39: Drama
260 votes + 130 comments
"Jadi, bila korang nak bagitahu ibu bapa korang tentang hubungan ni?" Jaehee menyoal.
Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Entahlah ibu bapanya bagi atau tidak untuk bercinta di usia yang belum mencapai 20 tahun ni.
Tiba-tiba bunyi suara cikgu yang bertugas menjaga peperiksaan memanggil murid-murid untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Cepat-cepat mereka semua pergi mengambil alat tulis dalam beg masing-masing yang ditinggalkan diluar dewan peperiksaan itu.
☆☆☆☆
Sooyoung memicit kepalanya akibat pening. Soalan terlalu banyak dan mencabar membuatkan kepala Sooyoung seakan-akan berasap. Setelah beberapa minit dia merehatkan otaknya, dia kembali menjawab soalan subjek sejarah dunia itu.
Manakala Jeon Jungkook dapat menjawab dengan mudah memandangkan subjek sejarah dunia merupakan kepakarannya.
Siapakah pencipta lagu klasik ode to Joy?
a. Mozart
b. Beethoven
c.Vivaldi
d. Frideric
Jungkook berfikir sejenak, c dan d sudah pasti salah. Tetapi, Mozart dan Beethoven masing-masing popular membuatkan Jeon Jungkook keliru.
Oh ya! Beethoven yang menciptakan lagu itu!
Nam Jaehee memandang kearah soalan itu dengan keadaan dahinya berkerut tanda berfikir untuk dapatkan jawapan.
Kenapa soalan ini susah sangat? Tak boleh ke bagi soalan yang lebih mudah untuk dijawab?
Apabila Hagia Sophia di Turki dibina pada 537 masihi , tujuan asalnya dijadikan sebagai gereja. Semasa penjajahan ____________ ianya mahu ditukar sebagai Masjid.
a. Empayar Rom
b. Empayar Umaiyah
c. Empayar Uthmaniyah
d. Empayar Abbasiyah
Jaehee memejamkan matanya sambil berfikir. Wahai otak, tolonglah beri kerjasama untuk mengingat kembali apa yang dibaca.
Oh ya! kalau di Turki, sudah tentu Empayar uthmaniyah yang terlibat! Empayar uthmaniyah merupakan empayar yang paling hebat dalam sejarah islam.
Park Jimin yang sedang memegang kepalanya sambil membaca mentera-mentera yang mengarut.
"Oh otak, tolonglah ingat, tolonglah ingat" kata Jimin perlahan.
Siapakah yang berjaya membuktikan kilat adalah elektrik buat kali pertama dalam sejarah?
a. Leonardo da Vinci
b. Benjamin Frenklin
c. Mimar Sinan
d. Minoru Shirota
Jimin menghantukkan kepalanya pada meja peperiksaan itu. Kenapa susah semacam soalan ni. Nak tembak je, boleh tak?
Tetapi bila difikirkan semula, ini peperiksaan penting. Kalau tembak, sia-sia je belajar. Sia-sia kena marah dengan Sooyoung selama ni.
Sudah tentu jawapannya bukan Minoru Shirota, dia tu yang pencipta pertama yakult! Siapa je yang tidak tahu? Tak pernah lihat iklan air yakult di televisyen eh?
Leonardo da Vinci juga bukan! dia tu yang pelukis Monalisa. Tahukan Monalisa, yang merupakan lukisan paling misteri di dunia tu.
Nama Mimar Sinan itu macam pernah dengar, Kang Sooyoung pernah sebut sebelum ni. Oh ya! dia yang bina masjid biru,di Turki tu!
Jadi, jawapannya sudah tentu b. Benjamin Frenklin! Lelaki yang mengikat kunci besi pada layang-layang dan terbangkannya semasa petir. Dia lah yang membuktikan kilat adalah elektrik!
Manakala Haesoo pula sedang memadam jawapannya kerana berasa tidak yakin dengan jawapannya.
Siapakah isteri kepada Firaun Tuntakhamun?
a. Medusa
b. Nefertiti
c. Cleopatra
d. Ankhesenamun
Ya tuhan! jujur! dalam semua tajuk sejarah dunia yang Haesoo pelajari, tajuk sejarah Egypt lah yang paling dia tidak suka!
Nama semua, macam nak ikat lidah sendiri akibat susah nak sebut. Apa lagi mahu ingat namanya!
Baiklah, Medusa sudah tentu salah! dia tu mitos perempuan rasaksa berambut ular yang berwarna hijau daripada sejarah Greek. Kalau lihat matanya orang itu akan menjadi batu. Tiada kena mengena dengan sejarah Egypt.
Nefertiti dan Cleopatra pula merupakan permaisuri yang memerintah Egypt dan mereka tidak berkhawin dengan Tuntakhamun.
Jadi, jawapannya d iaitu Ankhesenamun.
Amboi, cerita ini tidak nampak seperti fanfiction, sudah tampak seperti buku pengetahuan am. Sehingga membuatkan para pembaca berasa bosan dengan fakta ini. Maaf ya.
