Rimbara
Bersama dengan Elemental,mereka semua berada di bilik rawatan,masing² tengah berbincang dan Balak masih lagi berehat atas katil. Yang lain duduk bersila atas lantai.
Solar: Okay,berdasarkan kajian aku,Vitreous ni dulunya cuma pelombong kristal biasa. Tapi dia makin lama makin ganas lepas terdedah dengan gas pelik dari kristal yang dia gali.
Beliung: Sebab itu ke dia berkuasa sangat sampai boleh kalahkan Tok Kasa dan Gempa?
Solar: Mungkin. Dia tahu tentang kuasa Elemental kita. Tapi mengikut apa yang Tok Kasa cerita,Vitreous tak tahu yang kuasa Elemental dah beralih pengguna. Jadi dia serang Tok Kasa dan jumpa pasal kita dalam database dekat pusat kawalan bawah rumah Tok Kasa.
Blizzard: Masa tulah Gempa datang dan dia diserang...
Solar:*sigh* Ya.
Mereka semua diam lagi,masih memikirkan idea. Tiba-tiba,ada sesuatu terlintas di fikiran Magma.
Magma: Oh ya,Solar? Kau tak bagitau lagi apa maksud kau pasal 'kau tak ada dekat sini' tu.
Solar tersentak mendengar soalan dari Magma. Ya,masa dia ceritakan semua tadi,dia terlupa nak cerita tentang keadaan Gempa sebelum kes Vitreous ni berlaku.
Solar: Umm....Lepas korang tak ada,Gempa jadi sakit tau dan kitaorang dicutikan buat sementara sampailah Gempa pulih. Bila dia dah pulih,kami dapat misi pertama untuk dapatkan Power Sphera dari Planet Synee.
Dengar je nama Planet Synee yang keluar dari mulut dia buat Solar meluat.
Beliung: Lepas tu? Apa jadi?
Solar: Planet tu dah dalam diambang kemusnahan disebabkan perang. Masa berlawan dengan mereka,aku kena tarik dengan alien dekt situ sampailah ke istana. Masa tu aku jumpa alien penipu tak guna tu. *dark voice*
Mereka perasan nada suara Solar berubah.
Voltra: Siapa?
Solar:*grit teeth* King Dim. Dia raja planet tu. Dia bagitahu aku yang hanya aku boleh selamatkan planet tu. Disebabkan tak ada pilihan lain. Aku ikut dia. Dalam istana tu ada satu sphera tenaga. Planet Synee adalah planet asal kuasa aku. Jadi,aku salurkan tenaga aku pada sphera tenaga tu untuk hentikan peperangan mereka.
Mereka masih lagi setia mendengar.
Solar: Gempa.... dia hilang kawalan kuasa dia bila aku kena tangkap. Bila dia dapat jumpa aku dan King Dim,dia hampir....hancurkan King Dim tu. Tapi aku dapat hentikan dia. Disebabkan itulah,dia bagi aku pilihan. Kalau aku tak nak Gempa ditahan sebagai banduan di planet ni,aku yang kena tingga dekat planet ni dan bantu dengan pembaikpulihan planet tu. Aku tak nak Gempa masuk penjara sebab itu aku setuju.
Voltra: Jadi Gempa tinggal seorang dan kau tinggal di Planet Synee. Disebabkan Gempa rasa yang kuasa dia tak terkawal,dia pergi ke Planet Quabak untuk berlatih dengan Tok Kasa. Tapi masa itu jugalah dia diserang dan diambil.
Solar mengangguk.
Beliung: *pandang Voltra* Apa yang patut kita buat sekarang,Voltra?
Kembar Elemental memandang Voltra dengan harapan yang dia ada solusinya.
Tapi ketua alternate mereka hanya mendiamkan diri.
Beliung: Voltra?
Voltra tersentak dari lamunan dia apabila tangan Beliung menepuk bahunya perlahan.
