Ribut
Sebaik sahaja sampai ke angkasa, Gempa terus setkan kapalnya kepada autopilot.
Dia tahu kalau autopilot dia mungkin akan lambat sampai,tapi dia nak nikmati dulu masa dia bersendiri.
Gempa: *hela nafas* Fuh..tenang. Tak lama pun kau akan bersama dengan Tok Kasa. Kau akan balik sebelum pemahkotaan Solar. *Sigh* Kau akan okay..
Gempa bermain dengan stress-ball dia, cuba untuk tenangkan diri. Dia bawak semua plushie yang dia buat untuk semua Elemental.
Tak tau kenapa, tapi dia nak bawak.
Sekurangnya hilanglah sikit rasa rindu.
Gempa menghela nafas lagi sebelum membaca pesanan terakhir dari Tok Kasa. Dia cuma hantar mesej yang dia dialu-alukan untuk datang,sebab itulah Gempa pergi.
Kuasa dia jadi tak terkawal sebab tak boleh nak kawal emosi. Jadi dia kena berlatih dengan Tok Kasa untuk kawal kuasa ni.
Mana tahu? Dia mungkin boleh masuk tahap ketiga lebih cepat.
Gempa: Kalau aku masuk tahap ketiga lebih cepat,aku akan jadi lebih kuat. Aku boleh lindungi semua orang.*genggam tangan kuat* Aku tak kan gagal lagi.
Stress ball ditangannya pecah mengejutkan Gempa.
Gempa: *groan* Alahhhh ni bola ke-10 aku pecahkan!! *pout**ambik satu lagi bola dari beg*
Stress ball tu kalau bernyawa pun stress asyik pecah je.
Apabila kapal Gempa sudah mencapai tenaga penuh untuk masuk hyperspace, sebuah kapal angkasa yang lain bercahaya merah muncul dan bergerak laju melaluinya. Nampak sangat tengah cepat dan terus hilang.
Gempa: *tengok dari cermin* Busy sangat kut? Apa² sajalah.*tekan butang*
Kapal angkasa Gempa terus menghilang memasuki hyperspace terus ke Planet Quabak.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali bersama Voltra,dia hanya ikut rasa hati dia untuk cari koordinat Planet Windara.
Dia nak dapatkan Taufan dulu.
Sebaik sahaja kapalnya memasuki atmosphera Planet Windara,kapalnya diserang dengan ribut taufan yang sangat kuat.
Voltra: Ergh-!*struggle kawal handle* Tak boleh bawak bincang angin ni. *Sudden smirk* Tak ada apa yang boleh halang aku.
Dengan handalnya Voltra memusingkan handle kapal angkasanya dan membiarkan kapalnya mengikut aliran udara yang cuba untuk halang dia masuk ke kawasan istana.
Apabila dia berpusing menghampiri kawasan istana,dia terus menolak tuil booster dan keluar dari beliung yang ganas itu.
Kapal angkasanya tersadai di balkoni puncak istana,dimana throne room Kuputeri berada disitu.
Voltra terus keluar dari kapal angkasa dia dan berdepan dengan Kelkatoa,askar Planet Windara.
Kelkatoa: Jangan berani mendekat!
Voltra:*roll eyes* Aku cuma datang nak jumpa Tuanku Kuputeri.*keluarkan pedang* Jangan halang laluan aku.
Ada sesuatu yang meuru laju kearahnya dan Voltra menghalang serangan dengan pedangnya.
Orang kanan Kuputeri,Maripos.
Maripos: Kau menceroboh kawasan istana diraja! Kau tak layak untuk jumpa Tuanku Kuputeri!
Voltra: Dan dia tak layak untuk ambil kuasa ni dari tuan kami.
Hanya petik jari sahaja Maripos dan askar Kelkatoa yang lain melayang jauh akibat shockwave yang kuat daripada Voltra.
Voltra menendang tingkap istana itu dan masuk dengan selambanya. Deruan angin yang kuat menghalang dia dari melangkah masuk pun macam angin sepoi-sepoi bahasa saja bagi dia.
Hoho,kuasa tahap ketiga memang kuat.