☆☆☆☆
Sudah seminggu berlalu, peperiksaan CSAT sudah pun tamat. Sekarang semua pelajar yang mengambil ujian itu perlu menunggu sebulan lebih sebelum keputusannya keluar.
Jika keputusannya bagus, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Sudah tentu sekarang mereka diberikan cuti. Lagipun persekolahan untuk tahun ini telah pun tamat! Jadi, semua murid-murid dapat menikmati percutian mereka.
Sooyoung sedang leka menonton televisyen di atas sofa ruang tamu sambil mulutnya sibuk mengunyah keropok.
Bila ibunya keluar pergi kerja, makin seronok dia duduk dirumah dan menonton drama korea sebanyak yang mungkin!
Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya yang berada berdekatan dengannya itu, berbunyi.
Kang Sooyoung segera mengangkat apabila nama My annoying Tom tertera di skrin. Dia menggunakan tangan sebelahnya yang masih bersih daripada serbuk keropok.
"Hello" kata Sooyoung sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Sooyoung, siap cepat, aku nak pergi tengok bunga api tahun baru" kata Jungkook.
"Alah, kau pergilah sorang, aku tengah tengok drama Melting me softly ni" balas Sooyoung.
"Sooyoung, kau tu teman wanita aku. Aku nak sambut tahun baru dengan kau" kata Jungkook.
"Weih, kau pergilah dengan ibu bapa kau, aku nak tengok Ji Chang Wook berlakon ni!" balas Sooyoung dia masih tidak mahu ikut.
"Aku dah ajak ibu dan ayah aku, tapi diorang kata nak tengok bunga api dalam televisyen je" balas Jungkook yang masih mahukan gadisnya pergi bersamanya.
"Kau ajaklah Park Jimin" balas Sooyoung.
"Kau ke Jimin yang Girlfriend aku, sekarang ni?" balas Jungkook.
"Weh, aku malaslah nak tukar baju. Lagipun Ji Chang Wook tengah nampak handsome sangat ni, aku tak naklah terlepas drama ni" kata Sooyoung.
"Kau pilih, aku yang teman lelaki kau ni atau Ji Chang Wook tu?" Jungkook menyoal.
Sooyoung diam buat seketika.
"Aku pilih, Ji Chang Wook" Sooyoung memberikan jawapan yang membuatkan Jungkook hampir menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding akibat tertekan.
"Tak sayang aku lah tu" balas Jungkook dengan nada sayu.
Sooyoung menarik nafas dalam. Bukannya tak kenal Jeon Jungkook. Dah dekat sepuluh tahun dia mengenali lelaki itu.
Sekali dia merajuk, manja lain macam!
Kang Sooyoung mencapai alat kawalan televisyen lalu dia menutup televisyen itu.
"Tu sekejap, aku pergi bersiap" kata Sooyoung kepada Jungkook yang masih berada ditalian.
"Ok! Sayang kau! muah!" balas Jungkook dengan penuh teruja.
"Euww, dah lah, bye weh!" balas Sooyoung lalu menamatkan panggilan itu.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook dan Kang Sooyoung duduk bersila diatas rumput yang luas itu.
Mereka berdua memandang sekeliling. Banyak pasangan bercinta yang sedang berciuman di padang rumput itu.
"bwuek!" Jungkook membuat aksi ingin muntah melihat adegan itu.
Manakala Kang Sooyoung cepat-cepat menekup kedua-dua belah matanya.
"Oh! mata suci aku!" kata Sooyoung.
Setelah beberapa saat berlalu akhirnya bunyi mereka berdua tertawa. Disebabkan rasa kelakar dengan reaksi mereka sendiri.
"Aku datang sini nak tengok bunga api, tapi terpaksa pula tengok pemandangan yang tak menyenangkan ni" ujar Sooyoung sambil menggelengkan kepalanya.
Tanganya menepuk-nepuk perlahan peha milik Jungkook itu.
"Tapi, kita berdua sedang bercinta kan?" soal Jungkook.
"Dah tu, kau nak kata yang kita berdua sedang menganyam tikar ke, sekarang ni?" balas Sooyoung dengan jawapan yang pedas sehingga membuatkan tawa milik Jungkook terlepas.
Jeon Jungkook mencapai jari-jemari milik Sooyoung yang berada dipehanya. Dia mendekatkan telapak tangan Sooyoung pada dada miliknya.
"Bukan, maksud aku, bolehkan kalau kita...." Jungkook menahan senyumnya akibat malu.
"Kita apa?" soal Sooyoung yang masih tidak memahami apa yang Jungkook mahukan.
"Cium?" balas Jungkook.
Mata Sooyoung dan Jungkook saling bertembung, bagaikan ada sesuatu yang membuatkan mereka berdua mati kata.
TBC
ok gais dipersilakan muntah sekarang AHAHHA. Siyes panjang duh chapter ni, penat aku tulis.
Oh ya, lepas ni ending!!! Yeaaaa!!
Doakan semoga reen rajin nak buat epilogue huehue
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top