Voltra; O-Ouh,maaf. Apa korang tanya tadi?*urut kepala*
Blizzard: Kau okay? Muka kau dah nampak makin pucat.
Magma: *closer inspect* Lebih kepada memudar sebenarnya.
Voltra menghela nafas perlahan.
Voltra: Apa yang akan jadi pada kita? Kita dah lama tak bercantum dengan badan asal kita,pada BoBoiBoy. Dengan Gempa pun tak ada. *tengok tangan* Aku tak rasa kita boleh bertahan lama macam ni.
Semua Elemental memandang sesama sendiri,tahu apa yang dikatakan Voltra adalah benar.
Tiba²,mereka dikejutkan dengan jeritan Balak.
Balak: JANGAN!! *tiba² bangun*
Solar:*cepat² tahan badan Balak* Balak! Bertenang! Kenapa dengan kau ni?
Balak tercungap-cungap cuba untuk stabilkan pernafasan dia. Muka dia berpeluh.
Balak: A-Ada sesuatu tak kena...A-Aku boleh rasa- *genggam dada*
Untuk menambahkan masalah mereka,pintu bilik wad terbuka dengan kasar.
Fang: Korang,masalah besar!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kapal angkasa Kebenaran tak pernah dibawa selaju sekarang. Ochobot tak ada tenaga yang cukup untuk teleportkan mereka ketempat yang ditunju sekarang.
Planet Rimbara.
Mereka telah mendapat panggilan kecemasan dari kaum Cendawa mengatakan bahawa Vitreous telah datang dan menyerang perkampungan mereka dengan kuasa Kristal.
Geng Kokotiam dah bersiap sedia untuk berlawan dan angkatan keselamatan mengikuti mereka dari belakang untuk memindahkan kaum Cendawa ke tempat yang selamat.
Voltra: Cepat Kapten Papa!
K.Papa: Ai Kebenaran dah melebihi had laju galaxy dah ni tau tak? Mana nak cari duit nak bayar saman oii!
Beliung: Kitaorang bayar! Bawak laju lagi Kapten!
Balak hanya duduk mendiamkan diri.
Ada sesuatu yang tak kena. Dia boleh rasa.
Balak: Tolonglah....
Tak lama kemudian,mereka sampai di Planet Rimbara.
Macam nak tercabut jantung mereka apabila melihat separuh dari Planet Rimbara telah berubah kepada kristal.
Dan planet itu diambang kemusnahan.
Balak:*lompat bangun dari kerusi* JANGAN!
Balak terus ke tempat Kapten Pap dan menolak tuil booster kepada kuasa penuh secara tiba-tiba membuatkan kapal itu melonak kehadapan terus memasuki atmosphera Planet Rimbara.
Kapten Papa terus mengambil alih dan menstabilkan kapal angkasa itu supaya tak terhempas.
Gopal: Dey! Kau nak kita terhempas ke?!*berpaut dekat kerusi*
Tapi Balak tak membalas. Dia terus keluar dari kapal angkasa itu diikuti dengan Elemental yang lain.
Voltra:*pusing pada yang lain* Korang cari penduduk Cendawa. Kami akan cari Vitreous.
Geng Kokotiam hanya mengangguk dan segera bertindak.
Kembali bersama Elemental,mereka berlari mengikuti Balak yang sudah sedia berada di tengah hutan. Tempat yang sama mereka jumpa dengan King Balakung.
Balak:*duduk**sentuh tanah* Planet ni....dah nak mati... Aku kena buat sesuatu!
Tangan Balak mula bercahaya hijau terang,sama macam masa dia sembuhkan BoBoiBoy tadi.
Kembar Elemental yang lain baru sampai lihat tanah yang dipijak Balak mula menghijau.
Magma:*halang silau dengan tangan* Apa yang Balak cuba buat?!
Solar:*halang silau* Aku rasa...dia cuba untuk selamatkan teras tenaga planet ni dengan kuasa dia!
