CHAP 11 SUPERCAT

Setelah beberapa minggu tidak hadir, akhirnya tiga sekawan bersama Aryana masuk ke dalam kelas mereka. Sepanjang hari, Aryana hanya berkepit dengan Silver aje. Ezra jangan tanyalah, muka aje senyum-senyum bak bidadara, tapi hati dah macam-macam menyumpah itu ini. Rian pula selamba aje bermain dengan kucing didalam kelas itu.

"Ary! Ary! Tengok benda ni!"

Aryana ditarik tanpa menghiraukan pandangan membunuh Silver dan Ezra. Aryana pula sekadar ikut. Dia pun tak tahu yang dua manusia tu dah rancang macam-macam untuk Rian ni. Sadis.

"Tengok ni! Tengok ni! "

Badan kucing putih itu diangkat riang. Kedua tangannya elok mengepit ketiak kucing itu. Dibuatnya kucing tu macam-macam gaya! Menarilah, gaya melompatlah,pusing-pusing. Macam-macamlah digayakan si Rian ni!

"Hahahaha..! Kucing! Kucing! " Aryana dah seram tengok Rian yang berpusing-pusing dengan gembiranya bersama kucing malang itu. Pelajar dalam kelas Elite itu pun teguk liur tengok perangai Rian.

'Aku harap kucing tu hiduplah.. ' itulah apa yang mereka fikir.

"MEOWWWW!!! "

"WUU..!! KUCING AKU TERBANG WOI!! "

Melompong terus satu kelas apabila kucing malang itu terpelanting keluar. Rian pulak tak fikir dua kali, terus aje membuta tuli keluar melalui tingkap. Tak masalahnyakan.. Ini tingkat dua dik.

"Eh?Huwarrrhhh!!"

KEDUSHHH!!

Semua murid menjeguk keluar tingkap dengan muka blur. Ezra dan Silver pula dah ambil sapu tangan. Lepstu acah sedih.

"Hohoho.. Aku tak sangka kau pendek akal dan pendek umur.. " ujar Ezra lalu menghembus hingusnya.

"Aku harap kau tunggu kami. Aku sayang kau 1% aje kut. Haiih.. " Silver pula hanya mengelap air mata. Ezra dan Silver berpandangan lalu menangis. Semua yang melihat drama rabak dua manusia itu blur habis.

"Diorang memang macam ni. " ujar Aryana dengan senyuman kelat. Mata kembali mencari Rian.

"AKU HIDUP!!! "

Jerit Rian yang elok keluar daripada semak sambil mengangkat kucing yang terpelanting tadi. Kucing tu pulak habis gugur segala bulu. Takut sangat ni. Aryana tarik nafas lega.

"Ceh. " ujar Silver dan Ezra dengan aura hitam mengelilinginya. Aryana tak hiraukan dua jejaka itu, terus dia belari untuk mendapatkan Rian.

"Rian! Eh? "

Rian memandang Aryana dengan mata membulat besar. Air mata pula elok keluar. Aryana sengih kelat.

"Huhu.. Aryy... " panggil Rian dengan nada nak nangis. Jari telunjuk ditunding kearah kucing elok menyembamkan muka ditanah. Tengok dah macam 'Indahnya jika ku mati.. '.

"Kucing tak nak kawan aku... Hik.. hik. "

Aryana garu pipi. Dia mengeluh seraya menarik Rian dalam dakapan. Rian pula membalas pelukan itu lalu menangis. Dari jauh, Silver dan Ezra berbalas pandangan.

"Berapa tahap sayang kau dekat Rian? " soal Ezra Serius.

"Selama ni 1%. Sekarang 00.01%. Kau? "

"Zero. "

Mereka kembali memandang Aryana dan Rian yang berpelukan itu.

"Let's kill him in silent. Kihihihi.. " Serentak mereka ketawa dengan nada creepynya.

Rian yang menangis tetiba meremang satu badan. Matanya membulat memandang Aryana. Aryana pula dah rasa macam nak gigit aje pipi pau Rian. Comel nak mampus!!

"Tidur dengan kau malam ni boleh? "

"Eh? "

***

"Kau pasti ke tak nak tegur dia Sky? " soal Sage kini elok duduk dihadapan tingkap sambil memerhati drama Rian dan Aryana. Skyler sekadar senyap. Begitu juga Rain dan Racel.

"Ini untuk kebaikan dia. Kau tahu kan Ary dalam bahaya sekarang? " serius Skyler bertanya. Racel mengenggam buku lima.

"Tapi apa masalahnya? Kita pun boleh lindungi dia! " bentak Racel. Skyler mengeluh seraya menggeleng kepala.

