*KURANG PASSION

Pasti setiap dari Kita ada perasaan ni.

Jadi Kita akan

Unpub. Unpub dan lebih teruk, delete book

Antara faktor penyumbang:

1) Writer block

2) Membandingkan diri dengan karya orang lain

3) Tiada sambutan

4) Kurang keyakinan

5) Idea mati setengah jalan

Ada lagi ke? Boleh senaraikan

Jadi, cara kita atasi adalah seperti berikut:

1) Tenangkan diri dan yakin kan diri Kita ada cara kita tersendiri dalam menulis cerita. Taste reader tak sama. Ada yang minat romance, yang minat sebagainya. Ada yang memilih cara gaya penulisan. Ada yang tak suka dengan ayat terlalu gramatis. Ada yang lihat storyline. Favor berbeza.

2) Kena ingat, di Wattpad ada banyak persaingan. Ramai yang membuat story. Reader akan stick dengan story / author yang boleh tarik perhatian mereka membaca.

3) Kena banyak promote kan diri. Sudah tentulah seorang author menulis buku untuk dibaca. Bila ada reader membaca Kita boleh tahu tahap Kita di mana dan tu adalah salah satu untuk buat Kita semangat update.

4) Banyakkan membaca. Otak yang kosong dan terhad tak boleh menghasilkan idea pada lembaran yang kosong. Lembaran tersebut bergantung pada Kita. Jika, minda sarat dengan ilmu dan pengetahuan. Orang akan stick dengan story tersebut sebab ada sesuatu yang boleh dia ceduk. Ada sesuatu yang buat dia connect

5) Masukkan perasaan dalam karya. Reader akan stick kalau story dia ada emosi dalam cerita. Selain tu, boleh selitkan konflik, persoalan, cliffhanger di setiap chapter supaya reader akan ternanti-nanti update.

6) Perasaan down itu normal. Ditambah pula Kita asyik bandingkan book Kita dengan orang lain. Okey jika pilih  untuk membandingkan awak boleh ambil masa sejenak, cuba bandingkan story awak dengan story yang menjadi perhatian orang ramai. Dari situ awak boleh belajar sesuatu dan jumpa apa yang kurang. Tapi bukan plagiat ye. Awak cuma tengok, bagaimana dia olah ayat, susun jalan cerita, hidupkan watak dan penggunaan perkataan gramatis. Dapat sesuatu?

7) Banyakkan membaca, mengkaji dan mencari bahasa gramatis novel like, bahasa-bahasa yang sedap dibaca  seperti: bianglala, roman, dll. Perkataan ni boleh attract reader utk stick. Reader was like: apetuuu?

8) Masukkan quotes dan nasihat. Atau masukkan info semasa atau perkara ilmiah supaya reader dapat ilmu. Ini adalah antara cara untuk buat hati reader terpaut dengan story Kita.

9) Membandingkan diri dengan author lain adalah gejala kurang sihat. Especially, bila terlalu berlebihan, mulalah timbul rasa nak delete dan unpublished book. Jadi, untuk kurangkan. Ya, kalau nak mengelak sudah tentulah tidak. Perasan ini akan muncul dari semasa ke semasa especially bila Kita sudah penat dengan tugas hakiki dan tak sedar Kita campur adukkan dengan semua benda. Gunalah teknik review. Yeah memang teknik ni agak menakutkan, dup dap dup dap. Tapi dari teknik ini Kita dapat belajar dimana letaknya kekurangan Kita.

10) Rasa book tak best dan kurang menarik. Bertenang! Even author yang pemes pun masih ada rasa ni. Kadang kurang yakin, if chapter seterusnya akan mendapat sambutan atau tidak seperti chapt yang terdahulu. Yah, bukan semua. Ada segelintir, jadi untuk mengurangkan rasa ini, adalah dengan  cuba tanya diri Kita: adakah Kita enjoy  baca part tersebut? Atau Kita rasa sudah mencukupi? Cara lain adalah meminta Pendapat dari reader atau dari sesiapa yang dapat meluangkan masa membaca. Dari situ barulah Kita tahu, di mana kekurangan.

11) APPLYFICTION.  Apa tu?  Author akan memilih mengarang cerita menggunakan permintaan dari reader. Contohnya mereka menyediakan form dan membenarkan reader mengisi ciri-ciri watak dan scene yang mereka mahukan. Sebagai balasan reader perlu comment dan vote. Selalunya AF, banyak digunakan dalam genre fanfiction, dimana reader / Y/n / face claim boleh membayangkan scene mereka dengan Love interest. Cara ni pun okey juga untuk awak yang mahukan karya awak menjadi perhatian orang.

12) Niat. Perbetulkan niat menulis untuk berkongsi ilmu, mencoret kisah, dan bukan untuk famous semata-mata.



Dapat sesuatu tak? If ada yang tak setuju, Saya menyusun sepuluh jari ingin mengucapkan— selamat hari raya eh— lagi seminggu. Marilah Kita berbebut malam lailatul Qadar. Siapa tahu ini Ramadan terakhir Kita.

Harap membantu. Tak banyak pun sikit pun boleh kan?






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top