🌌✨🌙 TONIGHT 🌙✨🌌
Tap!
Aku menutup laptopku diselang dengan helaan nafas lelah. Aku mendiamkan diri buat seketika. Memproses diri sendiri yang sudah sekian lama penat dan kelelahan dengan segala tugas dan kerja yang semakin bertambah sejak dua menjak ini. Aku menyandarkan diriku di kerusi. Kepala ku didongak ke atas dan mataku menatap datar ke arah siling bilik yang kosong dan hampa melalui sudut pandangan ku.
Suasana di dalam bilik aku sekarang sangat sesuai dengan perasaan aku sekarang. Kosong dan sunyi. Tiada sebarang cahaya yang masuk ke dalamnya kerana ruang ini sudah ditutup dengan kain yang tidak membenarkan sebarang cahaya menembusinya. Sepertimana hati aku sekarang. Sudah ditutup rapat tanpa mengira untuk membukanya semula. Sadis.
Aku menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding bilik aku. Jam 2 pagi. Ah, jadi tidak hairanlah aku sudah mengantuk sekarang. Ternyata sudah sampai waktunya untuk aku menutup mata dan tidur. Walaupun esok masih cuti.
Aku pun bangun dari tempat duduk ku. Langkah kaki ku longlai sahaja menuju ke arah katil milikku yang kosong dan sejuk. Aku menghempaskan badan lelahku ke atas katil tanpa memikirkan kesan sekiranya katil itu akan runtuh. Aku tidak peduli.
Aku diam sambil menunggu perasaan mengantuk menguasai diriku. Hairan. Aku merasakan bahawa aku sedang mengantuk tetapi badan aku sama sekali tidak ingin membenarkan aku untuk tidur. Terutama fikiran aku.
Sebab kenapa?
Aku memusingkan kembali badan aku dan ia kini sepenuhnya telah menghadap ke arah siling bilik. Aku menatap datar siling bilikku. Memikirkan apa-apa yang boleh membantu untuk aku tidur.
Tetapi... Apa yang boleh membantu untuk aku tidur? Selain...
"Meow~"
Mata aku mula teduh. Ah, tak guna. Fikiran aku mula mengingat kembali akan hal yang menyakitkan aku. Hati aku.
Suara kucing.
Kucing milikku. Dahulu aku mempunyai 6 ekor kucing yang selama ini aku menjaganya dengan penuh kasih sayang. Aku menamakan kucing-kucing ku sebagai Halilintar, Taufan, Blaze, Ice, Thorn dan Solar. Aku sengaja menamakan mereka mengikut nama alam kerana bagi aku mereka unik dan mereka juga adalah pemberian alam yang sangat menakjubkan untukku.
Fikiran aku mula mengimbas kembali akan suasana di saat aku menemui kucing-kucing tersebut. Mereka bukannya datang dari kedai haiwan peliharaan yang mana telah dijaga dengan baik dan mendapat kasih sayang yang cukup. Malah, sebaliknya mereka datang dan muncul hanya di sebalik lorong yang kosong dan sejuk.
Aku menemui kucing-kucing itu dalam keadaan mereka yang masih kecil dan kebasahan. Waktu aku menemui mereka pada waktu itu adalah di saat aku pulang dari kolej. Di tengah waktu malam dan selepas waktu hujan, aku terdengar bunyi ngiauman anak-anak kucing tersebut dan ia datang dari lorong yang gelap. Kerana perasaan yang ingin tahu, kaki aku mula bergerak mendekati bunyi itu.
Di sekitar lorong yang gelap dan kosong di sebelah jalan raya, aku menemui sebuah kotak yang berisi anak-anak kucing yang begitu kecil dan comel. Kesemuanya ada enam ekor. Hati aku terdetik untuk melihat mereka dengan lebih dekat dan bermain dengannya buat seketika sebelum ibunya datang.
Namun siapa sangka? Selepas lebih kurang 10 minit aku bersama anak-anak kucing tersebut, kelibat ibunya langsung tidak kelihatan. Aku membuat keputusan untuk meninggalkan sahaja anak-anak kucing itu dengan berharap agar ibunya akan segera kembali kerana aku risau sekiranya anak-anak kucing itu akan kelaparan. Dan sebaik sahaja aku melangkah keluar dari ruang lorong yang gelap itu, pandangan aku tidak disambut dengan baik.
Aku terlihat seekor kucing dewasa yang sedang terbaring dengan lemah sekali di atas jalan di sebelah seberang jalan satu lagi. Mata aku terbelalak kaget. Fikiranku mula memikirkan perkara yang aku takuti dan khuatiri.
"Tolong... Jangan cakap yang kucing itu ialah ibu kepada anak-anak kucing tadi! "
Aku segera berlari mendekati kucing tadi. Aku tidak menoleh ke kiri ataupun ke kanan kerana aku tahu kenderaan tidak banyak akan lalu sekarang. Dan sebaik sahaja aku tiba, aku melihat keadaan kucing tadi dengan posisi berlutut di atas jalan yang sudah kosong tanpa sebarang kereta yang lalu.
Mata aku berair. Tidak. Tidak mungkin kucing ini telah mati! Hanya terdapat kesan luka kecil pada badannya. Tetapi badannya kaku! Tidak, aku yakin... Aku yakin kucing ini masih boleh diselamatkan! Anak-anaknya sedang menunggunya untuk pulang! Jadi aku harus menolong kucing ini. Aku cuba untuk menyentuh kucing itu namun tiba-tiba pendengaran aku disapa oleh bunyi hon kereta yang kuat. Aku segera menoleh ke kiri dan ternampak sebuah kenderaan sedang memecut laju mendekati arah aku. Mata aku membulat.
Kerana reflek badan, aku terus bangun dan mengundurkan diri untuk menyelamatkan diri sendiri dan seketika selepas itu aku baru tersedar, aku tidak membawa kucing tadi!
Spraatt!!
Mata aku membutang. Kejadian yang tak pernah aku sangka terjadi di hadapan aku. Di depan mata aku sendiri. Aku mula merebahkan diri kerana kaki aku mula menggeletar dengan kuat dan sudah tidak dapat menampung berat badan aku. Mata aku memanas. Pandangan yang sedang ditatap aku sekarang amatlah memilukan.
Aku menatap sedih ke arah kucing tadi. Tidak... Ini tidak mungkin berlaku. Dalam keadaannya yang mula-mula aku temui ia hanya mempunyai luka biasa, kini badannya... Ah... Aku tidak mahu menceritakannya. Ia terlalu menyedihkan!
"Meow..! Meow! "
Aku mendongakkan pandangan aku dan menatap lurus ke arah kawasan lorong tadi. Dari tempatku aku dapat mendengar suara anak-anak kucing tadi sedang memanggil ibunya. Tidak... Ini terlalu sedih! Kisah ini terlalu sedih!
Aku menunduk dan menatap semula ke arah kucing dewasa tadi. Mataku mula berair sambil melihat ke arah badan kucing yang telah hancur di hadapanku. Aku mula menyalahkan diri aku sendiri.
"Maaf... Maafkan aku... Isk.. "
Air mataku mula mengalir turun. Aku tidak dapat mengawal perasaan aku sekarang. Fikiran aku mula memikirkan keadaan anak-anak kucing tadi yang masih kecil dan lemah tanpa perlindungan ibunya di sisi. Ah... Kenapa dunia terlalu kejam. Kenapa takdir harus sebegini?
Dengan pandangan yang masih kabur dan basah, aku menguatkan diri untuk bangkit kembali. Aku segera mengeluarkan kain yang kebetulan ada di dalam beg aku lalu membungkus jasad kucing dewasa tadi. Aku dapat merasakan tangan aku menggeletar kerana memegang badan kucing yang sudah tidak bernyawa itu. Aku dapat melihat darah mengalir dan mengenai tangan aku. Darah itu masih hangat. Badan kucing itu masih hangat walaupun kebasahan. Kerana tadi ia masih hidup tetapi sekarang... Di dalam dakapanku ia telah pergi. Tekak aku terasa perit. Tak guna... Ini terlalu menyakitkan!
Tap.. Tap.. Tap..
Aku membawa jasad ibu kucing tadi ke arah anak-anak mereka. Lalu aku pun meletakkan jasad kucing itu ke dalam kotak bersama anak-anaknya di dalam kotak tersebut.
"Meow! Meow! Mreaw..!"
Anak-anaknya mula memanggil ibu mereka di saat mereka dapat merasakan kehadiran ibu mereka. Mereka dapat merasakan kehangatan ibu mereka dan aku mengetahuinya. Tetapi sayang, ibu mereka sudah tidak dapat diselamatkan. Aku menundukkan diri aku. Air mataku mula semakin lama semakin mebgalir laju. Semuanya salah aku... Aku yang terlambat untuk menyelamatkan ibu mereka. Dan sekarang... Ibu mereka telahpun pergi. Meninggalkan anak-anak mereka yang masih lemah dan kedinginan. Kenapa aku sanggup berbuat macam tu tadi?!
Mata aku menatap sayu ke arah anak-anak kucing tersebut. Mereka seolah-olah semakin faham dengan keadaan sekarang apabila mereka dapat merasakan bahawa ibu mereka tidak lagi bergerak. Bunyi ngiauman mereka semakin pudar dan kesemuanya diam sambil melingkungi badan ibu mereka. Seolah-olah mereka sedang menatap ke arah jasad ibu mereka dan mereka sedang menangis kesedihan.
"Maafkan aku... Maafkan aku... Isk.. Isk.. "
Aku menangis di situ juga. Menyesali tindakan aku yang bodoh kerana tidak menyelamatkan ibu kucing tadi. Aku menyalahkan segalanya kepada diri sendiri. Aku seharusnya membiarkan diri aku yang dilanggar oleh kereta tadi. Aku seharusnya mengangkat badan kucing tadi dan membawanya ke hospital veterinar! Tetapi aku lembap! Aku hanya mampu menatap jasad kucing tadi dan menangis! Bodoh!
Kerana kesal akan diri sendiri, aku pun membawa kotak yang berisi anak-anak kucing beserta ibunya pulang ke rumah. Aku menutup pintu pagar automatik lalu menguncinya. Aku tidak merisaukan sebarang halangan untuk membawa pulang haiwan kerana aku tidak tinggal bersama ibubapa ku. Dan aku mempunyai rumah sendiri atas pemberian ayahku. Jadi aku bebas tinggal di sini. Sendirian.
Aku meletakkan kotak tadi di atas tanah lalu membawa jasad ibu kucing tadi ke kawasan kebun bunga yang sering dijaga baik oleh aku. Aku meletakkan jasad kucing tadi dengan hati-hati lalu berlalu pergi untuk mendapatkan cangkul.
