BAB 17 🌸
Cincin belah rotan baru seminggu tersarung di jari manis belah kiri. Sesekali permukaannya bersinar terang. Aku hanya mampu tersenyum mengingatkannya. Syukur kepada Allah, aku dan Muz selamat mengikat tali pertunangan.
Teringat pula tempoh bertunang dengan Diff dulu. Sekejap juga tempohnya. Aku harap supaya pertunangan kali kedua ini berjalan dengan lancar dan sampai ke jenjang pelamin. Amin...
Kelas 6 Cemerlang. Kelas terakhir untuk diajar hari ini. Murid dalam kelas ini lain macam sedikit. Mulut semua petah bertanya. Kadang-kadang itu soalannya langsung tak terjangkau dek akal. Kebijaksanaan aku pun rasa seperti diragui apabila masuk kelas budak-budak IQ tinggi ini.
"Selamat pagi cikgu!" Si ketua kelas, Hakimi berdiri hormat diikuti pelajar lain. Buku dan pencil case aku letakkan di atas meja guru. Masing-masing duduk.
"Cikgu, kenapa cikgu pakai cincin? Cikgu bukan single lagi ke?" Tengok! Dah mula dah soalan KBAT dia. Nasib baik aku dah berpunya. Cuba kalau didengar oleh cikgu-cikgu yang masih single, tak ke mereka kecil hati?
Apa aku nak jawab ni? Satu kelas dah berebut-rebut perhatikan jari manis aku. Muka Falique yang bertanya tadi aku jeling sekilas.
"Cikgu dah bertunang sebab itu kena pakai cincin." Jawapan pantas yang sempat aku terfikir. Ralit betul semua tengok cincin pada jari aku. Tak lepas langsung, kau!
"Tunang sama ke dengan kahwin, cikgu?" Mestilah tak, wahai muridku!
"Kenapa cikgu tak kahwin terus?" Eh eh eh... dia ini. Fikir kahwin itu macam main PUBG ke?
"Tak cantiklah cincin ini cikgu. Tak ada permata pun." Samalah! Cikgu pun rasa macam itu.
Malangnya, semua soalan itu aku hanya mampu jawab dalam hati. Kalau aku jawab guna mulut, nanti tak jadi rancangan mengajar aku hari ini. Oleh itu, disebabkan tak nak semata-mata kerana cincin budak ini semua hilang fokus, cincin di jari terpaksa aku tanggalkan.
"Okey, fokus semua! Memandangkan UPSR hujung tahun ini, so why not we continue our syllabus? Bab berapa minggu lepas? Kita habiskan terus hari ini," ujarku. Masing-masing akur, mula mengeluarkan buku lalu diletakkan di atas meja.
"Bab sembilan cikgu! Pengawetan makanan." Aku angguk. Sambil itu, marker pen dikeluarkan dari pencil case. Tangan sibuk menulis beberapa point penting. Kemudian, aku berpusing menghadap semua.
"Tengok depan! Dekat sini saya dah list out semua point penting. Jadi, kita mulakan dengan point pertama. Kepentingan kaedah pengawetan makanan dalam kehidupan seharian. Cuba fikir, kenapa kita kena awet makanan?" soalku. Muka masing-masing dah menunduk. Tak nak kena panggil la tu. Alahai...
Tiba-tiba, ada seseorang mengangkat tangan. Memang muka dia saja kalau cikgu tanya. Sampai aku pun naik bosan. Haha, boleh pula. Siapa lagi kalau bukan Azeeb. Putih budaknya, tinggi pun tinggi, bijak pula itu! Dalam hati, aku memuji.
"Supaya makanan tak basi dan tahan lebih lama, cikgu." Aku angguk. Betul, tepat dan padat!
"Bagus! Selain itu, supaya mengelakkan mikroorganisma membiak pada makanan. Sebab apa? Mikroorganisma pun macam kita, suka makan makanan."
"Tapi saya tak suka makan, cikgu!" Seorang budak lelaki menyampuk.
"Hah, awak tak suka makan? Kenapa?" Kening aku ternaik. Tak baik untuk tumbesaran budak-budak di kala usia dalam proses tumbesaran. Riak muka Thohir bertukar masam mendengar soalanku.
"Ibu saya masak tak sedap, cikgu. Bukan saya saja, ayah pun tak suka makan masakan ibu." Tulus jawapan yang terbit dari hati seorang anak. Pelajar yang dengar dah gelakkan dulu. Aku pun dah rasa nak gelak tapi terpaksa tahan muka serius. Hai la budak...
"Thohir awak nak tahu sesuatu tak? Sebenarnya kan, air tangan ibulah yang paling sedap di dunia tau!" Anggaplah ini sebagai salah satu usaha aku untuk memujuk.
"Siapa kata? Ibu saya masak tak sedap langsung!" Thohir masih tegas mengatakan ibu dia masak tak sedap.
Falique di sebelah menyiku Thohir perlahan. "Tak elok tahu kau kata macam itu. Cuba bayangkan ibu kau dengar tadi. Mesti dia sedih."
