Cari

Sebaik sahaja video itu terpadam,Geng Kokotiam dan Amato itu tergesa-gesa keluar dari bilik mesyuarat tersebut dan terus ke bilik BoBoiBoy,meninggalkan Komander Kokoci yang sedang membuat panggilan kecemasan bersama dengan Laksamana Tarung dan Ramenman.

Sampai sahaja di bilik BoBoiBoy,Geng Kokotiam boleh nampak yang pintu tu dah terbuka dan ada kesan tembakan pada padlock kunci tersebut.

Mechabot:*tukang jawab bagi yang confuse* Amato ni yang buat bila dia tak dapat nak bukak pintu tadi.

Mereka semua boleh nampak apa yang Amato katakan tadi,bilik BoBoiBoy bersih macam tak pernah ada orang duduk. Papan buletin dia yang dulunya penuh dengan gambar mereka semasa misi atau sebagainya ,kosong.

Satu-satunya benda yang nampak macam BoBoiBoy pernah tinggal dalam bilik ni adalah dulang kosong yang ada atas meja,makanan dan minuman dah dimakan. Hanya ada satu plat hologram sahaja terletak elok diatasnya.

Amato:*ambil* Macam mana aku boleh tak perasan benda ni..?

Gopal: Ada apa dalam surat tu,General?

Amato mengetap bibirnya kuat sebelum menekan butang plat tersebut yang ditinggalkan oleh BoBoiBoy.

Satu hologram muncul daripadanya. Kali ini,instead of Gempa,ada BoBoiBoy.

Dia berada ditengah-tengah diantara semua Elemental BoBoiBoy yang tengah nyenyak tidur.

Nampak macam mereka....dah berbaik?

Tak,tak juga. Berdasarkan lebam yang ada dekat muka BoBoiBoy dan luka² kecil pada Elemental yang lain,pasti mereka ada bergaduh sekejap.

Apa-apa pun,kembali,kepada video tadi.

Fang: Bila masa dia ada masa untuk rakam semua ni..?

Ying: Shush,dengar.

Video itu bermula.

Hai semua. Aku yakin masa korang jumpa benda ni,aku dah tak kan?Baik,kalau kiraan aku betul,mari aku teka kronologi yang berlaku.

Mesti sebab ayah aku datang Stesen TAPOPS tergesa-gesa kan? Dan cuba untuk jejak lokasi aku guna jam kuasa?Tapi selepas tu tak dapat dan korang nampak video yang Gempa dah sediakan?Hehe...Korang semua memang senang untuk dijangka. Senang sangat.

Aku faham kenapa korang pelik.Aku faham,apa yang aku buat sekarang ni memang langsung tak masuk akal.Tapi,ini saja cara yang mampu aku fikir untuk pastikan aku,Elemental,dan korang semua selamat.

Lama aku fikirkan,sepanjang aku jadi superhero,aku diancam bahaya,korang pun diancam bahaya.Daripada musuh...dan juga aku sendiri. Aku lemah,aku gagal untuk kawal kuasa aku,aku sakitkan mereka sekali.Dan korang semua pun bergantung pada aku.Galaxy bergantung pada aku.Aku dah tak mampu nak tanggung semua tu.Lagi-lagi bila semua orang kata aku tak boleh.Aku tak layak.

Apa yang mereka cakap semua betul.

Jadi,aku buat keputusan ni.Aku dah minta Kapten Kaizo untuk bersembunyi dan lindungi Elemental.Dia insist nak tolong aku.Jadi..maaf Fang.Mungkin lama sikit sebelum kau boleh jumpa abang kau balik.Tapi dia janji dia akan hantar surat,katanya lah.

Aku?Hm...Aku boleh berada di mana-mana pelusuk galaxy sekarang.Aku tak kan balik selagi aku belum cukup kuat untuk kembali.Aku tahu,sekarang semua tengah kecoh dengan broadcast dari 'Reverse',betul kan?

Hehe,'Reverse' tu adalah aku.Ia salah satu persona yang aku buat untuk....macam mana nak cakap eh..?Untuk tingkatkan saingan?Ya,macam tulah.Sekarang, semua penjahat dalam galaxy ni akan bertarung dan berlumba untuk dapatkan kuasa Elemental. Aku yakin Vitreous pun akan ada sama.Apa yang nak jadi lepas tu...jadi lah.

