Broadcast
Senyap sunyi.
Seminggu telah berlalu selepas kejadian itu.
Tak seperti selalunya,Stesen TAPOPS harini terasa sepi walaupun waktu bekerja dah bermula.
Dan itu merupakan salah satu tanda yang tak baik.
.
.
.
.
BANG!BANG!
Fang: BoBoiBoy! Baik kau keluar sekarang sebelum aku pecahkan pintu ni!Aku taulah kau dah berhenti dari TAPOPS tapi tak kan lah kau langsung tak nak makan apa-apa?!Keluar sekarang!
Ying: Yalor! Kau dari semalam tau tak keluar!
Gopal:*bawa dulang* Aku bawak nasi goreng telur mata favourite kau ni~ Koko Tok Aba pun ada~
Yaya: Kitaorang tak kan cuba pun nak cakap pasal keputusan kau.Kitaorang cuma risaukan kesihatan kau.
Tak ada satu pun rayuan diaorang dapat buat pintu tu terbuka. Dah semalaman mereka biarkan BoBoiBoy sendiri.Elemental tak kelihatan dimana-mana jadi mereka beranggapan yang mereka sedang cuba untuk berbaik dengan BoBoiBoy.
Y'know?Supaya tak ada yang simpan dendam or anything.
Fang:*deep sigh* BoBoiBoy,kitaorang ni masih kawan kau,tau tak?Berhenti dari TAPOPS tak bermaksud kita bukan kawan lagi!
Gopal: Makan sikit pun jadilah dey.
Ying: Nanti kalau ayah kau tau kau tak makan,habis Stesen TAPOPS ni dia kerjakan.
Masih lagi tiada reaksi.
Bunyi notifikasi pada jam kuasa Yaya mengalihkan perhatian mereka daripada pintu besi yang masih lagi terkunci dari dalam itu.
Yaya:*on* Ya Komander?Ada apa?
K.Kokoci: General Mechamato dalam perjalanan ke sini.Nampak gaya macam ada masalah serius.
Fang:*snort* Heh,memanglah masalah serius.Tengoklah anak dia ni langsung tak nak makan apa-apa.
K.Kokoci:*geleng kepala* Tak apalah,mungkin dia masih belum sedia.Kamu semua kena laporkan diri sekarang.
Geng Kokotiam memandang sesama sendiri dan mengangguk. Gopal tinggalkan dulang makanan itu didepan pintu.
Gopal: *ketuk perlahan* Nanti kau makan tau,BoBoiBoy?Tak elok kalau kau tak makan.
Lama tangan Gopal menyentuh pintu besi tu.Dia rasa bersalah dengan diri sendiri juga.
Dia selalu cakap dialah kawan baik terbaik BoBoiBoy,tapi apa je yang dia dah buat untuk bantu BoBoiBoy?Tak ada rasanya.Makin membebankan BoBoiBoy adalah.Dia kena belajar jadi bergna sekarang.
Tuk...Tuk...
Lamunan Gopal terhenti apabila dia terdengar dua ketukan perlahan disebalik pintu bilik itu,tanda yang BoBoiBoy dengar apa yang dia cakap.
Tak apalah,tanda sikit pun tak apa.
Gopal akhirnya melangkah pergi dari depan bilik BoBoiBoy untuk menyertai Kokotiam yang lain.Setelah laluan itu sunyi,barulah pintu bilik itu terbuka sedikit dan ada seseorang menarik dulang makanan itu kedalam.
.
.
.
.
Di bilik mesyuarat TAPOPS,Geng Kokotiam duduk di tempat masing-masing.Hanya ada mereka dengan Ramenman disertai oleh Komander dan Laksamana.
Yaya: Apa hal kecemasannya Komander?Kenapa General Mechamato nak datang sini?
Ying: Yalor.Kan dia cakap dia tak kan jejak kaki lagi ke sini kalau Komander tak minta maaf pada BoBoiBoy?
Komander Kokoci hanya menelan ludah.Kesat pulak tetiba.
K.Kokoci: Aku pun tak pasti.Tapi aku yakin dia datang untuk BoBoiBoy.
Gopal:*silang tangan belakang kepala* Ataupun General nak main 'tembak tikus angkasa' lagi dengan MechaBlaster dia.
G.Kokotiam:Pfft-*tahan gelak*
L.Tarung: Ahem! Apa-apa pun yang nak jadi nanti,jadilah.Kami sedar kesilapan kami dan dia berhak untuk jatuhkan apa-apa hukuman pada kami kalau dia tak puas hati.Tapi sekarang,kami pun risau dengan keadaan BoBoiBoy dan juga Elemental yang lain.
Apabila topik 'BoBoiBoy' dan 'Elemental' dipetik,baru mereka menumpukan perhatian.
Fang: Apa maksud Laksamana?
Laksamana Tarung membuka sebuah hologram pada meja dihadapan mereka.Terpampang sebuah logo petir ikonik milik BoBoiBoy,tapi logo itu sepertinya mempunyai retak yang melintang merentasi logo itu.