Blizzard: Bukan ke dia baru bangun lepas dah pulihkan BoBoiBoy?! Apa yang dia fikir?! Dia boleh hilang sebab kehabisan tenaga untuk kekalkan bentuk badan dia!
Mereka kembali memandang Balak yang dikelilingi dengan sphera cahaya berwarna hijau,matanya bercahaya hijau,sama macam Beliung dulu.
Voltra: Berhenti sekarang Balak!
Balak:*doubled voice* Tak nak! Aku..akan selamatkan planet ni tak kira apa!
Cahaya hijau disekeliling Balak semakin kuat dan gegaran dikeliling mereka semakin kuat.
Balak: Hiargh!!
Cahaya hijau Balak meletup menghasilkan gelombang shockwave kuasa yang menghijaukan semula pokok-pokok dan tumbuhan yang dah kering,layu dan nak mati itu. Gelombang itu memancar ke atmosphera dan merebak keseluruh pelusuk planet,mengembalikan keadaan planet itu seperti asal,menghapuskan kesan kristal yang hampir membunuh planet itu.
Apabila cahaya hijau itu hilang,Planet Rimbara kembali seperti sedia ada,malah,lebih baik sebelum masa Retakka datang dan sedut tenaga Elemental dari planet ni.
Kembar Elemental kagu buat seketika sebelum melihat keadaan Balak.
Cahaya dimatanya dah hilang,diganti dengan mata hijau kelam dan bdannya terhuyung-hayang.
Elementals: BALAK!
Voltra sekelip mata berada disisi Balak dan menangkap badannya sebelum tersungkur ketanah. Badan Balak mula memudar dan berkelip seolah-olah mahu menghilang.
Voltra:*lightly goncang badan Balak* Balak? Balak,buka mata kau!
Nasib baik,selepas dipanggil beberapa kali,Balak akhirnya membuka mata.
Balak:*weak voice* V-Voltra..?Aku....berjaya ke..?
Voltra:*proud smile**angguk* Ya,kau berjaya. Kau dah selamatkan Planet Rimbara,Balak.
Balak hanya tersenyum kecil dan menghela nafas kecil.
Magma: Apa yang patut kita buat sekarang? Balak dah mula memudar...
Mereka memandang Balak yang masih berada dalam dakapan Voltra. Kalau diperhatikan betul-betul,mereka boleh nampak tangan Voltra melalui badan Balak.
Voltra: Balak,kau dah tak boleh guna kuasa kau. Kau kena berehat dan stabilkan diri.*sigh* Macam mana dengan yang lain?
Solar menghubungi Yaya melalui jam kuasanya.
Solar: Yaya. Macam mana dengan keadaan dekat tempat korang?
Hologram Yaya muncul dan dia kelihatan seperti membantu untuk mengangkat pokok yang tumbang.
Yaya: Semua penduduk Cendawa selamat. Ada gelombang kuasa yang pulihkan planet ni semula. Itu kerja Balak ke?
Solar: *sekilas pandang* Ya,itu kerja Balak. Ada nampak Vitreous dimana-mana?
Yaya: Kitaorang nampak kapal Vitreous berlepas pergi bila kapal Kapten Papa mendarat. Dia dah lepaskan diri.
Blizzard: Cis,sempat pulak dia lari.
Voltra: Yaya,aku nak kau laporkan hal ni sekarang pada TAPOPS. Aku yakin,Vitreous sedang cuba untuk cari penguasa Elemental yang lain sebab dia fikir yang kami masih berada dengan mereka. Kemungkinan dia akan ke planet-planet jajahan penguasa Elemental yang lain.
Solar: Jadi kemungkinan sekarang dia akan menuju ke Planet Siberian.
Magma:Hm...Mungin kalau dia tahu. Siberian planet yang tersembunyi. Jadi mungkin dia akan jumpa Planet Volkania dulu.
