BAB 38 🌸

"Abang okey? Dah lega belum?"

Belakang badannya diusap perlahan. Risau aku dibuatnya. Masuk kali ini saja dah lima kali dia muntah dan berulang-alik pergi ke tandas dalam feri ini. Muz ini degil, aku dah kata naik kapal terbang saja. Dia nak juga naik feri. Aku pun baru tahu yang Muz rupanya mabuk laut.

Kepalanya menggeleng lemah. Perut masih dipegang. Uwekkk! Dia muntah lagi. Kali ini, lebih lama berbanding sebelum ini. Dahi aku berkerut risau.

Badannya kembali ditegakkan. Tanganku pantas mengelap tepi bibirnya dengan tisu di tangan.

"Sayang... abang dah okey. Jom duduk sana." Aku hanya menurut. Perlahan-lahan, Muz aku papah menuju ke tempat duduk yang disediakan. Beberapa pasang mata penumpang lain memandang ke arah kami. Aku hanya melemparkan senyuman.

"Akak nak plastik tak? Saya ada plastik lebih. Kalau nak muntah, boleh terus di situ. Tak perlu ulang-alik pergi tandas." Seorang penumpang wanita di sebelah menghulurkan plastik. Suaminya di sisi turut mengiakan.

"Haah. Kesian pula saya tengok bro itu macam pucat sangat, takut tak larat pula," kata si suami.

"Oh, thank you so much." Bibir mengukir senyuman mesra. Plastik bertukar tangan lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Aku kembali menoleh ke arah Muz yang kini sedang bersandar di bahu. Automatik bibir mengukir senyum.

"Kesiannya orang itu... mabuk teruk eh?" Bahagian hadapan rambut Muz yang menutup dahi aku elus lembut dengan jari.

"Hmm," gumamnya perlahan dengan mata terpejam.

"Sayang, urut kepala abang sekejap. Pening sangat ini," pinta Muz lagi. Tanpa banyak soal, pelipis kepalanya aku urut perlahan. Aduhai, kesiannya cik abang kita ini. Baru ingat nak happy-happy pergi honeymoon, sekali dia sakit pula. Ini baru nak pergi, balik tak tahulah macam mana. Aku rasa nak suruh tempah ticket flight saja nanti.

Beberapa minit kemudian, tangan berhenti mengurut tatkala menyedari Muz sudah hampir lena. Beg tangan di sisi aku capai dan isinya dikeluarkan. Asam kering dalam plastik kecil dibuka dan dimasukkan dalam mulut. Pergh, sedapnya! Kecur liur weh! Terpejam mata aku.

"Sayang makan apa itu?" soal Muz sambil berkerut dahi. Lah, tak tidur lagi rupanya encik suami kita ini. Riak mukanya jelas kelihatan pucat.

"Abang lapar ke? Nak makan roti tak? Lagipun abang tak breakfast lagi, kan?" Aku pandang Muz sekilas. Dia menggeleng. Tangannya dibawa menekup mulut. Aku tahu, mesti dia rasa nak muntah lagi.

"Nah, makan asam ini. Boleh buat hilang mabuk itu sedikit." Plastik asam di tangan didekatkan kepada Muz.

"Ya ke? Tak pernah dengar pun?" Plastik itu hanya dipandang sepi.

"Betul, Lela tahulah. Dulu Lela mabuk laut juga macam abang. Sekarang dah tak dah."

"Nak suap! Aaa..." Muz dah buka mulut luas-luas sebiji macam budak tak cukup makan. Aku sekadar menjeling. Ceh! Sakit-sakit pun cari peluang juga nak mengada itu! Sabar sajalah. Nasib baik sayang.

"Abang nak banyak ke sedikit? Asam ini masam sangat-sangat tau."

"Banyak sedikit."

Huh? Otak aku dah confuse. Nak mana satu ini? Melihatkan aku yang dah blur tahap cipan, Muz pantas menggeleng kepala. Mulut yang terbuka luas ditutup kembali.

