009


"Dan adik lelaki aku, Jeon Jungkook... Kau bunuh dia. Kau bunuh adik aku!"

"Argh!"

Taehyung menutup kedua belah telinganya. Dia sudah tidak tahan! Dia tidak tahan lagi mendengar kebenaran dari mulut Junghyun. Semakin lama kenangan lama diungkap, semakin seksa jiwa dan raganya untuk menerima kenyataan.

"Kook duduk dalam rumah diam-diam tau. Jangan pergi mana-mana. Kalau ada orang nak masuk rumah, cakap tak boleh. Faham?"

"Faham!"

Budak lelaki yang masih berumur enam tahun itu mengangguk laju. Dia mengangkat tangan ke dahi ala-ala polis. Seakan sudah lali dengan pesanan abangnya.

"Kalau orang lain nak masuk rumah cakap apa?" soal Junghyun sekali lagi. Hatinya masih berat ingin meninggalkan adiknya seorang diri di dalam rumah walaupun dia hanya ingin pergi ke kelas tambahan.

"Tak boleh! Hyung Kook tak kasi bagi orang lain masuk rumah! Nanti hyung Kook marah!" tutur Jungkook semangat. Junghyun tersenyum lega. Kepala Jungkook dibelainya lembut.

"Hyung pergi dulu ye?"

"Okey! Hati-hati jalan tau! Sebab nanti ada hantu serang hyung. Wargh!" kata Jungkook dengan suara dibuat-buat sambil membuat muka garang. Junghyun menggeleng. Dia hanya tergelak kecil dengan telatah Jungkook yang sangat comel itu.

Sempat Junghyun meramas rambut Jungkook sebelum kaki melangkah keluar dari rumah. Perjalanannya hanya ditemani dengan suasana yang sunyi dan lampu malap. Hanya siulan burung hantu sahaja yang kedengaran.

Tiba-tiba dia berhenti melangkah. Dadanya dipegang. Perasaan tak sedap hati menyebulungi dirinya. Namun pantas dia menggeleng. Cuba menidakkan perasaan negatifnya. Dia cuba meyakinkan hatinya yang tak akan ada benda buruk yang berlaku.

●●●

Tok! Tok! Tok!

Jungkook yang sedang bermain helikopter mainannya terhenti. Matanya beralih memandang pintu utama. Senyuman riang terukir di bibirnya.

"Hyung dah balik!"

Dengan semangat dia berlari ke arah pintu. Tombol pintu dibuka lalu dia ingin memeluk gerangan itu namun perbuatannya terbantut apabila melihat wajahnya.

"Taehyung hyung!"

Jungkook melompat keriangan. Dia sangat kenal dengan lelaki itu kerana mereka hidup berjiran. Taehyung dan Jungkook tidaklah terlalu rapat namun yang membuatkan Jungkook teruja melihat Taehyung kerana ketampanannya yang luar biasa.

Taehyung membongkok sedikit sambil tangannya membelai rambut Jungkook dengan lembut. Dia tersenyum manis.

"Junghyun ada?"

"Oh! Junghyun hyung tak balik lagi dari sekolah,"

Taehyung hanya mengangguk faham. Dia tahu yang Junghyun mempunyai kelas tambahan tiga kali seminggu. Taehyung faham budak yang masih kecil seperti Jungkook ini masih tidak tahu maksud kelas tambahan.

"Kenapa Taehyung hyung datang rumah Kook? Hyung nak main dengan Kook ke?" soal Jungkook teruja. Sudah tidak boleh ditafsirkan lagi yang Jungkook benar-benar suka pada Taehyung.

Taehyung tersenyum manis lalu mengangguk kecil.

"Hyung datang nak main dengan Kook, boleh?"

Jungkook melompat keriangan. Bunny smile tidak lekang dari bibirnya. Namun, perlahan-lahan senyumannya mati saat baru teringat akan pesanan abangnya. Dia menunduk kecewa.

