26: Meniru
100 votes + 30 comments
Sooyoung memandang kearah wajah pengetua.
Sekarang Kang Sooyoung sedang duduk didalam bilik pengetua.
"Saya tak sangka yang awak meniru, Kang Sooyoung" kata pengetua dengan nada yang kesal.
Sooyoung kekal senyap. Nak kata dia diperangkap, bukannya ada bukti yang kukuh pun.
"Selama ni yang awak dapat markah cemerlang tu, sebab awak meniru?!" suara pengetua meninggi.
"Tak! Cikgu! sekali pun saya tak pernah meniru!" balas Sooyoung. Hampir sahaja dia mahu menangis.
Semua usaha dia belajar sehingga tengah malam selama ini semata-mata untuk dapat markah cemerlang. Apabila markah bagus itu dituduh meniru, memang menyakitkan hati.
"Habis tu ni apa, Sooyoung?!" balas Pengetua sambil melemparkan helaian kertas nota yang terselit dibawah kaki meja Sooyoung tadi.
Sejujurnya, pengetua amat kecewa dengan Sooyoung. Pelajar yang dia sayangi selama ini rupanya buat kerja terkutuk ini.
"Cikgu! tu bukan tulisan saya! cikgu tengoklah sendiri tulisan saya dalam buku tulis, memang langsung tak sama" Sooyoung mempertahankan dirinya.
Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memberitahu yang ini, Jaehee punya angkara.
Tiba-tiba pintu bilik pengetua dibuka. Wajah ibu Sooyoung menghiasi sebaik sahaja pintu dibuka.
"O-omma" Sooyoung kelu.
☆☆☆☆
"Maaf puan, tapi sekolah ni ada peraturan sendiri, pelajar yang ditangkap meniru akan disingkirkan dari menjawab seluruh kertas daripada ujian bulanan itu" terang pengetua kepada ibu Sooyoung.
Kang Sooyoung menunduk memandang lantai. Sumpah! dia tidak sanggup melihat reaksi ibunya. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Kalau boleh, Sooyoung tidak mahu melihat ibunya menangis.
Ibu Sooyoung hanya mengangguk tanda memahami prosedur sekolah itu. Jadi, perbincangan telah tamat. Pengetua membenarkan Puan Kang untuk membawa Sooyoung pulang.
Sooyoung dan ibunya melangkah keluar dari bilik pengetua.
Sooyoung memandang kearah ibunya yang sudah mara kehadapan.
"Eomma" Sooyoung memanggil ibunya.
'Tolonglah, jangan kecewa dengan Sooyoung'
Ibunya berpaling kebelakang memandang kearah Sooyoung.
"Iya sayang?" balas ibu Sooyoung.
"S-sooyoung tak buat semua tu. Sumpah! eomma, Sooyoung tak meniru" kata Sooyoung dengan penuh perasaan.
Ibu Sooyoung memandang tepat kearah anak mata anak gadisnya. Membuatkan ibunya teringat kembali tentang usaha anak tunggalnya.
Sejak kecil, hobinya membaca, sehingga sekarang anaknya sentiasa belajar dan membuat nota. Setiap malam, dia membuat latihan sehingga tertidur di meja belajar. Kadang-kadang anaknya minum kopi dengan banyak hanya untuk berjaga demi belajar.
Anaknya sudah usaha dengan keras untuk dapatkan markah cemerlang, jadi sebab apa anaknya mahu meniru?
Puan Kang mengukirkan senyuman.
"Siapa kata omma percaya yang anak omma ni meniru?" kata ibu Sooyoung sambil merangkul bahu anaknya.
Tipulah kalau Sooyoung tidak menangis.
"Anak omma ni bekerja keras untuk dapatkan markah bagus, kenapa nak meniru pula?" kata ibu Sooyoung lagi.
"Kita pergi makan ais krim, nak?" soal ibu Sooyoung sambil mengelap air mata yang jatuh di pipi Sooyoung itu.
Sooyoung mengangguk tanpa berkata apa-apa, dia masih mencuba menyedut hingus supaya tidak keluar daripada hidung.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
Jungkook menyimpan bekas penselnya ke dalam beg. Waktu persekolahan sudah tamat, sudah tiba masa untuk pulang ke rumah.
Park Jimin yang terlebih awal mengemas barangnya, cepat-cepat pergi ke tempat duduk Jungkook.
"Jungkook, kau rasa betul ke yang Kang Sooyoung meniru?" soal Jimin.
Jungkook hanya menayangkan wajah yang tidak berperasaan.
"Jungkook, aku tanya ni" ujar Jimin dengan nada separa merayu.
"Aku tak tahu!" balas Jungkook dengan kasar. Lantas Jungkook menggalas begnya lalu berjalan keluar dari kelas.
Jungkook menggenggam penumbuknya sambil kakinya berjalan keluar dari kawasan sekolah.
'Mustahil Kang Sooyoung meniru! Aku yakin, dia mesti kena perangkap'
Song Haesoo POV💚
Song Haesoo memandang kearah tempat duduk Sooyoung yang sudah kosong itu.
Sukar untuk percaya, Kang Sooyoung, meniru?
Bukannya Haesoo tidak tahu yang Sooyoung tu dilahirkan dengan otak yang pandai, buat apa dia nak meniru?
Haesoo mengalihkan pandangannya kearah rakan karibnya, Nam Jaehee.
"Jaehee-shi" Haesoo memanggil rakannya itu.
Jaehee berpaling menghadap wajah Haesoo.
"Betul ke, Sooyoung meniru?" soal Haesoo. Nam Jaehee, kan duduk disebelah Sooyoung mesti dia tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Jaehee hanya membisu dan tidak menjawab soalan Haesoo itu.
"Jaehee-ah, Sooyoung tu kawan kita, kenapa kau bagitahu cikgu? Kenapa kau tak berusaha selamatkan Sooyoung dari tertangkap?" bertubi-tubi Haesoo melontarkan kata-kata.
Kalau Sooyoung meniru sekali pun, Kenapa, Jaehee sengaja memberitahu cikgu? Memang meniru tu salah, tapi bukan dengan cara hanat tu nak kantoikan kawan baik sendiri.
Jaehee kekal diam, dia melontarkan pandangan kosong kepada Haesoo.
Tiba-tiba sahaja Yeondo datang mendekati mereka berdua.
"Buat apa nak selamatkan budak yang meniru tu? Kesalahan tetap kesalahan" kata Yeondo untuk back-up Jaehee.
"Macam mana kau boleh tahu yang Sooyoung meniru? mana tahu dia diperangkap ke?" pedas sahaja Haesoo membalas.
"Tak! memang Sooyoung meniru! aku nampak!" teriak Jaehee.
Haesoo memandang tepat kearah wajah Jaehee. Wajah Haesoo mempamerkan riak kecewa.
"Aku tak tahu macam mana aku dan Sooyoung boleh berkawan dengan orang macam kau" kata Haesoo lalu berjalan keluar dari kelas.
Dia mahu pergi ke rumah Sooyoung, dia pasti! Kang Sooyoung tidak akan pernah lakukan perkara sebegitu.
Kawan tu orang sentiasa percayakan kita semasa kita dianiaya. Bukankah begitu?
TBC
Maaf untuk chapter sendu ni, aku tahu ramai dah muak dengan drama cerita ni T-T aku mintak maaf wehh sebab kekurangan cerita ni!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top