L.Tarung: Ramenman mendapat aduan dari beberapa kawasan galaxy,mengatakan bahawa logo ini dah tersebar hampir diseluruh galaxy. Dan broadcast mengenainya, betul-betul merisaukan.
Laksamana Tarung menekan butang play dan video itu bermula.
Tiada muka yang kelihatan,hanya logo rosak itu sahaja yang berpusing semasa video itu berjalan.Suara didalam video itu seakan dimodify supaya tidak dikenali.
Video itu bermula.
[ Selamat sejahtera semua.Aku yakin yang kau dah tahu tentang superhero terhebat galaxy tu,betul kan?Aku nak bagi berita terbaru yang aku dapat.Superhero kesayangan korang dah tak ada. Kuasa elemental sekarang dah tiada pemilik.Jadi pergilah! Rebut kuasa Elemental tu!Mereka langsung tak berdaya tanpa tuan! Dan siapa yang berjaya dapat kesemua tujuh kuasa Elemental,heh,mana tahu?Korang boleh dapat ganjaran terhebat.]
[Pernah dengar tentang lagenda '7 Primordial'?]
[Ini peluang korang untuk tahu kebenarannya.]
Video itu glitch buat seketika sebelum tamat.Geng Kokotiam memandang satu sama lain.
7 Primordial?
Ramenman: Tujuh kuasa elemental tu berada dalam bahaya.Kita kena simpan kuasa-kuasa tu supaya tak jatuh ditangan yang salah!
.
.
.
BAM!
.
.
.
Tersentak semua yang ada disitu apabila Fang menghentak tangannya kuat diatas meja bercampur dengan kuasa dia,menyebabkan meja itu retak sedikit akibat hentakannya.
Fang: Setiap Elemental tu ada nama mereka tersendiri. Jangan cakap tentang mereka macam mereka tak ada perasaan.*glare*
Yaya: Apa pun yang jadi,semua akan bergantung pada mereka.Sama mereka nak lawan,ataupun sebaliknya.Kita tak ada hak untuk kurung mereka.
Ying: *glare* BoBoiBoy tak lepaskan mereka dalam bentuk dia untuk diperlakukan macam barang.
Gopal: Saya sarankan,jaga mulut lain kali.
RamenMan hanya mengangkat tangan,tanda surrender.
Fang:*pandang Kokoci* Apa-apa pun,apa tu 7 Primordial?Kenapa kami tak tahu apa-apa?
Ramenman: Sebab itu dianggap mitos sebelum Retakkan muncul lagi.Pihak kami dah sedaya upaya untuk pastikan ia kekal dianggap mitos.
K.Kokoci:*Sigh* Sejujurnya,aku sendiri masih tak arif dengan 7 Primordial sebab ada terlalu banyak versi yang ada untuk mengelirukan semua orang.
Fang:*geleng kepala* Tak,sekarang saya tak kisah dengan semua tu. Apa yang kami nak tahu,apa kaitan 7 Primordial dengan BoBoiBoy.
Kali ini,ahli tertinggi TAPOPS itu memandang sesama sendiri.
Belum sempat sesiapa dapat jawap,pintu bilik mesyuarat terbuka dengan pantas.
MANA BOBOIBOY?!
Terkejut semua yang ada apabila General TAPOPS itu menerjah masuk bilik tersebut,riak wajahnya memang panik.
Amato terus pergi kepada Laksamana Tarung dan terus cekak kolar baju dia.
Amato: Aku tanya sekali lagi Tarung...Mana anak aku?!
K.Kokoci: S-Sabar General-!
Gopal:B-BoBoiBoy ada dalam bilik dia.
Perhatian Amato mula tertumpu pada Geng Kokotiam.
Amato: Apa maksud kamu,'dalam bilik dia'? Bilik tu kosong macam tak ada sesiapa yang pernah duduk dalam bilik tu.
Pernyataan Amato terus buat mereka kaku.
Tak ada...?Bila masa BoBoiBoy..-
Amato: Sekarang satu galaxy huru hara sebab penjajah dan lanun angkasa serata galaxy mula untuk cari Elemental BoBoiBoy.Disebabkan broadcast daripada Reverse tu!
Reverse?
Ah,jadi broadcast tu ada nama.
Fang: T-Tapi mustahil.Kitaorang baru dari bilik dia.
Gopal: Saya yakin dia ada dalam bilik tu! Sebelum saya pergi,saya dengar dia ketuk pintu!
Amato menghela nafas kasar,meraup wajahnya.
Amato: Mana semua Elemental?
Satu lagi soalan tak terjawab.
Bila diingatkan balik.Lepas keluar dari bilik dimana BoBoiBoy lepaskan mereka tempoh hari,mereka tak nampak mana-mana antara mereka keluar.
Yaya: Kami...tak tahu.Kami tinggalkan mereka sebab mereka nak bersendirian. Gempa kata mereka akan keluar bila mereka dah bersedia.
Ying: Kami fikirkan mereka ada dengan BoBoiBoy untuk clearkan masalah mereka.
