TANDABACA-II

Hello awak, welcome.

Jom saya nak share beberapa tandabaca yang saya tahu:

1) Ellipsis. Untuk tanda ini (.....) ye, yang dalam kurungan tu. Cara nak buat dialog untuk ini  adalah:

"Faris... aku nak cakap something ni." Adham berdehem setelah menuturkan kata tersebut.

Ha can u see?

Gunakan tiga / empat titik dan selepasnya gunakan huruf kecil.

Pahe dok?







2) Untuk penggunaan tanda seru dan tanda soal.

Ha kau orang, cukuplah sekadar menggunakan satu sahaja tanda. Eh, macam mana tu?

Ha macam ni:

"Sara !!!!" ❌

"Sara!" ✔️

Saya tahu awak cuba nak gambarkan berapa kuatnya Sara menjerit atau memanggil. Tapi awak boleh kuatkan ayat tu dengan describe dia. Contoh:

"Sara!" laung Maisara dengan nada tinggi. Pandangan pelajar-pelajar lain sudah tidak diendahkan....

"Sara ke?!" ❌

"Sara ke?"✔️

Cukuplah awak guna satu sahaja.









3) Pengunaan perkataan kata ganti nama yang kerap digunakan:

Korang ❌

Kau orang✔️

Diaorang ❌

Dia orang ✔️





4) Penggunaan nombor. Ewah, pun ada cara tau.

Untuk 1-5 : awak perlu gunakan perkataan. Contoh:

Syada ada lima orang anak atau Syada berumur dua tahun.

Untuk 6 - ke atas: awak boleh gunakan nombor. Contoh:

Syada ada 6 orang anak atau Syada berumur 7 tahun.

Eee, ini apa yang saya tahu ye. Kalau salah mohon tegur. Saya terima dengan hati terbuka.



5) untuk sound effect. Awak boleh gunakan font italic & tanda seru

Ktak!

Bunyi dedaun pintu dikuak kedengaran jelas pada corong telinga, menambah debar di dada Ameena.

Ataupun

Bam!

Pintu kereta dihempas kuat Ameena gara-gara dia tidak berpuas hati dengan Hairy.

Erm itu saja dulu ye... Otuck Saya tak mahu beri kerjasama. Bai, jumpa lagi.






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top