Cantum

Ayat Ochobot membuatkan mereka semua tercengang.

Voltra:K-Kejap..Aku tak faham. Apa maksudnya Ochobot?

Ochobot: Macam ni.Lepas aku jalankan pemeriksaan pada korang,aku perasan yang teras Gamma langsung tak menghilang ataupun malap macam korang semua.Jadi,teori aku,korang semua boleh bercantum semula walaupun tak ada Gempa dan BoBoiBoy.

Yaya: Macam pelik je?

Ying Yalor.Kenapa Gamma boleh buat semua bercantum pulak?

Ochobot: Sebab itu aku cakap,ini cuma teori aku.Tapi kalau tak cuba,mana kita nak tahu kan?

Elemental BoBoiBoy memandang Gamma yang nampak resah.

Gamma: Betul ke?Boleh ke aku cantumkan mereka dan pecahkan semula?Macam mana kalau jadi implikasi kuasa? Macam mana kalau-!

Balak:*pegang bahu Gamma* Relaks! Kau ni! Belum cuba lagi dah gabra mengelabah!

Magma:*that one positive baby* Yoshhh!! Belum cuba belum tahu,Gamma!

Blizzard: Kalau ni saja jalan risiko kepada jalan alternatif Voltra,jadi aku setuju.

Beliung: Kau mesti boleh punya,Gamma! Ingat! Masa depan kita sekarang bergantung pada kau!

Gamma: T-Tapi...Ack-!*kena jentik dahi dengan Beliung**glare*

Beliung:*angkat tangan* Voltra suruh.

Gamma menjeling Voltra dengan tajam.

Voltra: Kau nak cakap yang kau tak boleh buat? Tak percaya dengan diri kau?*smirk* Heh,ini bukan Gamma yang aku kenal.

Gamma hanya menjeling Voltra.Dia tahu apa yang Voltra cuba lakukan.

Dasar manipulative punya manusia-

Gamma mengeluh kecil sambil bermain dengan tangannya. Dia takut.

Gamma:Macam mana....kalau ada sesuatu yang buruk akan berlaku?

Gopal:*tepuk belakang Gamma kuat* Alah,paling tidak pun kau hilang ingatan.

Fang: Tak apa.Kalau ada apa-apa jadi,kami akan halang ia dari berlaku.

Ying: Yalor. Aku boleh ulang balik masa kalau ada benda buruk yang jadi.

Beliung: Eh,jam kau dah upgrade baru ke?

Ying:*peace sign* Hehe!

Ochobot: Aku dah upgrade jam Ying supaya kuasa dia tak kan hilang kawalan bila ulang balik masa.

Magma: Wah! Terbaiklah kalau macam tu!

Fang: Jadi,kau tak perlu risau kalau ada apa-apa buruk yang jadi. Kami akan halang ia dari berlaku.

Mendapat semangat dari kawan-kawan dia dan juga Elemental yang lain membuatkan Gamma mendapat keyakinan diri semula. Dia menghela nafas panjang sebelum mengangguk.

Bersedia untuk mencuba.

Gamma: Baiklah.Aku akan cuba. Tapi kalau ada apa-apa buruk yang jadi,tolong,hentikan aku tak kira apa,okay?

Geng Kokotiam mengangguk.

Gamma menarik nafas dalam sebelum menutup matanya,cuba fokus untuk cantum semula. Kalau dia boleh buat ni,jadi harapan untuk mereka kalahkan Vitreous akan jadi tinggi.

Gamma:*deep breath* Fuh...Baiklah..Mari cuba...*shining eyes* Cantum Semula!

Setiap satu daripada Elemental BoBoiBoy mula bercahaya dan dengan sekelip mata,mereka semua bercantum semula kepada Gamma.

Apabila mereka selesai bercantum,Gamma berubah menjadi Solar buat seketika sebelum menjadi Cahaya apabila sinaran itu hilang.

Gopal:*siap-siap menyorok belakang Fang* Weh,kenapa dia jadi tahap pertama semula?

Ochobot:*imbas* Hm...Teras dia tengah cuba sesuaikan diri.Apa-apa pun,siap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Lama Cahaya diam,berdiri dengan mata yang tertutup buat seketika sebelum mata dia terbuka semula dan dia berubah kepada Solar.

Ochobot: Solar?Kau okay?

Untuk beberapa ketika,Solar tidak membalas.Dia masih terkelip-leip dengan reaksi yang agak susah nak ditafsirkan.

