BAB 15 🌸

"Aku terima nikahnya, Farah Delaila binti Mohd. Radzi dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai."

"Sah!"

"Sah!"

"Uhuk!"

Wargh! Spontan aku terduduk dan terjaga dari lena. Peluh sejuk yang membasahi dahi mulai mengalir perlahan. Degup jantung aku sekarang tak payah cakaplah. Macam nak terkeluar dari dada. Aku mengurut dada dengan tangan kanan sambil membaca ayat Kursi dan tiga Qul.

Sebaik tenang, otak aku kembali mengingati mimpi tadi. Siapa kahwin tadi? Kenapa macam dengar nama aku disebut? Suara itu pula... suara yang seperti aku pernah dengar. Puas otak aku menganalisis milik siapa suara itu.

Muz.

Haah, itu suara dia! Apa makna semua ini? Aku dengan Muz? Kahwin?

Kali terakhir aku jumpa Muz, sewaktu makan malam di rumah. Selepas peristiwa itu, hampir seminggu aku bermimpi benda tadi. Tapi yang musykilnya, mimpinya memang setakat akad nikah saja. Tak lama selepas itu, aku tersedar. 

'Istikharah, dik... Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.' Pesanan Kak Tim tiba-tiba terlintas di minda. Aku bingkas bergerak untuk berwuduk, memohon petunjuk dari-Nya.

Setelah Subuh, aku memilih untuk menyendiri di pangkin luar rumah. Termenung, termenung dan termenung... apa maksud mimpi tadi? Itu petunjuk dia jodoh aku? Takkanlah... aku tak suka dia! Langsung tak macam ciri suami yang aku nak.

Sebuah keluhan dilepaskan. Iphone X yang terletak di sisi aku capai ke dalam pegangan. Aplikasi Whatsapp dibuka. Muz tengah online. Jemari aku laju menari di atas skrin. Sesekali aku membetulkan sila di atas pangkin kayu itu.


Orang Gila

Assalamualaikum Muz.

Waalaikumussalam. Rindu saya ke?

AHAHAHA BTW dah solat?

Dah.

Saya nak tanya something.

What is that honeybee? 🍯🐷

Hik hok sorry tersilap tekan pula.

🍯🐝

Aku menggelengkan kepala. Dia ini kan... kalau sehari tak buat hal tak boleh ke? Huh, hilang terus apa aku nak tanya selepas melihat kemunculan haiwan pinkie tu. Jariku kembali menaip menyambung perbualan.

Nak tahu kenapa Muz nak kahwin dengan orang?

Habis tu takkan nak kahwin

dengan babi pula?

🐷🐷🐷🐷🐷🐷🐷🐷🐷

Ish, dia ini. Boleh pula spam banyak-banyak si babi itu. Pagi-pagi dah buat aku bengang. Tak ada emoji haiwan lain ke hah? Tercemar sudah skrin telefon aku dengan binatang mughallazah itu.

I'm dead serious man.😒

HAHAHA okay, dear.

Lama juga Muz mengambil masa untuk menaip balasan. 3 minit seterusnya masih lagi kosong.  Akhirnya aku memilih untuk membiarkan. Pandangan mataku kembali menjamah suasana tenang di awal pagi bersama kedinginan udara sekeliling. Ah, tenang! 

Kedengan bunyi notifikasi masuk menerjah telinga. Buat pertama kali aku terkedu menatap bait mesej yang baru saja diterima. 

Just a simple answer, I love you because it's you.

Alahai... kenapa aku rasa malu sangat ni? First time rasa macam ini. Rasanya seperti kau dah cair macam aiskrim. Sedar-sedar saja aku dah memeluk pokok pisang ayah. Tak payah tunggu lama, terus aku gosok pipi dekat batangnya. Malu seh!

*******

Puas aku cuba memikirkan sebab kenapa ibu, ayah, Kak Tim dan Abang Zul pagi tadi pelik sangat-sangat. Nak tahu tak, pagi-pagi saja semua dah pakat senyum sampai telinga. Bulu roma dah menegak. Tayar kereta aku cek awal-awal, takut planning benda sama tapi elok saja aku tengok. Fuh, lega!

Kalau nak diikutkan, birthday aku lama lagi. Gaji aku pun dah lepas. Tengok kalendar, hari ini langsung tiada hari istimewa walaupun aku akui tarikh hari ini cantik sangat! 16 hari bulan enam.

"Lela, jauhnya termenung! Fikirkan apa la tu." Cikgu Sarah, jiran meja sebelah kanan menegur.

Selepas Cikgu Syaz dipindahkan tempat ke bilik disiplin, Cikgu Sarah la yang menjadi penghuni di meja sebelahku ini. Nasib baik Cikgu Sarah pun peramah orangnya. Jadi, tak ada la aku kekok sangat. Senang buat kawan.

"Tak ada apa la kak. Fikir... saja-saja, isi masa lapang." Aku sengih. Entah apa yang aku merepek ini.

"Akak, saya nak tanya sikit boleh tak?" Kerusi dianjak sedikit menghampiri ruang Cikgu Sarah. Mata pula sempat meliar kawasan sekeliling. Kalau boleh, tak naklah ada orang curi dengar.

Cikgu Sarah berpusing menghadap aku. Sesekali tangannya bergerak menanda buku latihan pelajar.

"Apa yang membuatkan seseorang jatuh cinta?" Serius, aku nak sangat tahu! Cikgu Sarah mengukir senyum sambil itu fokus memandang aku. Gerak tangannya menanda buku terhenti.