Aku menanam jasad ibu kucing tadi bersebelahan dengan kawasan pokok bunga jasmine. Aku berasa pilu di hati di saat aku menatap tanah yang timbul itu. Sekarang aku harus mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak-anak kucing tadi demi ibunya. Demi menebus kembali kesalahan ku, aku sanggup.
Selepas menyimpan kembali cangkul yang diambil. Aku terus kembali ke arah anak-anak kucing yang sempat aku tinggalkan tadi. Suara kecil mereka memang jelas kedengaran. Aku menatap mereka dengan tatapan yang sayu. Sekarang ibu mereka telah tiada. Mereka akan aku cuba untuk jaga dengan baik. Dan aku berharap mereka tidak akan membenci aku kerana menjadi penyebab ibu mereka mati.
Groomm~!!
Wolf! Woof! Woff!
Aku dikejutkan dengan suara guruh di langit dan suara-suara anjing yang ada di kawasan sekitar rumahku. Suara anak-anak kucing tadi mula kedengaran semakin kuat. Nampaknya mereka mulai takut dengan bunyi-bunyi tadi. Dan memandangkan keadaan seperti ingin ribut, aku terus mengangkat kotak tadi bersama anak-anak kucing di dalamnya dan terus membawa mereka ke dalam rumah.
Aku meletakkan kotak lama tadi ke tempat untuk dikitar semula. Anak-anak kucing tadi aku mengangkatnya dengan kedua belah tangan aku. Memandangkan mereka masih kecil dan lemah jadi aku angkat dengan berhati-hati.
Aku terus membawa mereka ke dalam bilik mandi yang terdekat iaitu bilik mandi untuk tetamu. Aku meletakkan mereka satu per satu di atas lantai dengan penuh berhati-hati lalu mula mengisi tab mandi dengan isipadu air yang tidak terlalu banyak.
Sebaik sahaja selesai memastikan suhu air cukup sesuai dengan anak-anak kucing tersebut, aku pun mula mengangkat mereka satu per satu lalu memasukkan mereka ke dalam tab mandi.
"Meow! Mreaw! "
"Hehehe! Tak suka mandi, ya? "
Aku tersengih melihat anak-anak kucing tersebut yang seolah-olah ingin cuba untuk keluar dari tab mandi yang besar itu. Walaupun ada beberapa ekor yang tidak terlalu kisah untuk mandi di dalam air yang suam itu tapi ada juga yang nampaknya seronok bermain dengan air tersebut. Ada yang mula bermain dengan saudara mereka dan bersuka-ria di dalam tab tersebut. Aku yang melihat pun rasa tenang dan gembira.
Sebaik sahaja sudah cukup lama aku memandikan mereka di dalam bilik mandi, aku mengambil sebuah bekas kecil untuk diisi anak-anak kucing tersebut. Aku memasukkan mereka satu per satu lalu membawa mereka ke arah ruang tamu selepas aku selesai mencuci tab mandi tadi.
Aku mengambil kain tuala lebih yang aku selalu beli untuk kegunaan tetamu lalu membawanya ke arah anak-anak kucing tadi. Aku pun mengelap badan mereka dengan lembut sambil melihat anak kucing yang lain yang kelihatan begitu selesa sekali berada di bawah bumbung rumah aku.
"Kau suka, ya? "
Aku mengangkat anak kucing terakhir yang bulunya berwarna putih. Comel.
"Meow! "
Aku tertawa mendengar respon anak kucing tersebut. Macam ia faham pula apa yang aku katakan tadi.
"Baiklah semua. Aku tahu korang mesti lapar. Jadi aku akan sediakan susu suam untuk korang. "
Aku memasukkan kembali anak-anak kucing tadi ke dalam bekas kecil tadi lalu meninggalkan mereka buat sementara. Aku tidak terlalu risau jika mereka akan hilang kerana bekas yang aku sediakan tadi sudah cukup tinggi untuk mereka lompat keluar.
Dari dalam dapur aku dapat mendengar suara kecil anak-anak kucing tadi. Fikiran aku mula mengingat kembali akan kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. Keadaan di mana suasana yang gelap dan suram, aku ditakdirkan untuk bertemu dengan anak-anak kucing tadi. Mereka yang pada awalnya mempunyai ibunya ternyata kini sudah tiada peneman. Hati aku mula terasa sebak. Ah, andai kata jika aku tidak menemukan mereka pada waktu itu...
Setelah memasukkan air susu suam tadi ke dalam mangkuk yang luas, aku pun membawanya ke ruang tamu semula. Aku meletakkan bekas tadi ke atas lantai lalu aku pun mengeluarkan seekor demi seekor. Aku akan menunggu seekor untuk minum dahulu sebelum diikuti oleh saudaranya yang lain. Kerana aku pasti, jika aku keluarkan kesemuanya mereka pasti tidak selesa untuk minum susu dalam keadaan yang sesak.
Aku melihat sahaja anak kucing tadi menikmati susu yang aku berikan. Aku pun tersenyum.
"Aku akan jaga korang dengan baik. Jadi korang jangan risau, ya? "
Aku pun mula mengusap badan mereka dengan lembut. Seolah-olah menerima satu ikatan yang baharu, aku dapat merasakan kebahagiaan mula hadir di dalam diri anak-anak kucing tersebut. Mereka seolah-olah menerima aku dengan gembira dan ingin menikmati layanan aku ke atas mereka. Aku tidak kisah. Aku bersedia untuk menjaga mereka.
Mulai hari itu, aku akan menganggap mereka sebagai ahli keluarga aku sendiri.
Dan tidak terasa bahawa 2 tahun sudah berlalu. Aku melihat sendiri anak-anak kucing yang aku temui di lorong yang gelpa kini sudahpun menjadi kucing dewasa yang begitu aktif dan berbagai kerenah yang ada pada mereka masing-masing.
"Ais... Hey, bangunlah. Aku dah balik ni. "
Aku mengusap salah seekor kucing yang sedang nyenyak tidur di tempatnya. Ais. Seekor kucing berbulu kelabu yang aku perasan bulunya lebih lebat berbanding bulu saudaranya yang lain. Ais ni suka sangat tidur. Dan dia juga sering malas untuk bergerak. Mungkin sebab itulah badan dia lebih besar dari yang lain.
Aku menamakan kucing kelabu ini sebagai Ais kerana perwatakannya yang pendiam dan tenang itu. Seperti bongkah ais. Aku tahu Ais mesti tidak kisah kalau aku menamakannya sebagai Ais kerana memang apa yang aku buat pada dia memang dia tidak kisah.
Tapi ada satu saja yang buat aku sukakan Ais. Contohnya, aku duduk di atas sofa dan mengeluh penat. Ais pasti aku mencelikkan matanya lalu mendekati aku dan tidur di atas paha aku.
"Hahaha! Kau risaukan aku, ya? "
"Prrr~"
Aku tersenyum. Ais ni comel sangat. Hahaha!
"Meow! "
Tiba-tiba ada seekor kucing yang berbulu hitam dan mempunyai warna putih di bahagian bawah badannya melompat ke arah aku. Aku dengan sigap menangkapnya. Fuh, nasib baik sempat tangkap.
"Aish, Thornie!! Kamu ni suka sangat kejutkan orang! "
"Meow! "
Aku tertawa. Kucing seekor ni memang comel betul!
Aku menamakannya sebagai Thorn. Kerana suatu hari sewaktu aku membawanya keluar dan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah, aku selalu nampak dia suka mendekati pokok-pokok bunga dan dia suka bermain dengan duri-duri yang ada di bunga tersebut. Jadi aku membuat keputusan untuk menamakannya sebagai Thorn. Dan untuk membuatkan bunyinya lebih comel, aku memanggilnya sebagai Thornie.
"Prrr~"
Thorn ni kucing yang manja. Setiap kali aku balik dari kerja dia mesti akan sambut kepulangan aku dengan melompat ke atas aku. Macam tadi.
Tapi aku sama sekali tidak mempersoalkannya. Aku suka sikap Thorn yang terlebih manja daripada saudaranya yang lain. Buat aku terasa kasih sayang yang dia inginkan daripada aku.
Klak! Tap!
Aku segera menoleh ke arah bunyi yang tiba-tiba aku terdengar tadi. Pandangan aku tidak disambut baik sebaik sahaja aku melihat 2 ekor kucing peliharaanku nampaknya sedang bermain dengan kuali kesayangan aku!
"Hey, Taufan! Blaze! Janganlah main kuali aku! "
Aku menjerit ke arah 2 ekor kucing tersebut. Durhaka betul! Selalu je kacau barang-barang kesayangan aku! Macam tahu-tahu sahaja apa yang aku paling sayang dalam rumah ni.
Kalau tak kerana aku sayang mereka, dah tentu sudah lama aku kurung mereka dalam sangkar. Walaupun pernah terjadi untuk beberapa kali sebab mereka pernah memecahkan pasu bunga kesayangan aku. Dan sudah tentu aku marah sangat waktu tu. Tapi selepas mendengar bunyi suara ngiauman mereka yang seolah-olah meminta maaf kepada aku, aku pun tak sampai hati ingin mengurung mereka lama-lama. Jadi aku lepaskan mereka. Jangan salah faham, sudah tentu aku memberikan mereka makan dan minum dan membawa mereka keluar juga. Aku kan sayang mereka?
Tapi aku suka perubahan mereka selepas kejadian pasu pecah hari itu. Jika mereka tahu aku menjerit kepada mereka atas apa yang sedang mereka lakukan, pasti mereka akan segera berhenti dan mendekati aku lalu menggeselkan diri mereka pada kaki aku. Seolah-olah ingin meminta maaf di atas kenakalan mereka. Dan aku pula, sudah tentu memaafkan mereka!
Aku menamakan yang kucing berwarna kelabu terang ini sebagai Taufan. Pada awalnya aku agak mengalami kesukaran untuk menamakannya. Tapi selepas melihat tabiatnya yang suka berpusing dan mengejar ekornya, aku menamakannya sebagai Taufan. Walaupun pada awalnya aku ingin menamakannya sebagai 'poceng' tapi akhirnya aku memilih Taufan juga. Kerana Taufan, ibarat angin yang sentiasa memberikan kebahagiaan kepadaku. Ia tahu bila saat yang sesuai untuk menghiburkan aku seperti angin yang menenangkan jiwa manusia. Dan aku tidak berfikir dua kali untuk menamakannya sebegitu.