Aku tak kan kembali dalam masa terdekat ni jadi jangan cuba untuk cari aku.Bagi aku pulihkan diri aku dulu. Bagi aku percaya dengan diri sendiri. Dengan persaingan yang sengit macam ni,aku boleh tahu,siapa yang paling kuat,siapa yang patut aku kalahkan untuk pastikan aku layak jadi penguasa Elemental.

Aku tahu,mungkin korang akan rasa rancangan aku ni pelik dan sebagainya.Tapi yang kena hadap semua ni adalah aku.Yang rasa bebanannya adalah aku.Aku tak rasa senang bila korang pujuk aku kata yang sebaliknya.Selagi aku tak dapat buktikan sendiri yang aku ni layak untuk mereka,aku tak kan rasa senang hati.Ini...perjuangan aku.

Jangan risau pasal aku,okay?Jangan cuba cari aku dalam apa-apa cara sekali pun.Bagi aku buat semua ni sendiri.Kalau ada rezeki kita boleh jumpa lagi.Itu pun kalau aku berjayalah. Oh,dan ayah?Mungkin ayah dengar ni,mungkin tidak.Tapi BoBoiBoy nak ayah tahu,ini bukan salah ayah,okay?Ini salah BoBoiBoy.Jangan risau pasal BoBoiBoy,okay?BoBoiBoy cuma nak 'berdikari'.

Kirim salam pada yang lain. Jumpa lagi.

Sebelum video itu berakhir,BoBoiBoy melakar senyuman manis yang terakhir sambil melambai tangannya buat kali terakhir.

Tak ada satu pun orang didalam bilik tersebut mampu bersuara selepas mendengar keseluruhan video tersebut.

Gopal:Dia...betul-betul pergi...

Fang pergi ke meja BoBoiBoy dan memeriksa isi hologram tersebut. Sebaik sahaja dia menekan butang di panel mejanya,lebih banyak hologram yang muncul ditengah-tengah bilik BoBoiBoy. Banyak planet² yang dipangkah dan banyak tulisan kuno yang Amato sendiri tak dapat nak tafsir.

Apa yang mereka faham dari hologram tersebut hanya simbol kuasa Elemental yang kelihatan dalam gambar yang agak kabur.

Yaya:*gasp*  Apa semua ni...?

Ying:*cuba periksaTak ada satu pun bahasa tulisan ni padan dengan mana² bahasa yang kita ada dalam database.

Fang:*tengok Amato* Tuan? Tuan tahu ke pasal hal ni?

Amato hanya menggeleng.

Amato: *sigh* Tak..Saya tak tahu.

Dia lihat balik semua hologram yang terpampang itu. Nampak gaya macam BoBoiBoy dah buat persiapan yang sangat rapi. Dia betul-betul serius kali ni.

Tak ada apa yang mereka boleh buat untuk hentikan dia.

Yaya: Jadi...apa yang patut kita buat sekarang?

Fang: *hentak meja* Buat apa? Mestilah kita kena pergi cari dia tak kira apa! Tak kan kita nak biar je dia buat kerja gila ni?!

Ying: *sokong* Yalor! Kita ni kawan dia ma!

Gopal: Tapi kau sendiri dengar kan dia kata jangan cari dia? Kalau kita buat jugak,macam mana dia nak percayakan kita lagi dey!?

Yaya: Betul tu...Sebagai kawan kita kena hormat keputusan dia!

Fang: Habis tu tak kan kau nak biar je benda ni kacau bilaukan galaxy?!

BANG!

Terdiam mereka berempat apabila Mechabot melepaskan tembakan ke udara untuk diamkan mereka.

Mechabot: Oi,kawan korang tu anak tuan aku. Boleh tak korang behave sikit?

Teguran muhasabah dari Mechabot terus buat mereka menunduk.

Fang: M-Maafkan kami General.*tunduk*

Y,Y,G: *tunduk* Maafkan kami.

Amato yang dari tadi mengurut kepalanya yang sakit sebab benda ni hanya mengeluh kecil.

Amato: Tak apa. Kamu semua berhak untuk bersuara.*sigh*

Yaya: Jadi...apa arahan General sekarang?

Amato mengetap bibir.Dia sendiri tak tahu apa yang patut dilakukan sekarang.

Terbahagi antara nak hormat keputusan anak dia ataupun cari dan lindungi dia sendiri.

BoBoiBoy berada di luar sana,tanpa kuasa,tanpa alat mereka boleh hubungi dia. Macam mana dia nak pastikan satu-satunya anak dia masih lagi-

Amato: Haa...Fang,kumpulkan semua orang termasuk jawatankuasa tertinggi. Kata pada mereka kita akan lakukan perbincangan tentang perkara ini. Saya nak bersendirian sekejap,boleh?