"Hmm... kalau tanya akak, akak boleh simpulkan kepada tiga aspek iaitu kecantikan, kesempurnaan dan budi pekerti. Pertama, boleh jadi seseorang jatuh cinta disebabkan kecantikan fizikal yang dia nampak. Contoh macam biasalah, perempuan nampak lelaki good looking timbul rasa suka dan sebaliknya. Kedua, disebabkan kesempurnaan atau kemahiran seseorang. Kita suka dia sebab dia pandai, mahir berlawan dan sebagainya. Boleh jadi juga disebabkan aset atau harta yang dimiliki. Dia ada kereta besar, rumah mewah, tanah 30 ekar..."

Terangguk-angguk kepalaku mendengar penjelasan Cikgu Sarah. Menarik! 

"Akhir sekali, disebabkan budi pekerti. Aspek yang terakhir inilah yang digalakkan oleh Rasulullah untuk diberi fokus utama dalam mencari jodoh. Sekarang kalau kita tengok berlambak orang cantik dan hensem, tapi tak ramai yang beradab. Kebanyakan orang pun lebih memilih rupa. Jadi kira untunglah kalau dapat seseorang yang mencintai kita kerana budi, sebab ternyata dia menilai dengan mata hati."

Wah... aku tak terkata apa dah. Kedua tapak tanganku lantas bercantum menghasilkan bunyi tepukan. 

"Kak! Kagumnya saya! Memang tak menghampakan la akak jawab soalan saya tadi. Love you, kak!" Sempat aku bagi flying kiss. 

Cikgu Sarah tergelak lucu. "Pelik-pelik je cikgu sorang ni," ujarnya dengan sisa tawa yang masih berbaki. Aku pun ikut tergelak juga.

"Kalau dah ada jawapan, nanti kenduri kahwin jangan lupa jemput pula." Cikgu Sarah menghadiahkan senyuman mengusik. Tak pasal-pasal darahku naik menyerbu ke kulit muka. Ish, Cikgu Sarah pun!

Selepas tamat waktu kelas tambahan petang, aku bergerak mendapatkan kereta yang terletak tidak jauh dari bangunan pejabat sekolah. Beg laptop dan buku-buku pelajar diletakkan di ruang duduk belakang. Pintu kereta ditutup. Tali pinggang keledar dipakai sambil tangan pula sibuk membetulkan cermin pandang belakang.

Terasa seperti kerusi penumpang di sebelahku mulai terisi. Spontan aku berpusing ke kiri. Muz sedang menutup pintu kereta. Mulut dah ternganga, terkejut beruk jadinya. Aku tengok sekeliling. Di dalam kereta ini hanya terdapat kami berdua sahaja.

"Hei! Awak buat apa kat dalam kereta saya ni?" Aku membuka tali pinggang keledar lalu  merapatkan badan ke tepi pintu sebagai langkah berjaga-jaga. Takut juga kalau jadi apa-apa nanti.

"Balik sekali la," kata Muz sambil memandang aku. Rasa nak pitam pula mendengar jawapan selamba daripada mulut dia. Orang macam Muz ini memang kurang common sense ke apa?

"Balik sekali? Eh, awak fikir kita berdua duduk sebumbung ke? Pergi keluarlah!" Naik seoktaf suara aku jadinya. Dengan dia, memang kesabaran aku boleh jadi senipis kulit kuman.

"Soon, sayang... kita duduk sebumbung eh?" Muz kini elok bersandar di atas kerusi penumpang sambil berpeluk tubuh.

"Bukan setakat sebumbung! Serumah, sebilik, sekatil, sebantal, seselimut... sesemuanyalah!" Lelaki dekat sebelah ini dah senyum lain macam. Bunyi macam gatal saja waktu sebut semua itu. Mata aku membulat. Woi! Jauh sangat dah dia ini merepek.

"Weh bro, melalut apa petang-petang ini? Tersedak minum ketum ke? Ada saya kata nak kahwin dengan awak? Tak ada kan?" Daripada cair tahi telinga aku mendengar dia merepek, ada baiknya aku sedarkan dia dulu.

"Sayang, you talk too much. Kita balik jom!"

"Kereta awak letak mana ni? Suka hati dia je tinggal dekat kawasan sekolah," marahku. Fikir sekolah ini mak ayah keturunan bangsawan diraja Sultan Melaka dia punya?

"I came here by Grab." Ada je jawapan balas daripada Muz  dan semua itu cukup buat aku geram! Kalau aku jadi Shrek ini agak-agak kena kecam dengan netizen tak?

Aku mendengus kuat. Lambat-lambat keretaku bergerak meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah aku dekat dia. Tak pasal-pasal aku balik bawa penumpang pula hari ini. Pasti ibu dan ayah yang menjadi dalang semua ini. Cis, aku juga yang terkena!

Tak apa... ada padi ada beras. Ah tak kira, sekarang juga aku balas! Sesekali aku menjeling Muz di sebelah. Boleh pula dia sesedap hati silang kaki di atas dashboard. Kotorlah nanti! Punyalah aku sayang kereta ini. Tak habis bayar lagi tu!

"Hey, you better wear that seatbelt." Aku bagi warning awal-awal.

"Huh?" Dia buat-buat tak dengar.

"Too late. Ready to regret?" Suara aku berbisik perlahan bersama senyuman sinis tersungging di bibir. Cukuplah untuk dia dengar.

Pedal kereta aku tekan. Roda kereta berputar lebih laju. Halaju pun semakin bertambah. Terus aku pecut di sepanjang jalan lebuh raya yang kami lalu. Biarlah apa nak jadi pun. Yang aku tahu, kalau dapat saman Muz kena bayar. Hahaha!

Muka Muz dah pucat. Tangannya erat menggenggam pemegang tangan. Aku mengukir senyuman sinis. Padan muka, tahu takut! Sekelip mata, kereta aku dah sampai depan rumah ibu. Muz pandang aku, tak percaya.

Dan aku? Tersenyum bangga.








Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top