Outrage
TIME SKIP
.
.
.
Seminggu telah berlalu sejak kejadian di Planet Rimbara. Masih belum ada tanda-tanda yang Vitreous akan menyerang.Sepanjang itu juga,Balak disuruh untuk berehat dan Elemental yang lain membantu Solar untuk mendapatkan kuasa tahap ketiga.
Sepanjang itu juga,tiada tanda-tanda yang BoBoiBoy akan bangun.Vitalnya masih stabil dan dia tak diancam bahaya.Mereka hanya perlu tunggu dia bangun.
Tapi entah kenapa dia tak bangun.
Sepanjang BoBoiBoy berada didalam wad,Tok Aba lah yang menjaganya.Amato? Dia bersama pihak atasan untuk 'bermain" tembak tikus angkasa".
Bersama dengan Elemental,mereka berada di Planet Quabak untuk melatih Solar untuk dapatkan kuasa tahap ketiga.Sepanjang seminggu,masih belum ada proses yang dia boleh guna kuasa tahap ketiga kecuali sulur cahaya dia.
Solar:*terbaring atas tanah**mengah* Ha...Ha..Penatnya...
Beliung:*tiup angin sepoi-sepoi bahasa untuk sejukkan Solar*
Blizzard:*tidur*
Magma:*duduk dalam lingkaran berapi sebab sejuk*
Balak:*tidur dalam hammock daun*
Voltra:*geleng kepala*
Masih tak ada proses ni merisaukan jugak.
Voltra: Solar,kau okay? Masih boleh teruskan? Kita boleh berhenti untuk harini.*hilangkan pedang*
Tapi Solar cepat-cepat bangun walaupun terhuyung-hayang. Dia mengelap peluh dimukanya dan membetulkan cermin matanya.
Solar: T-Tak...Aku nak cuba lagi!Hah...*terhuyung-hayang*
Voltra mengeluh kecil sebelum mendekati Solar.
Voltra: Kita berhenti dulu untuk harini.Kau dah penat. Berlatih lama-lama tanpa hiraukan keadaan diri kau berbahaya dalam situasi sekarang.
Solar hanya mendiamkan diri tapi tak ada tanda yang dia nak berhenti dari berlatih.
Solar: Banyak masa kita dah terbuang disebabkan aku...Aku nak dapatkan kuasa tahap ketiga dengan lebih cepat. Macam mana aku nak tolong cari Gempa sekali kalau aku tak boleh berubah macam korang..?
Voltra hanya diam sahaja tanpa menjawab persoalan Solar.Dia memandang Beliung yang hanya mengangkat bahu,tak tahu macam mana nak pujuk Solar.
Semua sifat memujuk tu ada pada Gempa.
Voltra mengeluh lagi sambil meramas perlahan kepalanya. Dia tak tahu nak memujuk macam mana.
Beliung: Solar? Kau tahu yang kau dah sedia ada kuat walaupun tanpa kuasa tahap ketiga,betul tak?
Solar: Tapi aku masih tak cukup kuat! Aku kena-
Tiba-tiba,akar hijau muncul dari belakang Solar dan melilit badannya supaya duduk semula ketanah.Mereka semua menoleh kebelakang dimana Balak masih mengiring dalam hammock daun dia dengan tangan dihulurkan keluar,mengawal akar yang melilit badan Solar sekarang.
Balak:*deadly calm tone* Solar,boleh tak kau dengar apa yang diaorang kata? Kalau aku kena paksa untuk berehat supaya tak cederakan diri aku,jadi kau pun kena sama.
Solar hanya mencebik kecil tapi mengangguk.Dia faham nada suara Balak.Itu tandanya dia tak boleh nak main-main-
Solar:*sigh* Yelah,aku berhenti untuk harini dan berehat.
Akar menjalar itu melepaskan Solar dan kembali pada Balak.
Balak: Hm,bagus. Sekarang,baik korang diam sebelum aku sumbat korang dalam periuk kera aku.
Voltra,Beliung dan Solar hanya diam dan lihat Balak kembali baring dalam hammock dan sambung tidur dengan aman.
Seram jugak kadang-kadang.
