BAB 21 🌸

Berus berbulu tebal rancak menari di sekitar wajah. Sempat aku memandang Kak Tim yang tersenyum melihat aku di balik cermin. Aku pun turut membalas senyumnya. Mata kembali  ditala pada cermin yang membiaskan rupa aku yang kini lengkap dengan busana pengantin. Disebabkan aku jarang pakai macam ini, jadi terkejut pula dengan rupa sendiri. Cantik! Hik hok. Puji diri sendiri sekejap.

"Kak Hajar, make up kita tak nak tebal-tebal sangat tau! Nanti nampak fake," pesanku pada Kak Hajar, mak andam yang bertanggungjawab menyolek aku untuk majlis sanding hari ini. Kak Hajar mengangguk.

"Okey sayangku. Kalaulah semua pengantin macam awak, mesti jimat bedak mekap akak." Kak Hajar bergurau. Tergelak aku dan Kak Tim. Hahahaha boleh pula. Dah aku tak minat, boleh la kata macam itu.

"Tapi rugilah, betul tak kak? Kita dah bayar tapi guna sikit saja." Kak Tim mencelah. Kak Hajar mengangguk laju. Aku buat-buat tak dengar.

"Orang tak suka nak buat macam mana kan?" Kak Hajar memang dah faham sangat dengan set-set orang tak suka mekap macam aku. Bagus betul! Respect sis!

"Akak nak tanya. Suami awak itu macam mana? Hensem tak orangnya?" Tangannya sibuk membetulkan letak duduk tiara di atas kepalaku. Sesekali dia memandang aku, meminta jawapan. Dua ulas bibirku tersengih panjang.

"Orangnya sedap mata memandang." Ringkas jawapanku. Kak Hajar buat muka.

"Sedap mata memandang? Elok ke tak tu? Kalau sedap mata memandang, pokok kelapa sawit belakang rumah akak pun sedap mata memandang apa." Sentap sekejap. Apalah Kak Hajar ni, boleh pula disamakan cik abang kita dengan pokok kelapa sawit.

"Maksud kita, okeylah ada rupa sikit. Tapi tak apa, kita tak kisah. Kalau hensem sangat pun susah, nanti semua orang berebut nak. Biarlah dia milik kita seorang." Aku dah tersengih-sengih. Eee... macam gatal sangatlah pula ayat aku tadi. Kak Tim dengan Kak Hajar yang mendengar mencebik bibir. Geli sangat kot. Hahaha.

Tiba-tiba, pintu bilik dikuak dari luar. Ibu dah melangkah masuk sambil tersenyum lebar. Punggungnya dilabuhkan di birai katil di sebelah Kak Tim.

"Kak Je dah siap?" tanya ibu. Aku menganggukkan kepala. Dah siap dah. Kak Hajar pun mula mengemas barang-barang dia.

Aku perlahan-lahan bangun dari duduk, melangkah keluar dari bilik diikuti ibu dan Kak Tim di belakang. Majlis sandingnya nanti dekat dewan yang ditempah khas oleh pihak keluarga Muz. Keluarga kedua belah pihak rancang buat majlis sekali. Bagus planning macam itu, lagi aku suka! 

Keluar dari kereta, kornea mataku terlebih dahulu menangkap kelibat Muz. Dia turut terpaku melihatku. Segaknya cik abang! Lagi-lagi dengan baju melayu warna purple  itu. Waktu macam ini, mulalah jantung aku buat hal mengepam darah lebih laju daripada biasa.

"Wow, seriously Lela... he is so handsome!" Lili yang menjadi pengapit aku hari ini sempat berbisik. Eh, eh minah London ini. Jelingan tajan dihadiahkan buat Lili di sisi. Seronok memuji cik kak! 

"Hey, I'm jealous!"  balas aku, geram. Lili dah tergelak besar. Apabila tersedar terlepas laku, cepat-cepat dia tutup mulut. Selepas itu, kedua belah tangan diangkat tanda meminta maaf. Tercuit hatiku dengan tingkah Lili. Comel je. 

Kelibatku melangkah menghampiri dan berhenti di sebelah Muz. Sebelah tangan aku pegang bunga, sebelah lagi berpaut pada lengan dia. Sejenak Muz menundukkan kepala sambil berbisik perlahan di tepi cuping telingaku. Hanya untuk didengari oleh kami berdua.

"You're really beautiful, dear. Love you."  Spontan sepasang anak mata ini mencari wajah pemilik hati. Muz lantas mengenyitkan sebelah mata. Sekali lagi dadaku berdetak hebat. Dia inikan, suka buat aku berdebar tak tentu pasal. Harapnya tak ada siapa nampaklah. Walaupun dari ekor mata aku nampak Lili tengah tahan senyum dekat sebelah. Sabar sajalah. 

Menginjak petang, barulah semuanya selesai. Ramai betul orang datang. Logiklah sebab satu majlis gabung dua pihak, kan? Malam itu, sesi buka hadiah yang berlambak aku dapat. Setakat yang aku dah buka ini, banyak yang bagi perkakas dapur. Nampak sangat nak suruh aku masak banyak kali.

Kotak yang agak kecil menjadi pilihan. Balutannya aku koyak laju-laju. Maklumlah, mata pun sudah tak mampu menahan kantuk yang menggila. Huh, apa ini? Bingkai gambar? Kad yang terselit di bahagian belakang aku baca.

Move forward and find your own happiness, Lela.
Grab, take, and frame it here.
We always there for you.
xoxo Lili 💕 (with Diff)

Bibir aku mengukir senyum tanpa sedar. Lili, kau memang sahabat yang baik. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku. Tulisan tangan yang tertera aku baca berulang kali.

