Serang Balas

Di bilik mesyuarat TAPOPS,semua yang ada di situ terdiam apabila penguasa Elemental Cahaya itu memasuki bilik itu dengan wajah yang serius.

Fang: B-Bila kau bangun?

Solar:*gosok mata* Baru tadi. Apa yang korang buat?

K.Kokoci: Kami sedang cuba untuk jejak lokasi Vitreous yang seterusnya.

Solar:*unbothered face* Dan?

Ying: Kapal angkasa dia tak ada hala tuju. Macam...terdampar pun ada.

Ying menunjukkan hologram yang ada dimejanya dimana titik merah dari penjejak itu tak tentu arah.

Solar:*duduk dekat sebelah Amato* Macam mana tu?

Ying:Itulah yang kitaorang tengah cari lagi ni kenapa.

Solar mengangguk dan menoleh kearah ayah dia.

Solar: Ayah agak-agak kenapa dia macam tu?

Amato: Hm? Entahlah,tak tahu.*tengok Solar* Ni,kamu dah cukup rehat ke? Tak nak rehat lama sikit?

Solar hanya tersenyum kecil sebelum bersandar pada Amato.

Solar: Solar okay jelah,ayah.Jangan risaulah!*somehow shining cute face*

Amato:*heart squeeze* Yep...Anak aku masih comel macam biasa-*proud dad*

Fang: Solar,macam mana dengan keadaan kau sekarang?Dah cukup kuat untuk berpecah semula?

Solar:*smirk* Mestilah. Kali ni aku tak kan buat silap yang sama lagi.

Mereka semua didalam bilik itu mula rasa seram sejuk dengan aura membunuh Solar.

Solar:*genggam tangan**smile* Aku akan lenyapkan setiap partikel molekul dalam badan dia biar tak wujud..Hehehe...*gelak jahat*

Hanya Amato saja yang mash senyum dan langsung tak terkesan dengan aura menakutkan Solar tu.

Amato:Yep...Masih comel.

Solar akhirnya berhenti dengan monolog jahat dia sebelum mengalihkan hologram yang ada pada  meja Ying ke meja dia.

Ying: Oit! Aku tengah tengok lagilah!

Solar: Tch,tengoklah kejap. Aku nak tolong cari jugak.*pout* Kau kata kau pasang alat penjejak dekat kapal Vitreous?

Ying:*sigh* Ha'ah.

Solar:*tengok hologram* Hm..Soalan. Alat penjejak mana yang kau pakai?

Yaya:*sweatdropped* Apa kena mengena soalan macam tu?

Ying:*thinking* Hm...Kalau tak silap aku,yang ada dekat dalam drawer SLR-Tracking Device dekat bilik senjata.Kenapa?

Solar tersenyum sinis mendengar jawapan dari Ying.Dia memberikan semula hologram itu pada meja Ying sebelum membuka hologramnya sendiri pada jam kuasa dia.

Gopal: Apa yang kau buat tu Solar?

Solar:*fokus* Kalau tekaan aku tepat,kemungkinan besar alat penjejak yang Ying ambik adalah penjejak ciptaan aku. Dan kalau aku tingkatkan frekuensi sikit...

Titik merah yang bergerak tak stabil dalam hologram Ying terhenti di sebuah tempat dalam peta galaksi itu.

Solar:*smirk* Kita dah jumpa dia.

.
.

.

.

.

.

Disebuah planet yang terpencil,kapal angkasa Vitreous mendarat dengan kasar. Kepulan asap muncul dari enjin kapal angkasa tersebut dan pintu hadapan kapal itu dimusnahkan dari dalam dan Vitreous menapak keluar dari kapal itu terhuyung-hayang.

Kristal-kristal yang merebak ditangannya digaru kasar.

Vitreous: Argh! Kenapa dengan kuasa ni-?!*keep on scratching*

Setiap langkahnya, kristal ² itu ikut sama dan merebak luas.

Vitreous: Tch-*genggam tangan kuat* Duduk dalam tu diam².Aku tuan kau sekarang.Faham tak,tak guna!