Serta-merta Thohir terdiam. Aku hanya senyum dalam hati. Nampaknya, kata-kata Falique menyedarkan Thohir. Alhamdulillah tak salah aku mendidik selama ini. Nafas lega dilepaskan perlahan-lahan.
*******
"Amboi... ada orang itu sejak bertunang asyik termenung saja. Fikirkan Muz ke?" Terasa ada tangan laju memukul peha aku. Pedih rasanya. Aku jeling Kak Tim dengan tajam. Semua mata memandang ke arah aku. Awkward aku dibuatnya. Kak Tim punya pasal la ni!
"Mana ada! Orang fikir pasal hal dekat sekolah la." Kenyataan Kak Tim tadi dinafikan sambil tangan aku sibuk menggosok tempat kena pukul tadi. Aku rasa berbekas juga ini.
"Ala, kalau fikirkan Muz pun apa salahnya kan? Dah nak kahwin dah pun." Selamba ayah cakap macam itu. Matanya pula hanya ditala ke arah Buletin Utama malam itu. Aku pula yang malu sendiri. Cis! Ayah ini cakap tak teragak-agak pun.
Kak Tim dengan ibu dah ikut sengih. Abang Zul yang tengah main telefon pun sesekali menjeling kemudian sengih pandang aku. Aku tahan saja muka tembok dekat situ.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi telefon berbunyi. Masing-masing mencari arah datangnya bunyi itu. Tak lama, baru aku tersedar. Iphone X aku la! Cepat-cepat aku capai, tengok nama pemanggil.
"Hmm... panjang umur Muz. Baru disebut-sebut dah telefon." Cis! Apalah ibu ini. Boleh pula mengintai siapa call aku. Sengajalah itu nak mengusik! Tak nak tunggu lama, langkah kaki aku masuk ke bilik. Punat hijau ditekan.
"Waalaikumussalam. Hah, dah kenapa call ni?" Garang saja suara aku.
"Uish... garangnya! Janganlah marah-marah. Takut saya." Dia ini pun satu, suka sangat mengusik! Bibirku mendengus geram.
"Cakaplah... kenapa awak call? Malam-malam pula tu. Tak manislah." Suara dah bertukar mendatar. Dengan Muz, mana boleh marah lama sangat. Buang masa saja.
"Tak ada apa pun. Saja... titew rindu awok la! Hahahaha..." Telefon aku jarakkan dari telinga. Menyesal pula buat loud speaker. Gugur bulu telinga aku dengar suara mengada dia itu.
"Main-main, main-main! Hempuk kang!" See? Cepat saja aku dah rasa nak bertukar hijau.
"Awak ni tak rindu saya ke? Dah seminggu kita tak jumpa kan? Last time merisik itu pun sekejap."
"Rindu? Entah, tak ada rasalah pula." Sengaja aku sakitkan hati dia. Muz terdiam sekejap. Tak lama kemudian, dia bersorak.
"Yes! Eksperimen saya menjadi. Betul la apa yang Internet ini cakap. Kalau nak tahu tanda seseorang itu rindu kita, apabila kita tanya dia akan menafikan sebab orang itu tak nak meluahkan isi hatinya yang sebenar."
"Awak rindu sayakan sejujurnya? Kan? Kan?"
"Eee... menyampahnya la dia ni. Poyonya siap buat eksperimen segala. Fikir muka awak itu handsome macam Brad Pitt ke saya nak rindu bagai? Bwerk..." Bunyi muntah itu aku buat kuat-kuat supaya dia dengar.
"Eleh, saya Muz Pitt ini awak tak nak pula! Nanti lepas kahwin muka ini jugalah yang awak hadap setiap hari, sayang oi!" tempelak Muz. Aku membuat muka. Perasan tak habis-habis lagi dia ini.
"Sayang, sayang! Tak malu eh? Siapa sayang awak?"
"Awaklah! Awakkan sayang saya sebab itulah awak bertunang dengan saya. Betul tak?"
"Hahaha lambat lagi. Jangan nak berangan. Kita masih dalam tempoh berkenalan ya. Tak adanya nak bersayang-sayang. Tak payah nak miang sangat. Saya report dekat ayah kang." Aku guna cara mengugut. Bagi takut sikit.
"Report la... saya tak kisah. Malah, lagi saya galakkan. Biarlah ayah tahu yang saya ini sayang anak kesayangan dia sangat-sangat, ketat-ketat, sendat-sendat!" Kali ini dia pula yang gelak besar. Panas pula hati aku.
"Dahlah, orang nak tidur. See ya." Aku dah berkira-kira nak mematikan talian.
"Eh, awal la tidur. Pukul sembilan pun belum lagi ini."
"Biarlah, awak nak kisah buat apa?" Bengang pula aku. Suka hati akulah!
"Okey... saya tak nak kacau. Mimpikan tunang awak yang hensem kacak lagi bergaya ini tau! Sweet dream, sayang. Saya sayang awak kerana Allah. Muah!"
Tak sempat aku nak sembur, dia dah letak dulu. Keji sungguh seorang Muzaffar Shah ini. Muz inikan kalau aku sumpah jadi katak okey tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top