52
.
.
.
"Puan, keadaan Puan masih belum stabil ni."
"Saya nak jumpa suami saya, nurse. Tolonglah." Dengan tangisan, aku merayu.
Tubuh jururawat yang sejak tadi menghalang aku dari turun dari katil itu aku tolak menjauhi aku sebelum pantas aku menuruni katil.
"Puan! Puan!"
Tanpa mempedulikan doktor dan jururawat yang mula mengejar aku, langkah terus aku atur laju keluar dari wad itu.
Nafas dirasakan laju seiring dengan langkahku sehinggalah tubuh aku merempuh kuat susuk tubuh seseorang.
"Haneul!"
Papa.
"Apa kamu buat dekat luar ni, Haneul?!"
Kepala yang mula dirasakan berdenyut sakit cuba aku tahan namun penglihatanku mula terlihat kabur dan berpinar-pinar.
Dapat aku rasakan tangan Papa menahan bahuku dari membiarkan tubuh aku melurut jatuh ke lantai.
"Haneul nak jumpa Taehyung." Mendatar aku bersuara, kedua-dua tangannya aku tepis dari terus menghalang aku.
"Buat apa kamu nak jumpa dia?!"
"Dia suami Haneul!"
"Dia dah mati, Haneul!"
Tersentak aku saat suara Papa bergema kuat menyapa gegendang telingaku. Wajah Papa aku tatap lama, tidak percaya.
"Tak, Papa tipu.."
"Buat apa Papa nak tipu Haneul? Papa sendiri tengok Taehyung dengan anak-anak kamu dikebumikan dalam satu kubur yang sama.."
Hampir luruh jantung ini dirasakan saat mendengar setiap bait-bait kata yang terbit dari mulut Papa, cukup menyesakkan dada.
Betapa aku mengharapkan yang semua ini hanya mimpi buatku.
"Tak, tak mungkin.. Papa tipu.. Haneul dengar sendiri anak-anak Haneul menangis.."
"Mereka cuma bertahan tiga jam lepas kamu lahirkan mereka. Taehyung pergi sebaik saja selepas kamu selamat lahirkan anak-anak kamu.."
Perlahan-lahan aku mengundur, cuba menyeimbangkan tubuh yang mula merasa lemah dan tanpa sedar, tubuh dirasakan melayang sebelum pandanganku serta-merta menjadi gelap.
Sebelum mata ini tertutup rapat, dapat aku lihat bayangan Taehyung sedang mendukung dua bayi kecil kami sambil tersenyum.
Sepasang matanya yang terlihat bagaikan turut sama tersenyum menatap penuh kasih sepasang cahaya mata kami itu sebelum dirinya menunduk, mengucup lembut pipi mereka silih berganti.
Dengan matanya masih terpejam rapat dan bibir merahnya masih mengukir senyum, pucuk hidungnya yang mancung dibiarkan menyentuh lama pipi mereka, bagaikan asyik dengan bauan syurga dari malaikat-malaikat kecil kami itu.
Tenanglah hati, cuba melepaskan bayangan itu pergi..
.
.
.
"Tekanan darah patient rendah. Dah tiga hari patient refuse untuk makan. Tak bercakap apa-apa, hanya tidur."
Perbincangan antara Papa dan doktor di tepi aku bagaikan angin lalu menyapa pendengaranku.
"Terima kasih, doktor."
Usai doktor berlalu pergi, dapat aku rasakan tatapan mata Papa kini tertumpu pada aku.
"Sampai bila kamu nak macam ni, Haneul?"
Soalannya aku biarkan sepi. Panahan mata aku masih tertumpu lurus pada jendela berhampiranku.
"Sepatutnya kamu gembira, bersyukur yang penglihatan kamu dah kembali pulih.. Sekurang-kurangnya kamu dah boleh melihat semula."
Perlahan-lahan aku menoleh, membiarkan sepasang mata sayu Papa menyambut renungan mataku.
"Anak-anak Haneul mati sebelum Haneul sempat tengok mereka untuk kali yang pertama.. Suami Haneul mati sebelum Haneul sempat tengok dia untuk kali yang terakhir.." Perlahan aku bersuara dengan mata yang mula dirasakan sarat dengan air mata.
"Selama ni Haneul cuba kuat tapi demi tuhan, untuk kali ni Haneul dah tak larat papa.."
.
.
.
Terjaganya aku dari tidur, perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan. Di dalam wad yang sama, katil yang sama, aku masih di sini.
Lambat-lambat aku menunduk, saat menyedari ada sesuatu diletakkan di atas tubuhku sejak tadi, menghangati tubuhku.
Hoodie.
Bauan yang melekat pada hoodie itu mengingatkan aku kepada seseorang, menguatkan rasa rinduku padanya.
Taehyung.
Hoodie yang cukup tidak asing buatku itu aku bawa lebih dekat ke hidung dan bibirku, mengucupnya lembut. Sebak menyelubungi hati saat bauan tubuhnya pada hoodie itu menyinggah lembut rongga hidungku.
Hoodie kegemarannya, pemberian aku buatnya tika hari jadinya yang ke-18 tahun.
Mata aku pejamkan, menangis tanpa suara dengan hoodie miliknya aku bawa dekat ke bibirku. Peritnya dada menahan rindu yang tidak berpenghujung.
Perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan saat telapak tanganku menyentuh permukaan poket hoodie itu, merasakan sendiri ada sesuatu tersimpan di dalam itu, seperti lipatan kertas.
Lambat-lambat lipatan kertas itu aku keluarkan dari poket sebelum aku buka.
Kebelakangan ini, saya melihat langit ini menangis tanpa air mata. Kebisuannya, hilangnya sinar di dalam sepasang matanya buatkan saya yang menangis bagi pihaknya.
Terlalu banyak yang dia lalui, terlalu banyak kehilangan yang perlu dia hadapi dan kali ini, tiada saya untuk menemaninya di sisi.
Teruntuk langit yang dulunya cerah namun kini terlihat mendung, tenanglah. Kuatkan semangat di hati, hiduplah dengan gembira dan bahagia, tunaikanlah permintaan terakhir saya ini..
Hiduplah dengan gembira, jadikan langit saya ini langit yang paling cerah..
Perginya saya bagaikan bulan yang berpamitan pergi demi melihat langitnya bertukar cerah..
Jika rindu di hati terlalu berat, mendongaklah. Lihatlah langit di atas sana yang sentiasa ada walaupun kadangkala kita lupa.
Itulah cara saya melepas rindu pada awak dulu, Haneul. Melihat langit tika mana saya merindukan Langit saya ini.
Semoga sentiasa ada sinar dan pelangi sentiasa menghiasi langit saya ini. Semoga sentiasa ada awan yang menemani, meneduhkan dia dari terik bahangnya mentari, mengiringi setiap langkahnya tanpa saya di sisinya nanti..
Semoga kita dipertemukan lagi nanti, sayang..
.
.
.
Sayup-sayup kedengaran suara tangisan bayi menyapa halus pendengaranku, menyedarkan aku dari lena tanpa mimpi.
Perlahan-lahan aku menoleh ke sisi kananku, melihat dari mana arah suara itu datang.
Untuk seketika aku hanya diam, melihat ke arah Papa yang sedang berdiri di sisi katilku, bersama seorang bayi di dalam dukungannya.
Dapat aku lihat sepasang mata tua Papa menatapku dengan linangan air mata sebelum perlahan-lahan setitis air matanya jatuh membasahi pipi. Dengan air mata yang semakin mengalir deras, kini dirinya tersenyum hambar untukku.
Sempat dirinya menunduk, memandang sekilas bayi di dalam dukungannya sebelum tatapan matanya kembali tertumpu padaku.
"Anak Haneul.."
Tersentak, lantas sepasang mataku yang tadinya tertumpu pada bayi itu beralih semula pada Papa.
"Ini anak Haneul.." Jelasnya lagi.
Perlahan-lahan sepasang mataku kembali beralih pada bayi di dalam dukungannya itu. Esak tangisan bayi itu masih jelas kedengaran, tak semena-mena membuatkan aku turut merasa sebaknya.
Pipinya yang cerah dan gebu terlihat memerah tika menangis, esak tangisnya yang polos melemahkan aku.
Ingin saja aku bangun, membawa Si Kecil itu dekat ke dalam dakapanku namun tubuh dirasakan terlalu lemah, hanya tanganku perlahan-lahan menyentuh atas kepalanya, mengusap lembut rambut hitamnya yang lebat.
Perlahan-lahan tangisannya mereda tatkala aku mengusap lembut atas kepalanya. Lambat-lambat aku tersenyum namun tanpa sedar, laju saja air mata ini dirasakan mengalir membasahi pipi.
Kali ini kekura tanganku mengusap lembut pipi halusnya, menyeka air matanya.
Terlalu lemah, aku hanya membiarkan tika Papa membaringkan Si Kecil itu di sisi kepala aku, membiarkan pipi aku dan anakku saling bersentuhan.
Sebak menyelinap jauh ke dasar hati saat bauan tubuh malaikat kecil ini menyapa lembut rongga hidungku, bauan yang cukup aku rindu dan dambakan.
Semakin sebak rasa hati saat melihat kain yang membaluti tubuh anakku tika ini.
Lampin bayi bercorak dinasour kecil milik Mansae.
Tangisan tak dapat aku tahan, air mata aku biarkan mengalir deras membasahi pipi.
Perlahan-lahan tanganku naik ke atas tubuh kecilnya sebelum atas dadanya aku tepuk perlahan dan lembut, mendodoikannya.
"Anak omma.." Panggilku perlahan dengan senyuman halus sebelum pipinya aku kucup lembut.
Wajah aku sebamkan ke sisi wajah anakku. Dengan mata yang terpejam, aku menangis tanpa suara. Tanganku memeluk erat tubuh kecil itu, berjanji pada diri untuk menjaganya dengan nyawaku sendiri.
Teruntuk langit yang dulunya cerah namun kini terlihat mendung, tenanglah. Kuatkan semangat di hati, hiduplah dengan gembira dan bahagia, tunaikanlah permintaan terakhir saya ini..
Hiduplah dengan gembira, jadikan langit saya ini langit yang paling cerah..
Perginya saya bagaikan bulan yang berpamitan pergi demi melihat langitnya bertukar cerah..
Semoga kita dipertemukan lagi nanti, sayang..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top