36: Ketuk
205 votes + 110 comments
"Seriously, Jungkook tanya benda yang sama?" Sooyoung menyoal untuk dapatkan kepastian.
Jimin mengangguk laju sambil menarik muncungnya.
"Kau fikir tak apa yang aku fikir?" soal Sooyoung.
Jimin tersenyum kerana akhirnya Sooyoung dapat tahu yang Jungkook sukakan dia.
"Crush Jungkook suka dekat orang lain. AHAHAH kesian dia" kata Sooyoung sambil tertawa besar.
Lantas Jimin menepuk dahinya. Tak sangka Kang Sooyoung ini boleh tahan bengap juga kadang-kadang.
☆☆☆☆
Dua minggu sudah berlalu, ujian akhir tahun telah pun tamat pada seminggu yang lepas.
Hari ni keputusan ujian akhir tahun telah pun keluar. Kertas yang menunjukkan kedudukan murid didalam kelas sudah ditampal di papan kenyataan.
Park Jimin menjengketkan kakinya sambil kepalanya didongakkan keatas untuk mencari namanya ramai sangat murid yang lebih tinggi sedang berkumpul untuk melihat kedudukan mereka sehinggakan Park Jimin terpaksa berjengket kaki.
Pelik betul, nama Park Jimin tiada.
Jimin mengerutkan keningnya sambil matanya masih lagi melilau mencari namanya. Kepalanya masih di halakan dibahagian bawah nombor 20-30 , setelah puas mencari dia mula melihat keatas.
Matanya membulat besar apabila namanya berada ditempat kelapan. Hampir sahaja dia menjerit suka disitu.
"Sooyoung! Sooyoung!" Jimin menjerit sambil kakinya berlari kearah Sooyoung yang sedang duduk di tempat duduknya.
Kang Sooyoung memandang kearah Jimin.
"Apa?" balas Sooyoung.
"Aku dapat nombor lapan!" balas Jimin dengan penuh teruja.
Kang Sooyoung mengukirkan senyuman tanda tumpang senang dengan pencapaian Jimin.
"Weih, terima kasih banyak-banyak! aku rasa macam nak peluk kau duh" kata Jimin. Hampir sahaja dia menangis terharu.
"Eee, tak nak aku, peluk kau. Lap hingus tu, geli,sial" balas Sooyoung sambil tangannya menolak Jimin supaya menjauhinya.
Jungkook datang mendekati mereka berdua sambil berpeluk tubuh.
"Yah, Park Jimin, jangan nak terharu sangat, minggu depan ujian CSAT. Tu yang penting nak bawa kau masuk universiti" kata Jungkook.
Jimin terus berpaling kearah Jungkook sambil tersenyum suka. Dia masih lagi gembira tentang markah peperiksaan akhir tahunnya.
"Iya, aku tahu" balas Jimin.
"Oh ya, Jimin, kau anak pengarah syarikat KIA kan?" soal Sooyoung dan mendapat anggukan dari Jimin.
"Maksudnya, nanti kau pula lah yang dapat jawatan ayah kau, kan?" Sooyoung menyoal lagi.
Sekali lagi Jimin mengangguk.
"Dah macam dalam drama! muda-muda dah dapat jawatan pengarah syarikat" ujar Sooyoung.
"Utunglah kau, tak perlu belajar pandai-pandai pun tetap dapat kerja yang gaji banyak" balas Jungkook lalu menepuk perlahan bahu Jimin.
"Alah, korang berdua pandai! aku pasti korang akan dapat kerja yang bagus" kata Jimin.
Sooyoung berdecit perlahan sambil tersenyum melihat telatah Jimin itu.
"Oh ya, Jungkook, Sooyoung, korang nak kerja apa nanti?" soal Jimin.
"Doktor"
"Doktor"
Terus Jimin menekup mulutnya apabila Jungkook dan Sooyoung berkata serentak untuk menjadi doktor.
"Korang punya jodoh tu! memang kuat!" kata Jimin.
"Dah lah, makin lama aku cakap dengan kau, makin sakit kepala aku" kata Jungkook lalu berjalan ke tempat duduknya semula.
☆☆☆☆
Jungkook mencapai telefon bimbitnya apabila bunyi deringan mula kedengaran.
Dia menjawab panggilan itu apabila nama Jerry tertera di skrin telefon.
"Ha, kau nak apa waktu cuti ni?" soal Jungkook sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Bangunlah setan, tidur je kerja kau" kata Sooyoung di dalam panggilan itu.
"kau apa tahu, aku ni tak cukup tidur tahu tak?" balas Jungkook sambil matanya masih terpejam rapat.
Esok sudah bermulanya CSAT jadi selama seminggu ni Jungkook tidak dapat tidur yang cukup akibat belajar sehingga lewat malam.
"Aduh kau ni, macam aku ni cukup sangat je tidur" balas Sooyoung berunsurkan perlian.
"Kau nak apa call aku ni?" soal Jungkook kembali.
"Esok CSAT dah mula kan?" soal Sooyoung.
"Hmm" balas Jungkook tanda ya.
"Jom kita keluar, pergi buang stress" Sooyoung mengajak Jungkook untuk keluar bersama.
Lama Jungkook diam.
"Woi! kau tidur balik ke?!" jerit Sooyoung di dalam panggilan.
Lantas Jungkook kembali sedar akibat jeritan Sooyoung itu.
"Apa tadi, kau cakap?" soal Jungkook kembali.
"Bangang sial, jantan ni" Sooyoung mula hilang sabar.
"Aku nak ajak kau keluar untuk kurangkan tension" kata Sooyoung.
"Oh, tak nak lah, aku ngantuk ni" balas Jungkook.
"alah, weih, kau ni" suara Sooyoung sudah meleret-leret tanda minta simpati daripada Jungkook.
"Iyalah,iyalah" balas Jungkook.
"Cepat tau!" Sooyoung mengingatkannya.
"Iya, aku tahulah" kata Jungkook lalu menutup panggilan itu.
Lelaki itu menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dia kembali menutup mata untuk tidur sebentar.
Tiba-tiba sahaja tingkap biliknya diketuk dari luar dengan kuat.
"Oi! sempat lagi kau tidur! bangunlah!" suara Sooyoung kedengaran dari luar tingkap biliknya.
Buat kali kedua, tiba-tiba pula pintu biliknya pula dibuka oleh ibunya.
"Jungkook, bangunlah, Sooyoung datang tu" kata ibu Jungkook.
Dengan malasnya Jungkook bangkit dari baringnya.
"Dah bangun! boleh tak semua pergi? Jungkook nak mandi ni" kata Jungkook sebaik sahaja dia bangkit dari baringnya.
"Cepat tau weh! aku ada benda penting nak bagitahu kau, hari ni juga!" kata Sooyoung lalu dia pergi menjauhi tingkap bilik Jungkook.
TBC
Baiklah, cerita ni tinggal lagi 4 chapter! Dah nak habisss!
Oh ya, nak epilogue tak??
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top