CHAP 15 STUPID RIAN
PANGGG!!!
Satu tamparan maha dahsyat menyentakkan semua yang melihat! Pelajar perempuan yang menjerit teruja terus terdiam. Masing-masing teguk liur dikala aura membunuh kelaur daripada gadis berambut hitam.
Faith yang menerima tamparan itu terundur kebelakang. Tangan naik mengusap pipi yang terasa agak sengal. Senyuman sinis terukir dikala matanya bertembung dengan mata emas sang gadis yang menyala garang.
"Wow.. Tak sangka akan jumpa my sister kat sini. " ujarnya seraya berpeluk tubuh.
"Kau jangan nak buat benda tak senonoh Faith. Hanya sebab kau adik aku, jangan ingat aku tak teragak-agak nak lempang kau! " Marah Skyler bersama tangan yang dikepal. Apa yang dia lihat sebentar tadi, tak boleh dimaafkan! Tidak sopan langsung!
"Heh, suree. Aku pun tak harap untuk kau layan aku macam mana mama kau layan aku. Opss silap, Perempuan simpanan papa. " Provok Faith.
"Kau... " Setapak Skyler mara bersama tangan diangkat keatas.
"Dah cukup! "
Suara yang memetir menyentakkan mereka semua. Para pelajar menundukkan kepala dikala Tenaga Pengajar, Sir Jellal D'Rose muncul bersama pengetua mereka, Stellar Nightmare.
"Faith Velvet dan Skyler Ashton. Tolong jaga kelakuan kamu berdua disini. Jika ada masalah peribadi, jangan sesekali bawa ke mari! Faham?! " marah Sir Rose dengan lantang. Faith menggulingkan biji matanya tetapi dianggukkan juga kepala. Skyler sekadar menekur lantai.
Pengetua Stellar mengeluh seraya beredar bersama Sir Rose. Apabila kelibat dua susuk tubuh itu hilang, semua pelajar kembali melakukan aktiviti mereka dan masuk ke kelas. Faith pula bermain dengan hujung rambutnya lalu beredar daripada situ. Sempat dia hadiahkan flying kiss bersama kenyitan mata nakal kepada Silver. Meremang terus bulu Silver.
"Sky.. " panggil Aryana yang menyaksikan semuanya daripada awal. Kasihan dia melihat Skyler diperlakukan seperti itu.
"Masuk kelas kau." Arah Skyler dingin lalu beredar. Aryana hanya menghantarnya dengan pandangan mata. Tak lama kemudian, dia terasa seseorang memeluk pinggangnya.
"Kau okay? "Soal Ezra ditelinganya. Aryana hanya menganguk. Pelukan dipinggang dibiarkan sahaja. Dah lali sangat. Kalau dilarang, makin diketatkan pula. Sudahnya dia give-up terus.
"Weh Sil-"
BUKK!!!
"SILVER!!! "
Silver yang pengsan tiba-tiba, tidak dihiraukan Rian. Biarlah Ezra yang uruskan dengan Aryana. Matanya masih memandang kearah hilangnya Skyler. Adegan tadi betul-betul menyentakkan dirinya.
"Ez, Kau uruskan Silver! Aku nak cari Ash! " arah Rian tanpa sempat Ezra membalas. Sebaik sahaja kelibat Rian hilang, Ezra mendengus tak puas hati bersama segala sumpah saranah.
"Aku jugak yang kena. Haiishh!! Kau ni pun Silver. Time-time ni jugak kau nak pengsan pun! Mampus ajelah terus! At least aku boleh kebumikan kau aje nanti. Eii sakitnya hati..! " bebelnya. Aryana sekadar senyum kelat. Nak tolong angkat, Ezra tak kasi. Mampu melihat ajelah.
***
Kehulu ke hilir Rian cari Skyler, tetapi kelibat gadis itu masih belum kelihatan. Nafasnya mengah dek larian tanpa henti. Pandangan pelik pelajar yang lain tidak dihiraukan. Peluh dibiarkan menitis.
Rian memberhentikan larian. Tangannya elok memegang kedua lutut. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh dilapkan dengan belakang tangan.
"Mana kau ni..? " Soalnya. Rian mengeluh lalu terduduk diatas rumput. Kepala diserabaikan. Stress!
'Dia dekat hutan. Kau mesti tahu dia akan duduk dekat mana, betul tak.. Ad? '
Suara yang muncul didalam kepala Rian serta merta menyantakkan dirinya. Dia memerhati sekeliling sebelum bangkit.
'Kau ni.... Quin? '
'Kat sini diorang panggil aku Rain. '
'Ouh. ' itu sahaja yang mampu dikatakan Rian. Belakang leher digosok. Wajahnya jelas menunjukkan kekesalan dan serba salah.
'Aku tak tahu macam mana kau boleh hidup selepas kejadian tu, Ad. Mana kau menghilang? Kenapa kau buat Ash macam tu? Kau tahu kan dia.. ' Dari nada suaranya, jelas Rain seperti kecewa berbaur sedih beserta..Rindu? Rian sendiri keliru. Sudahnya Rian tidak berkata apa. Belum masanya dia bongkarkan perkara yang sebenar. Belum lagi.
