PARAGRAPH*
Untuk bagi novel kita nampak tersusun kemas dan sedap mata memandang. Cewah, ada beberapa cara yang kita boleh lakukan. Antaranya:
1) Sekatakan bilangan words 500 setiap part / chapter. Atau 1000 words setiap chapter. Patikan tak kurang atau lebih. Supaya nampak seimbang. Btw benda ni susah jugak ye nak buat sebab saya selalu terbabas
2) Sendengkan / guna font italic. Font yang senget tu untuk penggunaan perkataan asing samada bahasa Inggeris, Arab, Korea yang ditulis dalam Romanized, Sepanyol dll.
3) Gunakan kurungan ( .... ) untuk nyatakan maksud bagi perkataan asing yang awak guna supaya reader tahu dialog apa yang diucapkan oleh watak tersebut. Supaya nanti dia tak meroyan tertanya, bahasa alien apakah ini? Tibe—
4) Sekatakan susunan perkataan samada guna empat atau lima baris setiap kali untuk satu paragraph. Ini bagi reader tak rasa cepat bosan bila baca satu paragraph yang panjang. Tapi jikalau, awak nak gunakan jugak satu paragraph yang berjela pastikan awak masukkan unsur yang boleh menarik reader contohnya, selitkan 3 unsur: Komedi, Persoalan dan konflik. Ikut kesesuaian. Cliffhanger sesuai untuk dihujung chapt.
5) bold kan untuk situasi masa dan tempat. Contoh:
Besut, Kuala Terengganu :0800 hrs
Mika dan anggota Maritim lain bergerak ke....
Pahe dok?
6) Untuk setiap layer / title part awak boleh gunakan nombor dan penyataan huraian tajuk bagi menarik reader untuk membaca. Tahukah, kalau awak letakkan sekali huraian tajuk chapter automatik akan mudahkan reader untuk cari bahagian favourite dia untuk dia ulang baca dsb. Nampak macam simple kan? Kalau nak letak nombor saja? Terpulang. Tetapi nombor mungkin agak mengelirukan reader mencari balik untuk yang segelintirnya.
Contoh : Bab 1: Kesatria
Ha dapat sesuatu tak?
7) Masukkan banner. Aye! Ini pilihan saja. Ikut kemahuan masing-masing. Banner ini hanya mencantikkan chapter awak.
8) Masukkan gambar atau video. Hehe... ini sesuai untuk tutorial atau lain-lain. Untuk story boleh juga. Tapi seeloknya awak gunakan untuk perkenalan watak. Selain tu, gunakan untuk gambarkan tempat. Tidak perlu banyak pun. Satu pun dah cukup. Tak mahu guna pun tak apa. Kerana tulisan kita sendiri sudah menghasilkan imaginasi buat reader.
9) untuk Puisi atau lirik lagu dll awak boleh gunakan susunan huruf tengah contoh:
Nampak kan petak merah tu muehe?
Bagi melihatkan ia nampak kemas. Tapi terpulang sahaja. Tiada format yang saya tahu, ada. Jika ada, boleh la kongsikan...
10) Penggunaan Chat. Ha kau orang boleh guna sebegini hehe.
Maysara :
Kau ada kat mana sekarang?
8:00 a. m ✓✓
Me:
Aku ada kat rumah lagi. Tapi dah ada kat dalam kereta. Sabar jap!
8:01 a. m ✓✓
Tengok petak merah tu. Ha dapat sesuatu tak?
11) Untuk perkataan bergaris ni. Contoh: Saya suka. Awak boleh gunakan untuk gariskan perkataan yang awak rasa penting. Untuk font sebegini sesuailah jika awak ada membuat random book. Untuk fiction saya kurang pasti. Kalau awak tahu, let me know ya
Sampai situ dulu. Harap membantu awak semua. Tak banyak, sikit pun boleh la.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top