CHAP 14 I LOVE YOU KING!!

Skyler melangkah keluar daripada bilik mandinya. Rambut yang basah, dilapkan dengan tuala biru cair. Fikirannya melayang jauh. Sejak semalam lagi dia masih fikirkan si Rian. Setiap bait kata dan perilakunya. Skyler mengeluh. Kesal dengan diri sendiri. Badan dihempaskan diatas katil yang gebu. Dia mendongak keatas. Macam mana dia boleh tak perasan Rian semasa hari pertama lelaki itu hadir di Academy lagi?

"Had.. Rian.. " Entah kenapa kepalanya mula memberat. Perlahan-lahan mata dikatup.

Rian yang berada diberanda biliknya menongkat dagu di penghadang. Matanya memerhati langit yang dipenuhi gugusan bintang. Mata dikatup seketika. Minda mengimbas kembali masa lalunya.

"To-tok.. " panggil si kecil Rian. Orang tua yang mengerang kesakitan dihadapanya, dipandang dengan linangan air mata. Terkapai-kapai tangan tua itu bagai memanggilnya.

"Ad-Ad.. ke-kena lari.. ba-balik pada ke-keluarga... "

"Tak nak! Ad nak stay sini! Nak luangkan masa dengan Tok Aqi ! Penduduk kampung! " luah Rian seraya memegang tangan si tua. Tok Aqi ketawa dalam kepayahan. Pisau yang berada diatas meja diambil lalu diberikan kepada Rian. Rian tergamam lalu memandang wajah Tok Aqi yang mula berbintik ungu. Lelaki tua itu tersenyum.

"Ka-kalau macam tu.. bu-bunuh kami. "

"Rian? "

Rian tersentak apabila satu tangan menyentuh bahunya. Kepala ditoleh kearah susuk tubuh lelaki yang kini elok duduk diatas penghadang biliknya. Nafas ditarik lega.

"Haishh! Kau ni Ez, terkejut aku! Kalau mampus tadi macam mana? "

"Mampus aku tanam ajelah kau masuk kubur. Apa yang susahnya? "

'Ada jugak yang makan kaki nanti. ' desis hati Rian. Kecik besar-kecik besar aje dia tengok Ezra yang bermuka selamba itu.

"Dah lah. Ni kau masuk bilik aku apahal? Nak tengok buntut aku ke? "

"Beragaklah. Time ni mana best. Malam dalam pukul dua pagi nanti! Perhh..Leleh liur bhai.. "

"Kepala ba** kau! Pi mampus dalam gunung berapi! Biar tahu azab tu macam mana! " Marah Rian dengan otak kuning si Ezra. Ada aje yang nak diselitnya! Eyy.. Sexual harassment betul! Ezra menguling mata keatas. Tak heran langsung dengan ayat sinis Rian.

"Malam-malam pun nak gaduh ke hah?! "

Suara yang memetir tetiba menyentakkan dua beradik itu. Terus kepala mereka diangkat memandang Silver yang hanya berseluar pendek biru dihadapan pintu bilik Rian. Mukanya jelas letih bersama panda's eyes. Hampir separuh bilik Rian diselimuti ais. Aura membunuh Silver juga turut terasa. Ezra dah sengih. Rian pulak dah siap sedia nak lari.

"Sabar weh. Malam-malam nak mengamuk tak elok.. Nanti tua tak ada siapa nak, kan susah? Dah lah sekarang kau memang tak ada siapa nak.. "

Muka Rian dah pucat. Ezra kalau bab tempah keranda memang boleh kasi dia. Tak fikir kawan dah, terus Rian melompat turun daripada beranda biliknya apabila aura membunuh Silver lebih kuat terasa. Sebaik sahaja kaki mencecah tanah, dentuman kuat kedengaran.

"Uwoooo...!!!! "

Rian teguk liur apabila melihat badan Ezra elok melayang ke angkasa. Silver pula dingin sahaja memerhatikan kehilangan kelibat Ezra. Dengan mengantuknya dia melangkah kembali ke biliknya. Rian pandang blur aje pada balkoni biliknya yang dah serupa kutub utara aje. Sejuk.

