005
Tok! Tok!
"Hyung, kau nampak charger aku tak?" soal Jimin yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik milik Yoongi. Dia diam beberapa saat untuk menunggu namun tiada sebarang respon.
Tok! Tok!
"Hyung."
Pintu diketuk sekali lagi namun tetap tiada sahutan. Jimin cuba memulas tombol pintu yang tidak berkunci itu lalu pintu dikuak. Gelap, tiada cahaya di dalam bilik itu. Suis dibuka tapi tidak berfungsi. Ini mesti kes mentol rosak lagi. Dia terpaksa membesarkan mata untuk mencari Yoongi.
"Yoongi hyung!"
Sekali lagi nama itu dipanggil namun tetap tiada sebarang respon. Namun... tanpa dia sedari, di belakangnya terlihat sebatang besi dihayunkan lalu terkena kuat pada kepalanya.
"Argh!"
Jimin memegang kepalanya yang terasa amat sakit. Terpisat-pisat dia ingin membuka mata. Matanya meliar ke sekeliling saat melihat tempat yang amat janggal baginya.
Melihat kerusi dan televisyen yang rosak di sekelilingnya membuatkan Jimin terfikir yang dia sedang berada di dalam stor. Tangannya meraba-raba sekeliling untuk mencari pintu keluar.
Apabila tangannya memegang tombol pintu, dia terus bangun ingin keluar dari stor namun kehadiran sesuatu di hadapannya membuatkan langkahnya terbantut.
"P... papan Ouija? Macam mana benda ni boleh ada dekat sini?"
Dahinya berkerut seribu. Papan Ouija itu ditenungnya lama. Sedang sibuk merenung, tiba-tiba papan kecil yang berbentuk segi tiga itu bergerak secara sendiri. Jimin pantas ke belakang secara mengejut. Dadanya sudah berdegup kencang tidak menentu. Air liur terasa kelat pula ingin ditelan. Perasaan takut sudah menguasai diri.
Papan kecil itu bergerak ke huruf dan ke huruf dengan sendiri. Jimin memberanikan diri untuk melihat sesuatu perkataan yang ingin disampaikan dengan papan Ouija tersebut.
Y O U
W I L L
D I E
Mata Jimin membutang. Dadanya naik turun dengan nafasnya yang tidak menentu. Kelam kabut dia berlari keluar dari stor.
Namun... langkahnya terbantut apabila seseorang yang berhoodie hitam, entah datang dari mana sedang berdiri betul-betul di hadapannya. Kepalanya yang tertunduk itu membuatkan Jimin tidak dapat melihat wajahnya.
"K... kau siapa?"
Terlihat senyuman sinis terukir di bibir lelaki berhoodie hitam itu. Dia mengangkat kepala lalu mata mereka bertembung. Mata Jimin membutang apabila melihat wajah lelaki itu. Pisau yang berada di tangannya membuatkan nafas Jimin seakan tersekat.
"K... kau..."
"Hey, miss me?"
●●●
"Jimin! Jimin!"
Di dalam hutan tebal hanya suara lantang mereka berdua sahaja yang kedengaran. Bagai nak tercabut anak tekak dibuatnya kerana berjam-jam menjerit tidak henti.
"Jimin!"
Taehyung meneruskan langkah. Matanya sentiasa meliar melihat keadaan sekeliling. Namun, tiba-tiba jeritan Hoseok sudah tidak kedengaran. Langkahnya terhenti. Taehyung toleh ke kiri namun Hoseok tiada di sebelahnya. Dia toleh ke kanan pula namun tiada juga.
Badan dipusing ke belakang dan terlihat Hoseok sedang berdiri tegak jauh dari belakang. Keluhan berat dilepaskan. Terus Taehyung berlari anak mendekati Hoseok.
"Hyung, kenapa tercegat lagi dekat sini? Jom sambung cari Jimin."
Tiada sebarang jawapan dari mulut Hoseok. Terpaksalah Taehyung menarik tangan Hoseok untuk ikut bersamanya namun, Hoseok mengeraskan badan membuatkan langkah Taehyung terbantut.
Dia mengeluh berat. Wajah Hoseok dipandangnya dengan penuh tanda tanya namun mata Hoseok yang sangat lain itu membuatkan Taehyung berasa tidak sedap hati.
"Taehyung... kau pernah tertanya-tanya tak, macam mana rasa darah?"
Dahi Taehyung berkerut seribu. "Apa benda kau merepek ni, hyung?"
"Kau pernah tertanya-tanya tak, macam mana rasa daging manusia?"
