Kritikal

Kembali di Stesen TAPOPS,semua doktor pakar TAPOPS tengah berusaha sedaya upaya mereka untuk selamatkan BoBoiBoy. Tok Kasa telahpun dirawat dan dipindahkan ke wad biasa.

Dah dua jam sejak BoBoiBoy dimasukkan diwad ICU dan masih tiada tanda-tanda untuk doktor keluar.

Geng Kokotiam masih lagi setia menunggu diluar bersama dengan Komander Kokoci dan Laksamana Tarung. Tok Aba yang balik Bumi lepas belasah diaorang pun dah dimaklumkan. Sekarang tengah tunggu Ochobot untuk cas tenaga untuk jemput Tok Aba kembali semula.

(A/N:Masa Bumi dan galaxy lain-lain just a remainder)

Fang:*sigh* Ada apa-apa maklum balas dari Planet Synee?

Yaya: Belum. Mereka masih tak jawab panggilan kecemasan kita.

Ying: Cis! Apa yang Solar tu sibuk sangat sampai tak boleh berhenti sekejap untuk jumpa BoBoiBoy?

Gopal: Entahnya! Dahlah dia satu-satunya Elemental BoBoiBoy yang tinggal!

Yaya: Eh,janganlah buruk sangka macam tu! Mungkin dia masih belum terima mesej kecemasan kita.

Ying:*sigh* Apa agaknya perasaan dia bila dapat tahu yang Gempa dah tak ada..?

Mereka semua senyap memikirkannya.

Macam mana kalau Solar pula yang hilang kawalan?

Dan siapa yang dah rampas Gempa?

Tak lama selepas itu,seorang doktor keluar dari wad ICU. Mereka semua terus bangun.

K.Kokoci: Bagaimana dengan keadaan BoBoiBoy sekarang?

Doktor itu mengeluh kecil.

Doktor: Apa saja yang dah menikam dia,ada racun sekali didalamnya. Racun yang sama kami jumpa pada Hangkasa. Tapi Hangkasa cuma tergores sedikit dengan racun tu. BoBoiBoy pula...

Doktor tu pun tak sampai hati nak cakap.

L.Tarung: Apa status dia sekarang? Boleh sembuhkan dia?

(A/N: For the sake of being dramatic let just say that Healthbot tak wujud uwu)

Doktor: Senjata tu tembus badan dia,organ dalaman pada bahagian abdomen dia cedera teruk,lagi-lagi ditambah racun tu. Tambahan lagi,dia kehilangan darah yang banyak. Kalau kita tak buat pindahan darah sekarang,BoBoiBoy tak akan selamat.

Fang:*ramas kepala kasar* Tak ada berita baik ke daripada semua ni?!

Doktor: Kami dah buang semua racun dari badan dia. Tulang belakang dia tak terkena senjata tu jadi risiko untuk lumpuh tu tak ada. Kalau berita ni cukup baik bagi kamu.

Ha,itu sajalah berita baiknya.

Fang: Kita tak boleh biar Tok Aba yang buat pindahan darah. Dia dah berusia. Kita kena cari orang lain.

Gopal: Hah! Mak ayah dia!

Fang: Eish! Mak ayah dia kan duta? Mana nak jumpa kalau kita sendiri pun tak kenal!

K.Kokoci: Itu kamu semua tak perlu risau. Kami tahu orangnya.

Gopal: Tak payah risau Komander kata?! Kawan kitaorang tengah bertarung nyawa dalam wad tu!

Ying: Yalor! Dengan sekarang pun Gempa dah hilang diambil musuh! Macam mana kitaorang boleh bertenang meh?!

Fang: Ini semua tak kan jadi kalau penguasa Elemental yang lama tu tak datang menyibuk rampas Elemental daripada BoBoiBoy!

Laksamana dengan Komander hanya mendiamkan diri. Mereka tahu sebahagian daripada semua ni adalah salah mereka.

L.Tarung: *sigh* Bawa bertenang semua. Kami akan ceritakan semuanya..okay?

Fang:Baru sekarang nak cerita?Bila semua dah jadi huru hara macam ni?! Macam mana kalau BoBoiBoy tak berjaya diselamatkan? Kau nak tanggung ke kematian dia?!

Yaya:Fang! Sudahlah tu! Benda dah jadi. Kalau nak guna kuasa dari Ying atau Loopabot pun belum tentu kita boleh selamatkan dia!

Suasana disitu jadi senyap sunyi  apabila Yaya meninggikan suaranya. Mereka hanya mendiamkan diri.

Tak lama lepas tu,Komander berdehem kecil.

K.Kokoci: Tak apa. Kamu semua boleh kata apa saja pada kami lepas kita berbincang.

Geng Kokotiam memandang satu sama lain sebelum mengangguk. Betul juga. Mereka kena bertenang sekarang.

Masa untuk cari pencuri Gempa.

.

.

.

.

.

.

Bersama Elemental,kali ni Magma pula yang memerhatikan keadaan sekeliling sementara Beliung merawat kesan lecur pada Voltra.

