Acceptance

Genggaman Solar pada lengan BoBoiBoy sangat erat,sampai BoBoiBoy sendiri rasa hujung jari dia terasa kebas.BoBoiBoy hanya merenung kearah Solar yang masih lagi diam itu.

BoBoiBoy:*sigh* Haih,rasanya kau dah boleh lepaskan tangan aku.Sakit kau tau tak?

Serta merta Solar melonggarkan sedikit genggamannya,masih lagi memegang lengan BoBoiBoy tapi dengan lembut.

Solar:*low-whisper* Kau tak boleh buang kitaorang...

BoBoiBoy: Hm?*rendahkan badan supaya lebih dekat dengan Solar* Kau cakap apa?Aku tak dengar.

Tiba-tiba sahaja,tangan Solar menggengam kedua-dua belah bahu BoBoiBoy kuat,membuatkan si topi oren itu meringis kesakitan.

Solar: KAU TAK BOLEH BUANG KITAORANG!

Suara Solar kedengaran agak pecah.Sejujurnya,BoBoiBoy agak tersentak.

Tangan Solar menggigil dibahunya.

Solar: K-Kau tak boleh buang kitaorang....Tolong...Aku merayu sangat...

BoBoiBoy:*desperate sigh* Aku dah buat keputusan,Solar. Aku tetap dengan keputusan aku. Sekarang,tolong lepaskan aku.

BoBoiBoy cuba untuk rentap tangan Solar dari bahunya,tapi elemental cahaya itu kejap memegangnya.

Solar: I-Ini sebab aku buat keputusan untuk tinggal dekat Planet Shinee ke? Sebab itu ke?A-Ataupun sebab aku kau cedera parah dan Gempa dirampas?

BoBoiBoy: Boleh tak kau berhenti buat semua benda jadi hal kau?Bukan semua benda jadi disebabkan kau.Aku lepaskan korang semua sebab aku dah bosan jadi superhero. Lepaskan aku!

Cubaan BoBoiBoy untuk menolak Solar langsung tak berjaya.

Solar:No,no no.Aku yakin salah satu tu sebabnya. *unconsiously genggam bahu BoBoiBoy lebih kuat* Apa akan jadi dengan kitaorang?

BoBoiBoy:*winced in pain* Ak-M-Manalah aku tahu! Suka hati koranglah nak buat apa! Kau bukan tanggungjawab aku lagi!

Solar: Kau tak boleh biar kitaorang macam ni,lepas apa yang dah jadi!

BoBoiBoy: Lantaklah! Aku dah penat asyik diancam je! Kau ingat senang ke hah aku nak kawal korang?!

Solar: Selama ni kau boleh je. Kenapa sekarang tak boleh? Kau menipu. Aku dapat rasa.

Boleh patah bahu BoBoiBoy kalau Solar genggam dengan lebih kuat.

BoBoiBoy: Sebab aku dah buat keputusan! Korang bebas nak buat apa je sekarang,aku langsung tak kisah.Kau nak stay ke apa,itu bukan masalah aku sekarang. Tolong lepaskan aku.Sakit.

Tapi Solar masih lagi tak lepaskan pegangan dia.

Semua orang dalam bilik itu dapat dengar bisikan Solar walaupun tiada butir bicara itu.Elemental yang lain makin risau melihat BoBoiBoy yang tengah tahan sakit itu.

Solar kemudian mendongak memandang BoBoiBoy.

Solar: Tolong.....jujur dengan aku...Kenapa kau nak buang kitaorang?Aku tahu alasan kau menipu,aku boleh rasa!*sudden rage* KAU FIKIR AKU AKAN PERCAYA MACAM TU SAJA?!

Kemarahan Solar buat dia langsung tak perasan yang ia teraktifkan kuasa tanpa sedar.

BoBoiBoy: Argh-!

Setelah lama mendiamkan diri,akhirnya Gempa bertindak.Dia merentap Solar lepas dari BoBoiBoy dan menjadi penghadang antara mereka.

Gempa: Solar,kawal diri kau. Kau tak nampak ke yang kau sakitkan dia.*pandang BoBoiBoy* BoBoiBoy,kau okay?