Solar:....Wow,memang macam ni ke bila lengkap?Aku tak pernah rasa selengkap ni bila bercantum.Ke ni sebab kitaorang dah lama tak bercantum?*regangkan tangan*

Geng Kokotiam menghela nafas lega apabila tak ada apa-apa yang pelik berlaku pada Solar.Ochobot kembali mengimbas Solar.

Ochobot: Okay,tak ada implikasi kuasa.Tapi,kalau kau nak berpecah,kau kena berehat dulu.

Solar:Baik Ochobot.*yawn* Hoam...Aku pun memang rasa mengantuk ni..

Solar naik atas katil,tarik selimut,dan terus saja tidur.Geng Kokotiam cepat-cepat keluar dari infirmary itu untuk bagi Solar berehat.

Gopal: Dah,macam tu je?

Yaya: Tak kan lah senang macam tu je kan?

Ying: Haiya,kira nasib baiklah yang dia tak ada komplikasi kuasa ma!

Fang:Ochobot,ada benda lain ke yang kau tak bagitahu kitaorang?

Geng Kokotiam melihat Ochobot yang jelas nampak terganggu.

Ochobot:*sigh* Haih,ya.Ada benda yang aku tak bagitahu dekat dalam infirmary tadi sebab aku tak nak Solar tahu.Kalau dia tahu,aku takut bila semua ni selesai,hubungan dia dengan Gempa boleh terganggu.

Geng Kokotiam memandang sesama sendiri,pelik dengan apa yang Ochobot cuba sampaikan.

Fang: Apa maksud kau,Ochobot?Hubungan Solar dengan Gempa?

Gopal:*garu kepala* Aku tak fahamlah.

Ochobot mengeluh lagi.

Ochobot: Ada sebab kenapa teras Solar tak macam Elemental yang lain.

Fang:Dan sebabnya?

Ochobot: Kalau korang ingat,mereka diserap masa berpecah dan keluar balik sendiri dan menyerupai BoBoiBoy.Disebabkan itulah,teras mereka lemah.Tanpa tuan,mereka hanya kuasa.

Ying:Lepas tu,macam mana dengan Solar pulak?

Ochobot:Solar,walaupun terpisah lama,dia masih lagi bahagian daripada BoBoiBoy.Dan aku yakin semua ni berlaku sebelum BoBoiBoy diserang di Planet Quabak lagi.

Walaupun dah diterangkan macam tu,mereka masih tak faham.

Gopal: Err..Boleh kau tolong ringkaskan ringkasan kau ni?

Ochobot menepuk mukanya kuat sebab frust.

Ochobot: Secara kasarnya, BoBoiBoy dah lepaskan Solar sebelum dia kena serang dengan Vitreous lagi.

.

.

.

TIME SKIP~

.

.

.

Di bilik mesyuarat TAPOPS,semua ahli tertinggi TAPOPS bersama dengan Geng Kokotiam berkumpul.Selepas Ochobot memberitahu apa sebab Gamma boleh mencantumkan semua Elemental,Komander Kokoci bersama dengan ahli TAPOPS yang lan dipanggil untuk dibawa berbincang.

Amato the Tomato Dad pun ada.

K.Kokoci: Baiklah Ochobot.Tolong jelaskan apa yang kamu bagitahu pada mereka tadi.

Ochobot: Baik.

Ochobot mengeluarkan sebuah hologram yang menunjukkan data BoBoiBoy.

Ochobot: Bila BoBoiBoy dah dapat upgrade kepada tujuh kuasa,saya tahu risiko pada anomali kuasa akan berlaku pada BoBoiBoy.Tapi pada masa tu,saya tak ambil peduli sangat sebab BoBoiBoy dapat kawal kuasa dia dengan baik. Tapi bila kes Retakka itu berlaku,saya upgrade jam kuasa BoBoiBoy lagi.

Semua yang ada di dalam bilik itu mendengar penjelasan Ochobot dengan fokus.

Amato: Apa upgrade tu dan kenapa ia tidak disenaraikan dalam fail BoBoiBoy?

Ochobot: Saya cuma bagitahu BoBoiBoy supaya benda ni tak  disenaraikan dalam kuasa dia. Saya buat macam ni demi keselamatan BoBoiBoy jugak.

Ramenman: Tapi kalau kau bagitahu ni dengan lebih awal,kita mungkin dapat elakkan kerosakkan yang lebih besar dari berlaku-

Ochobot:*potong* Aku tak nak dengar BoBoiBoy menangis lewat malam lagi.

Semua didalam bilik itu terdiam.

Fang: Apa maksud kau..?