Beliung: Hmmm...Perisai besi kau pun boleh retak.Kau okay?

Voltra:*sigh**urut kepala* Ya..Aku okay.*tengok tangan* Ada sesuatu yang tak kena..

Magma yang terdengar perbualan mereka terus berpusing atas kerusinya.

Magma: Tak kena? Kenapa?

Voltra: Aku tak tau sama ada ini sebab kita dah lama tak bercantum,ataupun ni cuma kesan sampingan kuasa tahap ketiga. Tapi aku rasa tak sedap badan.

Beliung: Mungkin jugalah kut. Kau keluar lebih awal dari kitaorang.

Magma: Aku hairan kenapa kita tak hubungi saja Gempa dan Solar secara direct. Nak buat surprise ke?

Beliung: Hantuk kau buat surprise.*ketuk kepala Magma*

Voltra: Kita tak tahu mana mereka sekarang. Kalau TAPOPS tahu,mungkin senang-senang je mereka boleh gunakan Gempa dengan Solar sebagai....tebusan? Aku tak pasti. Aku rasa mungkin sekarang pun mereka dah bagitau pasal kita...

Voltra meramas kasar kepalanya.

Voltra: Aku...aku tak tau apa nak buat sekarang...Aku buntu..Betul ke pilihan yang aku buat sekarang? Macam mana kalau BoBoiBoy dah tak nak kita lagi? Macam mana kalau apa yang mereka kata betul? Macam mana kalau sebab kita degil nak bersama dengan BoBoiBoy ia akan datangkan mudarat pada BoBoiBoy sendiri?Macam mana-

Magma: Wahhhhh dia membebel!! Beliung hentikan dia!!*merengek**tutup telinga*

Beliung mengeluh kecil sebelum kembali memandang Voltra.

Beliung: Voltra,kau dengan aku dah lama ada dengan BoBoiBoy. Kita elemen terawal bersama dengan dia. Kalau dia tak nak kita,dia tak kan selamatkan kita pun dari Retakka.

Voltra:*tunduk* Tapi..

Beliung: Sebelum diserap habis dulu,aku nampak macam mana takutnya Gempa masa tu. Dia mesti keliru, kenapa semua ni terjadi. Kaku tak dapat nak buat apa-apa sebab trauma dengan kejadian dulu. Lagi-lagi bila kita ni diserap oleh tuan lama kita,mesti dia akan rasa insecure. Dia akan rasa dia tak layak untuk kita. Aku tak tahu apa yang mereka dah cakap pada Gempa sampai dia tak lawan balik untuk dapatkan kita semula,tapi aku yakin,kalau diberi pilihan,dia akan datang selamatkan kita.

Waduh,macam dah terbalik sifat dah pulak!

Beliung menggosok kepala Voltra perlahan. Dia tahu itu akan tenangkan dia.

Beliung: Jangan fikir negatif. Kita dah sampai sejauh ni. Kita tetap akan teruskan. Kita kan sebahagian daripada BoBoiBoy? Pantang menyerah tak kira apa.*hulur fistbumb*

Voltra akhirnya mengukir senyuman kecil sebelum melagakan buku limanya pada Beliung.

Voltra: Ya,betul jugak. Aku tak patut ragu dengan keputusan aku sekarang. Terima kasih sebab ingatkan aku.*deep sigh**bangun*

Mereka bertiga memandang keluar tingkap. Masih tak nampak dimana Planet Siberian,dimana tempat tinggal Mas Mawais berada.

Magma: Ish,diaorang ni boleh pindah-pindah planet ke?Kenapa tak nampak pun planet tu dalam sistem?

Beliung: Mungkin jauh.Kita pun tak pernah pergi.

Voltra: Cuba cari lagi. Lebih cepat kita dapatkan mereka,lagi cepat kita boleh balik.*tengok tangan* Lagipun aku tak rasa kita boleh bertahan lama-lama terpisah macam ni.

Magma:*pusing-pusing atas kerusi* Wuish! Tak sabar nak jumpa Gempa! Aku rinnnnnnnnnndu dia!

Beliung:*chuckle* Dah tu kitaorang yang lain ni kau tak rindu?

Magma: Eh,mestilah aku rindu jugak. Aku rindu bila kau,aku dengan Thorn kenakan semua orang,aku rindu nak dengar Gempa membebel sebab kita tak main elok-elok,aku rindu nak dengar Solar berlagak lagi. Ehek,rindulah semua...*pout* Tapi yang paling aku rindu bila kita semua peluk sama-sama..Ingat tak?Masa kita tengok cerita hantu sama-sama tu..?

Nada gembira Magma mula merundum.

Magma: Aku nak balik...

Voltra dan Beliung terus memeluk Magma. Purely instinct.

Voltra: Ya,kita akan balik nanti,okay? Kita akan buktikan dekat penguasa asal Elemental yang mereka salah. BoBoiBoy layak untuk kita. Tuan yang terbaik dan mereka tak boleh ubah tu.

Beliung:*angguk**usap kepala Magma* Ya betul tu. Kalau ada musuh kuat macam yang mereka kata,kita lawan lah balik! Macam masa Retakka dulu! Kita lebih kuat bersama!