Fang hanya mengangguk,menurut arahan. Melihat General Mechamato nampak begitu terganggu macam ni,dia pun tak sampai hati.

Fang memberi isyarat pada Geng Kokotiam yang lain untuk ikut dia sekali,meninggalkan Amato sendiri dalam bilik BoBoiBoy.

Apabila mereka semua keluar,Amato duduk diatas katil BoBoiBoy, mengeluh perlahan dan berpecah dari Mechabot.

Mechabot hanya menepuk bahu Amato perlahan tanda support.

Amato: *raup muka*  Apa aku patut buat sekarang Mechabot? Aku betul² buntu... BoBoiBoy...

Mechabot: Aku tau. Tapi kau sendiri dengar permintaan BoBoiBoy sendiri. Jangan cari dia. Aku pasti dia nak kita semua hormat dengan keputusan dia. BoBoiBoy tu dah lalui banyak benda sendiri,Amato. Kau yang ajar dia berdikari.

Amato: Urgh,aku tahu. Kadang² aku rasa aku tak patut ajar dia terlebih berdikari...

Mechabot hanya pandang slek sebelum menepuk belakang kepala Amato kuat.

PLAKK-!

Amato: Adoi-! Pehal kau ni?!

Mechamato: Kau ingat dia tu siapa? Dia tu anak kau tau Amato. Dia dah kalahkan Borara, Kapten Sparo, Vargoba,Retakka! Dia berjaya kawal semua kuasa dia dengan baik. Kau dah didik dia untuk tak putus asa dengan mudah Amato. Dan aku rasa,dia berhak untuk buat keputusan dia sekarang.

Amato hanya mendiamkan diri.

Mechabot: Dia boleh bawa diri. Aku yakin. Sekarang,apa yang kau kena buat adalah percayakan dia.

Lama kemudian akhirnya Amato menghela nafas panjang.

Mechabot betul,dia kena percayakan BoBoiBoy. Anak dia kuat,mental dan fizikal. Emosi...tak pasti lagi tapi dia yakin pada BoBoiBoy.

Sekarang,satu cara untuk bantu BoBoiBoy adalah dengan biar dia buat apa yang dia patut buat dan kurangkan kerosakkan yang lanun² dan penjahat galaxy ni buat.

Amato: Hah... Kau betul. BoBoiBoy kuat. Aku yakin. Lagipun,macam yang kau cakap,dia anak aku.Dia pantang menyerah kalah.*smirk*

Mechabot:*dapat idea nak kenakan Amato* Ha,macam tulah bapak yang aku kenal!!*luku kepala Amato kuat*

Amato: Eh siot- Kau ni kang-!

Mechabot hanya mengelak bila Amato menghayunkan bantal yang ada atas katil itu.

Mechabot: Wek wek tak kena~

Amato:*smile*  Robot tak kenang budi-*hayun bantal*

Sementara dua sahabat itu tengah tergelak-gelak cuba untuk ceriakan satu sama lain,tak ada satu pun yang perasaan kamera kecil yang tergantung pada dinding bilik tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jauh di sebuah tempat yang tidak diketahui koordinatnya, BoBoiBoy tersenyum melihat rakaman Amato dan Mechabot yang lawan bantal dalam bilik dia.

What? Korang ingat dia akan biar saja mereka sendiri tanpa pengawasan? Sudah tentu tidak. BoBoiBoy ada cara untuk dapatkan maklumat tanpa perlu berhubung dengan orang/alien/robot pun dalam TAPOPS tu.

BoBoiBoy:*senyumTerima kasih ayah sebab percayakan BoBoiBoy. Sayang ayah. *tutup hologram*

Mmmphh-!Mmmmph-!

BoBoiBoy mengeluh kecil apabila tempat alas dia bergerak-gerak. Dia bangun dan melutut satu kaki dihadapan alien yang teruk dibelasah dan terikat dengan tali itu. Dia mengeluarkan sebilah pisau dan memotong kain yang menutup mulut alien yang bising itu.

BoBoiBoy:*cynical smile*  Jadi,apa yang kau cakap pasal Mechamato tadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

HAHAHAHA I JUST HAD TO DO IT-

Btw, I'm done with all my semesters!
Yayyyy!!!🥳🥳🥳🥳🥳
Now,I just need to wait for my internship-😌

Ouh,aside that,harap korang suka chapter ni~

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #boboiboy