50
.
.
.
Hampir lima belas minit dirinya berdiri di ambang pintu itu, memerhati isterinya yang sudah terlena di atas katil tidak jauh darinya itu.
Bergenang air matanya, dadanya dirasakan lapang saat dapat melihat isterinya tepat di hadapan matanya tika ini.
Separuh bebanan hatinya pergi saat tahu yang isterinya itu sedang baik-baik saja, itu sudah cukup buatnya.
"Dah dua hari Haneul tak makan.. Dah dua hari juga Haneul tak cakap apa-apa.."
"Dia marahkan Tae ke Ahjumma?"
"Tak.. Dia rindukan kamu.."
Sebak hatinya saat isterinya itu masih punya rasa rindu buatnya.
Lambat-lambat Taehyung menapak masuk ke bilik itu sehinggalah sepasang kakinya berdiri tegak di sisi katil, menatap sayu wajah Haneul yang sudah lena.
Untuk seketika dirinya hanya diam di situ, mengamati setiap inci wajah isterinya itu, melepaskan rindunya dalam bisu.
Ingin sekali jari-jemarinya menyentuh dan mengusap pipi mulus isterinya itu namun hatinya melarang.
Tatkala hatinya mula terasa rapuh, dengan hati yang terasa berat, lambat-lambat Taehyung mengundurkan diri.
Sehinggalah tubuhnya menjadi kaku tatkala terasa hujung jari-jemarinya digenggam lembut, bagaikan tidak mahu melepaskannya pergi.
Lantas Taehyung menunduk, melihat jari-jemari Haneul yang sedang memaut erat jari-jemarinya.
Kepalanya diangkat, menatap sepasang mata Haneul yang bagaikan sedang mencarinya dengan genangan air mata. Bergetar hati lelakinya menahan sebak saat melihat mata bundar isterinya tika itu.
"Awak memang tak nak jelaskan apa-apa pada saya?"
Luluh hatinya saat mendengar soalan isterinya itu.
"Awak tak datang pun cari saya, Taehyung.." Rintih Haneul perlahan.
Untuk seketika Taehyung hanya diam sebelum lambat-lambat dirinya mengambil tempat duduk di sisi katil, melutut di hadapan Haneul.
Tanpa kata, ubun-ubun rambut isterinya itu dikucup lembut. Matanya dipejam menahan sebak.
"Aku minta maaf, Haneul.." Bisik Taehyung perlahan, dahinya direhatkan di dahi wanita kesayangannya itu.
"Kenapa minta maaf kalau awak tak salah?"
Hampir gugur air matanya tatkala mendengar soalan Haneul itu. Tahu isterinya itu berpihak padanya, mempercayainya walaupun tak mendengar pun lagi penjelasan darinya.
"Kau percayakan aku?" Bergetar suaranya menduga Haneul. Wajah isterinya itu ditatap lama dengan genangan air mata.
Tangan Haneul yang mula mengusap lembut atas kepalanya hanya dibiarkan.
"Saya kenal suami saya ni dah lama.. Macam mana baik buruk dia, saya tahu.."
Tersenyum halus Taehyung tatkala mendengar jawapan isterinya itu namun pada masa yang sama, laju saja air matanya jatuh mengalir ke pucuk hidungnya.
"Aku minta maaf, Haneul.."
"Awak tak buat salah kan.."
"Aku tetap dah hancurkan hati kau.." Dengan dada yang kian dirasakan sesak, Taehyung bersuara perlahan. Tangisannya cuba dikawal, hanya air matanya yang mengalir membasahi pipi.
"Dari awal perkahwinan kita, awak suami yang baik buat saya.. Bahkan dari sebelum kita kahwin lagi, awak lelaki yang baik buat saya.. Awak sayangkan saya mengalahkan nyawa awak sendiri.. Awak sanggup buat apa saja untuk saya.. Awak tak pernah lukakan hati saya walaupun sekali, Taehyung.."
Perlahan Haneul memujuk. Pertama kali dia mendengar suaminya itu menangis, meluluhkan hatinya.
