

"Sorry Rian, but Sir tak nak beban kan you. Sir akan tarik balik cada-"

"Wow-wow. Sir nak mengalah macam tu aje? No fun lah! Hurmm.. Kalau macam tu, baik tak payah buat kelas Elite. Apa guna tubuhkan kelas ni kalau budak-budak pun lembik macam anak sotong? Oh lupa, korang semua memang anak sotong belaka. Sorry tak tahu. "

Rian buat muka bosan bersama nada suara yang kedengaran menyindir. Terus menyirap darah budak-budak Elite.

"Kau fikir kau kuat sangat ke hah?! "

"Jangan nak belagaklah setan! "

"Okay fine kita lawan! "

"Sir kita teruskan aje cadangan tu! "

Rian gelak jahat manakala Sir John dah berair mata. Cengeng. Aryana yang memerhati ketawa kecil lalu berdiri di sebelah Rian.

"Kalau macam tu, saya nak join. Kau tak kesahkan Rian? " Soal Aryana. Rian menggaru pipi bersama sengihan kelat.

"Asalkan Ez tak bunuh aku masa tidur, aku okay aje. Seorang lagi? "

"Aku. " Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan. Wajahnya terselindung disebalik kerundung miliknya. Rian dan Aryana berpandangan seketika sebelum kembali menatap si lelaki.

"Err... sure? Nama kau apa? "

"Rayken. Rayken Hernandez. "
_____________________________________________________________

Sorry for the late update! And sorry kalau tak berapa nk best! 😥

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top