"Tapi... Junghyun hyung tak kasi bagi orang lain masuk rumah. Nanti hyung Kook marah..." Jungkook mencebik.

"Hyung Kook tak akan marah. Sebab hyung kan kawan baik dengan hyung Kook. Mesti dia lagi suka." Taehyung cuba meyakinkan budak kecil itu.

"Kawan baik? Ceh! Nak sebut perkataan kawan baik pun rasa menggelikan. Apa boleh buat? Aku terpaksa," kata Taehyung di dalam hati.

Dan dengan semudah itu sahaja, budak yang masih kecil itu hanya menurut. Mudah percaya dengan seseorang tanpa berfikir panjang.

"Betul ke ni?" soal Jungkook keriangan. Taehyung sekali lagi mengangguk yakin.

"Jom!"

Jungkook terus menarik tangan Taehyung masuk ke dalam rumahnya. Jungkook menyuruh Taehyung untuk duduk di karpet dan Taehyung menurut. Dia mengambil kesemua barang mainannya lalu diletakkan di hadapan Taehyung. Jungkook sudah menepuk tangan teruja. Bersiap sedia untuk bermain.

"Kita nak main yang mana dulu?" soal Jungkook sambil mata bulatnya memandang wajah Taehyung. Taehyung meletakkan tangan di dagu. Dia berfikir sejenak.

"Hm... Kook nak main mainan yang lain daripada yang lain tak?"

Soalan Taehyung itu membuatkan mata Jungkook bersinar. Dia mendekatkan lagi dirinya pada Taehyung.

"Mainan apa? Hyung ada mainan lagi best ke?"

Taehyung mengangguk yakin sambil menampakkan senyuman kotaknya.

"Kook pernah tengok gunung berapi meletus?"

Jungkook menggeleng.

"Kook nak tengok sekarang tak?"

Budak kecil itu mengangguk laju. Matanya semakin bersinar memandang Taehyung.

"Jom hyung tunjukkan dekat Kook."

"Yeay!"

Jungkook melompat keriangan. Dia menarik tangan Taehyung untuk mencari bahan yang diperlukan. Terlihat senyuman sinis terukir di bibir Kim Taehyung.

"Kau tak perlu risau, Junghyun. Dia akan cedera sedikit aje. Jungkook tak akan mati," bisik Taehyung sendiri.

●●●

Junghyun menghembus nafas lega. Akhirnya kelas tambahan berakhir juga. Boleh pula cikgunya menambah masa, memang lambat lah dia balik ke rumah.

Sedang Junghyun berjalan kaki, dia ternampak sebuah motor laju melepasinya. Dahi Junghyun berkerut. Dia seperti kenal dengan penunggang motor itu.

"Kim Taehyung?"

Junghyun hanya mengangkat bahu. Untuk apa dia kesah pasal Kim Taehyung? Manusia yang tidak pernah berpuas hati dengannya?

Junghyun teruskan berjalan hingga hampir sampai ke rumahnya. Namun, terlihat api sedang marak tidak jauh dari tempatnya.

Langkah Junghyun terhenti. Dia terkedu. Rupa-rupanya api yang sedang marak itu telah menjilat rumahnya. Dan, Jungkook...

Terus dia berlari sepantas kilat menuju ke rumahnya. Pintu rumah dikuak lalu matanya melilar mencari kelibat adiknya. Dia cemas. Asap yang berkepul-kepul itu membuatkan dia terbatuk-batuk.

"Jungkook!"

"Hyung..."

Mata Junghyun terus beralih pada suara itu. Terlihat Jungkook sedang berdiri tegak tidak jauh darinya. Tersendan-sendan budak kecil itu menangis.

"Hyung... Kook takut..."