Bagaimana dia hendak percaya lelaki di hadapannya ini sanggup melukakan hatinya.
Lelaki itu terlalu baik buatnya. Lelaki yang sentiasa mencintainya bahkan di dalam diam, yang tersenyum bila mana dirinya tersenyum, yang menangis bila mana tahu hatinya terluka.
.
.
.
Malam itu, Taehyung tak mampu melelapkan mata walaupun Haneul sudah jelas di depan mata, bahkan di dalam pelukannya.
Sementara isterinya itu tidur lena di dalam kehangatan tubuhnya, dirinya cukup leka mengamati setiap inci wajah kesayangannya itu.
Di dalam samar cahaya dari lampu meja berhampiran katil, wajah Haneul ditiliknya dengan senyuman, senyuman yang tampak hambar dan punya dukanya sendiri.
Rambut isterinya dibelai lembut dengan hujung jarinya sebelum telapak tangannya menyinggah lembut di atas perut Haneul.
Melebar senyumannya tika merasakan sendiri pergerakan si kembar di dalam sana, berebut hendakkan perhatian darinya.
"Shh, ibu tengah tidur."
Bisik Taehyung perlahan. Ikut sama berkerut dahinya tatkala melihat kerutan di dahi Haneul.
"Papa jealous dengan kau orang, dapat temankan mama dua puluh empat jam.." Bisik Taehyung dengan senyuman.
"Dapat dengar degupan jantung mama dua puluh empat jam.." Bisiknya lagi.
"Lahir dengan sihat ya? Dah banyak yang mama lalui, papa nak tengok mama happy bila kau orang dah lahir nanti.."
"Jangan lupa ucapkan terima kasih, bahagiakan mama bila kau orang berdua dah besar nanti.. Tak ingat papa tak apa, tapi jangan mama.."
"Jangan melawan cakap mama, jangan tinggikan suara sikit pun dekat mama,.. Jangan buat mama nangis. Mama mengadu sikit je dekat papa, papa kejar kau orang."
"Jagakan mama untuk papa kalau papa tak ada di hari tua kami nanti.. Walaupun waktu itu kamu berdua dah ada keluarga sendiri, jangan tinggalkan mama sendiri, jangan bagi mama rindukan papa walaupun sikit.."
"Kalau ingatan mama nanti dah tak sekuat sekarang, ingatkan dia yang papa sayang sangat dekat dia.."
.
.
.
Terjaganya Haneul dari lena, tiada lagi Taehyung di sisinya.
Terkial-kial dirinya menuruni katil dan melangkah keluar dari bilik tidur yang masih asing buatnya itu.
Yang dia tahu hanyalah Tuan Min menyembunyikannya di sini, di rumah Ahjumma Jung.
"Taehyung?"
Nama suaminya itu diseru lagi tika kakinya diatur selangkah demi selangkah menyusuri koridor itu dengan tangannya tidak lepas dari menyentuh permukaan dinding di sepanjang jalan koridor itu sebagai panduan buatnya.
"Tolonglah, jangan libatkan Haneul.."
"Tolong jangan apa-apakan dia, aku merayu.."
Perlahan-lahan langkahnya terhenti tepat di hujung koridor itu tatkala mendengar suara Taehyung merayu tidak jauh darinya.
Dapat Haneul dengar dengan jelas getaran pada suara suaminya itu.
"Haha, tengoklah siapa yang merayu dekat aku sekarang? Sebelum ni aku merayu dekat kau, bersungguh-sungguh aku merayu dekat kau, tapi kau buat aku macam sampah, macam pengemis yang mintakan simpati dari kau! Sekarang kau ingat aku nak dengar ke cakap kau?!"
"Kau berdendam dengan aku, kau bunuhlah aku, sakitkan aku sorang, jangan libatkan Haneul dengan anak-anak aku.."
"Memang, memang aku nak bunuh kau! Tapi sebelum kau mati, aku nak kau tengok bini kau dengan anak-anak kau mati depan kau!"
"Tolonglah, aku sanggup buat apa je yang kau nak.. Tolonglah jangan libatkan Haneul.."