Manakala Blaze pula. Sudah tentu namanya terlibat dengan api. Tetapi bukan dari segi yang bahaya. Suatu hari, aku membuat keputusan untuk memasak BBQ di luar rumah. Jadi sewaktu aku sedang menyediakan bahan untuk dimasak, aku ternampak Blaze sedang melihat ke arah api yang menyala. Ia begitu khusyuk sekali melihat api tersebut sampai ekornya bergerak dengan teruja. Ditambah pula Blaze selalu bersemangat seperti api yang membara. Jadi, tidak hairanlah aku menamakannya sebagai Blaze. Ada terfikir dengan nama Api tetapi untuk bunyi yang lebih cool, aku menamakannya sebagai Blaze sahaja.
Aku tahu sesetengah daripada kucing aku ni perangai mereka agak pelik. Tapi itulah yang membuatkan aku sayang sangat kepada mereka. Mereka unik. Tidak seperti kucing-kucing lain, mereka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membuatkan aku selalu jatuh cinta kepada mereka setiap masa.
"Mreaaww~"
Seekor kucing berwarna putih datang mendekati aku. Aku tersenyum. Inilah kucing yang selalu buat aku rasa seperti seorang penjaga yang berjaya. Solar.
"Hey, kawan. Buat apa tu? "
Solar menolakkan sebuah buku ke arah aku. Ah, aku tahu. Ia mesti nak dengar aku bacakan cerita lagi untuknya.
"Ok. Meh, duduk sebelah aku. "
Aku menepuk-nepuk bahagian kosong yang ada di sebelah tempat aku duduk. Dan tidak lama menunggu, Solar pun melompat naik ke atas kerusi dan membaringkan diri di atas kerusi sofa di sebelah aku.
Aku tersenyum lalu mula membacakan cerita yang Solar ingin aku bacakan untuknya. Ya, aku tahu yang bunyinya agak pelik kerana macam mana Solar boleh faham bahasa manusia? Hmm... Aku pun tak tahu. Antara 6 saudaranya, Solar adalah kucing yang paling istimewa. Ia seolah-olah faham bahasa manusia dan mudah melakukan apa yang diarahkan. Walaupun kadang-kadang ia degil juga. Tapi ia tahu memberikan respon yang baik kepada apa yang dikatakan.
Solar. Aku tak tahu kenapa aku menamakannya sebagai Solar. Tapi aku suka personalitinya yang unik. Jadi jangan tanya kenapa aku menamakannya sebagai Solar. Kerana apa yang aku tahu aku suka nama tersebut.
Sebaik sahaja selesai membacakan cerita untuk Solar, aku mendapati bahawa ia sudahpun tertidur bersama-sama dengan Ais di sebelahnya. Aku tersenyum. Mereka sangat comel.
Aku bangun dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan mereka. Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka, aku pun menyimpan semula buku tadi di tempat asal. Tempat di mana Solar selalu tahu di mana untuk mengambil buku kesukaannya.
Klik!
Aku menoleh ke arah bunyi tadi. Dan aku mendapati terdapat seekor lagi kucing aku yang terakhir. Halilintar.
"Hai, Halilintar. Buat apa tu? "
Seperti yang dijangkakan. Asal aku tegur saja mesti ia akan lari dari aku. Halilintar, kucing peliharaan aku yang satu-satunya berwarna hitam. Aku suka sangat dengan bulunya yang jauh lebih unik dari saudaranya yang lain. Bulunya lebat dan mempunyai gulungan kecil di setiap helaian bulunya. Seperti dirinya basah disimbahi hujan dan terkena renjatan elektrik pula selepas itu. Tapi aku tidak menamakannya Halilintar kerana bulunya. Sebaliknya aku menamakan seperti itu adalah kerana ia sangat pantas dalam berlari. Seperti kilat.
Tetapi Halilintar amat pendiam. Ia suka menyendiri sendirian walaupun saudaranya yang lain ingin bermain dengannya, dia hanya abaikan sahaja. Kalau saudaranya dia mudah je abaikan, aku ni apa lagi?
Tapi aku tidak terlalu mempersoalkannya. Mungkin memang tabiat Halilintar untuk bersendirian. Sekurang-kurangnya setiap malam sebelum tidur, Halilintar akan mengikuti saudaranya yang lain untuk tidur bersama aku. Itu sudah cukup membuatkan aku berasa senang.
"Baiklah semua, sudah sampai masanya untuk kita masuk tidur, ya? "
Aku berkata sambil bersiap-siap memakai pj sebelum tidur. Memang sudah menjadi kebiasaan untukku tidur bersama-sama kesemua kucing-kucing peliharaan milik aku. Dan mereka juga nampaknya sentiasa suka kerana dapat tidur bersama dengan tuan mereka.
"Meow! "
Banyak bunyi ngiauan yang keluar dari mereka berenam. Aku yang sentiasa menjadi pendengar suara mereka pun tersenyum. Bahagianya terasa kerana mempunyai keluarga yang sempurna seperti ini.
Dalam aku sedang baring di atas katil milikku, fikiran aku pun mula melayang. Memikirkan sesuatu yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini.
Jika malam ini berlalu,
Aku takut aku tak dapat melihat mereka lagi.
Mata yang cerah dan bersinar itu.
Sentuhan yang familiar itu.
Wajah mereka yang sering aku pandang sambil tersenyum.
Adakah aku tidak akan melihatnya lagi?
Setiap hari aku hanya ditemani oleh mereka,
Setiap hari mereka juga ditemani oleh aku.
Di saat bulan pergi dan diganti dengan matahari,
mereka yang selama ini sentiasa bersama aku,
Adakah tidak akan ada lagi?
Jika aku memejamkan mata aku,
Akan aku bayangkan suasana di saat aku bersama mereka,
Bila aku memejamkan mata aku,
Aku akan terbayangkan kenangan manis dan indahku bersama mereka.
Jika aku memejamkan mata...
Setiap kali aku memejamkan mata..
Hanya mereka.
Jika malam ini berlalu,
Aku takut jika aku sudah tidak dapat melihat mereka lagi.
Dan apabila malam ini berlalu,
Aku takut jika aku akan sendirian lagi.
Tidak terasa seminggu sudahpun berlalu. Dan hari itulah merupakan hari yang paling teruk di dalam hidupku.
Zraaaaaa~
Bunyi hujan yang lebat jelas kedengaran dari luar rumah. Aku hanya melihat ke luar rumah dengan pandangan yang kosong. Hati aku berasa tidak tenang.
Sangat tidak tenang.
"Blaze... Ais... Mana korang? "
Aku bermonolog sendirian sambil melihat setiap rintik hujan yang turun membasahi bumi. Fikiran aku melayang. Memikirkan tentang keadaan 2 ekor kucing ku tersayang yang kini entah kemana perginya aku juga tidak tahu.
Tadi sebelum hujan, di awal pagi, Blaze tiba-tiba merengek untuk keluar dari rumah. Pada awalnya aku agak ragu-ragu untuk melepaskannya pergi kerana aku sudah sering terbiasa melihat Blaze dan yang lain di bawah jagaan aku. Hampir setiap masa. Dan apabila memikirkan mungkin Blaze menginginkan kebebasan, aku pun terpaksa akur sahaja. Tetapi aku tidak terlalu risau kerana Ais tiba-tiba mengekori Blaze bersama.
"Ais? Kamu nak kemana? "
"Mreow! "
Entah apa yang dikatakannya aku juga sebenarnya tidak faham. Tetapi melihat akan tingkah laku Ais, aku rasa dia memaksudkan bahawa ia akan mengekori Blaze bersama. Aku tidak berkata apa-apa. Aku hanya membiarkan mereka pergi dan melepasi pagar rumah. Walaupun aku cuba meyakinkan diri untuk tidak berfikiran negatif, tetapi hati aku sangat sakit. Rasa seperti sesuatu yang teruk akan berlaku.
Broohmm!!
Bunyi dentuman guruh mengejutkan aku dari lamunanku. Aku melihat keadaan sekeliling, hujan masih turun. Semakin lebat.
"Meow. "
Tiba-tiba aku terasa ada seekor kucing bergesel di kakiku. Di saat aku melihat ke bawah, aku menemui Halilintar di sana. Dia bergesel di kakiku sambil memanggilku.
"Hi, Hali. Kau nak berbaik dengan aku, ya? "
"Mreaw..."
Aku tersenyum. Entah kenapa sekarang aku merasakan bahawa aku patut terima apa yang sedang terjadi sekarang.
"Mreaw!! "
"Meow! "
Aku mendongakkan kepalaku. Di pintu rumah, aku dapat melihat Taufan serta Thorn mengigau dengan kuat sekali. Dahi aku berkerut dan hujung jari-jari aku terasa sejuk tiba-tiba.
Tidak menunggu masa yang lama, aku pun terus bangun dan pergi ke arah pintu rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku. Tidak menjadi kebiasaan jika Taufan dan Thorn berbunyi banyak seperti itu sekali. Aku dapat rasakan perkara buruk akan berlaku. Bukan tidak lama lagi. Tetapi sekarang.
Grooomm~
Pandangan aku terus dikejutkan dengan suasana keadaan yang menyayat hati.
"Blaze... Ais.. "
Gerak langkah kaki aku mula bergerak terus menghala ke arah pintu rumah. Dengan langkah yang longlai dan lemah, aku menghampiri 2 ekor kucing peliharaan aku yang kini sedang kelihatan seperti... Lemah.
"Mhaw... "
Aku dapat dengar suara lemah daripada Blaze. Ia memandang ke arah aku sambil cuba memanggil aku.
"Kenapa... Apa yang jadi kepada kamu berdua...? "
Dan jawapan aku terjawab apabila aku ternampak cecair berwarna hijau keluar dari mulut Blaze. Adakah itu... Racun?!
"Blaze... "
Dan tiba-tiba badan Blaze seperti mula menggeletar kuat. Blaze kedengaran seperti terbatuk-batuk demi menahan rasa sakit. Melihat keadaan Blaze seperti itu pun sudah cukup membuatkan aku terseksa. Tanpa membuang masa, tangan aku terus mengangkat badan lemah Blaze.
"Blaze.. Bertahan lah! A-aku akan selamatkan kau! "
"Mreaw... "
Tumpuan aku teralih ke arah seekor lagi kucing aku. Ais. Mata aku membulat terkejut apabila ternampak banyak serpihan kaca besar ada di badannya. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga paku di badan dan kakinya. Paling menyakitkan, ada luka besar di kepalanya.
Siapa... Siapa yang sanggup buat macam ni kepada mereka!?
Aku tidak membuang masa, jaket yang dipakai aku terus membalutkannya di badan Ais dan aku menggendongnya dengan lembut di tangan kananku. Manakala tangan kiriku pula memegang Blaze. Aku tidak akan menyerah!
Segera aku mendapatkan motorku yang dah lama aku tak guna lalu dengan pantas aku menghidupkannya. Aku tak tahu macam mana aku boleh sepantas itu tapi sedar-sedar sahaja aku sudah mula menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi setelah menutup pintu rumah dan mengunci pintu dan pagar.