Voltra:*tepuk tangan* Kau dengar apa yang Balak cakap kan? Pergi berehat sekarang. Kita akan sambung latihan kau esok.
Solar:*pout* Baik.
Baru sahaja Solar membuat cool down untuk berehat,jam kuasa Voltra tiba-tiba berbunyi.
Voltra:Hn,ada apa Ying?
Ying: Vitreous dikesan! Dia sedang menyerang Planet Volkania!
.
.
.
.
.
.
Sementara itu.
.
.
.
.
Pyrapi: Pertahanan penuh! Jangan bagi dia lepas!
Di Planet Volkania,askar-askar Inferno bermati-matian berperang mempertahankan planet mereka dari serangan Vitreous.
Vitreous menghalang semua serangan tak berguna dari askar Inferno dengan kuasanya.
Serangan mereka langsung tak memberi kesan pada kristal.
Vitreous; Hah! Kau ingat askar² lemah kau setanding dengan aku?!
Dengan hayunan tangannya sahaja dia membekukan askar Inferno dalam kristal.
Vitreous: Mana kau Pyrapi?! Serahkan kuasa Magma kau!
Pyrapi: Huh,jangan harap!
Walaupun tanpa kuasa dia,Pyrapi masih lagi ada skills berlawan dia dan masih mampu untuk menghasilkan api.
Vitreous masih lagi menyerang Pyrapi dengan senyuman gila diwajahnya.
Dia dah makin hampir. Dia akan dapatkan kuasa Magma!
Apabila Pyrapi melompat untuk menendangnya, Vitreous menggunakan kuasanya untuk mencipta satu tangan kristal dan mencengkam Pyrapi diudara.
Pyrapi: Tch-!
Vitreous:*mengejek* Dah habis dah?Giliran aku pulak.
Dengan sekelip mata saja, Vitreous menghempas Pyrapi ketanah dengan kuat mengakibatkan tanah dibawahnya merekah dan menghasilkan kawah yang dalam.
Pyrapi: Argh-!
Vitreous:*shining eyes* Tak adalah kuat sangat kau sekarang,betul tak?*smirk*
Pyrapi tak mampu nak bercakap bila kristal ditangan Vitreous semakin merebak padanya,menghalang laluan pernafasannya.
Vitreous: Aku dah hapuskan Balakung. Dan nasib baik,aku tak jumpa mana Mawais bersembunyi. Heh,nampaknya kau kena gantikan tempat dia dalam susunan penghapusan semua penguasa Elemental dalam senarai aku!*ketawa gila*
Sebelah tangan Vitreous mula membentuk kristal yang tajam,bersedia untuk menamatkan riwayat sang penguasa api terdahulu yang seakan menerima saja kekalahan dia.
Mungkin ni balasan dia sebab dah rampas kuasa yang bukan milik dia lagi.
Vitreous: Cakap hai dekat Balakung bila kau jumpa dia nanti,Pyrapi. *smirk*
Belum sempat Vitreous menghayunkan tangannya,ada sesuatu muncul dari udara menuju laju kearahnya.
...:LIBASAN BERAPI!
...:AKAR BERDURI!
Pyrapi dibawahnya tiba² sahaja menghilang sekelip mata dan dalam masa yang sama,tangannya dililit dan libasan berapi itu menghempasnya.
Yep,here they are.
Elemental BoBoiBoy.
Magma mendarat diatas batuan gunung berapi,Balak masih lagi menahan pergerakan tangan Vitreous dan Elemental yang lain berada dibelakangnya.
Vitreous ketawa apabila melihat semua Elemental itu berkumpul.
Mereka memudahkan kerja dia untuk menakluk galaksi.
Vitreous: Kan senang bila semua dah ada dekat sini? Tak perlulah aku buru satu demi satu. *gelak*
Dengan mudah dia memutuskan Akar Berduri Balak dengan kristal.
Voltra mendengus kecil sebelum mengeluarkan pedangnya.
Voltra: Kau ada sesuatu milik kami. Pulangkan dia semula!*hunus pedang*
Vitreous tidak menghiraukan kata² Voltra. Malah,dia masih lagi berjalan² bebas,seakan mengejek Elemental itu.
