32: Overprotective
200 votes + 50 comments
"Aku Tom dan Sooyoung ni Jerry aku" kata Jungkook.
Semua memandang kearah Jungkook dengan padangan pelik.
Hanya Jaehee dan Sooyoung yang tahu apa yang dimaksudkan Jungkook oleh kerana mereka bertiga bersama semasa perbualan itu.
"Apa kau merepek ni?" balas Namjoon.
"Oh, kau tak tahu yang kitorang ni pasangan Tom and Jerry?" soal Jungkook. Rasanya satu sekolah sudah tahu tentang mereka berdua.
"Iya, yang tu aku tahu. Masalahnya apa kena-mengena dengan situasi sekarang ni?" soal Namjoon.
"Aku sedang protect Jerry aku daripada kau" kata Jungkook.
Sooyoung sudah mahu menyorokkan mukanya dalam tong sampah kelas. Kawan siapa ni? Dia tak kenal.
"Sudahlah weh, aku lapar ni" Sooyoung menyampuk perbalahan antara Jungkook dan Namjoon.
Makin dibiar, makin membodoh jawapan yang Jungkook bagi.
"Apa maksud kau? Sooyoung, Jerry kau?" Namjoon masih menyoal tanda tidak berpuas hati dengan jawapan berbelit yang Jungkook berikan.
"Maksudnya, Sooyoung dah tak single" balas Jungkook sambil menjelirkan lidahnya. Kang Sooyoung sudah memejamkan matanya, malu sungguh dapat kawan bongok macam ni.
Mahu sahaja Namjoon menumbuk wajah Jungkook. Cepat-cepat Seokjin menghalang.
"Sudahlah weh" Seokjin memujuk rakannya itu.
Jimin yang tadi sudah pergi ke kantin, tapi dia berpatah balik ke kelas sebab mahu rehat bersama Jungkook dan Sooyoung.
Park Jimin datang mendekati Jungkook, Sooyoung, Jaehee, Haesoo dan dua orang lagi lelaki yang Jimin tidak tahu namanya.
"Jomlah rehat" kata lelaki yang tag namanya tertera 'Seokjin'
Kawannya hanya menurut Seokjin pergi.
Jimin memandang kearah wajah Jungkook yang sedang mengembungkan pipi kanannya sambil dahinya berkerut menunjukkan dia tidak berpuas hati.
"Korang,apa yang berlaku?" soal Jimin sebaik sahaja mendekati mereka.
Mereka semua memandang kearah Jimin.
☆☆☆☆
Nam Jaehee POV💚
"Yeondo, petang ni aku nak study dengan Sooyoung, kau nak join tak?" soal Jaehee dari tempat duduknya.
Malas nak bazirkan tenaga pergi ke meja Yeondo.
"Tak nak" balas Yeondo.
Dengan segera Jaehee memandang Sooyoung untuk memberitahu sahabatnya itu. Tapi, Sooyoung sudah tidur di mejanya lalu Jaehee mengalihkan pandangannya kearah Jungkook pula.
"Jungkook, Yeondo tak nak join study group tu" Jaehee memaklumkan kepada Jungkook yang sedang membaca buku komik ditempat duduknya.
Jungkook hanya mengangguk tanpa memandang kearah Jaehee. Dia sibuk membaca buku komik.
Yeondo yang pada awalnya tidak berminat untuk menyertai study group tu. Tapi, bila dengar Jaehee sebut nama Jungkook lantas Yeondo berpaling kebelakang untuk memandang kearah Jaehee.
"Weh, Nam Jaehee, aku berubah fikiran. Aku nak join" kata Yeondo.
Jaehee menayangkan riak wajah menyampah kepada Yeondo. Gedik!
Lalu Jaehee berpaling memandang kearah Jungkook semula.
"Jungkook, Yeondo nak join" kata Jaehee kepada Jungkook.
Jungkook hanya mengangguk sekali tanpa memandang kearah Jaehee.
Jungkook tak berminat nak tahu sama ada Yeondo nak join atau tidak.
☆☆☆☆
Haesoo dan Jaehee sudah mula membuat set kertas soalan subjek matematik. Manakala Jungkook masih membaca buku komik dan Sooyoung pula sudah tertidur di atas meja perpustakaan itu.
Park Jimin memandang kearah Jungkook dan Sooyoung.
"Jungkook, kau tak nak belajar ke?" Jimin menyoal.
"Bila Kang Sooyoung dah bangun, baru aku belajar" balas Jungkook tanpa memandang wajah Jimin. Jungkook masih fokus membaca buku komik itu.
Jimin membuat muka yang tiada perasaan. Biar benar, Jungkook ni memang jenis tak kisah atau pun dia memang terlalu pandai?
"Kalau macam tu, aku nak pergi tandas dulu lah" kata Jimin lalu dia bangkit daripada kerusi.