Taehyung terkedu. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Hoseok dari genggamannya. Setapak demi setapak dia ke belakang namun Hoseok semakin ke depan, dan ke depan. Tidak semena-mena bulu romanya naik menegak.
Mata Hoseok masih memandang Taehyung dengan pandangan yang sangat menakutkan. Senyuman sinis yang terukir di bibir Hoseok membuatkan jantungnya berdegup laju bagai nak tercabut dari tempatnya.
"Kau tahu? Aku teringin nak rasa semua tu. Taehyung... kau boleh tunaikan permintaan aku, kan?"
"H... Hyung, kenapa d... dengan kau ni?"
Soalan Taehyung itu tidak dihiraukan. Sebatang kayu yang berada di sebelahnya Hoseok ambil. Dia semakin jalan ke depan. Namun Taehyung sudah tak boleh berdiam lagi, dia berlari sepantas yang mungkin. Sesekali matanya melihat ke belakang sebelum nyawanya terancam.
Buk!
Taehyung terlanggar kuat pada sesuatu yang membuatkan dia terjatuh ke tanah. Dia mengusap dahinya yang terasa sakit itu. Taehyung pandang ke hadapan, matanya terus terbutang luas.
"Namjoon hyung?"
Mata mereka bertembung. Terus Namjoon datang mendekati Taehyung lalu tangannya digenggam erat. Dia bernafas tercungap-cungap. Wajah Namjoon yang terlalu cemas itu dipandang.
"Kau buat apa dekat sini? Siapa yang teman Seokjin hyung dekat homestay?"
Namjoon menggeleng laju. Badannya sudah basah bermandi peluh. Air mata laju sahaja mengalir di wajahnya. Taehyung sudah pandang wajah Namjoon risau. Risau dengan keadaan abang sulungnya walaupun dia sering dibenci olehnya.
"S... Seokjin hyung... k... kepala dia dah... d... dia..."
"Dia apa, hyung?" Taehyung sudah tidak tahan lagi. Kolar baju Namjoon ditarik kasar. Namun Namjoon masih tergagap-gagap ingin bercakap kerana perasaan takut sudah menyebulungi diri.
"Taehyung... dekat situ rupanya kau... Eh? Ada makanan lagi?"
Taehyung dan Namjoon mengalihkan pandangan ke belakang. Terlihat Hoseok sedang berjalan mendekati mereka dengan sebatang kayu di tangan. Suara gemalai dan senyuman menakutkannya membuatkan darah mereka berderau. Jantung usah dikata, berdegup laju tanpa henti.
"H... Hoseok?" Langit yang gelap itu membuatkan Namjoon sukar untuk melihat kelibat Hoseok dari jauh.
"Hyung, kita kena lari sekarang! Sekarang juga hyung sekarang!"
Taehyung menarik-narik lengan Namjoon untuk berlari bersamanya namun Namjoon tidak ingin berganjak. Wajah Taehyung dipandangnya, hairan.
"Kenapa kita kena lari? Itu kan Hoseok?"
"Tak hyung... Dia nak bunuh kita! Cepat hyung, kita kena lari!" Sekali lagi Taehyung menarik lengan Namjoon namun dia menepis kuat. Wajah Taehyung dipandangnya tajam.
"Taehyung!"
Taehyung terdiam.
"Dia tu Hoseok! Tolong jangan bawa perangai pelik kau dekat sini."
Taehyung menggeleng. Kelibat seseorang yang berdiri tegak di belakang Namjoon itu membuatkan Taehyung diam tak berkutik. Setapak demi setapak dia ke belakang. Nama abangnya disebut beberapa kali, merayu agar pergi bersamanya.
"Hyung... dia dekat belakang kau."
Namjoon mengeluh berat. Dia sangka yang Taehyung sudah tidak betul. Takkanlah kawannya sendiri mahu membunuh mereka?"
Tanpa ragu-ragu, dia menoleh ke belakang. Wajah Hoseok yang sangat menakutkan itu dipandang.
"Hoseok, kau..."
Bbuk!
Kayu di tangan Hoseok itu dihayunkan tepat pada kepala Namjoon. Dia jatuh rebah, tak sedarkan diri. Hoseok tersenyum riang.
"Hyung!"
Taehyung jatuh terduduk. Rambutnya dikusutkan, mindanya kusut. Mindanya seperti terhenti, tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Hoseok mendekatkan wajahnya pada Namjoon yang sudah terbaring kaku itu. Tenung, wajah itu ditenung lama. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia memandang wajah Taehyung yang sudah memerah kerana menangis.
"Taehyung, dia dah mati ke belum?"
"Hyung... jangan hyung jangan..."
Kepalanya digeleng-gelengkan. Tidak mampu ingin melihat kepala Namjoon yang sudah berlumuran darah.