Voltra:*sigh* Apa-apa pun,minta TAPOPS untuk hantarkan pasukan pertahanan untuk setiap planet dan bagi amaran pada mereka. Aku tahu yang mereka ada buat salah dengan kita,tapi itu bukan alasan untuk mereka kena dengan Vitreous.
Yaya hanya mengangguk dan talian mereka dimatikan.
Beliung: Jadi,apa yang patut kita buat sekarang dengan keadaan Balak? Kita sendiri tak berapa nak stabil dan BoBoiBo masih belum sedarkan diri. Andai kata kita kena lawan dengan Vitreous,tak ke dia akan jadi sasaran mudah?
Mereka semua terdiam sebentar dengan pertanyaan Beliung.
Balak: Aku...Korang tak perlu risaukan aku...*angkat tangan* Aku masih ada kuasa. Aku cuma tak boleh nak kekalkan bentuk badan aku sebagai BoBoiBoy...
Magma:*idea pings* Ha! Apa kata kalau kau kembali kepada King Balakung? Sekurangnya bila dengan dia kau boleh berehat dan pulihkan tenaga kau sampailah kita jupa cara untuk kalahkan Vitreous! Alah,lagipun dia kan Atok Balakung kau?
Cadangan bernas yang tak pernah muncul dari Magma membuatkan mereka semua berfikir semula.
Solar: Idea yang bijak! Dengan cara tu Balak lebih selamat sementara kita cari jejak Vitreous!
Beliung: *lap air mata palsu* Adik aku dah bijak huhu~
Blizzard: Hm,ada guna jugak otak kecik kau tu- Adoi!*kena tumbuk dengan Magma*
Voltra tersenyum kecil melihat Elemental yang lain yang teruja dengan idea Magma. Dia kembali pada Balak yang nampak agak risau dengan cadangan Magma.
Voltra: Kau dah banyak tolong,Balak. Sekarang ni,kitaorang nak kau rehat dan bersama dengan King Balakung. Dia boleh jaga kau sementara kitaorang selesaikan semua ni.
Balak:*pout* Aku nak tolong jugak...
Voltra memutarkan matanya sebelum mengangkat Balak supaya dia boleh piggyback Balak.
Voltra: Kau dah banyak tolong. Sekarang,jom cari King Balakung.
Baru beberapa langkah menapak,jam kuasa Beliung berbunyi.Hologram Fang terpapar padanya.
Beliung: Oh,Fang. Ada apa?
Wajah Fang kelihatan macam baru saja nampak sesuatu yang menakutkan.
Fang:*deep sigh* Korang semua kena kesini..Aku dah hantar lokasi. Datang cepat.
Hanya itu saja yang dikata Fang sebelum talian itu dimatikan.Kembar Elemental mula merasa tidak sedap hati.
Voltra: Solar,tunjukkan arah. Beliung,guna kuasa kau untuk terbangkan kita ke sana.
Beliung,Solar: Baik.
Mereka semua mendekatkan diri dengan Beliung dan penguasa Elemental angin itu mula menerangkan mereka semua dan dipandu oleh Solar yang sedia dengan koordinat yang diberikan oleh Fang.
Koordinat itu membawa mereka kekawasan lapang.Dari atas,mereka boleh nampak penduduk Cendawa dan geng Kokotiam disana.Beliung mendaratkan mereka dengan pertahan dan mereka terus berjalan kearah geng Kokotiam.
Wajah mereka masing-masing suram.
Voltra:*pandang sekeliling* Fang,apa yang dah jadi?
Fang mengetap bibirnya kuat sebelum menunjukkan kearah hutan yang berdekatan dengan mereka.
Serta merta jantung mereka seakan berhenti.
Tak jauh dari mereka,ada sebuah ceracak kristal yang besar dengan cecair hijau dibawahnya.
Dibawah kristal itu ada King Balakung,tak bergerak dan dikelilingi dengan lopak hijau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
GUESS WHO'S DONE WITH HER SEMESTER 5 AND SURVIVED-!
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top