BoBoiBoy:*urut bahu**senyap*

Bagai baru sedar dari mimpi,Solar memandang kearah Gempa dan BoBoiBoy di hadapannya.Dia boleh nampak sedikit kesan hangus yang ada di jaket oren BoBoiBoy.

A-Aku cederakan dia..-

Solar:*stutter* B-BoBoiBoy,aku minta maaf-Aku tak sengaja-

Setapak Solar cuba untuk dekati BoBoiBoy,Gempa halang dengan sebelah tangan manakala BoBoioy bersembunyi disebalik Gempa,masih lagi memegang bahunya,langsung tak memandang penguasa cahaya itu.

Gempa: Solar,sudah. Kau takutkan dia.

Solar tidak menghiraukan kata² Gempa. Dia masih tetap cuba untuk dekat dengan BoBoiBoy untuk mohon maaf.

Solar: Aku minta maaf! A-Aku tak perasan kuasa aku aktif!*cuba nak dekat tapi dihalang Gempa*

Gempa:*tahan Solar* Solar,berhenti.Dia tak nak kau dekat dengan dia.*stern*

Perhatian Solar mula beralih pada Gempa.

Solar: K-Kau pun bencikan aku jugak ke Gempa..?Kau benci aku sebab jadi punca kau kena tangkap?P-Punca BoBoiBoy hampir mati?Punca semuanya?!

Seriously,Solar is almost at his breaking point.Gempa memegang bawah lengan Solar,cuba nak halang dia dari jatuh melutut dihadapannya.

Solar: Gempa...tolong maafkan aku...A-Aku tau ni semua salah aku...Bagi aku tebus salah aku...Aku dah janji aku nak tebus salah aku!Jangan...hik..jangan buang aku...Hik....

Gempa pula yang jadi serba salah.Ini bukan keputusan dia.Ini keputusan BoBoiBoy.

Solar dah melurut jatuh melutut dihadapan Gempa,air mata masih mengalir deras.

Gempa menoleh kearah BoBoiBoy yang sekarang hanya memandang Solar kosong.Kemudian,baru mereka bertentang mata.

Dari apa yang Gempa nampak,tekad BoBoiBoy kali ini memang kuat.Hanya dengan isyarat mata,Gempa dah faham.Dia mengangguk kecil sebelum melutut dihadapan Solar dan memeluknya kuat.

Gempa: Shush...Kau tak salah Solar.Semua yang berlaku ni,bukan salah kau. Okay,aku minta maaf sebab aku-Bo-kitaorang lepaskan kau masa di Planet Shinee.Tapi kitaorang buat tu bersebab,bukan sebab kitaorang benci kau.Tidak.

Tangisan Solar masih tak berhenti.Tersedu sedan dia dibahu Gempa.

Gempa: Kita tak boleh ubah fikiran BoBoiBoy sekarang.Lagipun,ada betul apa yang dia cakap.Kita membahayakan keselamatan dia juga. Kita kena hormat keputusan dia.

Gempa mendongak memandang Elemental yang lain,clearly menangis dan memujuk satu sama lain.

Gempa:*kemam bibir* Tapi...aku janji dengan kau.Walaupun sekarang kita berpisah dengan BoBoiBoy,kita sebagai Elemental tak kan terpisah dari satu sama lain,okay?Kita akan tetap bersama,tujuh elemen,kuasa terkuat di galaxy.

Akhirnya,Gempa membangunkan Solar untuk berdiri.Sampai merah muka Solar sebab lama sangat menangis.Gempa tergelak kecil,mengelap airmata Solar yang masih mengalir itu.

Gempa: Berhenti salahkan diri kau,okay?*pandang BoBoiBoy* BoBoiBoy,boleh kau bagitahu yang ni bukan salah dia?

Solar mengelap airmatanya,akhirnya bertentang mata dengan BoBoiBoy,yang sekarang dengan reaksi yang Solar tak dapat nak teka.

Genius macam dia pun boleh blur dalam hal macam ni.

Lama mendiamkan diri,BoBoiBoy menghela nafas sebelum menapak kehadapan dan menarik Solar dalam pelukannya.