"Aku rasa lebih elok dia bersama mereka. Kau nampakkan tahap kekuatan mereka dengan kita? "

Terdiam Racel ketika itu. Apa yang Skyler cakap betul. Tengok sahaja tahap kekuatan Ezra dahulu. Lelaki itu sengaja menyerang Aryana dan mereka bertiga, kerana mahu membuktikan dia mampu melindungi gadis itu. Ada surat yang lelaki itu hantar semasa Aryana dirawat dirumah mereka bertiga.

'Aku tahu Aryana dalam bahaya. Aku dan dua sengal tu masuk ke sini pun sebab dia dan beberapa alasan yang lain. Buat masa ni, biar dia dalam jagaan aku denagn kawan-kawan aku. Ah lagi satu, jangan bagi tahu benda ni dekat Aryana. Aku tak nak dia hidup dalam ketakutan. Dan yeah, aku tak akan mintak maaf sebab serang korang. Dude, best jadi jahat duh.. Hahaha...! '

"Err... "

Racel mengeluh seraya mengusutkan rambutnya. Rain yang melihat memandangnya sayu. Sage berdiam diri. Skyler sekadar senyum kelat lalu bangun daripada mejanya.

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak ronda kawasan dulu. " Badan ditunduk lalu kaki diayun keluar daripada kelas Elite itu.

***

"Aww... Sakitlah Ary! "

"Eyy.. Duduk diamlah! Luka kau ni nak kena rawatlah! Nanti masuk kuman! "

Marah Aryana. Rian mencebik. Tanganya yang luka dibalut Aryana. Lama mereka berdiam diri sehinggalah Rian membuka mulut dan menyoal dengan polosnya.

"Kucing tu nak kawan dengan aku tak? "

Hampir terjegil mata Aryana memandang Rian. Sempat kisah lagi fasal kucing! Padahal, dia jugaklah yang buat kucing tu separuh mati.

"Entahlah. Dah benci kau kot. "

"Hik.. Hik .. Hik.. "

Air mata Rian mula mengalir kembali. Aryana dah gelabah. Arh!! Cengeng gila Rian ni!!

"Hala.. Hala... Kau janganlah nangis, Rian! Okay-okay, Kucing nak kawan! Kucing nak kawan! "

"Betul? " Terus tak jadi nangis. Aryana pandang blur. Seriuslah mamat ni..

"Ya. "

"Yeay!!! "

Membutang mata Aryana apabila Rian selamba berlari dan menerpa kearah Kucing tadi yang elok terlantar di atas katil klinik kecil itu. Badan kucing itu diangkat dan dipusingnya macam helikopter!

"Yeah! Kucing sayang aku! Sayang aku!! "

"MEOW!!! "

"HUWARH!! KUCING TERBANG LAGI!! "

"HADRIAN!!! " Terlompong mulut Aryana bersama mata terjegil. Kucing tadi sekali lagi jadi Supercat diudara.

"Kau rasa dia hidup lagi? " Soal Rian dengan muka blur. Aryana memandang Rian dengan urat merah timbul dikepala.

"Hidup eh? "

***

"AMPUN!!!! "

Berdesup Rian melarikan diri daripada Aryana yang mengejarnya dengan sabit panjang. Malaikat maut dah datang nak jemput woi!!!

"Sini kau! Biar aku tunjuk dekat kau kucing tu hidup ke tak lepas aku hantar kau ke alam roh sana!!! "

"Eyy!! Kejamnya!! "

Ezra dan Silver senyum bahagia. Sambil-sambil tu mereka elok makan betih jagung. Terhibur!

"Tolonglah aku!! " pinta Rian dengan linangan air mata. Silver dan Ezra berpandangan.

"Go die. " serentak mereka berkata. Pecah bederai hati kecil Hadrian Irwin.

'Arhh.. Indahnya persahabatan. ' pasrah aje muka Rian ketika itu. Siap senyum-senyum macam nak mati aje.

"Meooww... " Terhenti terus larian Aryana dan Rian apabila seekor kucing bersayap terbang dihadapan mereka. Terkebil-kebil mereka melihat kucing itu. Tak lama kemudian, kucing itu berubah menjadi manusia. Lelaki!

"Meow! Kau memang kejamlah! Aku yang selama ni dibelai dan disayangi jadi supercat! Dua kali!! Kau tahu tak aku dah trauma nak berubah jadi kucing! " bebel lelaki itu dengan muka macam nak nangis. Berkelip-kelip mata Aryana dan Rian.

"Who? "

_____________________________________________________________

Happy Reading! BTW, Story ni hanya akan diupdate pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Kalau saya x update maksudnya saya busy atau malas😂. Kalau korang rajinlah kan, pi lah baca Buku baru saya ELDERA, LELAKI BERDARAH.😂 SYAITAN. Meh lah derma vote dan comment...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top