30: Sambut

200 votes + 55 comments

Jaehee terjun kebawah sambil matanya dipejamkan, tidak sanggup dia ingin melihat apa yang akan terjadi selepas ini.

"JAEHEE!" Sooyoung berteriak keras.

Nam Jaehee mula membuka mata apabila dia terasa sudah jatuh ke bawah.

Tapi, apa yang membuatkan dia terkejut. Kenapa tanah ini lembut semacam? Dia dah mati atau belum?

"Jungkook!" jerit Sooyoung dari Rooftop.

Jaehee membuka matanya apabila nama Jungkook disebut oleh Sooyoung. Kenapa lelaki itu boleh berada disini?

"Dapat!" teriak Jungkook dari bawah.

Nam Jaehee terkejut apabila dia sudah berada diatas tilam lompat tinggi. Akan tetapi, disebabkan kepalanya yang sakit akibat jatuh dari tempat tinggi, membuatkan pandangannya mula kabur.

Semakin kabur dan akhirnya Nam Jaehee pengsan.

"Weh, Sooyoung! dia pengsan!" teriak Jungkook.

Sooyoung hanya mengangguk lalu dia berlari menuju kearah tangga untuk turun kebawah. Nam Jaehee pengsan sebab terkejut, mungkin.

Setelah dia sampai di tingkat bawah, Sooyoung berlari kearah Jungkook.

"Sekarang macam mana?" soal Jungkook.

"Kau angkat Jaehee, aku pergi tarik balik tilam ni masuk dalam stor sukan" kata Sooyoung.

Jungkook hanya mengangguk setuju.

Tiba-tiba telefon Sooyoung berdering. Nama Song Haesoo terpapar pada skrin.

"Hello" Sooyoung mula menyapa.

"Jaehee, macam mana?! selamat tak?! dia jatuh atas tilam tak? ke dia jatuh atas tanah?!" bertubi-tubi soalan Haesoo ajukan akibat risau.

"Jaehee selamat" jawab Sooyoung yang membuatkan Haesoo mampu mengela nafas lega.

Beberapa jam sebelum itu...

Jungkook dan Sooyoung berlari menuju kearah sekolah, untung sahaja tidak jauh dari rumah mereka.

Sooyoung melihat kearah telefon bimbitnya yang sedang berdering itu, terpapar nama Haesoo. Lantas dia menjawab panggilan itu. Sengaja Sooyoung membuka mod speaker supaya Jungkook dengar sekali.

"Hello, Sooyoung, tadi Nam Jaehee telefon aku, dia kata selamat tinggal! Weh! kawan kita nak bunuh diri!" kata Haesoo sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Ya aku tahu, aku dengan Jungkook dalam perjalanan ke sekolah, Jaehee nak terjun dari bangunan sekolah" balas Sooyoung.

"Kita nak buat apa ni?" soal Haesoo.

"Jungkook, kau tunggu dekat bawah. Nanti bila Jaehee terjun. Kau sambut dia" Sooyoung mula memberi idea merepek akibat panik. Habis semua hukum logik akal Sooyoung langgar.

"Kepala otak kau, kalau aku sambut dia nanti, dengan aku sekali boleh mati" balas Jungkook.

"Oh ya!" Haesoo yang berada dipanggilan itu mendapat idea.

"Jungkook-ah, pagi tadi, aku ada kemas stor sukan lepas tu aku lupa nak kunci. Jadi, kau pergi ambil tilam lompat tinggi dekat stor sukan" Haesoo memberi idea.

"Kalau Jaehee nampak ada tilam dekat bawah, macam mana?" soal Jungkook. Kalau Jaehee nampak tilam ada di bawah mestilah dia akan ubah tempat untuk terjun.

"Aku akan tarik perhatian dia supaya dia terjun tanpa tengok bawah, jadi, pastikan kau letak tilam, di tempat yang betul dan tepat. Silap sikit, Jaehee akan mati" balas Sooyoung.

Nasib baiklah, Song Haesoo ni olahragawati sekolah. Ada juga gunanya saat begini.

Dan begitulah cara Jaehee boleh terselamat.

☆☆☆☆

Sooyoung keluar daripada bilik tidur Jaehee bersama Jungkook. Setelah memastikan yang Jaehee baring di katilnya dengan baik

Mereka berdua membawa Jaehee dari sekolah sehingga ke rumah Jaehee.

Sooyoung memandang kearah wajah ibu Jaehee yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu.

Ibu Jaehee tidak mengatakan apa-apa sejak tadi. Dia kekal diam. Terkejut, mungkin?

Kang Sooyoung berjalan menuju kearah ibu Jaehee. Tapi, lantas Jungkook menarik tangan Sooyoung supaya tidak mendekati ibu Jaehee.

"Sooyoung, jom balik, dah lewat ni" ujar Jungkook dengan nada yang lembut.

Jejaka itu tahu yang Sooyoung pasti sedang marah. Iya, marahkan ibu Jaehee.

"Jungkook, aku dah lama bersabar. Tapi, kali ni, semuanya melampaui batas" kata Sooyoung sambil memandang tepat kearah anak mata Jungkook.