"Maafkan saya... Tapi, saya tidak dapat menyelamatkan mereka. "
Bagai satu tamparan besar hinggap di wajah aku. Itulah realiti yang paling menyakitkan yang pernah aku hadapi.
Aku melihat ke arah 2 ekor kucing peliharaanku yang sudah terkulai lemah di atas katil klinik veterinar. Aku tak mampu berkata apa-apa. Banyak yang sedang bermain di dalam kepala aku sekarang sehingga aku tak dapat nak kawal airmata aku sekarang.
"M-macam mana... Isk.. Macam mana benda ni boleh jadi, doktor..? "
Doktor di hadapan aku nampak begitu sukar sekali untuk berkata-kata. Dia seolah-olah faham apa yang aku rasakan sekarang tetapi aku yang lebih sakit sekarang. Dan aku perlu tahu sebab kenapa kucing aku kena macam tu!
"Nampaknya... Kedua kucing kamu macam bertembung dengan budak-budak nakal atau orang-orang tua yang tidak sukakan kucing. Yang oren itu mungkin diberi paksa untuk makan racun. Dan mungkin yang kelabu itu ingin menyelamatkannya, dia cuba serang orang itu. Tapi akhirnya, dia juga terkena pukulan dan balingan benda tajam ke arahnya.
Dan saya syak, kucing yang kelabu itu terpaksa menahan sakitnya dengan membawa yang oren pulang ke rumah kamu. Lihat kepada darahnya yang kering di bahagian kaki, memang jelas seperti itu. Saya harap... Kamu bertabah dengan kehilangan haiwan peliharaan kamu. "
Tidak...
Tidak...!
Aku menangis di situ. Kenapa? Kenapa ada manusia yang tergamak ingin melakukan hal sekejam itu kepada haiwan?!
Di rumah, setelah aku menguburkan jasad Blaze dan Ais bersama di laman rumah aku, aku hanya termenung sahaja di luar rumah. Aku sangat sedih dengan apa yang baru sahaja aku terima hari ini. Ia seolah-olah ibarat satu mimpi ngeri yang akan selamanya menghantui aku.
"Isk.. Blaze.. Ais... "
Aku membungkukkan badan aku dan memeluk lutut aku dengan erat. Aku kembali menangis setelah pulang dari klinik tadi. Memori di saat kali terakhir aku melihat Blaze dan Ais bermain di hadapan aku kini mula terlintas di fikiran aku. Aku masih ingat suara Blaze yang kedengaran selalu ceria itu. Aku ingat lagi kehangatan Ais yang sentiasa ingin tidur di atas aku.
"Blaze... Ais...! "
"Meow.. "
Dan tanpa aku sedar, 5 ekor kucing peliharaan aku yang lain mula berkumpul bersama aku. Mereka mula berdiri di hadapan aku. Membuat pelbagai gaya dan aksi untuk menghiburkan aku. Tetapi aku tidak dapat tersenyum. Sebab aku terfikir, walaupun mereka haiwan, pasti mereka tahu apa itu rasa kehilangan. Mereka kan... Pernah kehilangan ibu mereka sebelum ni?
"Isk.. Isk.. Maaf.. Maafkan aku semua... "
Aku terus sahaja menangis. Aku rasa gagal. Gagal melindungi dan menjaga haiwan kesayangan aku dengan baik. Aku gagal.
Seminggu setelah itu, aku cuba menghiburkan diri semula. Aku terpaksa ambil cuti sakit selama 3 hari untuk memulihkan diri aku. Aku sangat terkesan dengan apa yang terjadi sebelum ini. Ia ibarat satu takdir yang amat menyakitkan jatuh ke atas aku dan aku tidak kuat untuk menerimanya.
"Mreaw! "
Aku menolehkan kepalaku apabila aku terdengar bunyi suara Thorn. Aku menoleh dan menemui kucing kecil itu sedang mendongak dan memandang ke arahku.
"Meow! "
Aku tersenyum. Takpelah, mungkin aku sudah kehilangan Blaze dan Ais. Tapi sekurang-kurangnya aku masih ada yang lain. Kan?
Aku mendukung badan kecil Thorn dan kami keluar bersama ke laman rumah. Yang lain masih lagi sedang nyenyak tidur dan aku tak ingin mengejutkan mereka.
"Thorn? Kamu nak ke mana? "
Aku bertanya hairan sewaktu melihat ke arah kucingku yang paling kecil itu. Tiba-tiba sahaja Thorn melompat keluar dari pelukan aku dan berlari-lari ke sana ke mari dengan lincah sekali. Aku mula memandangnya dengan pandangan yang kosong.
Fikiran dan ingatan aku masih lagi ingat kepada situasi di mana sewaktu aku melihat tubuh lemah Ais dan Blaze yang berada di hadapan pintu rumah. Mereka terlihat begitu lemah dan tidak bermaya sekali. Terutama sekali Ais. Sungguh besar jasanya untuk membawa Blaze sehingga tiba ke rumah walaupun dirinya berada dalam keadaan kesakitan.
Mengingat akan memori yang kelam itu lantas membuatkan airmata aku mengalir kembali. Ah, kenapa masa begitu cepat sekali berlalu? Padahal aku rasa seperti nyawa Blaze dan Ais masih lagi belum diambil dan mereka masih dapat bermain bersama-sama saudara mereka yang lain. Aku tahu mereka amat dekat antara satu sama lain. Aku sudah menjaga mereka sejak kecil lagi jadi aku kenal mereka.
Macamlah aku tak tahu keakraban antara Blaze dan Taufan serta Thorn. Mereka bertiga gemar bermain bersama-sama. Dan semenjak ketiadaan Blaze, Taufan dan Thorn kelihatan seperti sudah tidak bersemangat untuk bermain. Segalanya kelihatan sendu. Aku tahu... Pasti mereka merindui saudara mereka...
Tuhan... Kenapa aku harus diuji sebegini?
"Meow! "
Fikiran aku terus terhenti apabila aku terdengar suara Thorn. Oh ya, di mana kucing kecil seekor itu?
Mata aku melilau mencari keberaan kucing kecil aku. Sekejap sahaja sudah hilang. Dan paling aku risau sekarang, entah kenapa tiba-tiba sahaja aku mempunyai rasa yang tidak sedap kerana kehilangan Thorn.
Tunggu... Perasaan ni...
"Thorn..? Thorn! Thorn di mana kamu?! "
Dengan panik dan penuh kegusaran aku mencari keberadaan Thorn. Dengan penuh kekuatan juga aku cuba untuk menahan diri daripada memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku kepada Thorn. Tidak... Tidak! Thorn tidak boleh pergi! Tiada yang akan pergi meninggalkan aku! Tidak!
"Thorrrnn!! Thorn! "
Aku tak peduli jika selepas ini tekak aku akan sakit. Yang aku peduli adalah menemui kucing kesayangan aku.
"Thorn-! "
Serta-merta panggilan aku terhenti setelah sebaik sahaja aku melihat Thorn sedang melompat-lompat riang dia atas pagar rumahku yang menjadi pembatasan daripada pagar berkayu tajam yang lebih rendah dari pagar itu. Aku menghela nafas lega. Kenapa kucing seekor ini begitu lincah sekali ke sana ke sini? Tak boleh ditinggal sendirian langsung!
"Thorn... Apa kamu buat tu? Jom masuk ke dalam! Dah nak hujan ni! "
Aku memanggil Thorn. Aku tahu yang dia sudah tentu tidak faham akan bahasa manusia. Tapi aku tak rasa dia tak faham isyarat tuannya untuk dia segera mendekat. Thorn kan kucing baik?
"Meow-"
"Woof! Woof! "
"Mreow!! "
Craakk!!
Mata aku terbeliak. Sekelip mata saja... Sekelip mata sahaja...
"T-Thorn... "
Mata aku menatap tidak percaya akan jasad Thorn yang kini ditusuk oleh kayu yang tajam di badannya.
Tunggu... I-ini terlalu cepat. Kenapa begitu mudah sekali Thorn mati? Kenapa...?
"Thorn!! "
Walaupun masih tidak ingin percaya, tapi aku tetap memberanikan diri berlari mendekati Thorn. Aku melihat keadaannya. Sama seperti tadi. Badan kecilnya ditusuk oleh kayu.
"Tidak... Thorn... "
Aku jatuh berlutut di sebelahnya. Dari jauh aku dapat melihat 2 ekor anjing liar tadi yang kini sudah melarikan diri masuk ke dalam kawasan hutan yang berada berdekatan di kawasan perumahan aku. Tak guna! Selepas menjadi penyebab kucing aku cedera berani-beraninya mereka pergi?!
Aku mengabaikan binatang tak berakal itu dan kembali fokus pada Thorn. Perlahan-lahan mata aku berkaca-kaca apabila melihat keadaan menyedihkan kucing kecil ku.
Tuhan? Apakah dosaku? Kenapa aku harus diuji begini?
Badan lemah Thorn aku angkat dengan penuh hati-hati sekali. Aku bingung. Apa yang perlu aku buat? Bawa masuk Thorn ke dalam rumah dan rawatnya sendiri? Atau bawanya ke klinik haiwan. Sesiapa... Sesiapa sahaja tolong lah aku... Aku buntu. Aku rasa tak bermaya sehingga tak dapat berfikir dengan baik!
"Meow... "
Sontak aku tersedar dari lamunan aku. Aku menunduk ke bawah untuk melihat salah seekor kucingku yang masih bernyawa.
Solar.
Solar diam sambil memandang ke arah aku. Aku tak faham kenapa tapi aku seolah-olah mengerti maksud dari sudut pandangannya.
"Dia sudah tiada, kan? Thorn... "
Berderu airmata aku mengalir keluar dari mataku. Aku jatuh terduduk di sebelah Solar dan memeluk tubuh tak bernyawa Thorn dengan erat. Badan hangat Thorn aku sudah tidak dapat merasainya. Badannya kaku dan lemah.
"Maaf... Maafkan aku... Maafkan aku Solar..! Aku tak bermaksud.. Hiks.. Aku tak bermaksud menjadikan saudara kau macam ni! "
Aku memandang ke arah Solar dengan tangisan yang masih belum reda. Mungkin orang lain akan menganggap aku gila tapi aku tak peduli. Aku menatap wajah Solar seolah-olah ingin memohon maaf kepadanya.
Salah aku. Salah aku yang cuai. Salah aku yang telah menyebabkan satu lagi saudara Solar mati. Salah aku. Semuanya!
"Meow! "
Solar pergi. Dia pergi meninggalkan aku sendirian bersama-sama jasad Thorn di dalam dakapan ku.
