1
"Awak, bangun."
"Lima minit lagi."
Julia sekadar menggelengkan kepala dengan perlahan apabila melihat Doyoung, suaminya bersuara di dalam keadaan mata yang masih terpejam rapat.
"Janganlah tidur lagi. Nanti kalau awak lambat nak masuk kerja macam mana?"
"Biarlah kalau saya masuk lambat sekalipun. Saya kan bos." balas Doyoung yang masih belum membuka mata.
"Sebagai seorang bos, awak kena bagi contoh yang baik untuk semua pekerja awak. Bukannya awak masuk kerja lambat macam ni." bebel Julia kesal.
Doyoung memaksa diri untuk membuka mata walaupun sekarang ini dia masih mengantuk lagi dan spontan mata bersabung pandang dengan mata Julia.
"Awak ni dah macam omma. Asyik nak membebel saja kerja."
"Nak kena pukul ke?" soal Julia garang.
"Tak nak pukul. Tapi nak─"
"Nak apa?"
"Nak kiss." Doyoung memberikan ciuman singkat pada batang hidung Julia.
Julia spontan menyembunyikan muka pada bidang dada Doyoung selepas dicium oleh lelaki itu. Walaupun Doyoung itu suaminya. Tapi tetap saja Julia malu.
"Malu pula dia." usik Doyoung sambil tersengih sekalian memeluk badan Julia.
"Ish diamlah. Kalau tak, saya pukul nanti!"
"Ya sayang. Saya diam."
·
01/02/2025. happy birthday kim doyoung!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top