"Mana aku nak tidur malam ni? "Kepala digaru. Kemudian mentol menyala muncul dikepalanya.

"Hah! "

***

Aryana yang tadinya keluar ingin mengambil air terkejut apabila katilnya bergerak-gerak. Dia teguk liur bersama ribuan persoalan. Pelahan-lahan kaki berjengket ke arah katil. Dengan tangan yang menggeletar, perlahan-lahan dia menyentuh selimut tebal diatas katil.

"MALAM NI AKU TIDUR DENGAN KAU!! "

"KYAAA!!! "

PAAANGGGG!!!

BREEEAKK!!

"SAAKKIIIITTTTT... "

Terkebil-kebil Aryana apabila tamparan yang maha dahsyat bersama kuasa petirnya, hinggap dipipi Rian sehingga lelaki itu tercampak keluar dan merempuh tingkap biliknya. Melayang jauh jugaklah si Rian itu.

"Ri-Rian? "

***

"Ohoho.. Apa khabar jiran tetangga? " ujar Ezra yang elok melekat di sebuah pokok besar. Senyum bahagia aje. Rian pula elok terbenam di sebelah pokoknya.

"Hurm.. Sakit ke tamparan tadi saudara? "

"Diamlah. "

***

Keesokan harinya Ezra dan Rian bermasam muka. Seorang merajuk dengan Silver, seorang lagi merajuk dengan Aryana. Naik pening Ezriell dengan peragai dua ekor tu. Mereka kini berjalan masuk kedalam Academy. Apabila tiba dihadapan pintu gerbang, mereka memberhentikan langkah. Empat pasang mata jatuh pada Ezriell.

"Dah-dahlah korang merajuk tu. Nak masuk Academy kan? " Tegur Ezriell di hadapan mereka dengan senyuman. Kepala Ezra dan Rian diusap. Silver tidak melayan, terus kaki diayun masuk bersama Aryana.

"Silver lah! Tak fasal-fasal semalam aku tidur luar dengan beruk manja ni. "

"Excuse me? "

Rian memandang bengang kearah Ezra. Suka hati kata dia beruk! Dia manusia yang terlebih comel okay? Perasan jap. Ezriell sekadar senyum kelat dan mengeluh.

"Haiih...Dah masuk- "

"KYAAAAA...!! "

Suara para pelajar perempuan menyentakkan mereka semua. Terus tiga pasang mata itu memandang ke belakang. Hampir terkeluar biji mata mereka apabila menonton adegan luar biasa yang sedang berlaku.

"A-abang.. Si-Silver..? "

***

Beberapa minit sebelum itu.

"Jadi.. "

Pengetua Stella mengangkat mukanya setelah membaca sehelai surat yang bersaiz A4 ditangannya. Ada gambar seorang gadis dan biodatanya. Mata hitamnya memerhati seorang gadis berambut biru dan bertocang dua. Senyuman manis terukir dibibirnya.

"Jadi saya nak masuk ke Academy ni. Kalau puan tak kisahlah. Well, puan nak atau tak saya akan masuk jugak. " ujarnya seraya menyelak rambutnya. Angkuh pada penglihatan pengetua Stella.

'Another b*tch girl. ' fikirnya bersama keluhan.

"Well... I don't have a choice then. You can go and see around for awhile. " ujar Pengetua Stella dengan senyuman palsu.

"Thank you. Oh by the way, call Miss Vel. Miss Faith hanya untuk my darling pujaan sahaja. "

"Sure.. Miss Vel. " What arrogant brat, desis hati Pengetua Stella. Faith Velvet tersenyum gembira. Kaki diayun keluar daripada bilik itu. Pengetua Stella mengeluh payah. Satu lagi masalah muncul.

"I hope he can handle her.. " ujarnya seraya melemparkan pandangan ke luar melalui tingkap besar dibelakangnya.