'Never mind. Dahlah..Baik kau cari dia. '
'Thanks Quin. And.. Sorry. '
'No need to. Kau sepatutnya cakap terima kasih dan maaf pada Reg. Bukan aku. '
Rian terdiam. Nama Reg pula yang bermain dalam fikiran dia. Salah seorang rakan semasa dia kecil selain Quin dan Ash. Keluhan berat meniti dibibirnya. Kusut! Dia betul-betul kusut!
'Whatever.'
***
Skyler POV
Kenapa perempuan tu mesti masuk ke academy ni? Tak cukup lagi ke dia seksa aku dekat rumah? Papa pun satu! Ni mesti rancangan dia yang kononnya nak buat aku dengan si jeli kurita tu berbaik! Huh! Dalam mimpi ajelah.
Faith tak akan suka aku.
Sampai bila-bila pun dia tak akan terima aku sebagai ahli keluarga dia.
Satu keluhan terbit dibibir aku. Aku merapatkan kaki ke dada. Dahi direhatkan diatas lutut. Satu masalah tak selesai lagi, datang pulak lagi satu. Serabut betul otak aku!
"Bingo. "
Satu suara yang aku kenali menyapa telinga. Perlahan-lahan kepala diangkat memandang wajah letih Rian yang dah berpeluh. Dia cari aku?
"Kau ni pun. Boleh tak jangan sembunyi jauh-jauh? Academy ni bukanya kecik! Penat tahu tak cari kau ke hulu ke hilir? "Bebelnya. Entah kenapa, perut aku rasa macam tumbuh taman bunga. Lepastu rama-rama elok main dekat situ. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Maju betul rama-rama perut aku ni.
"Awak.. Risau ke? " soalku. Ternaik terus kedua-dua keningnya.
"Aku risau? Dalam mimpilah! A-aku cuma nak pastikan kau tak menangis ajelah! "
Aku ketawa kecil dengan respondnya. Malu lah tu, haha. Comel aje muka dia yang merah tu.
Walaupun dia tak mengaku, tapi aku boleh nampak dalam mata dia. Dia risau. Well, Rian is a man of action. Buktinya sekaranglah. Dia sanggup ronda satu academy sebab nak cari aku. Terharu jap.
"Macam mana aku nak lupakan kau, kalau kau suka tunjuk sisi yang ni Ad? " bisik ku. Rian mengangkat sebelah kening. Mungkin sebab tak berapa jelas. Ahh.. bukan aku nak dia dengar pun.
"Kau cakap apa? "
Aku menggeleng kepala seraya bangun daripada duduk. Hilang kejap masalah aku bila dia ada. Dunia aku jadi aman sangat. Aku jalan melepasinya sebelum menoleh ke belakang dengan senyuman.
"Thanks and don't worry. Saya okay. "
"Aku tak risaulah! Aku tak kesah pun apa yang kau rasa. Kau bukan sesiapa pun bagi aku. "
Sakit memang sakit. Tapi tu lah. Aku senyum aje. Sebab aku tahu. Satu hari nanti aku akan buat dia kisah fasal aku. Hanya aku. Bunyi macam selfish, tapi itulah apa yang aku rasa dan nak.
"Err.. Sky, aku nak tanya sikit boleh? "
Aku mengerut dahi dengan pertanyaan yang tiba-tiba itu. Kepala diangguk jugak.
"Apa dia? "
"Kau perempuankan? "
"Iyalah. " Pahal dia ni? Memang muka aku macam lelaki sikit tapi still nampak perempuanya.
"Nothing. "
Aku menggeleng kepala seraya menyambung langkah. Apa-apa jelah.
"Dia lah kut yang diorang cakap forever flat tu. Huh, Tak sangka dada dia memang flat gila. "
***
"Kau tahu Rian.. "
Ezra yang tadinya mahu keluar daripada bilik rawatan, terbantut apabila Skyler mengheret tubuh Rian yang seperti dibelasah lima lelaki. Skyler pula senyum bidadari aje walaupun urat merah dan aura ngeri mengelilingi dirinya. Tak fasal-fasal Ezra kena jaga Silver dengan Rian sekaligus.
"Aku rasa kau kena tengok baliklah otak kau tu. Suka sangat cakap benda yang boleh buat perempuan bunuh kau. " Ujar Ezra seraya berpeluk tubuh. Aryana pula berada di sisinya dengan muka kosong. Sempat dia menjeling dekat Ezra.
'Sedarlah diri kau tu sikit Ezra, kau punya mulut lagi puaka daripada si Rian ni. '
"Betul. Kau tak patut cakap benda tu pada perempuan kalau tak nak kena bunuh. Selamat Skyler boleh bawak bincang, kalau tak memang malam ni kitorang declare kau dah mati. " kata Aryana pula.
Sudahnya sepanjang hari Rian diceramah oleh Aryana dan Ezra. Tak apa, last-last telinga dia bernanah aje. Skyler yang bersandar sambil berpeluk tubuh diluar, mencebik dengan muka yang merah. Marahnya pada Rian masih tersisa.
"Baka. (Idiot) "ujarnya bersama pipi yang dikembung. Kaki diangkat lalu beredar daripada bilik itu. Tanpa sedar, bibirnya mengulum senyum.
So cute.
___________________________________________________________________________________________
Kita chill2 dulu ya😎? Nanti baru masuk part2 yg menyakitkan hati😂
Anyway sedekahlah vote and comment anda ya😂🐥anak ayam setia menunggu🐥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top