28: Tampar
120 votes + 50 comments
"Ergh, bosannya" keluh Sooyoung lalu dia merebahkan kepalanya ke atas meja perpustakaan itu.
Dia memandang kearah jam yang berdetik dinding. Peperiksaan subjek fizik sudah tamat beberapa minit yang lepas, sekarang waktu semua murid-murid belajar sendiri untuk peperiksaan seterusnya iaitu subjek biologi.
"Yah, Kang Sooyoung!" satu suara yang amat dikenali oleh Sooyoung.
Lantas Sooyoung mengangkat kepalanya dan berpaling kebelakang.
Jeon Jungkook, Song Haesoo dan Park Jimin sedang datang mendekatinya.
"shhh" pegawai yang menjaga perpustakaan itu menyuruh mereka supaya tidak membuat bising.
Jimin menunduk maaf kerana salahnya menjerit nama Sooyoung tadi.
Jungkook menarik kerusi berhadapan dengan Sooyoung. Haesoo dan Jimin pula turut menarik kerusi untuk duduk berdekatan dengan Sooyoung.
"Korang buat apa dekat sini?" Sooyoung menyoal, riak wajah yang tidak memahami apa-apa ditayangkan.
Jungkook menunjal perlahan dahi Sooyoung. Masa yang ada sebelum ujian biologi bermula, mereka bertiga meminta izin untuk mengulang kaji di perpustakaan.
"Nak jumpa kau lah, bangang betul soalan tu" kata Jungkook lalu dia berdecit perlahan.
Sooyoung mengusap dahinya lalu menampar lengan milik Jungkook.
"Sakitlah, setan" marah Sooyoung.
Jungkook menjelirkan lidahnya tanda tidak berasa sakit dengan tamparan Sooyoung itu.
"Aku tak tahulah kenapa, tapi korang berdua ni memang comel" Jimin menyampuk sambil menongkat dagu tersenyum kearah Jungkook dan Sooyoung.
Lantas Sooyoung menampar pipi kiri Jimin dan Jungkook menampar pipi kanan Jimin.
"Weh... sakit..." Jimin seakan-akan ingin menangis.
Haesoo yang dari tadi hanya melihat akhirnya mengungkapkan rasa terkejutnya.
"Uish, korang tampar orang pun synchronize memang ada chemistry kuat betul korang ni" kata Haesoo sambil tersenyum senang.
"Kau nak kena tampar jugak ke?" soal Sooyoung dengan nada menyampah.
Laju sahaja Haesoo menggeleng mati terus senyumannya.
Jungkook pula sudah memicit kepalanya, makin dilayan, makin sakit kepala jadinya.
"Lagi sekali sesiapa yang pandai-pandai jodohkan aku dengan Jungkook, aku tanam dia hidup-hidup" kata Sooyoung sambil jari telunjuknya dihalakan pada wajah Jimin dan Haesoo.
Laju sahaja Jimin dan Haesoo mengangguk tanda memahami arahan Sooyoung. Sekali pandang nampak macam tentera yang baru terima arahan dari komander.
Keadaan jadi senyap sunyi buat seketika.
"Ermm, Sooyoung-ah, aku nak tanya pasal soalan ni" kata Jimin sambil menunjukkan kertas latihan subjek biologi kepada Sooyoung.
"Kau ni... boleh je tanya Jungkook, kenapa nak susahkan diri datang sini semata-mata nak jumpa aku" kata Sooyoung lalu dia menarik kertas soalan itu agar mendekatinya.
"Ehehe, aku suka kau ajar, terus masuk dalam otak" balas Jimin sambil tergelak kecil sehinggakan matanya mula tidak kelihatan akibat otot matanya mula merapat.
Haesoo dan Jungkook sudah menongkat dagu sambil memandang kearah soalan itu, mestilah mereka nak tahu soalan apa yang Jimin bawa itu.
Penyakit bawaan virus Ebola menyebabkan kematian, berdasarkan pengetahuan anda berikan cara-cara untuk merawati penyakit bawaan virus Ebola.
Setelah membaca soalan itu dahi Sooyoung berkerut.
"Mana kau dapat soalan ni?" gadis itu menyoal.