Diff, saya dah jumpa kebahagiaan saya sekarang. Saya yakin, semua ini pun berkat doa awak. Terima kasih juga Diff kerana memberi peluang untuk saya merasai cinta awak. Saya mendoakan awak tenang di sana. Al-Fatihah aku kirimkan kepada arwah.

Sebaik bingkai gambar itu disimpan, kelibat Muz duduk mengambil tempat di sebelah. Wajahnya aku pandang sambil bibir tak berhenti tersenyum lebar. Lelaki ini dah berjaya mencuri hati aku untuk kali kedua. Aku berdoa semoga dia kekal menjadi pemilik hati ini buat selamanya, setelah Allah dan rasul-Nya.

"Sayang, nak airlah. Haus." Tanganku sengaja dibawa dalam genggaman. Aku buang pandang ke sekeliling. Nasib baik semua orang tengah sibuk berborak. Dia inikan, nak bermanja pun langsung tak tengok sekeliling.

"Ya, awak nak air apa? Saya buatkan." Lembut suaraku membalas. Tak nak dah marah-marah sebab hati dah sayang. Ecececece... gedik je!

"Tak apalah, tak jadi. Sekarang, rasa nak awak pula." Apa lagi, terus berdebar dada tak tentu hala. Anak mata hitamnya pula merenung aku sedalam-dalamnya sambil mengukir senyuman mengusik. Tak boleh jadi ini. Genggamannya aku lepaskan, kemudian bingkas bangun menuju ke dapur. Uwaaa! Saya takut dengan orang itu.

Sekembalinya dari dapur, mug air milo aku hulurkan kepada Muz. Hampir semua pasang mata kini sibuk memerhatikan kami. Masing-masing tak lekang dengan senyuman. Kening aku ternaik, apahal pula ini pandang-pandang? Sesaat kemudian, baru aku sedar yang tangan kami berdua elok saja bercantum rapat. Erat bagai tak mahu dilepaskan.

"Semua dah boleh masuk tidur rasanya. Kita bagi peluang pengantin baru nak berehat. Mesti penat tu." 

Huh? Ayat siapa yang 'prihatin' sangat ini? Cis! Ayah ini, sengaja nak buat aku bertambah segan ke apa? Ayah dah kulum senyum kali ini.

"Ayah!" Spontan aku terjerit. Ayah gelak lagi. Saudara-mara yang lain pun ikut sama. Adeh, malu aku dah berbakul-bakul. Tak tahu nak campak mana.

Tepat pukul 12 malam, baru semua masuk tidur. Aku pun turut mengikut jejak langkah mereka. Sewaktu aku masuk, bilik kosong lagi. Di mana Muz, aku pun tak tahu. Badan terus dicampak ke atas katil. Ya Allah, nikmatnya baring. Aku tak kisah dah apa dah jadi dengan hiasan atas katil sekarang. Baru nak terbuai lena, pintu dibuka dari luar. Serta-merta aku terbangun duduk.

"Awak! Terkejut beruk saya," kataku sambil mengurut dada. Muz pun turut mengurut dada sekali. Terkejut juga.

"Tak tidur lagi?" Dia tanya. Pandangannya tak lepas langsung dari wajahku.

"Err... nak tidurlah ni. Ta... tapi awak masuk, tak jadi pula." Ish! Janganlah pandang macam tu! Gugup aku dibuatnya. Segera aku mengalihkan pandangan. Bantal ditepuk-tepuk, sengaja buat tenangkan hati yang dah rasa nak meletup.

"Lela..." Meleret suara Muz memanggil namaku.

"Ya saya." Tulang belakang automatik menegak untuk menghadap Muz.

"Awak sayang saya tak?" Redup matanya merenung ke dalam mataku. Huh? Soalan dari planet Pluto ke ni? 

"Rasanya awak sendiri tahu jawapannya." Sengaja aku bermain tarik tali padahal dalam hati, jantung terasa ingin melompat keluar menyembunyikan perasaan sendiri. Mestilah sayang! 

Aku menangkap senyuman kecil terbit di hujung bibir lelaki itu. Dia menunduk seketika sebelum kembali menatapku. Berseri-seri wajah Muz lebih-lebih lagi tatkala terpampang lesung pipitnya yang dalam.

"I love you too. Thank you sayang for being there with me."  Tanganku dibawanya ke dalam genggaman lalu dikucup lembut.

Bibirku pantas mengukir senyum. Rasa hati kian berbunga-bunga. Ungkapan cinta Muz bagaikan terngiang-ngiang di tepi telinga. Boleh angau teruk kalau hari-hari macam ini.

"So... mind to give me first hug?"  Muz mendepakan tangan di hadapanku bersama senyuman nakal terlakar di wajahnya.

Aku membulatkan mata. Pipi sudah berbahang kemerahan apabila diusik Muz. Spontan tangan bertindak memukul peha lelaki yang kini sudah berjaya menambat hatiku.

"Amboi, gatalnya! Tak sangka suami saya gatal macam ini." 

"Sayang... nak peluk ke tak? Kalau tak, awak tidur seorang diri malam ini." Muz mengugut.

Aku tergelak kecil sambil menghamburkan tawa. Muz... Muz. Sungguh, lelaki ini tidak pernah gagal mencuit hatiku.

Tanpa menunggu lama, badan tegap Muz aku bawa ke dalam pelukan. Erat bagai tidak mahu dilepaskan. Syukur Ya Allah, semoga bahagia kekal menjadi milik kami berdua. Pintaku tak putus-putus dalam hati.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top