Baru sahaja Junghyun ingin berlari mendapatkan adiknya, tiba-tiba kayu yang sudah dijilat api jatuh di hadapannya. Kayu itu telah menghalang laluannya untuk mendekati Jungkook. Mata Junghyun melilar cuba mencari jalan lain namun hampa. Dia kembali memandang wajah adiknya. Terlihat senyuman nipis terukir dibibir Jungkook.

"Junghyun hyung... Kook sayang hyung..."

Itulah perkataan terakhir yang Junghyun dengar dari mulut adik kesayangannya. Namun... malang tidak berbau, kayu yang sudah dijilat api itu jatuh di hadapan dan di belakang Jungkook. Jungkook sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sudah tidak boleh lari dari api yang semakin marak.

"Jungkook!"

Junghyun tekad ingin masuk ke dalam api yang sangat marak itu namun sempat seseorang menariknya keluar dari rumahnya. Junghyun meronta-ronta ingin dilepaskan. Air mata laju mengalir membasahi wajahnya.

"Junghyun! Jangan risau! Bomba akan datang tak lama lagi!" kata seorang lelaki separuh abad itu iaitu jiran Junghyun.

"Pakcik! Adik saya masih lagi ada dekat dalam tu! Tolong selamatkan dia, pakcik! Selamatkan Jungkook!" Junghyun sudah merayu sehabis baik. Berharap yang lelaki separuh abad itu dapat menyelamatkan adiknya.

Namun... lelaki separuh abad itu menggelengkan kepalanya. Junghyun terkedu.

"Pakcik minta maaf, Junghyun. Sudah terlambat."

Junghyun jatuh terduduk. Dia seakan menjadi patung. Dia sangat tidak sangka yang Jungkook akan pergi dahulu. Dia sangat tidak sangka yang Jeon Jungkook akan meninggalkannya buat selama-lamanya. Lantas Junghyun meraung sekuat hati.

"Jeon Jungkook!"

"T... tak mungkin." Taehyung seakan tidak percaya. Kepalanya digeleng berkali-kali. Berharap yang kebenaran dari mulut Junghyun adalah palsu semata-mata.

"Jeon Jungkook dah mati! Semua sebab kau! Kau yang bunuh adik aku!" Wajah Junghyun sudah merah padam. Nafasnya tercungap-cungap melepaskan amarah.

"Junghyun, a... aku minta maaf. A... aku tak ada n... niat langsung nak b... bunuh dia."

Junghyun senyum sinis. Wajah Taehyung dipandang dengan penuh rasa dendam.

"Dah terlambat, Taehyung. Kau... patut mati!"

Belum sempat pisau di tangan Junghyun ingin mendarat ke dada Taehyung, seluruh lampu terpadam secara tiba-tiba. Pandangan kini menjadi gelap.

Junghyun pantas menangkap Taehyung yang berada di hadapannya sebelum dia melarikan diri namun... hilang. Taehyung sudah lari terlebih dahulu. Junghyun merengus geram.

"Taehyung! Kau keluar sekarang! Jangan mimpi kau akan terlepas dari aku! Keluar!" jerit Junghyun.

Suasana gelap dan sunyi itu dipenuhi dengan jeritan Junghyun. Lelaki itu tunggu beberapa saat, namun Taehyung tetap tidak keluar. Senyap. Keadaan yang gelap itu membuatkan dia sukar untuk melihat.

"Taehyung... kau janganlah nak main sorok-sorok. Keluarlah cepat..." Junghyun cuba bercakap lembut. Perlahan-lahan kakinya maju ke hadapan. Setiap sudut di dalam rumah itu ditelitinya.

Beberapa minit berlalu namun Junghyun masih tidak dapat menjejak Taehyung. Junghyun menjerit histeria. Pasu yang berdekatan dengannya dicampak ke lantai. Melepaskan amarahnya yang kian membara. Taehyung betul-betul telah menaikkan darahnya.

Prak!

Bunyi kaca pecah kedengaran di bahagian kirinya. Dia terus berkalih. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Taehyung... kau nak main sorok-sorok eh? Jaga-jaga... sebab aku dah nak jumpa kau..."

