CHAP 10 KELEMBUTAN SILVER
"Perfect. Your face was so handsome and body kau seksi seperti biasa baby.. " ujar Ezra dengan nada romantik seraya memberi satu kenyitan mata nakal. Badanya tidak berbaju dan hanya mengenakan tuala dipinggang. Beberapa titisan air mengalir menuruni lekuk-lekuk sasanya.
"Tuan Ezra yang tak berapa nak waras, boleh cepat sikit bersiap? "
Teguran selamba daripada seorang gadis menyentakkan Ezra. Terus matanya membutang dikala melihat pantulan susuk tubuh dihadapan cerminya.
"Saya tahu tuan ni lonely sampai sanggup nak mengorat diri sendiri. Tapi, silalah turun kerana ramai yang dah kebulur macam nak mati. Kalau tuan tak nak tengok batu nisan atas kerusi meja makan tu, ahh silalah cepat. Sekian. "
Terus Aryana keluar daripada bilik Ezra dengan muka yang blur. Bukan sekali dua Aryana menonton adegan itu. Dah banyak kali! Ezra suka sangat 'mengorat' diri sendiri pada waktu pagi. Huh, dasar putus wayar!
Ezra sekadar mencebik bersama mata yang digolek keatas. Kemudian dia kembali menatap wajahnya di cermin. Sebelah tangan diletakan dicermin itu.
"Sorry baby handsome , i nak kena turun now. Nanti i baby kan you lagi ya? "
"CEPAT LAH TURUN BA**!!! "
Suara singa milik Ezriell serta merta membuatkan Ezra kalut menyiapkan diri. Raja singa dah mengaum woi!!
***
Aryana teguk liur melihat bangunan Academy dihadapanya. Dah dekat tiga minggu dia tidak menunjukkan wajah di Academy ini. Apa kata mereka nanti?
"Kau janganlah risau. Ezra kan ada? " ujar Rian ceria seraya merangkul bahu Aryana. Aryana pula hanya membiarkan dan tersenyum kelat. Dia tahu Rian mahu mengurangkan kegusaran hati dia. Lagipun, Dia lebih rapat dengan jejaka manja ini berbanding dua lelaki jahanam tersebut.
"Ezra pun tak berapa nak berguna masalahnya." Bisik Aryana. Keluhan terbit dibibir gadis itu.
"Kau tu berguna sangat ke? "
Membutang mata Aryana apabila Ezra berbisik ditelinganya. Hampir menjerit dia dibuatnya apabila wajah Ezra terlalu dekat. Terus dia anjak ke belakang.
"Kau ni! Janganlah dekat sangat! "
"Dengan Rian boleh pulak kau dekat? " bidas Ezra dengan muka tak puas hati.
"Sebab muka aku macam bidadara yang jatuh daripada langit. Bukan macam kau, muka syaitan yang jatuh daripada neraka. " sindir Rian bersama muka mintak kaki.
Ezra dah panas. Giginya diketap geram. Mata hijaunya bernyala garang. Buku lima bila-bila masa aje boleh melayang. Rian pula selamba membalas renungan garang abang angkatnya. Nak cari gaduhlah katakan.
KETUK!
KETUK!
"Jangan nak mengada lawan dekat sini. " ujar Silver dengan tanganya berasap dek menghentak kuat kepala Rian dan Ezra. Menrintih sakit jugaklah budak berdua tu. Sampai terduduk. Kemudian, matanya naik memandang Aryana yang dah teguk liur melihatnya.
"Kau pun jangan nak mengatal. Masuk!" Tegas Silver mengarah. Terkedek-kedek Aryana lari masuk ke Academy. Seram sihh kalau dengan Silver! Apabila kelibat Aryana hilang, Silver kembali menatap wajah masam adik-beradik angkatnya. Wajahnya berubah lembut daripada tadi.
"Kuat eh aku ketuk? " soalnya. Ezra dan Rian mengangguk dengan mulut yang dah muncung sedepa.