Voltra turun dari balkoni tingkap tersebut dan terus berdepan dengan Kuputeri yang duduk di atas tahkta
Voltra: Tuanku Kuputeri.*cold tone*
Kuputeri: BoBoiBoy Voltra. Satriantar dah bagi amaran yang kamu akan datang.
Voltra:*casually pusing pedang* Oh,si lemah tu? Dah mengadu dekat korang semua supaya hati-hati dan simpan kuasa korang ke?
Malas nak berdalih nyah! Tengah maroh ni!
Kuputeri bangun dari takhta dia.
Kuputeri: Kamu tak patut buat semua ni...BoBoiBoy. Ada sebab kenapa kami,penguasa asal mengambil semula kuasa kami.
Voltra:*roll eyes* Apa dia?
Kuputeri: Galaxy ni luas,Voltra. Ada lagi benda bahaya diluar sana yang kamu tak kan boleh lawan.
Voltra:Pshhh...Nak lawan Retakka pun kau tak boleh. Apa yang buat kau pasti kau boleh halang musuh yang berbahaya sangat tu.
Terdiam sebentar.
Voltra: Kalaulah korang semua sekurangnya TANYA sebelum rampas kitaorang,mungkin aku tak berdendam sangat macam ni. Tapi korang dah buat BoBoiBoy,tuan kitaorang,sedih. Sakit. Dan aku tak kan maafkan korang semua.
Askar Kelkatoa mula memasuki throne room tersebut dan menghalakan senjata mereka kepada Voltra.
Kuputeri: *sigh* Kalau kamu masih berdegil beta tak ada pilihan lain selain daripada hentikan perbuatan kamu disini,sekarang juga.
Kuputeri mengeluarkan kipasnya dan deruan angin kuat melalui throne room itu.
Tapi langsung tak menakutkan Voltra. Dia hanya berdiri berhadapan dengan Kuputeri sambil menyilangkan tangannya.
Voltra: Taufan,bila kau nak keluar?
Semua yang ada disitu tersentak apabila deruan angin didalam bilik itu seakan berhenti, tapi masih terasa sepoi-sepoi angin itu bergerak.
Dan ia bukan daripada serangan Kuputeri ataupun angin dari luar.
Voltra tergelak kecil apabila terasa angin yang mengelilinginya,hampir menerbangkan topinya.
Voltra: Ya,ya aku rindu kau jugak. Nak balik pada Gempa dan Solar? Kesian mereka dah lama tunggu kita semua balik rumah.
Voltra seakan-akan faham pergerakan angin disekelilinginya.
Maripos: Tuanku,apa yang yang sedang berlaku? Tak kan tuanku nak biarkan dia?
Kuputeri cuba untuk menggunakan kuasanya tetapi sejak Voltra masuk,dia tak dapat nak aktifkannya.
Kuputeri: Beta cuba-!
Voltra,yang masih lagi bergelak ketawa dengan deruan angin sekelilingnya mula serius.
Voltra: Kau boleh keluar sendiri. Aku tak boleh serap kau keluar. Kau kena keluar sendiri.
Deruan angin kuat menolak semua askar Kelkatoa kedinding.
Sama macam situasi di Planet Gurlatan, deruan angin kencang dari luar menerobos masuk kedalam throne room dan berkumpul pada satu titik.
Kipas Kuputeri.
Semua yang ada disitu tak dapat menahan impak dari kuasa angin yang kuat itu. Hanya Voltra sahaja yang masih berdiri ditempat dia,senyuman sinis terukir diwajah dia apabila melihat kipas Kuputeri menyerap tenaga angin disekelilinginya.
Maripos: *lindungi Kuputeri* Apa yang sedang berlaku?!
Kuputeri: Ergh-! Tenaga angin..Tapi tak kanlah...
Kipas Kuputeri angin retak sikit demi sedikit akibat bebanan kuasa angin yang kuat dan akhirnya pecah berderai mengakibatkan ribut angin yang kuat.
Akibat ribut angin itu semua tingkap yang ada didalam istana itu pecah.
Voltra menggunakan tangannya untuk lindung pandangan dia apabila ribut angin itu terjadi. Apabila angin mula perlahan,dia memandang keatas.
Voltra; *smirk* Heh,aku tahu kau boleh buat.