"Suka hati Lelalah nak bagi banyak mana. Abang makan saja." Mulutnya dibuka sekali lagi. Kali ini, lebih luas. Aku dah tersengih. Besarnya mulut, bang! Nasib baik tak bau.

Muz mengulum asam yang baru masuk ke dalam mulut. Dahinya berkerut.

"Masamnya sayang! Seriuslah Lela makan benda ini?" Dia tanya. Aku hanya mengangkat bahu. Dah aku suka apa boleh buat. Beberapa ketul asam disumbat lagi ke dalam mulut.

Selepas makan asam, aku terus tertidur. Maklumlah, perjalanan di dalam feri mengambil masa yang lama juga. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi dah. Kelopak mata pun terasa berat seolah-olah merelakan. Sedar-sedar saja, Muz beritahu yang kami dah sampai di jeti. Perjalanan ke hotel tempat menginap pula diteruskan dengan menaiki kereta sewa yang ditempah lebih awal.

Lif berhenti bergerak tatkala sampai di tingkat 5. Langkah kami bergerak mencari nombor bilik seperti yang tertera pada kunci. Room 555. Hah, dah jumpa! Elok saja kedudukannya di tengah-tengah floor ini dan berhampiran dengan lif.

"Bismillah..." Sebaik pintu dibuka, mulut aku terlopong. Subhanallah, cantiknya view dia! Direct terus nampak pantai dari balkoni.

"Ah... leganya!" Muz pula dah buat kuak lentang di atas katil bersaiz king itu. Aku tersenyum sendiri sebab aku tahu dia mesti penat hadap mabuk laut atas feri tadi. Hampir dua jam jugalah dia menahan rasa.

"Abang! Tempat ini cantik sangat. Pandai abang pilih. Thank you! " ucapku seikhlas hati. Aku bergerak mengisi ruang kosong di sebelah Muz.

"Welcome, dear. This is especially for us, you know? " Muz kenyit mata kiri. Sengajalah itu nak mengusik aku. Sengaja aku buat-buat tak nampak padahal jantung berdegup laju macam baru lepas maraton.

"Nanti selepas jamak zohor dengan asar kita pergi jalan-jalan area pantai nak?" tanya Muz. Mata aku kembali ditala ke arahnya. Biar betul cik abang seorang ini?

"Abang okey ke? Tak nak rest dulu? Kesian abang, penat layan mabuk laut tadi." Aku tak kisah, bila-bila pun aku okey. Aku cuma risaukan Muz. Lagipun, masih panjang lagi waktu kami di Langkawi ini.

"Abang dah okey, lagi-lagi selepas makan asam yang terlebih masam itu. Terus tak jadi nak muntah," jelas Muz.

"Hah, kan betul Lela cakap tadi, abang tak nak percaya." Bibir menguntum senyum kemenangan. Bangga sekejap walhal kebenarannya pun aku tak begitu pasti. Aku main cakap saja. Ngeh ngeh.

"Yalah sayang oii..." Tangan Muz menarik hidung aku dengan kuat. Habis merah dibuatnya.

"Sayang tak nak buka tudung ke?" soal Muz. Aku melihat diri sendiri. Haahlah, elok saja shawl biru tersarung di kepala. Baru tersedar. Excited sangat tadi.

"Tak apa. Biar abang yang buatkan." Belum sempat aku bereaksi, jari kasar Muz terlebih dahulu bertindak menanggalkan peniti yang terselit di bahagian tepi pipi. Kemudian, lilitan shawl di kepala dibuka perlahan-lahan sehingga menampakkan rambut aku yang panjang terikat.

"Okay, done honey."

Saat itu, pandangan kami bertamu. Kulit muka aku serta-merta memerah. Aduh, Muz ini pun. Waktu macam ini jugalah nak buat aku mencair macam aiskrim. Malu tahu tak?