Vitreous: Maksud kau,kuasa Kristal ni? Heh,aku dapatkannya secara adil.
Beliung: Adil tengkorak kau lah! Kau hampir bunuh tuan kitaorang!*glowing eyes*
Vitreous ketawa lagi.
Vitreous: Budak dari Bumi tu? Hah! Dia langsung tak layak untuk gunakan kuasa ni! Aku dah berlawan dengan penguasa asal elemental kristal dan AKU MENANG!
Serentak dengan itu Vitreous mula menyerang. Dia menghayunkan tangannya menghasilkan ceracak kristal gergasi.
Elemental BoBoiBoy mengelak dari serangan Vitreous.
Voltra: Tch- Lava tak beri kesan pada kristal ke-!
Magma: Huh,aku akan bakar dia sampai jadi debu-!
Blizzard: Sabar Magma! Jangan dekat sangat! Dia boleh serap kau dengan tenaga planet ni!
Vitreous: HAHAHAHAHA!Jadi kau dah tahu kemampuan aku? Kau tak kan keluar dari sini. KUASA ELEMENTAL MILIK AKU!
Lebih banyak kristal yang muncul dari bawah tanah cuba untuk memerangkap Elemental tetapi mereka dengan lincah mengelak dan melancarkan serangan kearah Vitreous.
Tapi apa yang boleh lawan kuasa yang kuat tu?
Voltra: Ergh- Tak boleh jadi macam ni! Kita cuma akan bazirkan tenaga!
Balak: Apa plan kau?!
Beliung: Apa kata kita cuba cara yang sama kita semua keluar?
Blizzard: *masih cuba halang serangan Vitreous* Ergh-! Boleh jadi ke?!
Beliung: Kita cuba je!!
Serentak dengan itu, Beliung menghasilkan taufan yang besar ditambah dengan Hembusan Berapi Magma,menghasilkan ribut magma dan memerangkap Vitreous didalamnya.
Vitreous: Tch- Boleh tahan.
Blizzard muncul dibelakang Vitreous dan menghasilkan satu penukul ais gergasi.
Blizzard: RASAKAN NI!
Penukul Blizzard menghentam Vitreous terus ke tanah,mencipta kawah gergasi akibat hentakannya.
Beliung: Sekarang Voltra!
Voltra: Ya,aku tahu!
Mata Voltra mula bercahaya terang dan awan mendung mula berkumpul di langit Volkania.
Voltra:Sambaran Voltra!
Penukul Blizzard menghilang pada masa yang sama serangan Voltra menghentam Vitreous.Serangan Voltra sangat kuat hingga menyebabkan kawah yang sedia ada besar itu merekah dengan lebih luas dan gunung berapi kecil disekitar merekah berkecai sama.
Elemental BoBoiBoy yang lain terpaksa berlindung daripada impak kuasa Voltra manakala Voltra jatuh terduduk cuba untuk kawal pernafasan dia.
Voltra:*hard panting* Hah...Hah..Berjaya ke...?
Debu-debu berterbangan mula menghilang dan mereka semua disana nampak Vitreous menggunakan kuasa kristal untuk membuat perlindungan.
Kristal itu merekah sedikit demi sedikit sebelum pecah sepenuhnya. Tapi Vitreous langsung nampak tak terkesan dengan serangan Voltra.
Balak:Serangan Voltra langsung tak berkesan...
Vitreous keluar dari kawah gergasi tersebut sambil menepuk-nepuk badannya,menghilangkan habuk dan tak terkesan langsung.Dia tersenyum sinis meihat Elemental BoBoiBoy yang memandangnya dengan tak percaya.
Vitreous: Aku dah kata. Kau tak layak untuk gunakan kuasa ni.
Ceracak kristal muncul dari bawah Elemental BoBoiBoy tahap ketiga dan memerangkap mereka,memastikan yang mereka tak boleh larikan diri.
Vitreous tersenyum sinis meihat mereka semua meronta untuk melepaskan diri.
Dia akan menang.
Vitreous:Menyedihkan bila kuasa macam ni digunakan oleh budak mentah yang tak tahu apa-apa macam kau.*smirk*
Voltra:*grit teeth* Kau tak kan terlepas dari semua ni,Vitreous.