Aku sekali lagi melihat ke arah tubuh lemah Thorn yang kini berlumuran dengan darah. Lukanya amat dalam dan banyak. Matanya terpejam rapat dan tiada sebarang tindak balas yang ditunjukkannya sewaktu aku menyentuh bulunya.
Thorn sudah tiada.
Dia sudah pergi.
Bunga aku sudah pergi...
"Berdasarkan impak dari jarak jatuhnya, saya dapat simpulkan bahawa kucing kamu tidak sempat bertindak balas untuk mendarat dengan baik mahupun melompat ke tempat yang selamat. Seolah-olah dia sudah tahu ajal dia di situ, jadi dia merelakan badannya jatuh ke atas cerucuk kayu itu. "
Kata-kata doktor haiwan tadi masih terngiang-ngiang di dalam kepala aku. Aku tahu bahawa tindakan aku bodoh dan sia-sia kerana masih ingin membawa jasad Thorn yang sudah tidak bernyawa itu ke klinik haiwan. Aku tahu bahawa tugas doktor hanyalah merawat dan bukan mengembalikan nyawa yang sudah pergi.
Tapi aku mengabaikannya. Aku tetap bersikeras untuk membawa Thorn ke klinik haiwan walaupun aku tahu hasilnya tetap sama seperti yang aku jangkakan. Siapa lah aku untuk mempersoalkan takdir yang telah Tuhan tentukan untuk aku?
Dan memang seperti yang aku sudah jangkakan. Thorn sudah tidak dapat untuk diselamatkan.
Sekali lagi... Sekali lagi laman rumahku kini diisi oleh satu lagi jasad haiwan peliharaanku yang amat aku sayangi. Thorn sudah tiada. Kucing kecil kesayanganku sudah pergi.
Aku tahu aku tak seharusnya berduka. Kerana aku masih ada kucing-kucing ku yang lain. Namun apa yang membuatkan aku masih bersedih adalah di saat aku melihat perubahan Taufan.
Taufan. Kucing kelabu ku yang dahulunya begitu periang dan gemar bermain. Jika dulu ia suka bermain dan berlari ke sana ke sini, kini ia sudah menjadi pendiam. Dia seperti kelihatan lesu setiap masa dan tidak bersemangat. Di saat aku memanggilnya untuk makan dia hanya datang dengan lambat dan makan sahaja. Tidak menunggu aku mengelus bulunya atau apapun.
Aku sentiasa memerhatikan Taufan. Memang benar. Taufan sudah berubah. Sejak tiadanya saudaranya yang paling dekat iaitu Blaze dan Thorn, ia sudah tidak sama seperti dahulu.
Tiap malam sewaktu Taufan tidur, aku akan sentiasa mengambilnya dan membawanya untuk tidur bersamaku. Akan aku elus bulunya dengan lembut dan memeluk badannya yang hangat. Aku sedar apa yang aku buat tidak memadai untuk Taufan. Tetapi sekurang-kurangnya aku ingin Taufan sedar yang aku sebagai tuannya amat sayang akannya.
Tiap malam di kala aku memeluk Taufan, akan aku biarkan airmataku mengalir turun dari kelopak mataku. Memikirkan apakah nasib kucing-kucing peliharaanku yang setiap seekor kini mula meninggalkan ku.
"Maafkan aku... "
Aku sedar aku tidak sepatutnya kekal sebegini. Jadi di kala siang hari aku akan menjadi seperti biasa. Kekal tersenyum dan bermain bersama-sama kucingku.
Tetapi... Pada suatu hari...
Di saat awan mulai mendung dan akan menunjukkan bahawa hujan tidak lama lagi akan turun, aku keluar dari rumah untuk mencari kelibat Taufan. Entah ke mana perginya kucing itu sejak dua menjak ini. Setiap hari aku harus keluar dan mencarinya agar ia tidak sesat untuk pulang ke rumah.
Biasanya aku akan menemui Taufan dengan segera dan kami pulang bersama-sama dan menikmati makan malam bersama Halilintar dan Solar.
Tetapi hari itu, aku menjadi manusia paling bodoh dalam dunia ini.
"Taufan? Taufan?? Meow meow! Mari sini! "
Aku keluar dari rumah untuk mencari Taufan seperti biasa. Kebiasaannya, aku akan menutup pintu rumah dan mengunci pagar agar kucingku tidak akan lari keluar. Tambahan pula aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa Solar, kucing putihku yang satu itu jenis yang suka merayau dan agak kurang peka dengan kawasan sekitarnya. Aku khuatir jika Solar akan keluar dan merayau dan akhirnya tidak dapat pulang seperti Taufan.
Tetapi hari itu aku terlupa mengunci pintu. Aku membiarkan pintu rumah dan pagar terbuka kerana panik untuk keluar mencari Taufan dikala hari mula akan hujan. Kerana terlalu panik, aku mengabaikan kemungkinan besar yang akan berlaku. Aku membiarkan pintu terbuka dan Solar berjalan keluar.
Hari itu, aku telah kehilangan 2 ekor kucingku sekali lagi.
Di saat aku sedang mencari Taufan di tempat biasa, aku tidak dapat menemuiya. Aku berasa hairan. Kebiasaannya Taufan akan berada di sekitar taman yang berada berdekatan dengan rumahku. Tetapi hari itu ia tiada. Aku tidak dapat menemuinya.
Dalam aku sedang mencari, tiba-tiba hati aku terdetik untuk pergi ke tempat aku bertemu dengan anak-anak kucing kesayanganku buat pertama kali. Dengan langkah yang tergesa-gesa, aku berlari menuju ke tempat itu.
Siapa sangka? Di saat aku tiba, aku terlihat Taufan sedang berjalan menuju ke arah sebuah lorong. Aku masih ingat. Ya, aku masih ingat. Di situlah aku temui kucing-kucing kecil yang telah kehilangan ibunya.
"Taufan! "
Aku menjerit untuk memanggil Taufan. Tetapi kucing itu tidak memberikan respon kepadaku. Aku tidak membuang masa. Segera langkahku laju ke hadapan untuk mendapatkan kucing kesayanganku itu. Entah kenapa firasatku menyatakan bahawa aku harus segera mendapatkan Taufan sebelum segalanya terlambat.
PIN! PIIINNNN!!
Nyaris! Aku nyaris sahaja dilanggar oleh sebuah kereta yang meluncur laju ke arahku. Ah, sial. Kenapa aku terlalu leka sehingga tidak sedar akan kemunculan kereta itu? Tetapi nasib baik aku segera berundur sebelum aku melintas. Kalau tidak, sudah pasti aku akan menjadi mangsa langgar lari.
Dgang!!
Skrrreeettt!!
Jantungku terasa seperti berhenti berdegup seketika. Tunggu... Tidak...
Perlahan-lahan, mataku mula mencari kelibat Taufan. Tiada. Taufan tiada di tempat yang aku lihat tadi.
Mana Taufan?
Vrooommm!!
Bunyi deruman kereta tadi mengagetkan aku dari fikiranku. Sebaik sahaja aku berpaling, kelibat kereta tadi sudahpun tiada dan meluncur laju ke hadapan. Apa yang aku sangkakan adalah segalanya baik-baik sahaja dan aku masih boleh mencari Taufan.
Namun sangkaanku silap.
Aku menemui Taufan. Terkulai lemah di atas jalan raya dengan lumuran darah yang kini mula mengalir deras dari badannya. Dari jauh, aku sudah dapat melihat badan Taufan telah digilis yang membuatkan isi perutnya terkeluar.
"TAUFAAAANN!! "
Aku segera berlari laju untuk mendekati Taufan. Mengabaikan diriku yang hampir dilanggar oleh sebuah motor dan dilihat oleh orang yang lalu-lalang yang memandangku pelik. Aku segera mendapatkan Taufan.
"Taufan..! Tidak... Tidak!! "
Aku hancur di situ juga. Melihat Taufan yang kini sudah tidak bernyawa. Tuhan, apa lagi ujian yang telah engkau berikan kepadaku? Kenapa aku harus diuji sebegini?!
"Taufaaannn..!! "
Aku menangis. Di bawah rintihan hujan yang mula lebat dan tiada hentinya, aku menangis semahuku di jalan raya sambil meratapi pemergian Taufan.
Dunia sungguh tidak adil.
3 jam kemudian, aku telah selesai menanam Taufan di sebelah saudaranya yang lain. Aku rasa sungguh hancur dan sedih di saat itu. Dunia di sekelilingku terasa seperti berpusar kuat dan ia membuatkan aku pening.
Aku merebahkan diriku di atas kerusi sofa di ruang tamu. Aku termenung sendirian. Memikirkan nasib yang telah menimpaku. Dalam masa sekejap sahaja kebahagiaanku diambil.
Yang aku sangkakan adalah pelangi setelah hujan. Namun sangkaanku hampa di kala ribut mula melanda. Sewaktu aku sedang termenung, aku tiba-tiba tersedar bahawa keadaan sekeliling seperti lebih sunyi dari biasa. Tidak membuang masa, aku segera bangun dari tempat dudukku dan mencari sesuatu.
Ya, aku mencari Halilintar dan Solar.
Kemana kucing-kucing itu pergi? Tidak, aku tak ingin membayangkan apa yang akan terjadi. Aku terlalu takut untuk membayangkannya.
"Halilintar! Solar! "
Aku menjerit memanggil nama kucingku. Airmata mula muncul di mataku. Tidak, aku tidak mahu mengadapi kehilangan yang masih belum aku dapat terima sepenuhnya!
"Mreaw.. "
Wajahku berpaling di saat aku terdengar suara yang familiar di telingaku. Suara yang memang sejak dulu aku ingin mendengarnya.
"Halilintar..! "
Aku dapat melihat Halilintar kini sedang berjalan untuk mendekatiku. Tidak membuang masa, aku terus mendapatkan Halilintar dan memeluknya.
"Halilintar.. Ah, gembiranya aku! Aku.. Aku ingatkan kau akan tinggalkan aku juga! "
Aku menangis kegembiraan tatkala aku dapat merasakan bahawa pelukan itu nyata. Aku dapat mendengar dengkuran halus Halilintar di telingaku dan ia menjilat wajahku. Agak aneh apabila Halilintar yang selama ini bersikap dingin terhadapku tiba-tiba melakukan hal yang kebiasaan saudaranya lakukan. Tetapi aku tidak peduli. Apa yang penting, Halilintar masih ada.
Tetapi..
"Halilintar? Mana Solar? "
Aku memandang ke arah kucing hitam itu dengan penuh tanda tanya. Aku baru sedar, Solar tidak muncul.
Soala aku tidak mendapat jawapan mahupun ngiauman daripada Halilintar. Biarpun aku tidak akan pernah faham bahasa kucing, tetapi aku dapat menduga bahawa ada sesuatu yang terjadi.