Untuk menghilangkan perasaan gugup yang tiba-tiba saja bertandang di hati, rambut yang tadinya diikat aku lepaskan sejenak. Sengaja menyibukkan diri dengan membetulkan ikatan rambut yang dah serabai. Baru saja hendak mengikat kembali, lenganku terlebih dahulu ditarik oleh Muz. 

Aku memandangnya bersama sebuah persoalan. Sebelah kening terangkat.

"Tak payah ikat, rambut sayang panjang... cantik," puji Muz. Di bibirnya turut diselitkan sebuah senyuman. Terpana aku dibuatnya. Uwaa, rasa nak menangis sekarang. Cik abang, janganlah senyum macam itu! Saya cair!

Bagaikan dipukau, aku hanya menurut tanpa bantahan. Muz senyum lagi. 

"Is there anyone telling you that you're an angel, sayang? " soal Muz. Sepasang matanya kekal setia memandangku.

Aku mengangguk tanpa ragu-ragu. "Ada." 

Perlahan-lahan senyum di bibirnya pudar.

"Siapa? Bedebah betul lelaki itu. Berani nau dia puji isteri abang. Kalau abang dapat dia, memang teruk kena makan penumbuk ini," ujar Muz dengan nada geram. Giginya diketap kuat. Riak mukanya bersungguh-sungguh tak puas hati. Tilam katil juga ditumbuk berkali-kali.

Aku yang melihat hanya mampu menyorok senyum.

"Muzaffar Shah. My husband. My love," balasku. Muz automatik mengangkat kepala. Bibir perlahan-lahan mengukir senyuman lebar. Tak sangka agaknya dengan jawapan yang akan aku berikan. 

"Dah, dah. Lela nak tidur. Penatlah tangkap cinta dengan abang.  Abang jangan kacau tau." Segera aku membaringkan diri di atas katil. Mata aku pejamkan rapat. Telinga aku lantas menangkap bunyi Muz yang tergelak di sebelah.

"Okey, sayang... abang tak kacau dah. Sweet dreams, dear." Muz turut berbaring di sebelahku. Posisi badannya bertukar mengiring supaya setentang dengan aku. Dahiku dikucup lembut sebelum pinggang aku dibawa rapat ke dalam pelukan.

*******

Rasa lucu pula apabila teringatkan peristiwa semalam. Kononnya, beria sungguh Muz mengajak aku berjalan-jalan di tepi pantai petang itu. Alih-alih, selepas saja habis solat terus dia landing baik punya di atas tilam empuk hotel. Aku pun tak terkata apa tatkala mendengar dengkuran halus milik Muz. 

Keesokan hari, baru dia teringat janjinya denganku. Jadi sekarang ini aku tengah tunggu dia membelikan aiskrim Magnum untukku sebagai denda petang semalam. Tanpa disedari, bibir mengukir senyum sendiri. Muz... Muz. Awak seorang saja cukup buat saya gila dan bahagia pada masa yang sama.

"Cikgu Laila!" Pantas aku menoleh, mencari empunya suara. Eh, Falique! Tangannya melambai ke arahku. Kemudian, langkahnya mendekat. Aku bingkas berdiri sambil menyapu butiran pasir yang melekat di baju.

"Hai Falique! Tak sangka saya jumpa awak dekat sini. Bercuti dengan keluarga ya?" soalku.

Falique mengangguk. "Haah. Family saya itu... ada dekat sana. Tengah mandi pantai."

Oh, patutlah budak ini memakai baju renang. Aku tersenyum memandangnya. Budak ini, sungguh bertuah kedua ibu bapanya. Falique seorang yang cukup berbudi bahasa juga bijaksana. UPSR baru-baru ini pun dia dinobatkan sebagai pelajar cemerlang sekolah. Aku sebagai guru, sangat berbangga dengan kejayaan Falique.

"Cikgu datang sini seorang diri saja ke?" soalnya pula.