Ochobot:*pandang semua orang* Kau ingat lepas apa yang berlaku dekat dia,dia tak trauma? Bila semua dah tidur,tengah malam buta tu dia terjaga dari tidur,menangis sebab dia takut sangat.Sampai dia merayu dekat aku untuk cari cara macam mana nak berpecah lama-lama tanpa hilang ingatan.Dia hanya minta Elemental dia untuk teman dia.Secara literalnya,dia cuma ada diri sendiri masa tu.

Gopal: Kenapa...kenapa dia tak-?

Ochobot: Semua orang pandang dia sebagai superhero yang lindungi mereka.Tanggugjawab dan ekspetasi itu yang buat BoBoiBoy pendam semua perasaan dia. Dia tak nak menyusahkan orang.Dia tak nak kelihatan lemah.

Mereka semua hanya diam.

Ochobot:*teruskan bercakap* Jadi disebabkan kes Retakka tu,aku upgrade jam kuasa BoBoiBoy,dimana dia boleh lepaskan Elemental dia dalam keadaan yang terdesak. Nak senang cerita,bila BoBoiBoy lepaskan Elemental dia,itu bermaksud Elemental tu tak perlu bercantum dengan BoBoiBoy lagi dan dia bebas untuk buat apa saja.

Yaya: Jadi,dalam kes ni,BoBoiBoy dah lepaskan Solar,sebab itu dia jadi kekal?

Ochobot:*angguk* Tepat sekali.Basically,bila BoBoiBoy lepaskan Solar,Solar tu dah jadi macam kembar BoBoiBoy yang hidup.Sebab itu teras kuasa dia kuat dan dia boleh buat semua Elemental bercantum dengan dia macam biasa.

Mereka semua mengangguk faham.

K.Kokoci: Jadi,kenapa kamu tak bagitahu Solar perkara sebenar?

Ochobot: Semua orang tahu sifat Solar macam mana.Tapi bagi saya,kalau Solar tahu pasal hal ni,dia akan lebih salahkan diri dia.Saya tak nak benda tu berlaku.

Ying:Ha'ah lah.Logik jugak.Sebab masa semua ni berlaku,Solar berada dekat Planet Shinee.

Ochobot:*angguk* Ya,itu pun betul jugak.Tapi ada satu lagi aku tak bagitahu pasal upgrade BoBoiBoy ni.

K.Kokoci: Apa dia?

Ochobot: BoBoiBoy hanya boleh lepaskan Solar bila Solar tu berada betul-betul depan mata dia.Dan kali terakhir BoBoiBoy jumpa Solar secara berdepan adalah masa dia buat keputusan untuk tinggal di Planet Shinee.

Fang; Maksudnya,memang dah lama lah BoBoiBoy lepaskan Solar?

Ochobot: *angguk* Ya. Aku tak nak Solar salah faham. Aku tak nak dia fikir sebab dia pilih untuk tinggal di Planet Shinee, BoBoiBoy nak buang dia.

Mereka semua mengangguk faham.

Trauma ya?

Betul lah orang cakap. Kadang² senyuman ni menutup kesedihan.

Sementara mereka mula berbincang untuk strategi seterusnya,bayangan yang berada disebalik pintu bilik mesyuarat itu mula berjalan pergi.

Dia dah dengar semuanya.

Solar:Heh,jadi memang betullah semua ni salah aku.*bitter smile* Haha...

Penguasa elemen cahaya itu teruskan berjalan sampai kesebuah bilik.

Bilik dimana BoBoiBoy ditempatkan.

Setelah memasukkan kata laluan,dia menapak masuk kedalam bilik itu.

Tuan dia, BoBoiBoy,masih lagi berbaring atas katil,macam tengah tidur. Wayar insulin masih melekat dilengannya untuk pastikan dia sentiasa mendapat nutrient.

Solar duduk disebelah BoBoiBoy dan memegang tangan kanan BoBoiBoy.

Solar: Maafkan aku. Ini semua salah aku.*tengok jam kuasa* Bagi aku tebus kesalahan aku...Tolong...jangan buang aku...Aku masih nak kau jadi tuan aku...Maafkan aku, BoBoiBoy...

Hanya tangisan kecil sahaja yang kedengaran dalam bilik itu. Solar meletakkan jam kuasa ditangan BoBoiBoy dekat dengannya sambil cuba untuk menahan sedu-nya

Dia tak nak berpisah dari sesiapa.

Dia tak nak kembali menjadi hanya kuasa yang dipergunakan untuk kejahatan.

Dia tak nak berpisah dari Elemental yang lain.

Dia tak nak berpisah dari orang yang dah bertarung nyawa selamatkan dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #boboiboy