46
.
.
.
Hari jadi Taeri dan Taeyeon disambut meriah di rumah keluarga Kim. Taehyung dan Haneul turut sama hadir di situ. Itu pun lepas puas Si Kembar memujuk abang sulungnya itu, barulah Taehyung datang.
Majlis hari jadi itu diadakan secara kecil-kecilan tapi tetamu yang datang tak kurang ramainya. Mana tidaknya, Taeri dan Taeyeon saja sudah punya kumpulan kawan yang berbeza.
Lepas mengambil kek brownies untuk Haneul di bahagian buffet, Taehyung kembali menghampiri isterinya itu yang tampaknya macam tak senang duduk di atas kerusi itu. Makin cepat Taehyung aturkan langkah.
"Sayang okay?" Sebaik saja sampai di hadapan Haneul, terus Taehyung melutut di situ. Pinggan berisi brownies yang dia mengidamkan tadi terus tidak menarik perhatiannya, tumpuannya 100% hanya pada isterinya.
"Lenguh pingganglah duduk dari tadi."
Dengar saja jawapan isterinya itu, terus tangan Taehyung spontan mengurut lembut belakang pinggang Haneul.
"Kita balik nak?" Soal Taehyung. Laju Haneul menggeleng.
"Baru berapa jam kita dekat sini."
Tergelak Taehyung mendengar jawapan isterinya itu. Pada masa yang sama tangannya masih mengurut perlahan pinggang Haneul.
"Habis tu kau nak duduk sini sampai bila?" Soal Taehyung dengan senyuman. Mendongak kepalanya, menatap wajah Haneul penuh cinta. Makin tembam isterinya itu, makin geram dia dibuatnya.
"Nantilah. Taeri dengan Taeyeon potong kek pun belum."
"Kau sebenarnya tunggu nak makan kek je kan?"
"Hehe."
Tergelak lagi Taehyung bila isterinya itu tersengih.
"Haneul pergi jelah rehat dekat bilik Taehyung. Nanti Taeri dengan Taeyeon dah potong kek, omma suruh laki kamu ni bawakan kek untuk kamu."
Lantas Taehyung menoleh tika suara ibunya lembut menegur dari belakang. Terdiam Taehyung tika dia dan Puan Kim berbalas renungan mata. Lembut saja tatapan mata ibunya tika itu buatkan hatinya tersentuh.
"Dah Taehyung, bawa isteri kamu rehat dekat bilik. Haneul nak apa-apa nanti minta je suami kamu ni hantarkan. Isteri tengah mengandung, kamu tu jadi laki jangan tahu mengangkang je."
Terkebil-kebil Taehyung kena ceramah. Bila Puan Kim sudah berlalu pergi, barulah Taehyung menoleh, melihat Haneul yang tampaknya ikut sama confuse. Entah nak gelak ke apa.
Sebelum beberapa detik kemudian, masing-masing tertawa perlahan. Gembira campur terharu, kelakar pun ada.
Namun dalam hati menyimpan rasa sebaknya sendiri, bersyukur mengenangkan hubungan mereka dan Puan Kim yang kian memulih.
.
.
.
Malam itu, atas permintaan Puan Kim, Haneul dan Taehyung pun menginap tidur di rumah keluarga Taehyung itu. Berbunga-bunga hati Haneul bila dilayan bagaikan tuan puteri oleh ibu mentuanya sendiri.
Walaupun Puan Kim sering mengelak dari bertatapan mata dengannya namun terasa hangat hatinya tika ibu mentuanya cukup mengambil peduli tentangnya hari ini.
Macam tadi, sebelum tidur sempat Puan Kim memakaikan stokin untuknya. Taehyung yang melihat dari jauh turut sama menyembunyikan senyum, terharu dan bahagia melihat perubahan sikap ibunya itu.
"Omma tak nak tidur sini sekali ke dah alang-alang?" Usik Taehyung tika ibunya itu selesai menyiapkan isterinya untuk tidur.
Tak tunggu lama, cubitan ketam Puan Kim menyinggah lengan Taehyung. Taehyung pun apa lagi, menggelupur sakit dek dah lama tak makan penangan cubitan berbisa ibunya itu.
"Jaga Haneul elok-elok." Pesan Puan Kim. Ringkas namun tegas buatkan Taehyung telan air liur. Tersengih Taehyung sebelum dia mengangguk takut-takut.