"Eh, tak ada la. Saya datang dengan suami saya. Sekarang tengah tunggu dialah ini." Falique mengangguk sesekali matanya ditala ke arah tempat keluarganya berkumpul.

"Cikgu, sebenarnya saya nak ucap terima kasih pada cikgu sebab sedarkan saya dan kawan-kawan yang lain untuk terus berjaya. UPSR hari itu pun kami semua gembira dengan result masing-masing yang cemerlang. Terima kasih cikgu, ajar kami selama ini."

Hatiku tersentuh mendengar ungkapan ikhlas dari mulut pelajarku sendiri. Buat ke sekian kalinya, aku tersenyum lagi.

"Sama-sama Falique. Lagipun tanggungjawab saya untuk mendidik pelajar saya dengan baik. Sekarang ini, awak dah berjaya dengan cemerlang. Saya harap awak kekalkan kejayaan awak di sekolah menengah pula nanti," pesanku. Dia mengangguk faham.

"Saya pergi dulu ya cikgu. Ibu saya dah panggil makan. Sekali lagi, terima kasih cikgu! Ada rezeki kita jumpa lagi!" Pemergiannya dihantar dengan ekor mata. Kemudian, aku kembali berpusing menghadap pantai yang luas terbentang.

"Mak!" Terjerit kecil aku. 

Mana taknya, sekali pusing terus nampak muka Muz dengan rupa hodoh yang sengaja dibuat-buat. Hah, bagus sangatlah itu. Elok-elok muka dah handsome sibuk lagi nak bagi buruk. Inilah manusia, tak tahu nak bersyukur. 

"Ish, abang inikan! Suka buat Lela terkejut. Abang memang suka eh tengok muka Lela buruk?" Gigi diketap menahan geram terhadap insan sengal di depan mata. 

"Eh, mana ada buruk. Sikit-sikit itu adalah tapi tak nampak sangat sebab abang nampak yang cantik saja." 

Pap! Lengannya aku pukul perlahan. Main-main pula dia! Muz tergelak lagi.

"Nah, aiskrim Magnum tak ada. Abang dapat jumpa aiskrim Malaysia saja." Sebatang aiskrim dihulurkan kepada aku. Dahi sudah berkerut.

"Satu je? Mana cukup, bang."

"Sayang tak perlu risau. Abang dah borong satu plastik. Abang tahu sangat isteri abang ini memang buruk lantak orangnya." Selamba Muz mengutuk aku. Ceh! Aku jeling dia tajam.

Plastik pink yang sebelumnya disorok dari pandangan mata diangkat. Penuh dengan aiskrim! Wah... tak sabar pula nak habiskan. Bibir dah tersenyum lebar.

"Terima kasih abang!" Lengannya aku paut erat lalu ditarik untuk duduk bersama beralaskan pepasir pantai.

"Kasihmu diterima sayangku," balas Muz.

Panorama indah matahari terbenam melatari ruang mata. Bunyi pukulan ombak yang tenang memukul pantai menghasilkan irama yang mengasyikkan. Begitu juga dengan sayup-sayup suara kanak-kanak yang riang bermain air pantai. Kami berdua hanyut melayani suasana sebelum Muz membuka mulut.

"Lela nak tahu, dulu abang selalu fikir yang abang takkan mampu rasa bahagia. Takkan mampu rasa disayangi apatah lagi dicintai. Walaupun abang ada bonda dan ayahanda yang melayan abang dengan baik, abang still rasa tak cukup. Abang rasa sunyi. Abang dahagakan kasih sayang daripada keluarga kandung. Setiap hari, abang akan berdoa supaya Allah beri abang peluang untuk bertemu dengan mereka. Sekejap pun jadilah. Abang cuma nak cakap dekat ibu, terima kasih sebab lahirkan abang. Nak cakap dekat ayah, terima kasih sebab masih risaukan tentang abang ketika semua orang bencikan abang. Paling penting, abang harap sangat semoga ayah dan ibu hidup bahagia bersama. Sama macam abang bahagia hidup dengan Lela sekarang."

