3
"Awak okay?"
Julia itu tidak pekak. Julia dengar saja Doyoung menyoalnya dengan soalan itu. Hanya saja Julia malas mahu membalas kerana dia sakit hati dengan lelaki itu.
"Kenapa awak diam saja?"
"Saya tengah bercakap dengan awak ni."
"Sayang, saya ada buat salah ke sampai awak diamkan saya macam ni?" lagi dan lagi Doyoung menyoal walaupun Julia tidak memberi sebarang balasan.
"Kalau betul saya ada buat salah dengan awak, awak patut bagitahu saya. Bukan diamkan saya macam ni." Doyoung masih cuba untuk berlembut dengan Julia walaupun sekarang ini dia sudah kesal.
"Julia─"
"Saya benci awak tahu."
"Kenapa awak benci saya pula?"
"Sebab awak tu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk saya langsung!"
"Bukan niat saya nak abaikan awak. Tapi awak sendiri tahu kan selama ni saya bekerja untuk kita? Kalau saya tak kerja, kita nak makan apa? Awak tu sudahlah makan banyak─ okay sayang, saya diam."
"Awak ni, saya pukul nanti!"
"Janganlah. Nanti kalau awak kena tangkap dengan polis sebab pukul saya macam mana?"
"Ish orang tengah serius ni. Boleh pula awak main-main. Malam nanti, awak tidur luar. Jangan tidur sebelah saya!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top