"Alololo... kesian korangkan?" Kedua-dua kepala Ezra dan Rian diusap sayang. Ezra dan Rian dah sengih suka. Seronok bila Silver nak manjakan diorang! Tetapi tak lama apabila riak wajah Silver bertukar dingin. Terus pucat muka mereka.
"Dalam mimpi aku cakap macam tu! "
BAMM!!
"ARRGHH!! "
Selamba Silver masuk kedalam Academy dengan muka bahagia. Ezra dan Rian pula hanya mempu menangis pilu. Tadi kena ketuk, kali ni kena laga kepala. Apa punya abanglah..
'Silver memang tak sayang kita!!'
***
Aryana POV
Apa aku nak buat ni? Macan mana kalau aku terserempak dengan diorang? Huwarh!! Aku betul-betul berharap aku mati hari tu!!
"Ary.. "
Bala.
Serius bala dah datang.
Dengan hati yang dipaksa merelekan perbuatan akal, aku menoleh kebelakang. Wajah seseorang yang agak lama aku tak lihat muncul.
"Err.. hey Racel. "
Okay ini janggal. Tak pernah-pernah lagi duh macam ni. Aku mengaru belakang leher. Mata pula tidak dapat duduk diam. Kanan kiri aku pandang.
"A-aku gerak dulu. " baik aku blah dulu.
"Kejap! "
Like drama. Mesti dia nak cengkam tangan aku ni. Tapi kan, asal tak rasa pape?
"Silver? " soalku dengan nada terkejut. Bapak arhh. Dia cengkam tangan Racel duh.
"Jangan sentuh maid aku. " Terus Silver melepaskan tangan Racel dengan kasar. Matanya menyala kehijauan. Riak wajah yang dingin, semakin dingin. Kajap, maid aku?
"Ma-maid? " soal Racel dengan wajah tak percaya. Matanya membulat memandang aku. Kau tanya aku? Bro, aku yang terkejut beruk ni pun tak sangka. Silver lindungi aku? Jauh panggang dari api.
Terus Racel terdiam. Dah dia diam, aku dengan Silver pun diamlah. Nak cakap apa lagi?
"Racel. "Panggilan seseorang memecahkan kesunyian kami. Kini mata kami tertala pada seorang gadis yang sangat aku kenali. Skyler.
"Jangan kacau perempuan tu. Dia dengan mereka. " ujarnya tenang. Matanya tidak pula memandang aku.
Boleh tak aku cakap hati aku terguris sekarang? Wow, Sakit gila. Racel seperti teragak-agak sebelum berlalu pergi. Sky tidak pula berkata apa. Dia sekadar memandang Silver lalu beredar daripada situ.
"Jom. "
Ajak Silver lebih kepada arahan. Aku hanya mengikut. Pelik, kenapa mata aku macam berair ni? Silver memberhentikan langkah lalu menoleh kearah aku. Matanya membulat sesaat sebelum kembali normal. Dia mengeluh seraya datang menghampiri aku. Mata aku membulat besar dikala ibu jarinya mengusap cecair jernih yang turun dipipi aku
"Cegenglah.. "
Bisiknya halus. Tak semena-mena, dia mencempung badan aku! Tangan aku laju melilit lehernya! Kemudian, tingkap Academy yang terbuka luas di bahagian kanan ditujui. Hampir menjerit aku apabila Silver selamba melompat keluar! Selamat dia mendarat atas pokok besar ni!
"Sil-Silver! "
"Duduk sini. "
Badan aku dia letak diatas salah satu dahan yang agak tebal. Blazer hitamnya dibuka seraya diletakan diatas kepala aku..
"Menangislah. Aku tunggu. Jangan risau, orang tak akan nampak kau menangis sebab Blazer aku. "
Lirih dan lembut Silver berkata. Tak cukup lagi, pandangan matanya sungguh lunak. Arh! Terharu! Sudahnya aku nangis jugak. Silver pula sekadar berpeluk tubuh dan memusing badanya kebelakang.