Aku segera meletakkan Halilintar di atas lantai kembali dan mula berlari berkeliaran di dalam rumah untuk mencari Solar.
"Solar! Solar!! "
Mata aku berair kembali. Solar, dimana kau? Setiap sudut aku mencari kucing putih itu. Termasuk bilik mandi dan di setiap bawah katil, almari dan meja. Tetapi nihil. Aku tidak dapat menemui Solar.
Aku mula panik. Dimana harus aku mencari Solar? Dan seketika fikiranku mula terlintas akan kamera litar tertutup yang aku sentiasa pasang di sekitar rumahku. Ya! Aku boleh memeriksanya di situ!
Dengan segera aku berlari masuk ke dalam bilikku. Menghidupkan komputerku yang sentiasa bersambung dengan kamera, aku pun mula memainkan rakaman lebih kurang 4 jam yang lalu.
Dari rakaman kamera, aku dapat melihat diri aku sendiri yang berlari keluar dari kawasan rumahku dengan tergesa-gesa untuk mencari Taufan. Aku melihat ke kiri dan ke kanan untuk melihat kelibat Taufan tetapi tidak menemuinya. Saking terlalu panik, aku baru sedar bahawa aku tidak menutup pintu rumah dan pagar rumahku. Setelah lebih kurang 15 minit aku keluar, aku pun dapat melihat kelibat Solar di dalam rakaman.
Mata aku terbeliak. Aku dapat melihat Solar mula ke hulu dan ke hilir di kawasan rumah. Ia berjalan-jalan di sekitar rumah sebelum ia tiba-tiba berjalan keluar dari kawasan pagar. Tidak membuang masa, aku segera berlari keluar dari bilikku dan meluru ke arah pintu rumah.
Bham!
"Solar!! SOLAAARRR!! "
Aku menjerit. Aku tidak tahu sudah keberapa kali aku menjerit hari ini tetapi aku dapat merasakan bahawa tekakku terasa perit kerana terlalu banyak menjerit. Biarpun begiu aku tidak mempedulikannya. Aku teruskan mencari Solar sehingga aku tiba di taman. Aku melihat keadaan sekitar yang masih hujan itu tetapi malangnya aku tidak dapat menemui Solar.
Aku tidak ingin berputus asa, tetapi memikirkan risiko untuk aku jatuh sakit kerana terkena hujan, aku akhirnya terpaksa berhenti mencari Solar dan berlari pulang ke rumah semula.
Aku mandi dan mengeringkan diri sekali lagi sebelum aku kembali semula ke dalam bilikku untuk melihat rakaman tadi. Di dalam hati aku berharap agar aku dapat menemui jejak Solar sebelum terlambat.
Aku memutarkan semula rakaman kali terakhir yang aku lihat tadi dan melihat semula Solar yang berjalan keluar dari pagar rumah. Aku memerhatikan sahaja Solar yang berdiri di hadapan kawasan rumahku itu. Debaran jantungku kian terasa. Aku seolah-olah dapat meneka sesuatu yang buruk akan terjadi kepada Solar.
Setelah 10 minit berlalu, aku pun dikejutkan dengan kemunculan sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapan rumahku. Lebih tepatnya, berhenti di hadapan Solar.
Tunggu, itu adalah kereta yang hampir melanggar aku tadi!
Dengan penuh hati-hati aku mula memberikan tumpuan yang penuh kepada rakaman tadi. Kembali ke kereta tadi, keluae seorang lelaki dewasa dari bahagian mengemudi dan seterusnya lelaki tadi berjalan menuju ke arah bahagian belakang sambil mengeluarkan sebuah payung yang dapat aku katakan boleh tahan mewah. Lelaki itu juga sedang mengenakan sepasang sut hitam dan bercermin mata hitam. Dari rakaman sahaja sudah dapat aku duga bahawa orang di dalam rakaman ini bukan orang yang biasa-biasa.
Lelaki tadi membuka pintu kereta belakang dan menunggu seseorang untuk keluar darinya. Ah, ternyata ia adalah seorang kanak-kanak perempuan yang berada dalam lingkungan umur 7 atau 8 tahun. Kanak-kanak perempuan tadi berjalan di bawah payung yang dipegang oleh lelaki tadi dan mereka berdua bersama berjalan ke arah Solar.
Tunggu, jangan-jangan mereka hendak mengambil Solar?!
Andai aku dapat menarik balik kata-kata tadi daripada menjadi kenyataan tentunya sudah lama aku akan melakukannya. Seperti yang aku teka, kanak-kanak tadi dan lelaki dewasa di sebelahnya telah mengambil Solar dan membawanya masuk ke dalam kereta sebelum ia mula meluncur pergi kembali.
Aku tersandar lemah di kerusi yang aku duduki. Pandanganku menjadi kosong menatap rakaman kamera litar tertutup yang aku pasang selama ini. Setelah 45 minit aku termenung, akhirnya aku dapat melihat susuk tubuhku yang berjalan pulang dengan lemah longlai dan masuk ke dalam perkarangan rumah sambil mendukung Taufan di dakapanku.
Secara perlahan-lahan airmata aku mula mengalir kembali buat kesekian kalinya. Aku termenung.
"Kenapa... Aku hanya.. Lewat beberapa minit dan... Dan Solar... Tsk! "
Aku mula memeluk lututku dengan erat. Menenggelamkan wajahku di sebalik tanganku dan mula menangis.
Apa benda ni?
Kenapa benda ni terjadi dekat aku?
Adakah sebab aku berdosa?
Berdosa sebab dah pisahkan anak-anak kucing tu dari mak dia?
Dan Tuhan nak balas balik dekat aku dengan memisahkan diorang satu per satu dari aku?
Tapi aku dah berjanji.. Aku dan janji yang aku akan jaga diorang. Jadi kenapa?
"Whaaaaaaaaa....!! "
Aku tak dapat nak tahan segala airmata aku dari terjatuh. Keadaan macam ni, memang aku tak dapat nak jangkakan. Ia terlalu berat. Terlalu menyakitkan untuk aku pikulnya seorang diri!
Aku terus menangis tanpa henti pada hari itu. Sehingga tidak sedar yang aku tertidur di atas lantai yang sejuk, di bawah titisan air hujan yang deras mengalir menimpa bumi.
2 hari berlalu, aku membuat keputusan untuk pergi ke kolej aku semula selepas 2 hari aku tidak hadir. Aku kena marah oleh cikgu aku sendiri kerana menyatakan alasan yang tidak munasabah kepadanya. Aku tahu, tiada sesiapa pun yang akan ambil peduli bila aku katakan yang aku tak dapat hadir ke sekolah selama 2 hari hanya disebabkan 5 ekor kucing aku mati dalam masa yang singkat.
Hati kering.
Itulah yang menjadi salah satu sebab kenapa aku tak terlalu bercakap dengan orang. Kerana kita tak tahu diorang ni macam mana cara mereka terima kita. Manusia, rambut saja sama hitam tapi di dalam hati kita semua tak tahu.
Ah, aku terlalu malas nak fikirkan tentang manusia. Aku lebih rela memikirkan tentang haiwan. Mereka jauh lebih baik dari manusia yang kebanyakan berperangai jauh lebih teruk daripada haiwan.
"Mreow.. "
"Halilintar... "
Aku tersenyum melihat kucing hitamku datang mendekatiku. Entah kenapa, sejak kelmarin kucingku yang satu-satunya ini sering mendekati aku. Kadang-kadang datang menggeselkan kepalanya pada kaki aku. Kadang-kadang memanggil aku semata-mata ingin berada dekat denganku. Dan yang paling tidak dapat aku sangkakan, setiap malam dia akan datang ke dalam bilikku dan naik ke atas katilku untuk tidur bersama-samaku.
Ah, manisnya kucing ini.
Tak kira berapa banyak aku mengungkapkannya, tidak kira berapa banyak aku bersyukur dan berjanji, ia masih belum cukup. Yang aku fikirkan, segalanya akan berakhir.
Tapi Tuhan nampaknya masih tidak puas menguji aku.
Genap seminggu selepas pemergian Solar dan Taufan dari hidupku. Saat-saat yang paling menyakitkan hati aku terjadi semula.
"Meow! "
"Hm? Kamu nak keluar ke, Halilintar? "
"Mrew.. "
Aku terdiam di tempatku di kala aku melihat Halilintar sedang berada di ambang pintu rumah. Entah kenapa hati aku berdegup dengan begitu kencang sekali selepas aku dapat meneka Halilintar ingin keluar dari rumah.
Perasaan ini, sama dengan perasaan sewaktu Ais dan Blaze dahulu. Mereka keluar dengan keadaan baik namun pulang dalam keadaan hampir mati. Mengingatkan tentang memori sedih tersebut, hati aku disapa dengan perasaan gementar.
Adakah Halilintar akan menjadi begitu juga?
"Mreow."
Halilintar memanggil aku lagi. Kali ini, kakinya meraup pintu rumah. Seolah-olah meminta untuk keluar dengan cepat.
Walaupun aku masih rasa takut, tetapi aku berdoa semoga ia hanya perasaan aku sahaja.
"Baiklah, Gempa ikut Halilintar, ya? "
Semoga...
Halilintar tidak akan pergi meninggalkan aku sama seperti saudaranya yang lain.
Klik!
"Baiklah, jom pergi? "
Seolah-olah faham dengan apa yang aku katakan, Halilintar pun mula berjalan seiringan dengan aku. Kami berjalan bersama tanpa ada arah tuju. Aku hanya mengikut sahaja ke mana Halilintar akan bawa aku pergi bersamanya.
Di saat kami keluar bersama, aku perasan sesuatu yang rupa-rupanya kawasan tempat aku tinggal selama ini mempunyai jalan yang cukup luas dan cantik. Suasananya begitu tenang dan damai namun oleh kerana sekarang sudah masuk bulan tengkujuh, jadi kerap awan menjadi mendung dan menghalang cahaya matahari untuk menyinari jalan yang luas ini.
"Mreow! "
Aku melihat Halilintar yang melompat ke sana dan ke sini dengan senyuman pada wajahku. Entah kenapa melihat Halilintar yang lain daripada biasa ini sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan rinduku terhadap saudara-saudaranya yang telah pergi.
Halilintar melompat ke atas pagar dan berjalan ke hadapan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tipikal si kucing hitam, pendiam dan penuh dengan misteri.
Aku sangat tertarik dengan sifat Halilintar. Sifatnya yang pendiam dan kurang berinteraksi itu sering membuatkan aku ingin sentiasa berada dekat dengannya dan melihat apa yang sering dia lakukan. Bukan bermaksud aku lebih menyayanginya berbanding saudaranya yang lain. Hanya saja sifatnya yang sering membuatkan aku tertanya-tanya.