Solar:*tergamam*

BoBoiBoy:Dengar baik-baik,sebab aku cuma akan cakap sekali saja.Apa yang aku buat,keputusan aku,semuanya bukan salah kau ataupun mana-mana Elemental.Aku dah fikir benda ni dah lama. Sekarang masanya untuk aku teruskan juga.*perlahan-lahan usap kepala Solar*

Walaupun Solar tak nak percaya semua tu...

Solar: Kalau bukan salah kitaorang...janganlah buang kitaorang...Aku dengan Thorn nak pergi dekat siapa lagi kalau bukan kau..?*sniff*

BoBoiBoy:*sigh**lepaskan pelukan* Banyak kali aku cakap.Aku dah buat keputusan.Aku dah lepaskan korang.Aku bukan tuan korang lagi.Apa saja korang nak buat,nak menjelajah galaxy ke,cari tuan baru yang lebih layak ke,itu dah tak ada kena mengena dengan aku.Aku lepaskan korang,dalam jelmaan aku sendiri,bukan dalam bentuk tenaga asli.Korang bebas,okay? Buatlah apa yang korang nak.Aku tak nak tengok korang lagi.Itu saja.

Solar hanya menunduk sahaja.

Solar:...Kalau macam tu,baik aku lenyap je dari galaxy ni. Tak ada tuan pun,apa yang boleh aku buat?

Semua orang tersentak.

Gempa: Solar,apa maksud kau?

Solar: Apa guna je kalau aku tak ada tujuan untuk hidup?*tunduk* 

BoBoiBoy melihat masa yang ada pada jamnya sebelum melihat ke luar tingkap. Dia mengeluh perlahan.

BoBoiBoy: Kau masih ada tujuan untuk hidup,Solar. Kau adalah tenaga kuasa asli,sama macam yang lain. Kau tak kan mati dengan mudah. *sigh**letak tangan dalam poket*

Halilintar:*jelingan tajam* Bunyi kau dah macam sama dengan si Satriantar tu. Tak habis² nak cakap kitaorang cuma sumber kuasa.

Taufan; Tah! Kitaorang pun ada perasaan tau tak?!

Blaze: Kau yang bagi perasaan ni dekat kitaorang!

Ice:*mumble* Dan sekarang kita akan dibuang macam sampah.

Thorn: Aku tak suka macam ni. Kau dah lain..

Mendengarkan kecaman dari Elemental itu, BoBoiBoy hanya diam sahaja,masih menunjukkan riak wajah datar.

BoBoiBoy: Marahlah selagi korang boleh marah. Sekarang,korang semua dah faham kan? Jadi,aku mintak diri dulu.

Tak ada sesiapa pun yang halang BoBoiBoy daripada keluar dari bilik itu.Ahli TAPOPS yang lain hanya senyap,tak tahu apa yang patut mereka lakukan sekarang.

Elemental BoBo- silap- Elemental pula,sebaik sahaja kelibat BoBoiBoy menghilang dari pandangan,terus setiap satu dari mereka berkumpul dan memeluk satu sama lain. Obviously masih lagi tergamam dengan apa yang telah berlaku.

Thorn: Isk...Isk...A-Aku tak percaya y-yang semua ni berakhir macam ni je...Isk...

Taufan:*pat kepala Thorn**tighten hug*  Shush....Takpe Thorn...Kitaorang pun sama..

Blaze: Sniff...Kau pasti yang takde racun pelik yang pengaruhi dia..?

Ice:*mumble* Doktor dah sahkan takde. Semua yang dia buat ni,dia memang sedar.

Halilintar hanya mendiamkan diri,menunduk tapi masih lagi berada dalam group hug itu.

Solar memandang Gempa yang masih tak ada reaksi itu. Dia hanya memeluk Elemental dengan Tangan Tanah dia supaya mereka lebih rasa selesa.

Solar: Gempa? Apa yang kita nak buat sekarang ni?

Mendengarkan soalan itu, Elemental yang lain pun terus mengalihkan perhatian kepada ketua mereka itu.

Gempa mengetap bibirnya.

Gempa:....Bagi aku masa untuk proses semua ni dulu okay? Nanti aku bagitahu apa yang patut kita buat.

Elemental memandang satu sama lain.

Gempa:*gugup**gulp*  Err...Korang yang masih ada tuan lama ni....Tak nak balik pada mereka ke?