Vitreous: Oh,tapi aku memang dah terlepas pun.*gelak jahat* Sekarang...*smirk*
Bracelet ditangan Vitreous mula terbuka,menandakan ia sedia untuk menyerap kuasa Elemental.
Vitreous:Duduk diam dan ini akan berakhir dengan cepat.*smirk*
Belum sempat tangan Vitreous menyentuh mana-mana daripada Elemental,ada sesuatu yang menghalang tangannya.
Sesuatu yang bercahaya terang berbentuk macam tali.
Vitreous: Hm?*tengok tangan* Apa ni?Kuasa dari Elemental yang lain?
Vitreous memandang kebelakang dan nampak Solar sedang memegang Sulur Cahaya itu menghalang tangannya dari menyentuh Elemental.
Solar:*gasping* Hah...Hah...J-Jangan kau berani sentuh mereka!
Elemental yang lain bergelut untuk lepaskan diri.
Magma: Solar! Ni bukan dalam rancangan kita! Apa yang kau buat!?
Blizzard: Lari Solar!
Solar:*kuatkan pegangan* Tak kan aku nak biarkan dia menang?! Aku tak nak hilang korang jugak!
Sementara Elemental yang lain cuba nak lepaskan,Vitreous ketawa besar dan berpaling kearah Solar.
Vitreos: Oh,kuasa pertama Retakka.Gamma,betul tak?*smirk*
Solar:*grit teeth* Diam kau.Serahkan Gempa semula!
Vitreous tergelak lagi sebelum memutuskan Sulur Cahaya itu dengan tangannya dan berjalan mendekati Solar.
Vitreous: Haha! Gempa?Maksud kau jelmaan budak Bumi yang mata kuning tu ke? Heh,kau patut tengok macam mana takutnya dia masa aku campak si tua Kasa tu depan mata dia.*makin jalan menghampiri Solar*
Solar:*mengundur kebelakang* Kau menipu...Gempa bukan seorang yang penakut!
Vitreous: Oh,kau pasti?*smirk* Atau itu yang apa dia tunjukkan pada kau selama ni? Hm...*fake thinking pose* Bukan ke dia lari masa Retakka ambil kau semula? Berani ke macam tu?*evil smile*
Solar mengundur sampailah belakang badan dia dihalang dengan batu besar.Vitreous terus mencengkam baju Solar dan mengangkatnya keatas.
Solar:Ack-!L-Lepaskan aku!*meronta*
Vitreous:HAHAHAHA! NAMPAK TAK?KAU LEMAH!
Genggamannya pada Solar makin kuat.
Pada masa yang sama,Elemental yang lain masih cuba untuk lepaskan diri.
Voltra:*masih sangkut* Lari Solar!*pandang yang lain* Aku tak boleh nak lepaskan diri!Beliung!
Beliung: Ergh-Aku tak boleh!
Blizzard: Magma,guna kuasa kau!
Magma: Hah?! Aku?Macam mana?
Blizzard: Ini tempat kau.Kau boleh kawal tempat ni! Cuba je!*tengok Voltra dan Beliung*
Dia boleh nampak yang mereka seakan pudar.Mungkin serangan mereka tadi dah buang banyak tenaga mereka. Balak pun sama.Dia tak banyak meronta dan kelihatan sangat lemah.
Blizzard:Magma,kau boleh buat!Kau kena selamatkan Solar-
Pandangan Blizzard teralih pada Vitreous dan Solar.Tangan Vitreous mula bercahaya. Tanda yang dia sedia untuk menerap kuasa Solar.
Blizzard:*wide eyes* Sekarang Magma!
Mata Magma terus bercahaya terang dan serta merta tanah dibawahnya merekah laju menyemburkan lava terus kepada Vitreous.
Vitreous yang merasakan gegaran itu terus melepaskan Solar dan menumbuk tanah untuk mencipta kristal pelindung untuk lindung diri dia sendiri.Solar hampir-hampir tak dapat nak elak daripada serangan Magma.Nasib baik dia sempat buat Lompatan Solar jauh dari Vitreous.