"Eh? "
Terkejut aku apabila Halilintar tiba-tiba sahaja melompat naik ke atas bahu aku. Wah, macam mana dia boleh mengimbangi badannya di atas bahu aku yang kecil ni?
"Kau penat berjalan, ya? "
"Prrrr... "
"Hahaha! Baiklah, duduk diam-diam, ya? Kita jalan sama-sama. "
Aku tahu yang Halilintar tak mungkin akan faham dengan apa yang aku katakan. Jadi aku biarkan sahaja dia berehat dengan tenang di atas bahu aku dan kami berdua meneruskan sesi berjalan-jalan kami ke hadapan.
Tidak terasa sudah 1 jam kami berdua berjalan bersama-sama di luar. Jarum pendek pada jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dan di saat aku melihat ke langit pun awan sudah mulai menjadi mendung.
"Hm.. Nampaknya dah nak hujan. Jom balik, Halilintar? "
"Mrew.. "
Aku tersenyum sembari memberikan gesekan pada wajah Halilintar. Ah, aku sayang kucingku yang satu-satunya ini. Walaupun dingin, tetapi ia sangat prihatin terhadap aku. Aku yakin, kalau aku adalah perempuan dan Halilintar ini adalah seorang manusia lelaki, aku akan serta-merta jatuh cinta pada dia. Tipikal cinta remaja bukan?
Aku mengambil keputusan untuk melalui kawasan yang kurang dilalui orang kerana memandangkan ia adalah kawasan jalan pintas ke rumahku.
"Hssss!! "
Terkejut aku jadinya apabila aku tiba-tiba terdengar Halilintar berdesis. Aku berpaling ke arah Halilintar dengan hairan.
"Halilintar? Ada apa? "
"Mraahh!! Hssss!! "
Halilintar melompat turun daripada bahuku dan mula berdesis kuat di hadapannya. Aku berkerut hairan. Kenapa Halilintar tiba-tiba marah-...
Oh Tuhan!
Terbeliak mataku di saat melihat seekor ular tedung yang besar di hadapanku.
"Ssssttt~!"
Aku jatuh tersungkur di atas tanah. Tidak, kenapa dalam banyak-banyak haiwan aku perlu bertembung dengan haiwan yang aku paling trauma?!
"Ha-Halilintar! Ja-jangan dekat!! "
Aku cuba menjerit dan memanggil Halilintar tetapi malangnya ia masih fokus untuk cuba menakutkan ular yang sebesar lengan di hadapannya.
"Halilintar tolong! Mari ke sini! "
Aku tahu apa yang aku sedang lakukan adalah sia-sia. Aku memanggil Halilintar seolah-olah aku ingin segera menyelamatkannya tetapi kenyataannya kakiku masih bergetar dan suaraku juga tersekat-sekat kerana saking takutnya aku pada ular di hadapanku.
"Ssst!! "
"Mraw!! "
Belum sempat aku memproses apa yang terjadi, Halilintar dan ular tadi pun mula bergelut. Aku pula, dengan tidak semena-menanya lari ke seberang jalan satu lagi kerana tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan maut itu.
Aku dapat lihat segalanya, Halilintar yang dibelit oleh ular tedung tadi cuba mencakar, mengigit, menerkam dan melukakan ular tadi dengan sekuat tenaganya. Sedangkan ular tadi pula sehabisnya menyerang Halilintar dengan bisa yang ada pada taringnya.
Mataku mula berair. Entah kenapa memori tentang saudara Halilintar yang telah mati sebelum ini tiba-tiba terlintas langsung di dalam fikiranku. Ia seperti... Ingin memberitahuku sesuatu. Seperti... Amaran!
"HALILINTAR!! HALILINTAR TOLONG BERHENTI!! "
"RAWWHH!! "
"HALILINTAR!! TIDAAAKK!! "
Aku menjerit dan memanggil Halilintar dengan tangisan yang kuat. Tidak... Tidak! Aku sudah kehilangan 5 ekor kucing kesayanganku! Aku tak mahu berdepan dengan satu lagi kematian!!
"HALILINTAR!! "
Walaupun sudah berkali-kali aku memanggilnya tetapi Halilintar masih tetap berlawan dengan ular tadi. Aku tahu yang aku tidak sepatutnya hanya duduk dan menjerit seperti ini tapi apa yang boleh aku buat?! Aku tak boleh dekat dengan mereka kerana berkemungkinan besar aku akan terkena bisa ular tedung itu!
Tapi Halilintar...
Halilintar!
"Halilintar!!! "
"Mraawwh!! "
Entah keajaiban apa, aku dapat lihat yang ular tedung tadi.. Tumpas! Halilintar... Halilintar menang!
Aku tak dapat menahan diri daripada menyembunyikan senyumanku tatkala melihat badan ular tadi sudah tidak bergerak dan Halilintar pula masih dapat berdiri. Aku tahu aku perlu segera membawanya untuk mendapatkan rawatan kerana memikirkan bahawa Halilintar berkemungkinan besar juga terkena bisa.
"Halilintar! "
Aku memanggil nama Halilintar yang berada di hujung jalan satu lagi. Dapat aku lihat, Halilintar menolehkan wajahnya kepadaku. Pandangannya terhadapku masih dingin seperti biasa (mungkin kerana warnanya yang hitam) tetapi caranya melihat ke arah aku seolah-olah dia begitu tenang.
Aku membuka tanganku. Menanti dia mendekati aku seraya melihat Halilintar dengan langkah yang lemah berjalan ke arah aku.
Halilintar masih hidup! Dia selamat!
"Mari sini, Halilintar! "
Aku tak dapat menahan senyumanku kerana saking gembiranya Halilintar masih selamat selepas bergelut dengan ular yang berbisa tadi. Aku takut. Sungguh takut jika apa-apa berlaku kepada Halilintar. Bagaimana jika Halilintar kalah? Bagaimana jika Halilintar tewas?
Belum sempat aku memproses segalanya, tiba-tiba pendengaranku menangkap sebuah bunyi yang bising.
PPPIIIIIINNNN!!!
KRASH!!
....
....
Segalanya... Menjadi gelap.
....
"Maafkan saya, Gempa. Halilintar... Tak dapat diselamatkan.. "
Tipu...
"Walaupun kemalangannya tidak terlalu teruk, tetapi kesan luka dan bisa yang ada pada badannya telah membuatkan organ dalamannya rosak. "
Tipu..!
"Maafkan, saya. Saya tak dapat nak-"
"TIPU!!! MACAM MANA KAU BOLEH JADI DOKTOR KALAU KAU TAK DAPAT NAK SELAMATKAN DIA?! "
"Saya faham, Gempa. Tapi apa yang-"
"BUAT SESUATU!! KEMBALIKAN HALILINTAR AKU BALIK!!! "
"Gempa, saya harap awak faham. Halilintar sudah tidak dapat diselamatkan.. "
"TIDAAAKK!! Tidak... Tidak! Tidak! Tidaaakk!! "
Semuanya mimipi, kan? Apa yang berlaku adalah mimipi belaka, kan? Tolonglah. Tolonglah sesiapa kejutkan aku!
Tak mungkin!
Tak mungkin Halilintar pun telah tinggalkan aku! Semuanya terlalu cepat berlaku dan aku tak dapat nak proses segalanya dengan baik. Segala memori yang kucing-kucing ku pergi meninggalkan aku seekor demi seekor bermain di kepala aku. Membuatkan kepala aku rasa berdenyut dengan kuat sehingga pada akhirnya aku mengerang kesakitan dan jatuh pingsan.
"Halilintar... "
Itulah apa yang dapat aku ingat sebelum segalanya menjadi gelap.
Pada saat aku sedarkan diri, aku masih berada di klinik haiwan. Doktor haiwan yang bertugas di klinik itu menceritakan segalanya kepada aku.
"Saya harap kamu tabah. Saya tak pernah lihat kejadian seperti ini. Kami telah kehilangan kesemua haiwan peliharaan kamu dalam masa yang... Singkat. "
Aku hanya mampu menundukkan kepalaku sambil menangis. Pada saat itu aku mempersoalkan diriku, kenapa aku harus menerima takdir sebegini? Apa dosa aku?
Memori di mana di saat Halilintar dilanggar oleh kereta mula bermain di fikiran aku. Bermula daripada di saat aku mendepakan kedua belah tanganku untuk menerima Halilintar dan menunggunya menyeberangi jalan untuk mendekatiku. Pada saat itu aku sungguj bahagia. Kerana aku mengingatkan bahawa Halilintar masih ada masa untuk aku.
Tapi ternyata aku silap, ya?
Siapa sangka? Sebaik sahaja Halilintar berada di pertengahan jalan, sebuah kereta yang laju datang memecut ke arah kami dan akhirnya melanggar Halilintar dengan kuat.
KRASH!!!
Aku yang berada di situ, menyaksikan langgar lari dengan bisu. Aku tercengang. Diam membisu melihat badan lemah Halilintar jatuh terkulai di atas jalan. Darah dari badannya keluar tanpa henti. Membuatkan mata aku merenungnya dengan penuh ketakutan.
"Hali... H-Hali... HALILINTAR!!! "
Dan apa dapat aku lakukan seterusnya adalah membawa Halilintar ke klinik haiwan. Tempat yang sama aku membawa saudara-saudara Halilintar yang lain.
Tak sangka, rupa-rupanya kata seseorang itu betul. Klinik, hospital atau pusat rawatan sudah diibaratkan seperti jalan menuju ke arah kematian. Sesiapa yang sudah sakit tenat atau dalam keadaan nyawa-nyawa ikan hanya perlu menunggu masa sahaja untuk mati.
Tetapi manusia mempunyai sifat tidak ingin berputus asa. Jika masih ada peluang untuk merawatnya, mereka akan merawatnya. Biarpun kos bayarannya beribu mahupun berjuta.
Sama juga dalam kes aku. Kalau sesiapa yang mendengarnya pasti akan tertanya, kenapa aku masih ingin selamatkan haiwan peliharaan aku walaupun aku tahu mereka sudah tidak dapat diselamatkan? Kenapa harus menghabiskan wang dan harta untuk haiwan? Mereka juga akan mati?
Haha, kelakar.
Jadi kenapa manusia masih ingin mendapatkan rawatan jika pada akhirnya mereka pun akan mati? Kenapa perlu wujud vaksin atau ubat kalau ia hanya mampu membantu sebilangan kecil sahaja?
Manusia membantu mengembangkan dunia. Manusia berguna untuk terus maju.
Jadi? Haiwan engkau nak letak di mana?
Haiwan wujud terlebih dahulu sebelum manusia di dalam zaman prasejarah. Bukankah kewujudan manusia seolah-olah seperti penceroboh yang ingin menakluki dunia haiwan?