Taehyung menekup mulutnya rapat. Kepalanya berkali-kali diketuk kerana kesal dengan kecuaiannya. Niatnya yang ingin mencapai kunci rumah yang berdekatan dengannya terbantut apabila tidak sengaja menjatuhkan bingkai gambar di situ.

Junghyun ketawa kecil. Perlahan-lahan dia mendekati arah bunyi itu. Setapak demi setapak dia melangkah dengan pisau di tangan. Badan Taehyung menggigil hebat. Jantung usah dikata, berdegup kencang bagai ingin tercabut dari tempatnya.

"Taehyung... aku dah nak jumpa kau ni..."

Semakin lama... semakin dekat. Tinggal beberapa langkah sahaja ingin sampai ke tempat Taehyung bersembunyi. Tanpa membuang masa, dia terus menangkap figura yang menyorok di situ namun... hampa. Hanya patung beruang yang berada di tangannya. Junghyun merengus kasar. Dia sudah mengamuk seperti orang gila.

"Mana kau Taehyung! Keluar sekarang!"

Ppuk!

Hayunan kayu hinggap kuat di kepala Junghyun. Junghyun baring tersungkur. Taehyung segera mengambil kesempatan berlari ke arah pintu keluar.

Namun... tiba-tiba Junghyun membaling pisau ke arah Taehyung dari jauh membuatkan kaki kanannya ditikam dengan pisau. Taehyung jatuh terduduk. Dia menjerit kesakitan. Matanya terpejam rapat. Giginya diketap kuat menahan sakit.

Suasana menjadi terang-benderang kembali. Terpisat-pisat Taehyung ingin membuka matanya. Terlihat Junghyun perlahan-lahan bangun lalu berjalan mendekatinya. Semakin lama, semakin dekat. Hingga Junghyun betul-betul berdiri di hadapannya. Taehyung sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Kakinya yang cedera membuatkan dia sukar untuk berjalan.

Terketar-ketar tangan Taehyung ingin menarik pisau dari kakinya namun, Junghyun dahulu yang menarik pisau itu, kasar. Taehyung merintih kesakitan.

"Sakit?"

"J... Junghyun, aku... argh!"

Junghyun menikam pula kaki kiri Taehyung sedalam-dalamnya. Sekali lagi Taehyung merintih kesakitan. Peluh laju sahaja mengalir di dahinya.

"J... Junghyun, aku b... betul-betul minta maaf. A... aku betul-betul m... menyesal." Taehyung cuba merayu sehabis mungkin. Cuba meminta simpati dari Junghyun untuk melepaskan dirinya. Namun, Junghyun ketawa besar. Rayuan Taehyung langsung tidak dapat melembutkan hatinya yang penuh dengan dendam.

"Jangan harap, Kim Taehyung."

Tiba-tiba satu tikaman hinggap di peha kiri Taehyung. Taehyung menyeringai kesakitan. Dia sudah tiada tenaga untuk melawan Junghyun.

"Ini... untuk mak aku. Ini pula..."

Satu lagi tikaman hinggap pula di peha kanan Taehyung. Sekali lagi Taehyung menjerit kesakitan. Darah pekat sudah banyak melimpah dari kedua-dua belah kakinya. Di dalam hatinya tidak henti berdoa agar seseorang segera menyelamatkannya. Dia sudah tidak sanggup lagi diseksa. Dia lagi sanggup mati daripada diseksa sebegini.

"Untuk adik aku. Dan ini pula untuk aku!"

Junghyun bersiap sedia mengangkat pisau lalu ingin dihayunkan pada perut Taehyung. Taehyung hanya memejam matanya rapat. Sudah bersedia jika dia juga akan mati di tangan Junghyun. Namun...

Bang!