Vitreous melibas tangannya dan ceracak kristal gergasi muncul dari tanah.

Barulah kristal itu berhenti dari merebak ketangannya. Vitreous merengus kasar sebelum melihat kapal angkasanya yang rosak akibat kuasa Kristal.

Sejak berlawan dengan Elemental BoBoiBoy di Planet Volkania,kuasanya menjadi hilang kawalan membuatkan kapal angkasanya mengalami kerosakan yang serius.

Vitreous tahu bagaimana penguasa Elemental kehilangan kuasa mereka dan dia tak kan biarkan perkara sebegitu berlaku pada dia.

Kuasa Kristal milik dia dan tak ada apa yang boleh halang dia untuk dapatkan kuasa Elemental yang lain.

Vitreous: Huh,menyebalkan! Betulkan kapal angkasa dengan segera! Aku kena cepat dapatkan kesemua kuasa Elemental yang lain.

Kru-kru Vitreous hanya menurut arahan daripada tuan mereka yang dah gila itu.

Kalau tak buat,mereka pulak yang akan jadi mangsa.

Vitreous masih lagi melihat bracelet dia dengan geram.Dia dah kalahkan penguasa asal Elemental kristal dan juga budak Bumi tu.

Jadi kenapa kuasa ni tak boleh nak dikawal dalam keadaan genting macam ni?!

Vitreous:*genggam bracelet kuat* Baik kau duduk diam-diam dalam tu.Kau tu cuma kuasa.Aku tuan kau sekarang.*glare*

Cahaya hijau dari bracelet itu akhirnya berhenti dari bersinar terang dan Vitreous menghela nafas kasar.

Vitreous:Heh,aku kena cepat dapatkan enam lagi kuasa Elemental yang lain.Kalau tidak-

...:Kalau tidak apa?

Belum sempat Vitreous menoleh,letupan cahaya meletup dibelakangnya dan memusnahkan kapal angkasa dia hingga menjadi debu.

Vitreous: Apa-?!

Tak sempat cahaya tu hilang lagi,badannya dan ditarik ketanah menyebabkan Vitreous tidak boleh lari.

...:Heh,akhirnya dapat pun kau.

Apabila asap dari serangan itu akhirnya menghilang,Vitreous nampak budak-budak TAPOPS itu berdiri dihadapannya dengan Elemental cahaya tahap ketiga bersama mereka.

Yaya telah menguatkan Gravity Pemberatnya pada Vitreous dan Fang mengukuhkan lagi Ikatan Bayangnya supaya kali ini,Vitreous tak akan dapat lari lagi..

It is final showdown.

Gamma masih lagi menghalakan tangannya pada Vitreous walaupun mereka mendekatinya.

Kalau ikut hati dia,nak je dia hapuskan Vitreous dekat sini,sekarang juga.

Tapi mereka telah diberi arahan tegas dari Komander untuk tahan Vitreous sahaja.

Ceh, bosan.

Vitreous, walaupun dah ditahan sebegitu rupa,masih ada hati lagi untuk ketawa.

Vitreous: Heh,serangan dari belakang? Wow,sangat berani.*mengejek*

Gamma:*tangan bersinar* Kau diam. Apa yang kau buat pada Gempa pun sama saja dengan apa yang kami buat sekarang.

Vitreous ketawa dengan lebih kuat.

Vitreous:Ouh,si lemah tu?Maaflah,aku dah lupa siapa dia.*snicker*

Fang cepat² memegang bahu Gamma untuk tenangkan dia.

Fang: Sabar Gamma.Dia saja nak buat kau marah. Bertenang.

Sulur² Gamma yang berada dibelakangnya mula bergerak perlahan.Gamma menarik nafas dalam.

Gamma: Fuh...Aku tahu.*jeling Vitreous* Sekarang,macam mana kita nak keluarkan Gempa dari dia?

Vitreous ketawa lagi membuatkan Gamma rasa menyampah.