"Aku jumpa dekat internet" jawab Jimin sambil memuncungkan bibirnya.
"Soalan ni pernah keluar dalam CSAT tahun lepas" kata Sooyoung yang membuatkan mata Jungkook membulat.
"w-weh, kau tahu tak soalan CSAT yang dah lepas, biasanya tak didedahkan di media" kata Jungkook.
Memang mereka semua terkejut. Macam mana, boleh ada di internet pulak ni?
"Jadi, apa jawapan dia?" soal Haesoo memecahkan kesunyian.
"Vaksin Ebola ni masih belum ada, saintis masih lagi mengkaji" kata Sooyoun.
"Kesimpulannya, tak ada cara untuk merawat penyakit virus Ebola, siapa yang kena memang akan mati" Jungkook menyambung kata-kata Sooyoung.
Jimin yang dari tadi diam rupanya sedang mencatat nota pada buku tulis miliknya.
Jungkook dan Sooyoung saling berpandangan.
"Kau fikir tak apa yang aku fikir?" soal Jungkook.
Sooyoung mengangguk sekali.
"Park Jimin, esok, boleh tak kau bawak lagi soalan macam ni?" soal Jungkook kepada Jimin.
"Boleh, lagipun aku ada print banyak dekat rumah" kata Jimin.
"Jadi, mulai esok kita akan belajar ikut soalan tu je" kata Sooyoung.
Semuanya hanya mengangguk setuju.
Tinggal lagi lima bulan untuk ujian CSAT. Sekarang bukannya masa nak bermain.
☆☆☆☆
Sooyoung melangkah masuk ke kawasan kantin, langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Nam Jaehee sedang berjalan keluar dari ruang kantin.
"Yah, Nam Jaehee" kata Sooyoung sambil menarik lengan Jaehee.
Langkah Jaehee terhenti, tetapi dia tetap tidak memandang kearah Sooyoung.
"Kau nak apa?" soal Jaehee dengan nada dingin.
"Jadi, pengakhiran persahabatan kita, macam ni?" soal Sooyoung.
"Aku tahu, kau bukannya nak berkawan dengan aku lagi" balas Jaehee.
"Jaehee-ah, aku tahu kau lelah, aku tahu kau buat macam tu sebab nak dapat tempat pertama. Tapi, kalau itulah yang buat kau bahagia, dengar sini baik-baik, aku sentiasa ada bila kau perlukan, jadi kenapa kau nak lari daripada aku?" soal Sooyoung.
Tipulah kalau air mata mereka tidak mengalir, terasa seperti menjumpai penghujung dalam hubungan persahabatan mereka.
Semua orang yang lalu-lalang disitu hanya memerhatikan mereka.
"Sooyoung-ah, aku bukan kawan yang baik untuk kau, jadi berhentilah berkawan dengan aku" kata Jaehee.
"Jadi, kau nak tamat semuanya hanya sebab kau khianat aku?" soal Sooyoung.
Tiba-tiba Yeondo yang asalnya datang ke kantin untuk makan, tapi ternampak pula adengan mereka, segera datang mendekati.
"Kau patut jauhkan diri daripada Jaehee" kata Yeondo kepada Sooyoung.
"Apa hak kau?!" soal Sooyoung jelas sekali yang dia marah.
"Sedarlah Kang Sooyoung, Mak Jaehee tak pernah suka kan kau, jauhkan diri kau dari Jaehee" kata Yeondo.
Sooyoung memandang wajah Jaehee.
"Aku cuma nak kau tahu, yang aku sentiasa tunggu kau sama seperti mana aku tunggu kau sebelum ni, sahabat" kata Sooyoung lalu berjalan meninggalkan Jaehee dan Yeondoo.
Terhinjut-hinjut bahu Jaehee akibat menahan tangisan. Tipulah, kalau dia tidak menyesal dengan perbuatannya.
TBC
Baiklah, siapa dah muak dengan drama murahan cerita ni? angkat tangan anda!
Ehehe, nak cakap sikit ni, cerita ni akan habis dalam beberapa Chapter lagi mungkin akan ditamatkan pada chapter ke-35? suka takk?? ke tak suka? ehehe 😅
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top