Sejak tadi hanya nama Haneul meniti di bibir lelaki itu, air matanya deras mengalir dibiarkan membasahi pipi dan bibirnya.
Tubuh Ahjumma Jung yang berlumuran darah tidak jauh darinya dibiarkan kaku sendiri.
Tangan dan kaki Taehyung sudah terikat rapi, belakang kepalanya masih berdenyut-denyut sakit, dapat Taehyung rasakan sendiri darahnya mengalir membasahi belakang lehernya tika itu.
Penglihatannya juga sudah mula terlihat kabur sehinggalah sepasang matanya tertumpu pada susuk tubuh seorang wanita yang sedang berdiri kaku tidak jauh darinya.
Semakin bergenang air matanya tika dia tahu, itu adalah Haneul.
Matanya dipejamkan, hanya air matanya mengalir laju. Tidak tahu apa lagi yang mampu dia lakukan.
Sejak tadi dia sudah cuba sehabis daya untuk melawan dan melepaskan diri namun setiap kali itu, wajahnya dihentam hinggakan kolar bajunya basah tika rongga dan hidungnya tidak henti-henti mengalirkan cecair darah.
"Taehyung.."
Bibirnya diketap kuat saat suara Haneul memanggil perlahan namanya.
"Aku merayu pada kau Jaehyun, tolong jangan apa-apakan dia.. Kau pernah sayangkan dia sama macam aku.."
Tanpa mempedulikan Haneul, Taehyung masih terus merayu, mencuba untuk menagih simpati Jaehyun yang terlihat sudah tersenyum sumbing tatkala melihat Haneul yang sudah ada di depan matanya.
"Jaehyun, tolonglah." Tidak mahu Haneul cemas, Taehyung cuba mengawal suaranya dari meninggi tika Jaehyun sudah bangun dari terus bertinggung di hadapannya.
Dengan tubuh yang refleks menggigil kerana cemas, sedaya-upaya Taehyung cuba melepaskan diri tika langkah kaki Jaehyun semakin menghampiri Haneul namun sekali lagi cubaannya gagal tika wajah disepak untuk kesekian kali oleh orang upahan Jaehyun yang sejak tadi berdiri di sisinya.
Dengan kelopak mata yang semakin memberat dan dengan tubuhnya yang semakin dirasakan lemah tersandar pada dinding, Taehyung hanya mampu melihat tubuh Haneul diheret menghampirinya.
"Aku minta maaf, Haneul.."
Dengan genangan air mata, dapat Taehyung lihat sendiri tubuh Haneul ditolak jatuh ke hujung kakinya yang berlunjur.
Hatinya bagaikan disiat-siat saat mendengar suara Haneul mengerang kesakitan.
"Tolonglah, aku sanggup buat apa saja.. Lepaskan isteri aku.." Pinta Taehyung lagi, bersungguh-sungguh merayu dengan wajahnya yang lecun dengan darah, peluh dan air matanya sendiri.
"Kau sanggup buat apa saja? Sanggup?" Soal Jaehyun seraya duduk bertinggung di hadapan Taehyung, lengan Haneul dicengkam kuat agar terus berada di sisinya.
"Aku nak kau tengok aku dengan isteri kau bersetubuh, boleh?"
Dengan kudratnya yang semakin hilang dan penglihatannya yang semakin kabur, dapat Taehyung lihat isterinya bersungguh-sungguh mempertahankan maruahnya, bergelut dengan lelaki di hadapannya itu sehinggalah terdengar pipi isterinya ditampar kuat.
"Haneul! Kau memang bangsat, Jaehyun!"
Entah ke mana hilangnya rasa sakit dan lemahnya saat melihat isteri kesayangannya disakiti tepat di depan mata.
Kini dirasakan rahangnya dicengkam kuat namun tak sikit pun Taehyung merasa gentar, renungan mata Jaehyun yang merenung tepat anak matanya dibalas tajam. Andai terlerai ikatan tali di tangan dan kakinya, mungkin lelaki itu sudah mati di tangannya.