Kedengaran das tembakan terlepas lalu terkena pada dada Junghyun. Pisau dari tangan Junghyun terlepas. Dia terbaring menelentang. Matanya terbutang luas memandang siling. Telinganya dapat mendengar yang polis sedang berpusu-pusu menyelamatkan Taehyung. Nafas Junghyun seakan-akan tersekat di kerongkong. Dan akhirnya, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

●●●

"Junghyun, adakah kamu mahu melaporkan kes kematian ibu dan adik lelaki kamu?" soal seorang anggota polis pada Jeon Junghyun yang sedang duduk tegak di hadapannya.

Namun Junghyun hanya diam. Fikirannya sedang sibuk memikirkan sesuatu. Tiba-tiba satu suara halus telah membisikkan sesuatu di telinganya.

"Balas dendam. Balas dendam pada mereka, Junghyun. Bunuh mereka semua. Lunaskan dendam kau, baru hati kau akan tenang. Melihat mereka diseksa dan dibunuh akan memuaskan hati kau, Junghyun. Percayalah, seksa mereka... dan bunuh mereka."

"Jeon Junghyun!"

Junghyun tersentak dari lamunan. Dia kembali fokus memandang wajah lelaki beruniform itu. Dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Saya tanya lagi sekali. Adakah kamu mahu melaporkan kes kematian ibu dan adik lelaki kamu?"

Junghyun hanya diam. Lelaki beruniform itu setia menunggu jawapan dari mulut Junghyun. Namun, gelengan Junghyun membuatkan lelaki beruniform itu terkejut.

"Kamu pasti?"

Junghyun hanya mengangguk dengan mulut yang masih tertutup.

"Ibu, Jungkook... Junghyun minta maaf," bisiknya di dalam hati.

Kim Namjoon, Kim Seokjin, Min Yoongi, Jung Hoseok, Park Jimin dan Kim Taehyung.

Nama keenam-enam lelaki itu akan dia ingat sampai mati. Junghyun mengepal penumbuknya erat. Perasaan dendamnya semakin membuak-buak saat teringat wajah-wajah itu. Wajah-wajah yang tak lama lagi akan mati di tangannya.

"I will find you. And I will kill you."

●●●

Sebulan kemudian,

"Kim Taehyung... mari makan, nak," pujuk si ibu namun Taehyung hanya diam. Sudah banyak kali si ibu memujuk namun reaksi Taehyung tetap sama. Dia hanya senyap sambil memandang ke hadapan.

Si ibu hanya mengeluh. Dia tidak mahu memaksa Taehyung. Jika terus dipaksa, tak pasal-pasal Taehyung mengamuk teruk.

"Kita masuk dalam ye, Tae? Dah nak malam ni." Lembut sahaja suara ibu berkata. Dia cuba menggerakkan kerusi roda Taehyung memandangkan kaki Taehyung sudah tidak boleh bergerak lagi buat selamanya.

Namun Taehyung membantah. Dia tidak mahu masuk semula ke dalam. Dia hanya mahu duduk di luar koridor sambil memandang langit senja. Cuba melupakan kesemua perkara kejinya di zaman gelapnya dahulu.

Si ibu menggeleng kecil. Dia hanya menurut lalu meninggalkan Taehyung berseorangan di situ.

"Taehyung."

Kedengaran seseorang memanggilnya. Taehyung toleh ke kiri. Matanya terbutang luas. Gerangan itu tersenyum sinis padanya.

"J... Junghyun."

Perlahan-lahan bayangan Junghyun mengangkat pisaunya. Senyuman menakutkan ditayangkan. Taehyung bernafas tercungap-cungap. Dia sangkakan yang banyangan Junghyun itu benar-benar wujud.

"Kau patut mati, Kim Taehyung. Kau patut mati!"

"Jangan bunuh aku!"

Sudah berakhir? Malangnya, ini baru permulaan.


-TBC-

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Macam dah habis kan? Hoho jangan risau gais, lagi satu chapter je lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top