6
"Saya nak masak ni."
"Masaklah."
"Macam mana saya nak masak kalau sekarang ni awak peluk saya?"
Doyoung tersengih sambil mengeratkan lagi pelukan pada badan Julia dari belakang seolah enggan memberikan izin pada gadis itu untuk bergerak.
Seperti yang sudah dijanjikan oleh Doyoung, dia cuba untuk mencari masa supaya dapat meluangkan masa dengan Julia, si isteri kesayangannya.
"Kenapa awak ni manja sangat?"
"Saya ni memang manja dari dulu. Awak je yang tak tahu." balas Doyoung sambil menghirup wangian khas dari leher Julia.
"Awak, saya nak masak ni. Bila kita nak boleh makan kalau awak tak berhenti peluk saya macam ni?" tangan Julia sibuk melepaskan kedua tangan Doyoung yang sedang melingkari pinggangnya itu.
"Saya ni kalau tak makan pun tak apa. Tengok awak pun dah kenyang."
"Eii mengada."
"Biarlah, mengada dengan awak juga. Lainlah kalau saya mengada dengan perempuan lain─ aduh sayang, kenapa awak cubit tangan saya ni?" Doyoung menyoal selepas belakang telapak tangannya itu sudah dicubit oleh Julia.
"Sebab awak ni gatal."
"Sayang ni, saya gurau sajalah."
"Tak kisahlah awak gurau atau apa sekalipun. Saya pukul awak dengan getah paip nanti kalau awak gatal lagi!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top