Ah, aku malas ingin memikirkannya. Semakin aku fikir semakin sakit hati aku.
Sekarang, aku hanya mampu termenung di dalam bilikku. Aku baru sahaja selesai menanam jasad Halilintar di sebelah saudara-saudaranya yang lain. Aku yakin, pasti saudaranya gembira kerana abang mereka sudah bertemu dengan mereka, kan?
Dan aku pula? Sendirian tentunya.
Sedih, kan? Hidup aku?
Satu per satu memori tentang kisah hidupku bersama-sama kucing-kucing itu mula bermain di dalam ingatan ku.
Bermula dari aku menemui mereka di kawasan yang gelap dan sunyi. Menyaksikan ibu mereka mati dilanggar dan aku pada akhirnya membuat keputusan untuk menjaga mereka.
Sungguh, menjaga 6 ekor kucing dalam satu masa adalah membebankan. Terutama dari segi makanan dan susu mereka. Sangkar dan tempat tinggal mereka serta beberapa alat keperluan untuk mereka juga tidak kalah mahalnya.
Tetapi entahlah. Bagiku segalanya berbaloi. Aku rela menghabiskan wangku pada mereka daripada menghabiskannya untuk membeli barang-barang atau perkara-perkara yang sia-sia. Seperti apa yang rakan-rakan sekelasku sering lakukan.
Perkara yang paling mencabar dalam menjaga mereka adalah apabila harus memandikan mereka dan sewaktu membawa mereka untuk mendapatkan rawatan.
Aku masih ingat, Blaze, Taufan dan Thorn sangat aktif. Mereka paling benci mandi. Jadi aku sentiasa perlu menutup pintu bilik mandi dan 'ikut' mandi bersama-sama mereka. Banyak kali kena cakar kerana aku perlu memegang mereka sewaktu ingin meletakkan sabun pada badan mereka. Tetapi mujurlah, semakin mereka dewasa mereka semakin baik. Sama seperti saudara mereka yang lain iaitu Ais, Halilintar dan Solar.
Ah, dan tentang sewaktu di klinik haiwan. Aku masih ingat, Thorn dan Ais mendapat penyakit kurap kerana disebabkan oleh genetik daripada ibunya yang menjadi kucing jalanan. Taufan dan Blaze pula harus direndamkan ke dalam sejenis cecair untuk menghapuskan serangga aneh pada badan mereka. Dan Halilintar serta Solar pula harus mendapatkan rawatan untuk mata mereka.
Harga untuk rawatan mereka... Sungguh mahal. Sehingga aku terpaksa 'diet' selama seminggu lebih. Tetapi aku rasa ianya berbaloi. Kerana memikirkan bahawa tidak lama selepas itu mereka akhirnya dapat tumbuh dengan sihat dan baik. Aku bahagia. Aku gembira.
Tetapi... Siapa sangka kebahagiaan itu serta-merta dapat ditarik begitu sahaja?
Satu per satu pergi meninggalkan aku. Bermula daripada Blaze dan Ais, seterusnya Thorn dan Taufan, kemudian Solar dan akhirnya Halilintar.
Setiap seekor mempunyai kisah bagaimana tamatnya riwayat mereka. Dan setiap kali aku mengingatinya, aku menangis.
Menangis sehingga entah bila airmataku akan kering.
Dan tanpa sedar, bertahun-tahun sudah berlalu dan di sinilah aku sekarang. Berada di tahun akhir pelajaranku sebelum aku tamat belajar dan mendapatkan pekerjaan.
Sesiapa mesti tertanya tentang keadaan Solar, kan? Kerana ia masih hilang.
Solar pun... Sebenarnya telah mati juga.
Beberapa tahun sebelumnya, seorang lelaki bersut hitam bersama seorang kanak-kanak perempuan tiba-tiba datang ke rumahku. Mereka bertanya adakah aku pemilik seekor kucing putih?
Sewaktu mereka menunjukkan badan seekor kucing yang telah kaku, pada saat itulah aku kenal kucing itu. Solar.
Mereka menyatakan bahawa Solar mati kerana telah diperlakukan kasar oleh rakan-rakan kanak-kanak perempuan tadi. Dan aku tidak dapat berkata apa-apa melainkan hanya menerima badan Solar dengan hati yang penuh kehancuran. Biarpun mereka berdua telah meminta maaf kerana telah mengambil Solar tanpa mengetahui aku sebagai pemiliknya, aku hanya mampu menjawab bahawa aku rela memaafkan mereka.
Dan akhirnya, 6 ekor anak kucing ditanam di sebelah ibu mereka. Akhirnya keluarga mereka lengkap.
Sedih? Entahlah. Aku sendiri tidak tahu sama ada kisah ini sedih ataupun tidak. Sesetengah orang pasti menganggap bahawa kisah aku ini hanyalah kisah benar yang hanya boleh diceritakan sewaktu bosan. Kerana kisah aku langsung tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.
Aku tergelak.
Oh, betapa kerasnya hati mereka. Bukan sahaja keras, tetapi hitam juga.
Bagaimana kau boleh anggap bahawa kisah hidup 6 ekor haiwan yang mati dalam keadaan yang... Teruk, adalah kisah yang membosankan? Tidak membawa apa-apa makna?
Aku hanya boleh katakan yang mereka sangat teruk. Tetapi aku tidak mahu mendoakan mereka mendapat nasib yang sama. Biarlah. Mungkin mereka juga mempunyai kisah sedih yang lain di dalam hidup mereka.
[Song Tonight by BTS Jin, is now playing]
Ah, lagu ini.
Sejujurnya aku tidak terlalu melayan K-Pop. Tetapi lagu ini, sangat menarik perhatianku.
Sejak dari dulu lagi, aku mendengar lagu ini sekadar untuk meluangkan masa lapang. Aku mendengarnya tanpa mengetahui apa makna di sebaliknya.
Tetapi suatu hari, terdetik di hatiku untuk mencari tahu apakah makna daripada lagu ini. Dan pada saat sebaik sahaja aku mengetahuinya, aku menangis.
Lagu ini, menceritakan tentang penulis liriknya, juga kehilangan haiwan peliharaannya. Dia pernah menceritakan dan menunjukkan bahawa bagaimana rupa haiwan peliharaannya yang mana adalah seekor anjing dan 3 sugar gliders yang spesiesnya sama seperti tupai terbang. Dia menceritakan, bagaimana kisah hidupnya bersama-sama haiwan peliharaannya itu dan betapa gembiranya dia bersama-sama haiwan tersebut.
If this night passes
I'm scared that I might not see you
Those clear eyes
That familiar touch
Your face that I looked at while smiling
Will I not be able to see those again
My every day
You are there
Your every day
I am there
When that moon goes down
And the sun goes up
You who was with me
Will you not be there
If I close my eyes
I think I'll remember the times that we are together
When I close my eyes
I think I will only remember the happy memories
If I close my eyes
If I close my eyes
If I close my eyes
I think I'll remember the times that we are together
When I close my eyes
I think I will only remember the happy memories
If this night passes
I'm scared that I might not see you
If this night passes
I'm scared that I will be left alone
Dengan suaranya yang merdu dan perasaan yang sampai ke dalam hatiku, aku menangis. Setiap kali aku mendengar dan membaca maksud lirik lagunya aku akan menangis. Panggillah aku hati tisu tetapi tamparan takdir yang aku terima sangat menyakitkan.
Penulis lirik dan penyanyi ini juga turut menceritakan tentang bagaimana saat-saat terakhir haiwan peliharaannya mati. Ah, ia terlalu menyedihkan...
Satu per satu juga haiwan peliharaannya mati dan pergi meninggalkannya. Sejujurnya aku turut menumpang sedih kepada idol Korea ini kerana memikirkan bahawa tugasnya sebagai seorang idol adalah sangat sibuk. Pasti dia telah cuba sehabis baik untuk meluangkan masa bersama-sama dengan haiwan peliharaannya.
"Keep them well... "
Aku sentiasa teringat akan kata-katanya itu. Dan selepas mengingatinya aku akan mula tertanya, adakah aku telah menjaga 6 kucingku dengan baik?
Adakah aku telah berjaya?
Adakah mereka suka aku sebagai tuan mereka?
Mungkin mereka pernah marah kepadaku kerana aku gagal menyelamatkan ibu mereka sewaktu mereka kecil.
Dan mungkin mereka juga marah kepadaku kerana tidak mampu menjaga mereka dengan baik dan membuatkan mereka tidak hidup lama.
Mereka juga sudah tentu marah kepadaku kerana tidak melindungi mereka dengan baik.
Aku gagal.
Aku gagal...
Tetapi jika diberi peluang sekali lagi...
Adakah aku mampu menjaga mereka dengan baik di kehidupan seterusnya?
•°•° TAMAT °•°•
Over 10 600+ words y'all! 😭 New record!!
Ani mengambil masa berbulan-bulan untuk menamatkan cerita ini kerana jalan ceritanya yang sangat rumit dan penuh dengan emosi! Jadi tahniah dan terima kasih kepada mereka yang berjaya membaca cerita ini sehingga ke akhirnya! 😆💕
Dan salah satu sebab kenapa Ani memilih untuk publish pada hari ini (iaitu 4 Disember 2020) juga kerana ia adalah hari ulang tahun kelahiran penulis lagu Tonight ini! BTS Kim Seokjin! 😘💞💖
Sejujurnya cerita ini adalah diinspirasikan daripada lagu solonya iaitu Tonight seperti yang korang pernah dengar. (Itupun kalau korang dengar) Dan bagi Ani... Setiap kali Ani mendengar dan memahami lirik lagunya, Ani pun akan menangis.
Sama dengan watak Gempa di dalam cerita ini. Ani pun pernah ada pengalaman menjaga kucing sewaktu Ani kecil. Dan ya... Kucing Ani pun mati. 😊 Ada yang mati kerana termakan racun dan ada juga yang mati kerana diperlakukan dengan teruk oleh manusia. Jadi... Ani letakkan serba sedikit tentang kisah benar cerita Ani dan Jin(BTS) di dalam cerita kali ini.
Apa pendapat korang?
Ani mohon maaf sangat-sangat kerana mengambil masa yang sangat lama untuk siap dan jalan ceritanya membosankan. Sejujurnya Ani tak pandai buat angst. 😅 Tapi apa-apa pun... Ani harap korang enjoy!
Terima kasih sudi membacanya! 😘
And HAPPY BIRTHDAY TO OUR WORLDWIDE HANDSOME!! 😍😘💖💕💞
You deserve a happiness and a place in our (ARMYs) heart! Please love yourself more and be happy! 😭😭💞💖💕 You are my Moon and I love you so much!! 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top