"Good night, mama. Nak peluk boleh?" Soal Taehyung manja buatkan ego Puan Kim meruntum cair. Akhirnya tersenyum juga wanita itu dek gelagat anak sulungnya itu.
Taehyung yang melihat turut sama tersenyum sebelum tubuh genit ibunya itu ditarik ke dalam pelukannya. Panas dan membahang matanya tika merasakan sendiri kehangatan pelukan ibunya itu setelah sekian lamanya. Betapa dia merindukan sentuhan ibunya itu.
Matanya dipejamkan, bibirnya masih mengekalkan senyum tika ibunya itu mengusap lembut belakang kepalanya.
"Omma malu nak minta maaf dengan isteri kamu.. Omma minta maaf ya.."
Sebak hatinya tika mendengar bisikan dari ibunya itu. Perlahan-lahan Taehyung mengangguk. Belakang tubuh ibunya itu diusap lembut.
"Tak apa, omma.."
.
.
.
"Amboi, lebarnya dia senyum. Ni Haneul ke kambing?"
Tertawa Taehyung tika laju saja tangan Haneul memukul halus lengannya.
"Saya happy.."
Tersenyum halus Taehyung tika mendengar ungkapan hati isterinya itu. Walaupun ringkas dan kedengaran biasa namun cukup bermakna untuknya.
"Aku pun happy bila kau happy.." Ungkap Taehyung perlahan. Tangannya spontan mengusap lembut rambut Haneul.
"Awak rasa omma awak dah maafkan saya?"
"Dia tak pernah marahkan kau, Haneul.. Kan aku dah cakap sebelum ni?"
Terdiam Haneul sebelum bibirnya kembali mengukirkan senyuman halus.
"Tadi omma pakaikan saya stokin."
Cerita Haneul bagaikan anak kecil, teruja sambil sebelah kakinya yang sudah berstokin diangkat sedikit buatkan tawa Taehyung tercetus.
"Yalah, kau jelah yang dapat. Aku ni masuk angin sampai kembung pun omma tak kisah."
Kali ini tawa Haneul pula bergema.
"Saya harap lepas ni hubungan saya dengan omma makin elok, macam dulu.."
"Ya, sayang. Dah, jangan risaulah. Macam aku cakap, mudah je nak jatuh sayang dekat kau."
"Jatuh sayang je? Jatuh cinta—"
"Ha yang itu biar aku sorang. Tak payah nak ramai-ramai eh. Cukup Haneul untuk Taehyung sorang."
Tertawa lagi Haneul mendengar jawapan kebudak-budakkan Taehyung itu.
"Sayang betul awak dengan isteri awak eh?"
"Sayang, sayang sangat-sangat. Dia bukan setakat isteri aku. Dialah pelengkap hidup aku, penyeri hidup aku."
"Eeee gelinya."
Tergelak Taehyung melihat reaksi Haneul yang jelas hanya mahu menutup rasa terharu.
"Separuh hidup aku, aku dah habiskan dengan kau dan aku tak akan pernah bosan untuk habiskan lagi separuh sisa hidup aku dengan kau, Haneul.."
.
.
.
"Haneul.."
"Haneul, bangun.."
Perlahan-lahan Haneul terjaga dari lena saat suara Taehyung itu menyapa perlahan gegendang telinganya.
"Hmm?" Gumam Haneul perlahan, masih mamai.
"Kita balik ya?" Ujar Taehyung mengundang kerutan di dahi Haneul. Rasanya baru sebentar tadi mereka melelapkan mata.
"Kenapa?" Soal Haneul ingin tahu. Mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena saat suaminya itu sudah bangun dari posisi baring.
"Tak ada apa-apalah, jangan risau. Kita balik je."
Makin disuruh jangan risau, makin bimbang Haneul dibuatnya.
"Taehyung.. Ada apa ni?" Soal Haneul mula resah. Tahu suaminya itu menyimpan sesuatu dari pengetahuannya.
Untuk seketika Taehyung hanya diam.
"Papa call aku tadi.. Mama.."
Dada Haneul mula dirasakan sesak, berdebar-debar.
"Kenapa dengan Mama?"
"Mama dekat hospital,.."
Semakin kuat detakan jantungnya menanggung resah di hati.
"Mama dah tak ada, Haneul.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top