***

"Itukan pelajar baru tu? "

"Cantiknya.. "

"Nampak macam belagak duh.. "

Faith tidak melayan langsung sesiapa yang menegur mahupun yang mengata mengenainya. Dia sekadar berjalan-jalan di Academy dengan gaya diva sambil berpeluh tubuh. Lelaki yang memandangnya diberikan jelingan menggoda bersama kenyitan mata nakal. Manakala yang perempuan diberi jelingan sinis.

Racel dan Rachel yang melepasi gadis itu saling berpandangan. Entah kenapa, gadis itu ada aura yang tersendiri.

"Better tell everyone about this. " kata Racel mendapat anggukan Rachel.

Setelah beberapa minit berjalan, Faith mengambil keputusan untuk pulang. Perasaan bosan dah mula kuasai dirinya.

'Hurm.. Aku ingat papa nak hantar aku dekat Academy yang ramai prince charming! Urgh.. Yang ada dekat sini semua macam tak boleh pakai. ' desis hatinya seraya mencebik. Rambut depanya ditiup keatas.

"Bukan salah aku. Diorang yang bangang sangat buat bising! "

"Ala.. Awak kan paling tua antara Ezra dan Rian. Sabarlah sikit. "

Dua suara yang menyapa telinga, manarik perhatian Faith. Kepala di toleh ke belakang. Matanya membulat dikala seorang lelaki berambut kelabu dan bermata hijau cair muncul disebalik pintu. Mukanya dingin. Auranya membuatkan hati Faith berdegup kencang. Badboy!

"Dahlah. Malas aku nak layan. "

Suara yang mengancam! Semakin membuatkan hati Faith hilang arah.

'Pe-perasaan apa ni? Ini ke cinta pandang pertama..? Ta-Tak.. Ini.. Ini.. '

Terus sekeliling Faith bagaikan taman bunga. Dia berdress putih sambil menari-nari dengan seorang jejaka idamanya. Penuh gelak tawa!

"Faith my love.. " Arghh!! Suara yang memukau!

"Yes darling.. " Badan Faith dirangkul dan kepala Faith didekatkan dengan lelaki yang berwajah Silver itu.

"Call me King. King of your heart.. "

"Sure.. King.. My lovely King.." Tangan Faith naik melilit sekeliling tengkuk si jejaka. Wajah mereka dekat dan dekat.

"Give me kiss.. "

"Sure.. "

"ARGHHAHAHA..! "

Faith menghilangkan sendiri khayalan dirinya. Mukanya yang merah ditekup dengan kedua belah tangan. Jelas bunga-bunga masih disekelilingnya. Senyuman manis terukir dibibirnya. Matanya kembali tertacap pada Silver yang berbual dengan Aryana.

"Dahlah, kau masuk kelas dulu. "

"Baiklah.. "

"MY KING!!!!! "

Silver dan Aryana tersentak lalu menoleh kerah Faith yang berlari kearah mereka. Tanpa amaran, leher Silver dipeluk si gadis! Membulat mata Aryana dan Silver.

"Apa yang-"

"I love you my king!! "

CUUUUPP

melompong terus mulut Aryana apabila Faith selamba aje mengucup bibir Silver. Semua yang melihat juga tergamam dan kaku ditempat masing-masing. Silver lagilah terkejut, dia yang feel!

"KYAAAA....!!! "

Hampir semua gadis Academy itu menjerit teruja dengan muka yang merah. Rian dan Ezra saling berpandangan dengan muka tidak percaya. Begitu juga Ezriell yang dah macam hilang roh daripada badan.

"He-he grow up so fast... " ujar Ezriell sambil menangis.

"What the.. " Ujar Rian disambung Ezra.

".. hell? "

____________________________________________________________________________________________

Silver watak pertama dapat kiss!! 😂😂😂saya akan mula menyeksa setiap watak memandngkn hampir semua dh keluar mueheheh😂😂*Gelak Eryl*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top