Magma:*sniff**balas pelukan* Ya...Cepat-cepatlah kita balik...Aku rindu Etoq.

Voltra dan Beliung tergelak dengan ayat selamba Magma.Etoq tu ayam makcik kantin yang suka menempel dengan Blaze dulu.

Voltra: *lepaskan pelukan* Okay,kalau macam tu,mari kita fokus untuk cari Planet Siberian dan dapatkan Ice.

Beliung,Magma: Hm!*bersemangat*

.

.

.

.

.

.

.

.

Stesen TAPOPS.

Semua kakitangan yang ada dekat medbay itu bergerak menjauhi ahli TAPOPS tertinggi yang sedang berlari ke wad ICU itu.

Apabila mendapat berita tentang keadaan kritikal BoBoiBoy,Amato terus tinggalkan misi dia dan terus ke Stesen TAPOPS.

Tiba dihadapan wad ICU itu,Amato nampak Tok Aba duduk disalah satu kerusi disitu bersama dengan Ochobot.Tok Aba dengar derapan tapak kaki yang menuju kearahnya dan bangun perlahan-lahan.

Amato terus memeluk Tok Aba. Dia takut.

Takut yang dia tak sempat....

Amato: Aba...Macam mana dengan keadaan BoBoiBoy sekarang..?

Tok Aba melepaskan pelukannya dan mengajak Amato duduk disebelahnya. Tangannya tidak lepas dari tangan Amato.

Tok Aba: BoBoiBoy....perlukan pemindahan darah dengan segera. Aba tak mampu nak tolong..

Amato: Tak apa Aba. Biar saya yang derma darah saya! Aba dah buat yang terbaik untuk jaga BoBoiBoy...*peluk Tok Aba* Saya minta maaf....Kalaulah saya tak sibuk dengan misi..

Amato mengetap bibirnya kuat.Rasa geram pada diri dia sendiri.

Tok Aba hanya menggosok belakang Amato perlahan.

Tok Aba: Tak apa,Amato. Kamu pun tak tau semua ni akan jadi. Sekarang ni,kita mampu doa saja supaya BoBoiBoy selamat.

Amato mengeluh kecil.

Lepas semua ni tamat,dia akan ajak BoBoiBoy pergi main 'Pukul Orang Baik Tapi Jahat'.

Amato:*bangun* Saya rasa lebih baik Aba berehat dulu. Saya akan cakap dengan doktor tentang derma darah tu.

Tok Aba hanya mengangguk. Amato memeluk Tok Aba buat kali terakhir sebelum membuka langkah untuk pergi.

Amato:*terhenti* Oh,terlupa.*toleh belakang* Aba,mana Solar? Dia tak diberitahu pasal hal ni ke?

Tok Aba hanya menggeleng.

Tok Aba: Abah pun tak tahulah.Diaorang kata Planet Synee dah dapat mesej,tapi mereka tak bagi maklum balas lagi.

Amato:*sigh* Baiklah kalau macam tu. Saya akan suruh mereka untuk hantar pesanan kecemasan lagi. Kita tak tahu siapa yang dah serang dan rampas kuasa Gempa dari BoBoiBoy dan apa motif dia. Kita kena tunggu Tok Kasa bangun untuk tu. Jadi selagi penjahat tu masih bebas,kita kena lindungi Solar dari penjahat tu.

Tok Aba hanya mengangguk dan setia munggu di tempat duduk diluar wad ICU itu. Amato mengeluh perlahan.

Banyak benda dia kena selesaikan sekarang.

.

.

.

.

.

.

.

Di Planet Synee,King Dim sedang memerhatikan rakyatnya yang sedang membuat persiapan untuk majlis pemahkotaan putera Synee.

Penasihatnya setia berada disisinya. Mukanya nampak risau.

Planet Synee dah membangun dengan baik lepas Solar ambil alih pembaikpulihan Planet Synee. Majlis pemahkotaan akan diadakan beberapa minggu lagi dan King Dim pastikan yang Solar sentiasa sibuk dengan hal urusan diraja.

Light: Tuanku,pihak TAPOPS masih lagi beri mesej kecemasan. Mereka perlukan Solar untuk kembali semula.

King Dim hanya mendiamkan diri dan masih lagi memandang Solar yang seang bercakap dengan pembina. Pakaiannya dah ditukar kepada pakaian diraja. Putih,sesuai dengan dia . Hanya cermin mata dan sarung tangan dia saja yang masih kekal.

The perfect prince of light.

K.Dim: Padam. Beta tak nak dia terganggu. Dia kena bersedia sepenuhnya untuk majlis tu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

~TBC~

Hello bello my beloved potaoes~

Sooooo this is for you guyss sebab korang comel and Ez nak habiskan buku ni awal so Ez boleh update buku lain hehehe-

I'm still terfikir-fikir nak bagi BoBoiBoy selamat ke tidak~😏

Anyway,harap korang suka chapter ni!

Do vote and comment or else Etoq will hunt you down-

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #boboiboy