Diatasnya sekarang adalah BoBoiBoy Beliung.
Beliung: Hahahaha! *pusingkan badan* Woah! Aku berjayalah! *pandang bawah* Voltra!
Beliung terus terbang kebawah dan memeluk Voltra yang dah sedia ada depa kan tangan untuk peluk Beliung.
Beliung: Huaaaaaa aku rindu kau!! Aku rindu diaorang!! Aku tak suka duduk sini!! Aku nak balik dengan Gempa dengan Solar!! Aku nak balik pada BoBoiBoy!
Voltra: *soft chuckle**pat belakang Beliung* Ya,kita akan balik rumah. Kita cuma kena ambil yang lain pulak sebelum balik.
Mereka melepaskan pelukan.
Voltra: Mari,kita jemput yang lain balik.*smile*
Beliung: Haip!
Serentak dengan itu mereka berdua dengar derapan tapak kaki askar Kelkatoa mula bersedia untuk menghentikan mereka.
Kuputeri bangun dibantu oleh Maripos.
Kuputeri: Maaf BoBoiBoy. Tapi beta tak boleh benarkan kamu berdua pergi! Pengawal!
Kelkatoa mula mengepung Voltra dan Beliung. Voltra dah siap sedia dengan pedang dia tapi Beliung tiba-tiba tergelak.
Voltra: Oi,kau ni mereng ke apa tetiba gelak macam tu?*sweatdropped*
Beliung: Hahahahaha! K-Kau tak rasa kelakar ke?Hehehehe!
Mata Beliung mula bersinar dan deruan angin diluar mula kuat.
Beliung: Hahahaha! Kau nak main? Kita main jom? Aku dah laaaaaaaaaaamaaaa tak main! JOM MAIN!
Deruan angin kuat itu memecahkan semua tingkap yang ada di istana. Even Voltra terpaksa bertahan menggunakan pedang dia. Askar Kelkatoa itu hanya habuk bagi ribut Beliung.
Beliung menoleh kepada Kuputeri dan Maripos yang kelihatan ketakutan. Kepalanya terteleng ketepi.
Beliung: Tuanku masih fikir tuanku layak untuk gunakan saya? Jawablah.*sudden serious voice*
Tak ada satu perkataan pun yang keluar dari mulut sesiapa.
Beliung: Ish,tak nak jawab? Tak apa~*angkat tangan* Biar aku diamkan korang sampai bila-bila ya?
Angin Beliung mengangkat semua kaca yang pecah tadi dan halakannya pada Kuputeri dan Maripos.
Maripos: Hentikan semua ni BoBoiBoy!
Beliung: Oh,ada mulut? Tak lama dah tu~
Voltra: Beliung.
Beliung berhenti apabila Voltra menepuk perlahan bahu dia.
Voltra: Kawal diri kau. Kau dah hilang kawalan. Ingat,bukan cara ni BoBoiBoy tunjukkan pada kita.
Beliung; *pout* Alah! Tapi aku nak main!!
Voltra: Beliung. *Demanding voice*
Beliung memuncungkan bibirnya sebelum melepaskan kuasanya.Matanya kembali kepada biru tua.
Beliung: Hmph! Kau kira nasib baik Voltra ada halang aku. Kalau tak dah ek korang semua! *cute pouting face*
Voltra: Dah,jom gerak.
Beliung: Ayee~
Dengan sekelip mata sahaja,Voltra dan Beliung menghilang.
Kuputeri: Jangan bagi mereka terlepas!
Askar-askar Kelkatoa mula keluar dan mencari Voltra dan Beliung. Kuputeri mundar mandir di tahktanya.
Maripos: Apa yang patut kita lakukan sekarang,tuanku?
Kuputeri: Hubungi Pyrapi. Beta yakin,mereka akan pergi ke Planet Volcania pula selepas ni. Mengikut...urutan mereka.
Maripos: Macam mana dengan mereka,tuanku?
Kuputeri: Itu akan beta bincangkan dengan agensi TAPOPS nanti...Ini...adalah sesuatu yang BoBoiBoy tak boleh lawan sendiri...
BoBoiBoy masih belum boleh untuk kawal kesemua kuasa tahap ketiga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hello?
Guess who's back~
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top