Jungkook hanya diam sahaja dan terus membaca.
Jimin berjalan keluar daripada perpustakaan dan menuju ke arah tandas lelaki.
Kang Sooyoung POV💚
Sooyoung membuka matanya apabila dia rasa yang bateri hidupnya sudah dicas penuh atau maksud lainnya, Sooyoung sudah tidur dengan cukup.
Dia mengangkat kepalanya daripada meja. Gadis itu memandang sekeliling.
"Mana Park Jimin?" soal Sooyoung apabila mendapati bahawa Jimin sudah tiada di tempat duduknya.
"Dia pergi tandas" balas Jungkook sambil menutup buku komiknya.
"Kau dah mula belajar?" Sooyoung menyoal Jungkook.
"Belum, tengah tunggu kau lah" balas Jungkook sambil mengambil dua helai kertas soalan dan berikan sehelai kepada Sooyoung.
Kang Sooyoung menyambut pemberian Jungkook itu lalu dia mula menjawab soalan matematik.
Tiba-tiba Yeondo baru sampai dan letakkan begnya bersebelahan dengan tempat duduk Jungkook.
"Maaflah terlambat, tadi aku cari perpustakaan, tak jumpa" kata Yeondo lalu duduk dikerusi bersebelahan dengan Jungkook.
Jungkook hanya diam dan fokus membuat soalan matematik itu.
"Nampak sangat menipu, padahal tadi dia pergi lepak dekat shopping mall" kata Sooyoung perlahan. Bukannya Sooyoung tidak tahu yang Yeondo keluar sekolah selepas habis waktu persekolahan.
Perangai Yeondo tu sangat mudah diramal.
"Sibuklah kau ni" balas Yeondo lalu dia kembali memandang kearah Jungkook.
"Erm, Jungkook, nak kertas soalan macam tu jugak, boleh?" tanya Yeondo dengan sopan.
Cepat-cepat Sooyoung memberikan kertas soalan kepada Yeondo.
"Jangan kacau Jungkook lah, dia tengah sibuk belajar tu" kata Sooyoung.
Yeondo berdecit perlahan dan Jeon Jungkook sedang menahan senyumannya.
Bahagia nampaknya.
"Jungkook, ni nak kena bahagi dulu kan?" soal Haesoo kepada Jungkook selaku pasangannya.
Jungkook memandang seketika soalan yang Haesoo tunjukkan kepadanya.
"Eh tak, kau kena darab dulu baru bahagi" balas Jungkook.
Yeondo pula mengambil hal itu sebagai kesempatan.
"Jungkook, ermm ni nak buat macam mana?" soal Yeondo sambil menongkat dagu.
Jungkook mengalihkan pandangannya kearah Yeondo.
Kang Sooyoung yang asalnya sedang menjawab soalan tapi dia terus memandang kearah Yeondo apabila dia memanggil nama Jungkook.
"Oh yang ni senang je, kau kena buat darab silang lepas tu--" belum sempat Jungkook habiskan ayatnya Kang Sooyoung terlebih dahulu menarik kertas soalan itu daripada tangan Yeondo.
"Biar aku ajar" kata Sooyoung.
"Kau ni sibuklah, aku nak Jungkook ajar" balas Yeondo.
"Kau tu buta ya? tak nampak? Jungkook tengah ajar Haesoo kan, kenapa kau nak kacau" kata Sooyoung.
"Eih, kau ni, biarlah, partner kau tu Jimin, kenapa nak sibuk" balas Yeondo.
"Kau tu yang penyibuk" balas Sooyoung.
Baru sahaja Yeondo ingin membalas kata-kata Sooyoung itu, Jungkook terlebih dahulu menyampuk.
"Yah, Kang Sooyoung" Jungkook memanggil.
"Apa?" balas Sooyoung.
"Kau.." Jungkook teragak-agak untuk mengatakannya, tapi bibirnya sedang menahan senyum kerana sifat Sooyoung yang overprotective itu nampak comel.
"Aku apa?" soal Sooyoung.
"Kau cemburu, ya?" soal Jungkook.
Keadaan jadi senyap sunyi buat seketika. Manakala Jaehee dan Haesoo pula sudah menahan gelak. Mereka berdua menekup muka menggunakan kertas soalan matematik itu. Sungguh comel dan kelakar!
Jungkook masih lagi memandang kearah Sooyoung untuk mendengar apa yang akan gadis itu katakan.
Jimin yang baru sahaja tiba di situ memandang kearah mereka semua dengan pandangan pelik. Kenapa semua diam ni?"
"Weh, apa yang berlaku?" soal Jimin dengan wajah tidak tahu apa-apa ditayangkan.
TBC
Baiklah, aku nak tahu. Apa komen kau kepada Jungkook? Sooyoung? Jimin?
Maaflah, lambat sikit update, sibuk cari gif yang sesuai AHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top