Solar:*gasping* Hah...Hah...Hampir...*tengok Elemental yang lain*
Kristal yang memerangkap Magma dah pecah akibat suhu badan dia yang tinggi.Tapi disebabkan serangan dia tadi banyak guna tenaga,dia terduduk atas tanah cuba mengambil nafas.
Magma:*gasping* Hah..Hah...Argh...Normal ke rasa sakit macam ni masa guna kuasa...?*pandang Solar* S-Solar! Kau okay tak?!
Tak sempat Solar nak membalas,tanah dibawahnya merekah dan kristal yang sama memerangkapnya supaya tak boleh keluar.Perhatian mereka semua beralih pada Vitreous yang dah keluar dari perlindungan dia dan mula berjalan kearah Elemental.
Vitreous:*tepuk tangan* Hahahaha! Terima kasih atas pertunjukan korang semua.Sekarang aku tahu,kalau aku dapatkan korang semua,aku akan jadi paling berkuasa di galaxy.Huh,sayang kau masih setia pada budak Bumi yang dah mati tu.*gerak tangan untuk perangkap Magma semula dalam kristal*
Magma: Ack-!Dia belum matilah! Kau ingat dia lemah sangat ke kau boleh bunuh dia?!*terlepas cakap*
Vitreous:*amused* Ouh,jadi budak Bumi tu belum mati lagi?
Blizzard: Magma! *irritated*
Magma: Sorry aku terlepas cakap!
Vitreous mula ketawa kuat.
Vitreous: Bagus! Aku boleh bunuh dia sekali lagi! Tapi kali ni,aku boleh bunuh dia menggunakan korang!HAHAHAHA!
Elemental BoBoiBoy mula meronta kuat dari perangkap mereka.Kalau mereka tertenagkap,habislah satu galaxy ni.Kalau dengan kuasa Kristal saja Vitreous dah hilang kawalan,apa lagi kalau dia kesemua tujuh kuasa Elemental?
Vitreous tersenyum sinis melihat cubaan sia-sia mereka untuk lepaskan diri.
Vitreous:*smirk**cekak rambut Voltra* Aku akan pastikan yang dia akan rasa setiap kesakitan berbeza daripada kuasa yang dia pernah guna.Heh...
Voltra:*grit teeth* Kau tak kan terlepas,Vitreous-Ack-!
Vitreous: Tapi aku memang dah terlepas dah pun.Heh. Jangan risau. Aku akan pastikan yang si budak BoBoiBoy tu dapat pengebumian yang dia layak dapat.
Bracelet Vitreous mula terbuka dan dia masih menggengam rambut Voltra dengan kuat. Elemental yang lain meronta dan menjerit menyuruh Vitreous untuk berhenti.
Vitreous:*smirk* Kuasa Elemental sekarang milik aku!
Voltra hanya mampu menutupmatanya rapat apabila tangan Vitreous diangkat tinggi untuk menyerapnya.Rasa sakit yang patutnya ada bila diserap tak terasa.
Lama kemudian,Vitreous bersuara.
Vitreous: Heh,sekali lagi kau hentikan aku tapi dengan kuasa baru. Boleh tahan.
Volta membuka matanya apabila Vitreous tidak lagi menggenggam rambutnya.Dia boleh nampak yang Vitreous tidak lagi memandangnya dan ditangan Vitreous terikat sesuatu yang bercahaya.
Voltra(in mind):Sulur Cahaya Solar? Dia dapat lepaskan diri ke?
Belum sempat dia nak lihat,ada sesuatu yang melibas Vitreous jauh dari Elemental.Dengan libasan itu juga memecahkan kristal yang memerangkap mereka.
Magma:*sudden* Woah,Solar dah berjaya upgrade!
Itu membuatkan mereka semua memandang kearah tempat Solar ditahan tadi.
Berhadapan dengan Vitreous sekarang,adalah upgrade tahap ketiga Solar yang mereka cuba untuk tolong dia dapatkan sejak seminggu lepas.
BoBoiBoy Gamma.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
*Slowly slide the chapter*
Please don't hunt me for disappearing suddenly-
This is ma peace offering-
I have some more incoming^^'
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top