Halilintar; Kau gila? Aku tak merentas galaxy naik kapal angkasa asing, menjelajah seluruh pelusuk bintang, cari planet untuk dapatkan diaorang,hampir mati,hanya untuk kembali pada Satriantar! TIDAK.

Taufan: Samalah. Aku tak nak jugak. Hali susah payah cari aku dekat Windara.

Blaze: Tak kuasa aku nak balik dekat si poyoyo Pyrapi tu. Lagipun dekat Volkania takde ayam.*peluk tubuh*

Ice: Aku nak berhibernasi dengan aman. Kalau aku balik,huh,tak taulah. Planet asal aku jauhlah. Aku malas.

Gempa tersenyum kecil mendengar jawapan mereka. Kemudian,dia memandang Thorn dan Solar pula.

Gempa: Macam mana dengan korang? Masih nak bersama dengan kitaorang? Thorn,kau boleh balik ke Rimbara untuk memerintah. Solar,kau pun boleh balik ke Shinee. Lagipun,kau kan masih Putera Cahaya?

Alahai,si Gempa ni pon-

Dari elok² duo fotosintensis dah berhenti menangis,dah sambung melalak balik.

Thorn: HUAAAAA KAU PUN NAK BUANG KITAORANG JUGAK KEEE??

Solar:*air mata menitik balik**menggigil*

Gempa terus panik.

Gempa: Eh,tidak,tidak! Bukan itu maksud aku? A-Aku cuma tanya je tadi kan?*sweatdropped**cuba pujuk*

Yang lain hanya tengok saja.

Ayok,tak tayok-

Thorn: Huaaaa tipu! Kau tipuuu! Kau nak buang kitaorang kan? Huaaaaa!!*sambung melalak*

Solar:*literally having a long flashback*

Gempa:*pandang Elemental yang lain**nak nangis jugak*  Tolonggg...

Tak semena-mena,Blaze ketawa,diikuti oleh Taufan dan yang lain. Mendengarkan mereka ketawa,macam dah lupa dengan masalah yang baru berlaku,membuatkan Thorn berhenti melalak.

Halilintar:*tahan diri* Pfft- Okay,ni memang kelakar.

Taufan: Hehehehehehe! Blaze,kau nampak tak muka Thorn macam mana tadi?

Blaze: Iya,iya aku nampak! Itu yang aku gelak!

Thorn:*pout* Korang ni jahatlah!

Ice: Solar,kau okay tak? Muka kau dah macam udang kena bakar,tau tak?

Solar: *cover muka* Kau diam-

Mereka ketawa sahaja.

Yeah....Walaupun BoBoiBoy dah buan-tak perlukan mereka lagi,mereka masih ada satu sama lain.
Dan mereka boleh bertahan macam ni.

Kan..?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai sahaja dibiliknya, BoBoiBoy terus mengunci pintu biliknya,tak nak diganggu.


Plip


Setitis air matanya jatuh setelah sekian lama bertahan.


Plip


BoBoiBoy tersandar di pintu,melurut jatuh,terduduk sambil cuba untuk menahan sebaknya. Sebelah tangannya menutup mulutnya dengan kuat,menghalang dari menghasilkan sebarang bunyi.

Ini keputusan dia. Dia kena ingat.

Sebelah lagi tangannya menggigil mengangkat jam kuasa yang dah pudar itu. Setiap simbol elemen itu seakan menilai keputusan dia.

BoBoiBoy:*deep breath*  Fuh...Ini keputusan kau, BoBoiBoy. Kau yang buat keputusan ni.

Matanya terlirik pada gambar yang terletak elok pada meja belajarnya. Gambar kesemua Elemental dan mereka semua memegang plushies yang dibuat oleh Gempa.

Perlahan, BoBoiBoy bangun dan mendekati meja belajarnya. Dia telangkupkan gambar itu supaya dia tak nampak lagi gambar itu.

BoBoiBoy:*sigh* Kau memang lemah,sama macam apa yang mereka cakap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Hmm....Interesting-

Apalah ek si BoBoiBoy ni fikir? Entah betul ke idok racun tu dah takde dalam badan dia? He he he-

Entahlah,cer tanya Tok Kasa,mana tau dia tau hehehe-

Tata titi tutu~

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #boboiboy