2

"Sedapnya isteri saya masak."

Sudah menjadi kebiasaan Doyoung akan memuji Julia selepas menyuapkan makanan yang sudah dimasak oleh Julia masuk ke dalam mulut sendiri.

"Awak ni tak bosan ke hari-hari puji masakan saya?" soal Julia penasaran.

"Tak ada maknanya saya nak bosan. Lagipun awak masak sedap. Saya suka. Jadi saya akan puji setiap kali saya makan masakan awak ni."

Julia mengoyak senyum kecil apabila melihat Doyoung yang nampak sangat berselera ketika makan itu. Doyoung itu betul-betul menyukai masakannya.

"Sebelum saya terlupa. Lepas makan tengah hari ni, saya kena pergi ofis sekejap tahu." beritahu Doyoung.

"Hari ni kan awak cuti."

"Memanglah hari ni saya cuti. Tapi saya kena pergi ofis juga sebab saya ada kerja nak kena disiapkan dekat sana."

"Jadi hari ni kita tak jadi pergi rumah omma?" soal Julia ingin tahu yang sudah kedengaran kecewa itu.

Dari dulu sampai sekarang, Doyoung itu memang tidak pernah berubah langsung. Selalu sibuk dengan kerja sampai tidak sedar yang dia sudah mengabaikan Julia.

"Kalau awak rasa awak nak pergi, saya izinkan. Tapi saya minta maaf sebab saya tak dapat nak temankan awak pergi rumah omma awak kejap lagi."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top