"Kau nak tahu? Aku rasa aku dah ubah fikiran aku, aku nak bunuh kau dulu."
Pucuk pistol yang kini menyentuh tepat permukaan dahinya langsung tak menggentarkan hatinya.
"Lepaskan dia." Kini tiada air mata yang mengalir, tidak sikit pun merayu, tenang Taehyung bersuara. Sepasang mata Jaehyun direnung tajam, tidak mempedulikan suara esakan dan panggilan isterinya yang dalam diam memilukan hatinya.
"Aku tahu kau cuma nak tengok aku yang mati. Biarkan aku saja yang mati, jangan libatkan dia. Bunuh. Aku." Tenang Taehyung memprovokasi. Kepalanya dibawa lebih dekat pada pucuk pistol.
"Tak, awak tak boleh buat macam ni, Taehyung! Jaehyun, saya merayu tolonglah.. Saya sanggup buat apa saja, tolonglah.."
Dengan genangan air mata, perlahan-lahan sepasang mata Taehyung beralih pada Haneul yang teresak-esak menangis, bersungguh-sungguh merayu untuknya.
Luluh hatinya saat dia melihat wajah pucat isterinya itu yang jelas sakit dan ketakutan. Semakin sesak dadanya saat melihat cecair darah mengalir di kaki isterinya.
"Kalau aku minta kau layan aku atas ranjang macam kau layan laki kau ni, kau sanggup?"
Sebak hati Taehyung saat melihat isterinya itu kehilangan kata-kata, air matanya mengalir laju. Mata bundar isterinya yang tampak ketakutan tika itu melemahkan hatinya.
Bagaikan tahu apa yang bermain di dalam fikiran isterinya itu, sanggup melakukan itu demi nyawanya namun pada masa yang sama, tidak merelakan. Dan mana mungkin dia bersetuju.
"Tapi mungkin lebih menarik kalau kau..."
Berderau darah Taehyung tika Jaehyun mengalihkan pistol di tangannya ke tangan Haneul sebelum digenggam kemas. Tika ini pistol bertukar tangan, menggeletar tangan Haneul tika saat itu tangannya yang sedang mengacu tepat ke kepala Taehyung.
Sedaya-upaya Haneul cuba melepaskan diri namun semakin kuat genggaman tangan Jaehyun memaksanya terus memegang pistol itu.
Esakan tak dapat ditahan tika jarinya dipaksa untuk memegang picu pistol itu. Dengan sekali petik, peluru akan terlepas menembusi kepala suaminya.
"Tembak suami kau."
Teresak-esak Haneul menangis namun dada Taehyung yang dirasakan sesak. Tidak sanggup melihat kesayangannya itu menangis dan menahan sakit di hadapannya.
Darah semakin banyak mengalir dari celahan kaki isterinya itu, tahu sudah sampai masanya untuk sepasang cahaya mata mereka lahir ke dunia ini.
"Just shoot me, Haneul.."
Tenang Taehyung bersuara, cuba menenangkan isterinya itu. Senyuman terukir untuk isterinya walaupun dia tahu, isterinya itu tidak mampu melihat.
"Jangan risaukan saya, saya akan okay.. Saya cuma nak awak dengan anak-anak kita selamat.."
"Saya tak nak, Taehyung.." Teresak-esak Haneul merintih, meluluhkan hati lelakinya namun dirinya masih mampu tersenyum.
"Saya akan okay, Haneul.. Fikirkan anak-anak kita.."
"Saya tak akan pernah salahkan awak, Haneul.. Awak tak salah.." Sekali lagi, lembut Taehyung memujuk.
"Saya minta maaf, Taehyung.. Saya tak nak.."
"Tak ada apa yang saya perlu maafkan dari awak, sayang.."
"Saya minta maaf.." Berulang-ulang kali Haneul meminta maaf tika jarinya ditekan, semakin menghampiri picu pistol itu.
"Maafkan saya tak dapat temankan awak.. Awak kuat kan?" Pujuk Taehyung lagi sehinggalah suasana dirasakan hening seusai bunyi tembakan bergema di segenap ruang tamu itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top