25: Kertas

100 votes + 45 comments

Kang Sooyoung melangkah masuk ke dalam kelasnya lalu dia berjalan menuju ke tempat duduknya.

Hari ni, hari pertama untuk ujian pertengahan tahun. Kertas hari ini ialah Matematik dan Sains.

Meja yang sudah tersusun jarak itu telah memudahkan Sooyoung untuk duduk ditempat yang sudah ditetapkan mengikut senarai nama.

Kang Sooyoung meletakkan begnya lalu dia melabuhkan punggungnya keatas kerusi.

Apa yang dia tidak puas hati adalah meja yang dia dapat itu, tidak stabil. Kaki meja itu tidak sama tinggi menyebabkan meja itu mudah bergoyang.

Hal itu akan menganggu konsentrasi Sooyoung ketika menjawab ujian nanti.

Riak wajah Sooyoung mula berubah, mood nak jawab exam macam dah lari pergi balik ke kampung halaman untuk beraya.

"Sooyoung-ah, kau kenapa?" soal Jaehee yang kebetulan tempat duduknya bersebelahan dengan Sooyoung.

"Meja ni lah, goyang-goyang pulak dah" Sooyoung merungut.

Nam Jaehee tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

"Kejap, aku tolong" ujar Jaehee lalu dia mula mengoyak buku notanya.

Nam Jaehee melipat helaian kertas itu sehingga menjadi kecil lalu dia menyelitkan kertas itu dibawah kaki meja yang agak rendah pada meja Sooyoung itu.

Jadi, ketinggian kaki meja semua sudah sama panjang, meja itu sudah tidak bergoyang lagi.

"Thank you, weh!" balas Sooyoung.

Jaehee hanya membalasnya dengan senyuman kelat.

"Maafkan aku, Kang Sooyoung"

☆☆☆☆

"Jimin-shi, kau dah siapkan semua latihan yang aku bagi hari tu?" soal Sooyoung.

Tinggal lagi 15 minit sebelum ujian kertas sains bermula.

"Dah!" balas Jimin sambil membuat simbol 'ok' menggunakan jarinya.

Sooyoung hanya mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan Jimin itu.

Setelah itu, anak mata Sooyoung dialihkan kepada Jeon Jungkook yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.

"Jungkook-shi, kau target berapa?" soal Sooyoung.

Jungkook memandang kearah Sooyoung.

"Target aku, nak beat markah kau" tenang sahaja Jungkook menjawab soalan Sooyoung.

"Tch, cubalah kalau kau mampu" balas Sooyoung.

"Oh ya, malam ni kau nak datang study dekat rumah aku, tak?" Soal Jungkook.

"Pukul berapa?" soal Sooyoung semula.

"Sebelum makan malam? pukul 7?" balas Jungkook.

"Nanti kau boleh tumpang makan malam sekali" sambung Jungkook lagi.

"Boleh sangat tu" balas Sooyoung.

"Asal makan, laju je kau" ujar Jungkook sambil menayangkan wajah tidak berpuas hati.

"Suka hati akulah" balas Sooyoung lalu memalingkan wajahnya kearah lain.

"Alahai, merajuk pulak dah" nada Jungkook seakan-akan mengejek.

Sooyoung hanya buat tidak tahu sahaja.

Jungkook mengeluh kecil.

"Aku baru ingat nak belanja kau susu pisang hari ni" kata Jungkook.

Lantas kepala Sooyoung berpaling kepala menghadap wajah Jungkook.

"Aku nak susu strawberry" kata Sooyoung dengan nada mendatar.

Jungkook mengukirkan senyuman kecil.

"Ok, susu strawberry, waktu balik nanti" balas Jungkook.

Barulah terbit senyuman dari bibir Sooyoung.

Tinggal lagi beberapa minit sebelum ujian Sains bermula.

Bukannya semua orang tidak tahu yang subjek Sains ialah subjek yang Sooyoung kuasai. Manakala, Jungkook pula menguasai subjek matematik.

Bukan bermaksud subjek lain mereka lemah, cuma subjek kegemaran mereka itu yang sentiasa mendapat keputusan yang hebat-hebat belaka.


☆☆☆☆

Sooyoung memicit dahinya sambil tangannya laju menulis jawapan pada kertas ujian subjek sains itu.

Haih, semalam Sooyoung tidak cukup tidur akibat belajar sehingga pukul 4 pagi. Nak dapat A punya pasal.

Tipulah kalau dia tidak menghadapi masalah sakit kepala. Sungguh Sooyoung rasa menyesal sebab tak telan penadol pagi tadi sebelum ke sekolah.

Sooyoung membaringkan kepalanya keatas meja buat seketika. Penat berfikir.

Sooyoung mengalihkan pandangannya kearah Nam Jaehee yang duduk bersebelahan dengannya. Tangan rakannya itu tidak berhenti menulis. Hal itu  membuatkan Kang Sooyoung tersenyum senang kerana rakannya dapat menjawab soalan.

Tiba-tiba sahaja Jaehee mengangkat tangannya. Nak minta kertas jawapan lebih, mungkin?

Cikgu bertugas mula berjalan kearah Jaehee.

"Ya, ada apa, Jaehee?" soal Cikgu.

"S-saya nampak Sooyoung meniru" kata Jaehee.

Lantas Kang Sooyoung mengangkat kepalanya.

"Apa kau merepek ni?!" suara Sooyoung meninggi apabila dituduh begitu.

"Sooyoung ni kertas apa?" soal Cikgu apabila dia melihat ada kertas yang diselitkan pada kaki meja.

Itu kertas yang Jaehee selitkan tadi untuk menstabilkan meja itu.

Cikgu mengambil kertas yang terselit itu lalu membuka lipatannya.

Terdapat tulisan-tulisan nota yang berkenaan dengan subjek sains.

"Kang Sooyoung awak akan dikenakan tindakkan displin dan awak tak boleh ambil ujian sepanjang mid-term ni" kata Cikgu.

Bukankah hukuman itu terlalu melebih?

TBC

Baiklah, mengaku sekarang, siapa dah menyampah dengan cerita ni?

Sebab aku sendiri pun menyampah dengan jalan cerita aku. Bahabi betul Jaehee. Maaf tercarut *bow 360°*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top