Kenapa hati aku dup dap ni?
***
"Lalala.. "
Diane yang seronok menyiram pokok bunga dirumah itu, diperhatikan Ezriell dari atas balkoni. Tersenyum lelaki itu melihat kerenah gadis kucing.
"Tupai! "
"Jangan Di. " tegur Ezriell apabila Diane ingin mengejar seekor tupai coklat.
"Alaaa... " Diane membuat wajah sedih. Kepala disengetkan ke kanan bersama telinga yang layu kebawah. Mata coklatnya membulat besar. Ezriell tahan senyum.
"Pleasee..... " rayu Diane lagi. Sudahnya Ezriell ketawa. Buku yang tadinya dibaca, ditutup.
"Pergilah. Tapi, jangan jauh-jauh. "
"Okay! Love you Brother Ezry!! Muah, muah, muah! "
Ezriell ketawa lagi apabila si gadis kucing membuat gaya gediknya. Lahai adik.. Diane melambai tangan kearah Ezriell lalu mengejar tupai coklat itu.
Ezriell mengeleng kepala dengan senyuman kelat. Ada sahaja kerenah gadis itu.
"Angel.. "
Bisikan halus itu menyentakkan dirinya. Terus dia menoleh kebelakang tetapi tiada sesiapa. Liur diteguk payah.
"Hantu ke tadi? " soalnya sendiri. Kepala digeleng seraya membuka bukunya kembali. Kaki disilangkan.
"Ezriell the Fallen Angel .. "
BUKK!
Buku yang dibacanya elok terjatuh. Matanya membulat besar bersama peluh yang mula mengalir dimuka. Terus dia bangun daripada duduk. Mata memerhati sekeliling. Dalam beberapa saat, matanya membulat besar apabila terpandang satu susuk tubuh berkerundung bertenggek diatas sebuah dahan. Kelip-kelip putih juga mengelilingi susuk tubuh itu. Bibir merahnya jelas terukir senyuman sinis.
"Semoga berjumpa lagi.. "
Dalam sekelip mata, susuk tubuh itu lesap. Ezriell mengetap gigi . Penghadang dibalkoni itu di tumbuk geram.
Diane yang baru sahaja pulang dengan seekor tupai didalam dakapan dia terhinjut bahu. Dengan wajah yang ketakutan, dia memandang wajah Ezriell yang sudah merah dek amarah.
"A-abang.."
Ezriell tersentak. Kini matanya jatuh pada Diane yang seperti hendak nangis. Ezriell meraut mukanya. Sesal dengan ketelanjuran dirinya. Dengan senyuman kelat Ezriell melompat turun. Diane yang takut mengundur 2 tapak kebelakang.
"Sorry Diane. Janganlah risau, abang tak marah Diane. Sini dekat abang. "
Pujuk Ezriell lembut. Diane yang teragak-agak, perlahan-lahan menghampiri Ezriell. Apabila Diane berada dihadapanya, Ezriell mengusap sayang rambut gadis itu. Diane mula menitiskan air mata lalu memeluk abangnya. Tupai pula entah kemana.
"Sshh.. maaf abang takutkan Diane. "
Tubuh Diane didukung dan belakang badan gadis itu diusap. Dalam beberapa minit, gadis itu tertidur. Ezriell tersenyum kelat sebelum wajahnya kembali serius. Matanya memerhati tempat susuk tubuh tadi.
"Jangan harap tragedi tu akan berulang. Itu sumpah aku! "
________________________________________________________________
Wow2 agak siapa lagi sweet? 😂Silver or Ezra? Susuk tubuh misteri pula dah jumpa Ezriell dan kedatangannya seperti pertanda buruk😨. ☺️ nntikan bab seterusnya! 😎jangan lupa tekan bintang dan comment ✌️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top