Sekali lagi,Amato meraup wajahnya.
Amato: Fang,abang kamu mana?
Fang: Abang?Dia dah pergi jalankan misi terakhir dia.Itu saja yang dia cakap pada saya.
Amato mula menaip sesuatu pada meja hologram itu,dari skrin,mereka boleh nampak dia cuba untuk kesan koordinat BoBoiBoy.
Amato:*mumble* Cepatlah....
cepatlah...
K.Kokoci: General,cuba bagitahu kami.Apa yang buat General kalut sangat sampai macam ni?Mungkin BoBoiBoy dah balik ke Bumi bersama Elemental lepas mereka dah berbaik semula?
Haih,Kokoci. Anda sangat positive tinggi sementara bapak orang tu tengah hilang anak- tujuh anak actually,yang tengah jadi buruan.
Amato: Tak...BoBoiBoy tak ada dekat Bumi.Ayah aku dah chek.Aku cuma dapat video dari BoBoiBoy.Kokoci,dia nampak tak sihat sangat.Lagi teruk dari dia terlantar di Sunnova Station dulu.
Suara Amato berubah sendu.
Amato: Dalam video tu,dia minta maaf.Dia minta maaf sebab tak boleh jadi macam aku..Tak boleh jadi hero macam apa aku harapkan. Maaf sebab dia lemah.Dia merayu,Kokoci. Dia merayu aku maafkan dia...Bagitahu aku,ayah mana je yang sanggup dengar anak dia menangis macam tu?
Mereka semua diam.Yaya dan Ying dah pegang tangan satu sama lain sebagai support dengan mata yang berair.Gopal hanya menunduk dan Fang menggenggam tangannya kuat,menahan perasaan yang bercampur baur sekarang.
Apa yang patut mereka buat sekarang untuk cari BoBoiBoy?
Mereka semua menanti dengan penuh sabar untuk bar loading di skrin tersebut untuk menjejak kedudukan jam kuasa BoBoiBoy. Dengan harapan BoBoiBoy masih ada jam kuasanya.
Namun,disaat satu peratus yang terakhir,tanda error merah besar kelihatan dan skrin hologram itu mula glitch tak tentu arah.
Ying: Kenapa ni-?!
Amato dah mula gelabah menekan beberapa kekunci untuk override glitch tersebut namun tak ada yang berhasil.
Amato:Tak..tak..tak! Aku dah hampir berjaya! Macam mana sistem peta tercanggih dalam galaxy tak boleh jejak lokasi BoBoiBoy!?
Video itu glitch untuk beberapa saat kemudian sebelum sebuah video muncul.
Dalam video tersebut ada Gempa.Dia duduk disebuah kerusi yang ada dalam bilik BoBoiBoy.Ditangannya terdapat sebuah kain yang dikait oren.
Semua orang tahu yang Gempa mahir mengait.Dia tak menang pertandingan main tali peringkat galaxy tanpa sebab.
K.Kokoci: V-Video bila ni..?Bila masa pula-?
Kokoci didiamkan oleh Amato apabila dia angkat tangan dia.
Video itu mula dimainkan.Ia bermula dengan Gempa melambai tangannya pada kamera.Senyumannya lebar macam langsung tak ada masalah.
[Hello!Kalau sesiapa saja yang jumpa video ni,mesti korang cuba untuk jejak jam kuasa BoBoiBoy kan?Hehe..Maaf,tapi BoBoiBoy tak nak dijejaki.]
Semua menjadi lebih alert.Amato menggenggam kuat tangannya.
[Kalau korang tertanya-tanya mana kami,Elemental,pergi,jangan risau.BoBoiBoy dah amanahkan Kapten Kaizo untuk 'simpan' kami sampailah masanya tiba.Oh,dan Fang?Atau sesiapa sajalah nanti tolong bagitahu dia.Aku minta maaf sebab mungkin kau tak kan jumpa abang kau buat masa yang lama.Tapi dia dah janji untuk hantar kau surat]
Kali ini semua orang memandang Fang manakala si penguasa bayang itu hanya mengenggam tangannya kuat.
Ini ke....misi terakhir abang dia?
Sebab tu ke..-
[Kalau kau nak tahu lebih lanjut,kau boleh tengok misi terakhir dia. Tangent Stars.Misi terakhir dia adalah untuk sembunyikan kitaorang di sebuah tempat.Sebuah tempat yang korang pun tak kan tahu.]
[Itu sahaja yang korang patut tahu pasal sekarang.Jangan risau.BoBoiBoy dah pastikan rancangan dia kali ni,akan berjaya.Dia cuma nak pastikan kami selamat dan saya percayakan dia. Kami semua percayakan dia.]
[Tentang BoBoiBoy pulak?Hm...Entahlah.Apa kata saya biarkan dia yang jelaskan sendiri. Cuba cari klu dalam bilik dia.Apa-apapun,kalau ada rezeki,semoga kita berjumpa lagi.Bye semua~ Jaga diri elok².]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
*slowly slide the chapter with extra angst*
Hello-
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top