"Kenapa kau geleng? Oh! Sebab dia belum mati ke?"
Wajah Taehyung bertukar cuak. Dia menggeleng laju.
"Tak hyung tak!"
Buk!
Buk!
Buk!
Buk!
Buk!
Pukulan demi pukulan hinggap di kepala Namjoon. Kemudian muka, dada, pinggang, kaki dan diulang-ulangnya perbuatan yang sama tanpa henti. Hoseok ketawa keriangan. Dia sepertinya sangat menikmati 'permainan' ini.
Taehyung menjerit kuat. Cuba untuk menyuruh Hoseok berhenti namun dia buat tak endah.
Wajah Namjoon sudah hancur berkecai. Bagai tiada tulang lagi pada wajahnya. Taehyung seakan menjadi patung. Dia terkedu melihat jasad abangnya yang sudah tidak bernafas lagi. Namun lelaki kejam itu tidak berhenti memukul seluruh anggota badannya dengan kayu malah, tertawa dengan riang.
Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Taehyung mengumpulkan segala kekuatan yang ada lalu berlari ke arah Hoseok. Dia menjerit sekeras-kerasnya. Badan Hoseok ditolak kuat sehingga kayu dari tangannya terlepas. Wajah Hoseok ditumbuk bertalu-talu tanpa henti. Melepaskan segala amarah atas kematian abangnya. Wajah Hoseok sudah penuh dengan darah. Dia seperti sudah tidak sedarkan diri.
Taehyung ingin menghadiahkan satu lagi tumbukan namun...
"Taehyung!"
Perbuatan Taehyung terhenti. Dia menoleh ke kiri, terlihat Yoongi dan Jungkook perlahan-lahan mendekatinya. Mata Taehyung beralih pula pada wajah Hoseok. Dia terkesima. Bergegas dia menjauhkan diri dari Hoseok yang sudah terbaring kaku itu. Dia sendiri tidak sedar yang dia hampir sahaja membunuh orang.
Mata mereka terbutang luas. Mayat Namjoon dan Hoseok yang terbaring itu mereka pandang silih ganti. Jungkook menekup mulut. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya.
"H... Hyung, kau..." Jungkook memandang wajah Taehyung seakan tidak percaya. Taehyung menggeleng laju. Cuba menafikan tanggapan mereka pada dirinya.
Wajah Yoongi yang terkejut itu bertukar bengis. Dia melangkah laju mendekati Taehyung lalu kolar bajunya direntap kuat. Mata Taehyung dipandang setajam-tajamnya.
"Kau dah bunuh Namjoon, abang kau sendiri! Dan sekarang kau nak bunuh Hoseok pula? Berapa banyak lagi manusia yang kau dah bunuh ni, Taehyung?"
"B... bukan aku yang bunuh dia, tapi Hoseok hyung yang..."
"Kau fikir kita orang akan percaya cakap kau?"
Taehyung terdiam. Mulutnya terketar-ketar ingin mengatakan sesuatu namun tidak mampu diluah.
Uhuk! Uhuk!
Mereka tertoleh ke kiri. Terlihat Hoseok sedang cuba untuk bangun dari perbaringan. Kepalanya yang berasa pening itu dipegang kuat.
Jungkook terus mendekati Hoseok lalu membantu dia untuk berdiri. Mata Hoseok dan mata Taehyung bertembung membuatkan bulu roma Taehyung tak semena-mena naik.
"Taehyung... kenapa kau tumbuk aku?" soal Hoseok namun entah kenapa suaranya membuatkan badan Taehyung mengecil. Dia berasa sangat takut pada Hoseok kerana dia telah membunuh abangnya dan juga hampir membunuhnya. Namun Hoseok hanya berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku.
Hoseok toleh ke kanan, jantungnya bagaikan mahu tercabut dari tempatnya saat melihat mayat Namjoon dengan wajahnya yang sudah hancur berkecai. Tangannya sudah menggigil hebat. Hampir terjatuh Hoseok dibuatnya namun sempat Jungkook menahan lalu tangan Hoseok diletakkan di atas bahu Jungkook.
Hoseok kembali memandang Taehyung dengan wajah takut.
"K... kau bunuh abang kau sendiri, T... Taehyung?"
Soalan Hoseok itu membuatkan mata Taehyung membulat.
"Kau yang bunuh abang akulah syaitan!"
Yoongi senyum sinis. "Great acting, Taehyung."
This game is going to be increasingly exciting!
VOTE
TRIMAS
Siapakah dalang semua ini?
Syaitan,
Atau...
Manusia?
______________________________________
Sorry sbb update lambat
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top