Vitreous: Hah! Kau masih lagi fikir kau boleh keluarkan dia? Cop,kau masih gelarkan kuasa ni sebagai 'dia'?  Hah! Kau dengan ia hanya kuasa yang tak ada akal ataupun perasaan!

Geram yang teramat,Gamma menghentak kakinya tepat pada muka Vitreous sampai bunyi 'krack' kedengaran. Walaupun dia ditarik oleh Gravity Yaya,Gamma masih lagi mampu berdiri dan menekan kakinya lebih kuat pada Vitreous.

Gamma: Aku kata diam-*tekan kaki lebih kuat* Aku boleh bunuh kau dekat sini dan tak kan ada sesiapa kisah dengan kematian kau,makhluk tak sedar diri.

Gopal terpaksa menarik Gamma kebelakang.

Gopal: Dey! Kau lupa ke apa Komander cakap?!

Gamma:*smirk**angkat tangan* Aku nak dia rasa....apa yang BoBoiBoy rasa masa dia cuba bunuh BoBoiBoy dulu!

Mata Gamma instantly bercahaya dan sulur² Gamma itu melilit Vitreous dan menariknya keluar dari Lilitan Bayang dan Tarikan Gravity.

Ying:Haiyo,Gamma!

Fang:*cover mata* Tch,dia hilang kawalan lagi-!

Yaya: Bersedia saja!

Kembali bersama Gamma,dia masih lagi melibas Vitreous ke permukaan dengan kuat tanpa henti.Senyuman lebar terukir diwajahnya apabila melihat percubaan Vitreous untuk lindungi diri dengan kuasa kristal tak menjadi.

Gamma: Hahahahahaha!! Sakit tak? Ke masih tak sakit? *gelak*

Vitreous merengus kasar sebelum memegang sulur Gamma walaupun sulur itu mencairkan perisainya.

Vitreous: Kau....tak setanding aku!

Sulur Gamma yang dipegangnya terus membeku dalam kristal dan mereka terus kebelakang Gamma dan membekukan sulur² yang lain.

Gamma: Ack-! Tch,tak guna!*tangan bercahaya*

Vitreous dengan pantas melepaskan dirinya dan menendang Gamma dengan kuat sehingga mereka terpisah. Gamma terhempas kuat pada sebuah batu besar menyebabkan debu² dari batu itu menghalang pemandangannya.

Vitreous terus menghidupkan bracelet dia untuk menyerap kuasa Gamma.

Ini saja peluang yang dia ada!

Vitreous: Hah! Macam yang aku cakap,kau memang tak layak untuk gunakan kuasa ni!

Dengan itu, Vitreous menuju laju kearah tempat Gamma yang masih lagi cuba untuk sedarkan diri dia.
Vitreous tersenyum kemenangan melihat mata Gamma yang tidak fokus itu membulat apabila melihat jarak mereka yang makin dekat walaupun debu² masih lagi menghalang pemandangan mereka.

Vitreous: *ready* KUASA ELEMENTAL MILIK AKU!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KTANGG!!

Bunyi besi berlaga itu mengejutkan Vitreous apabila dia merasakan yang tangannya dihalang oleh sesuatu.

Deruan angin yang kuat meniup segala debu yang ada dan menjelaskan pemandangan di situ.

Bertentang dengan tangan Vitreous,terdapat satu tombak besi yang memercikkan kilatan merah kecil akibat hentakkannya.

Sepasang mata merah terang menjelingnya dari bawah topi dino berwarna hitam itu.

Dia dapat melihat dia tersenyum seperti orang gila. Betul² bersedia untuk membunuh.

Gamma yang berada dibelakang,hanya ketawa kecil sambil memegang perutnya.

Gamma: Lambatlah kau,Voltra.*smirk*

Voltra: Heh,sorry.

Dengan impak kuasa Voltra, Vitreous tercampak jauh dari mereka.

Vitreous: Tch-! Kenapa kuasa Voltra masih ada?Mustahil!

Voltra melibas Tombak Voltranya beberapa kali sebelum memandang Vitreous dengan senyuman gila yang sama.

Voltra: Heh,masa main kau dah tamat!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #boboiboy