"w-weh" Jungkook cuba memujuk, jari-jemari gadis itu mula ditarik agar merapati dirinya.

Alasan mengapa Jungkook berbuat ialah untuk meminta simpati. Tolonglah jangan mulakan kemarahan ibu Jaehee. Jungkook tidak mahu Sooyoung dicaci. Bukannya Jeon Jungkook tidak tahu yang ibu Jaehee amat benci pada Kang Sooyoung.

"Tolonglah Jungkook, biarkan aku cakap dengan ibu Jaehee" balas Sooyoung dengan nada merayu yang membuatkan Jungkook mula tidak tentu arah.

Jungkook melepaskan nafas berat lalu dia mengangguk tanda memberi persetujuan.

Lantas Sooyoung berjalan mendekati ibu Jaehee yang sedang termenung di sofa itu.

"Mak cik, saya nak cakap dengan mak cik" Sooyoung memulakan perbualan.

Ibu Jaehee kekal diam.

"Saya nak mak cik tahu, yang anak mak cik, Nam Jaehee. Tak pernah tidur dalam kelas, tak pernah ponteng kelas, tak pernah tak siap kerja rumah dan tak pernah walaupun sekali dia bermain dalam kelas" kata Sooyoung.

"Apa yang awak nak cakap ni?" soal Ibu Jaehee tanpa memandang wajah Sooyoung dia kekal memandang lantai ruang tamu.

"Saya nak cakap, yang Jaehee dah berusaha sehabis baik untuk dapatkan keputusan yang macam mak cik nak" kata Sooyoung.

Ibu Jaehee kekal diam.

"Mak cik terlalu sibuk menjadikan Jaehee tu seorang yang sempurna sampaikan mak cik terlupa, tiada manusia yang sempurna" kata Sooyoung.

Ayat Sooyoung itu membuatkan ibu Jaehee mengalihkan pandangannya memandang kearah Sooyoung.

"Apa yang awak tahu? Mak cik nak kan yang terbaik untuk Jaehee. Untuk anak tunggal mak cik. Kalau dia tak berjaya, macam mana dia nak hadapi dunia nanti?" balas Ibu Jaehee.

"Mak cik lah yang selalu menyuruh Jaehee buat itu, buat ini. Pernah tak, mak cik tanya dia, adakah dia ok? adakah dia penat? adakah dia lelah? adakah suka atau pun tidak. Mak cik sekali pun tak pernah tanya" kata Sooyoung. Air matanya mula bertakung apabila memikirkan sahabatnya menjadi mangsa keadaan.

Ibu Jaehee kembali diam.

"Mak cik, Jaehee tu bukannya robot, dia ada perasaan. Tolonglah, saya merayu, buatlah Jaehee tersenyum kerana mak cik" kata Sooyoung.

Selama ini Nam Jaehee hanya mampu tersenyum disebabkan Sooyoung dan Haesoo yang selalu menceriakan harinya. Jika bersama ibunya, hanya menambahkan tekanan.

Mata Jungkook membulat besar apabila Sooyoung duduk melutut dihadapan ibu Jaehee.

"Saya merayu, mak cik, tolonglah jangan terlalu memaksa Jaehee. Dia suka melukis, dia nak jadi pereka fesyen. Jadi, berhentilah memaksa sahabat saya tu untuk jadi doktor" ujar Sooyoung dengan nada sayu.

Setiap hari dia sahaja yang mendengar masalah Jaehee. Nam Jaehee tidak mampu untuk memberitahu ibunya.

Tidak mengapa, Kang Sooyoung telah melakukan itu untuk pihak Jaehee.

Kang Sooyoung mengesat air matanya menggunakan hujung jarinya lalu dia segera bangkit dari melutut.

Kang Sooyoung menunduk hormat kepada ibu Jaehee.

"Saya tahu, mak cik tak suka saya berkawan dengan Jaehee sebab perangai saya. Jadi, mak cik tolonglah ikut kehendak Jaehee dan saya akan jauhkan diri dari dia" ujar Sooyoung. Jadi, beginikah pengakhiran persahabatannya dengan Nam Jaehee? Tak sangka sesadis ini.

Kang Sooyoung mula berjalan mendekati Jungkook yang sedang menunggu di pintu keluar rumah itu.

"Sooyoung, tunggu" ibu Jaehee memanggil gadis itu.

Kang Sooyoung berpaling kebelakang. Kelihatan ibu Jaehee sudah bangkit dari kerusi.

"Jaehee sayangkan kamu, jadi, mak cik nak minta, jangan tinggalkan dia, jangan jauhi dia" kata Ibu Jaehee sambil mengukirkan senyuman kecil.

TBC

Baiklahh, apa perasaan anda sekarang???

Oh ya, aku..rasa nak buat cerita ni sampai chapter 40 sebab moments sweet tak muat nak masuk kalau 35 chapter je ehehe. Boleh tak?

❤❤❤❤❤

Promote!!

💜 cherryh0neyy 💜




❤❤❤❤❤❤

💜 jimengkim 💜


☆☆



☆☆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top