Aku memandang Muz dari sisi. Sebak menyelinap ke dasar hati. Ya Tuhan, tabahnya lelaki ini mengharungi liku-liku hidup. Jauh di sudut hati, terbit rasa bersyukur terhadap kurniaan ilahi ke hadrat diri ini.

Perlahan-lahan tangan Muz aku capai lalu digenggam erat. 

"Semua yang terjadi pasti ada hikmah terindah yang menanti. Mungkin andai semua ini tak berlaku, kita takkan bertemu. Seorang Delaila takkan mengenal Muzaffar. Abang dan Lela pun belum tentu boleh nikmati bahagia bersama. Entah-entah, sekarang ini pun Lela tak kahwin lagi. Sibuk membujang. Abang tak apalah, abang kaya. Baru buka dompet, semua orang dah terpikat," selorohku. Sempat menyelitkan gurauan.

Muz tergelak. Hilang raut mendung di wajahnya sebelum ini. Pucuk hidungku dicuit lembut.

"Oh, sebab inilah sayang kahwin dengan abang? Mesti selalu curi-curi buka dompet abang sebelum pulang dulu, kan? Ooo... baru abang tahu." Ceh! Aku nak mengusik dia, aku yang terkena.

"Yalah, ada orang itu kaya sangat agaknya sampaikan wallet tertinggal, perfume mahal itu pun lupa nak dikeluarkan daripada troli. Waktu itu kan, sumpah Lela cannot brain. Eh, eh mamat ini. Beli barang, tapi lupa nak bawa balik. Hah, macam mana itu?" Tengok! Kan aku dah membebel panjang. Muz sekadar tersengih.

"Tapi abang tak risau malah sampai sekarang abang bersyukur sebab tertinggal dua barang itu. Nak tahu tak sebab apa? Sebab apabila jadi macam itu, Lela datang sendiri dekat abang. Tak payah susah-susah abang nak buat comeback. Hahaha." Sebaik menghabiskan kata, lelaki itu tergelak besar. Aku mendecit perlahan.

"Ceh! Kalau buat comeback pun, macamlah Lela kenal! Abangkan perahsia sangat. Nickname pun aci guna dia. Perkataan dia itu general sangatlah abang. Manalah Lela mampu nak cari. Lain kali, cubalah bagi hint sedikit," ujarku. Muz di sisi tersenyum lebar.

"Ehem, lain kali?  Sayang nak abang bagi surat itu lagi ke?" soal Muz tiba-tiba.

"Heh, tak payahlah. Surat dulu yang abang bagi pun Lela dah tak ingat simpan dekat mana. Boleh jadi dah hilang," balasku. Sesekali jari sibuk bermain dengan butiran pasir pantai.

"Abang tahu, sayang still simpan lagi surat itu. Inside your notebook, am I right? " 

Kenyataan Muz membuatkan aku terkaku. Kepala diangkat untuk bertentang mata dengannya.

"Macam mana abang tahu? Abang baca buku itu?" soalku bersama mata yang membulat. Sungguh, aku nak tahu. Rasanya aku dah simpan buku itu dengan baik dan laci yang menyimpan buku itu juga sentiasa dikunci. 

Muz tersenyum simpul.

"Ingat lagi dua minggu abang tak balik? Abang tak pergi jauh pun, ada je dekat rumah ibu dengan ayah. Saja nak tenangkan fikiran sambil tu fikir hala tuju hubungan kita.Thanks to Kak Tim, sebab dia bagi abang kunci laci itu. Mula-mula, abang sakit hati jugalah sebab Lela masih simpan lagi barang hantaran Diff."

Aku tertunduk merenung pepasir yang melekat di kaki. Serba salah tatkala perihal Diff diungkit.

"Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu, abang ternampak buku lama. Bila buka, abang tak sangka sebab dalam itu Lela tampal semua surat yang abang bagi dulu. Abang mula sedar, apa yang abang buat ni salah malah langsung tak adil untuk Lela. Sepatutnya abang jaga Lela dengan baik, bahagiakan Lela sebab Lela dah jadi milik abang. Bukannya pentingkan diri  semata-mata nak lunaskan dendam itu." 

"Since that, abang slow-slow berubah. Cuba untuk pudarkan dendam yang dah lama bertamu dalam hati, yang dah dipupuk sekian lama. Lagi-lagi apabila Lela keguguran, abang nekad. Abang kena berubah. Untuk diri abang. Untuk Lela. Untuk rumah tangga kita. For our happiness. Apa yang Lela cakap dulu betul. Lupakan dendam itu, dan kita akan bahagia." 

Buat ke sekian kalinya, aku terkedu mendengarkan pengakuan Muz. Begitu banyak rupanya hikmah di sebalik semua ini. Yang masih belum diketahui.

"Abang harap semoga kebahagiaan kita bukan hanya sementara. Kalau boleh, sampai syurga. Nampak tak budak comel itu? It's also my hope. Nanti, abang dan Lela akan besarkan anak-anak kita sama-sama, jaga mereka dengan baik, berikan mereka sepenuh kasih sayang. Abang tak nak anak-anak kita terima nasib sama macam abang. Abang nak mereka dapat kasih sayang yang sebenar," luah Muz.

Tanpa sedar, bibir mengukir senyum. Turut membayangkan kebahagiaan yang bakal ditempuh bersama Muz nanti. 

"Setuju. Lela pun harapkan benda yang sama." Aku menganggukkan kepala.

"Kan? Abang pun sama. Tak sabar nak dapat anak-anak," balas Muz. Spontan aku menoleh pada Muz di sisi yang sudah mekar dengan senyuman lebar. Muka pun berseri-seri.

Huh? Apa dia cakap tadi? Aku tersilap dengar ke?

"Abang, what do you mean by dapat anak-anak?" Aku pelik. Memang perlu digandakan ke perkataan anak itu? Kelopak mataku lantas mengecil menatap wajah Muz.

"Kan kata ganda tu. Jadi... kita kenalah buat anak ramai-ramai, sayang." Muz bantai gelak kuat-kuat di situ juga. Seperti biasa, muka aku yang bertukar warna. Cis, kenapa aku tak pernah terfikir pasal benda ini? Keji punya suami!

Tanpa berlengah, pantas saja perut Muz dicubit. Gatal bebenor! Suami siapalah ini. Sungguh, aku tak nak mengaku.

"Sayang, abang nak tiga orang tau!" Semakin giat Muz mengusik. 

"Abang! Kenapa melampau sangat gatalnya ini? Lupa kunyah ubat gatal ke apa?" Aku mendengus geram. Sempat lagi itu nak meminta. Dia fikir senang ke nak mengandung dan bersalin itu?

"Eh, bukan kita dah janji ke dulu? Delaila, kahwin dengan saya dan jadi ibu untuk tiga orang anak kita nanti?"  Muz melakonkan kembali babak di sewaktu awal pertemuan aku dan dia di rumah bonda dulu. Siap dengan mimik muka sekali ditirunya. Huh, sengal!

"Itu bukannya janji, itu namanya minta kaki!" bidasku. Kali ini, Muz mengekek-ngekek ketawa. Aku sekadar menahan rasa dalam hati. Nasib kaulah, Lela. Siapa suruh terlajak cinta? Kan dah kena. 


To: Readers

Weh korang, hahaha aku nak minta maaf sebab chapter ini panjang sangat-sangat daripada biasa. Tak tahulah, tapi bila aku tulis idea mencurah-curah bagaikan air terjun nyah! Tak mampu aku nak hentikan. Muahahahaha so, korang baca jelah ek? 😜





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top