45
.
.
.
Seusai habis pembicaraan dan hukuman dijatuhkan, lantas Taehyung mengatur langkah keluar dari dewan mahkamah itu.
Langsung dia tidak menoleh, sedangkan dia tahu sejak tadi ada sepasang mata yang tak lepas dari terus-menerus menatapnya tajam.
Sehinggalah dia terdengar jeritan dan kekecohan dari belakangnya. Belum sempat dia menoleh dan melihat sendiri, terasa tubuhnya ditarik kasar dari belakang sebelum sebuah tumbukan menjamah pipi kanannya sehinggakan dia jatuh terduduk di situ.
Sebelah tangannya menahan tubuhnya sendiri dari terbaring di situ. Pipi dan batang hidungnya mula dirasakan kebas sebelum berganti dengan denyutan yang menyakitkan. Cecair dengan rasa semacam besi mula memenuhi dalam mulutnya.
"Manusia bangsat! Tergamak kau penjarakan isteri aku yang tengah sarat mengandung?!"
Terangkat kepala Taehyung tika suara lelaki di hadapannya tika itu bergema kuat di koridor mahkamah itu.
Lelaki itu, Jung Jaehyun. Bekas suami kepada isterinya sendiri, Min Haneul.
Dengan bibir dan giginya yang dicemari merah darah, Taehyung tersenyum. Sepasang matanya, dalam diam menyimpan api dendam pada lelaki di hadapannya itu yang tampaknya tidak senang duduk dihalang dari terus menghampirinya oleh dua orang lelaki yang entah siapa-siapa.
Perlahan-lahan Taehyung bangun. Bagaikan tidak terkesan, selamba dirinya menepuk-nepuk bajunya, membuang debu yang melekat pada tubuhnya. Lambat-lambat kepalanya diangkat, turut sama membalas tajam renungan Jaehyun yang sepertinya ingin membunuh.
Kali ini, bahu Jaehyun pula ditepuknya santai.
"Sabar ya? Apalah sangat isteri kau tu masuk penjara kalau nak dibandingkan dengan isteri aku yang buta? Sekurang-kurangnya dia boleh tengok kau dari dalam penjara nanti. Kan?" Santai Taehyung berseloroh. Tertawa, menampakkan barisan giginya yang dicemari merah darah.
"Kau memang dah gila."
Tersenyum Taehyung mendengar komen perlahan namun cukup keras Jaehyun itu.
"Kalau aku dah gila, dah lama aku langgar balik isteri kau. Haha, gurau je. Jangan ambil hati. Dahlah, aku balik dulu." Tenang Taehyung membalas. Sekali lagi bahu Jaehyun ditepuk-tepuk santai sebelum langkahnya kembali diatur meninggalkan lelaki itu yang jelas kesabarannya sudah hampir hilang.
"Tak guna kau, Kim Taehyung!"
Sekali lagi terdengar kekecohan di belakangnya. Dapat mengagak apa yang bakal terjadi, lantas Taehyung memalingkan tubuhnya. Ternyata tepat, Jaehyun sedang berlari ke arahnya.
Belum sempat lelaki itu menyerangnya, terlebih dahulu Taehyung menolak tubuh lelaki itu hingga jatuh tersungkur di hadapannya.
Tanpa menunggu lama, segala amarahnya dilepaskan, kewarasannya bagaikan sudah hilang dipadamkan rasa dendam.
Dengan Jaehyun masih terbaring di atas lantai, tidak henti-henti tangan Taehyung melayangkan tumbukan di wajah Jaehyun yang mula terlihat lemah itu sehinggalah tubuh Taehyung ditarik oleh pengawal keselamatan agar menjauhi lelaki itu.
"Isteri aku buta disebabkan isteri kau! Anak aku mati disebabkan isteri kau dan sekarang kau nak salahkan aku dia masuk dalam tu?!" Turun naik dada Taehyung menahan amarah. Matanya mencerlung tajam, menikam tepat sepasang mata Jaehyun yang tampak tak berdaya.
"Kau tanya aku tergamak aku masukkan dia dalam penjara? Kau tanya isteri kau, tergamak dia langgar isteri aku yang tengah sarat mengandung? Sampai isteri aku buta, sampai anak aku mati! Bayangkan kau dekat tempat aku! Kau tak kan pernah tahu sebab kau tak pernah tanam anak kau sendiri!" Di hujung katanya, suara Taehyung bergetar. Matanya yang mencerlung tajam mula terlihat berkaca.
"Mansae satu-satunya harapan kami waktu tu.." Rintih Taehyung perlahan, luruh hatinya setiap kali berbicara dan menyebut sebaris nama itu.
Perlahan-lahan tubuh Taehyung dilepaskan saat api kemarahan lelaki itu mula terlihat reda, berganti dengan hiba.
Saat dirasakan setitis air matanya jatuh, pantas Taehyung menyeka air matanya sendiri. Tidak mahu ada yang melihat air matanya jatuh. Beg dan blazernya yang terjatuh di atas lantai dikutip kembali sebelum langkahnya diatur laju meninggalkan kawasan itu.
Di luar kemahuannya, air matanya mengalir deras seiring di setiap langkahnya. Setiap kali memikirkan nasib isterinya, hatinya menangis hiba.
.
.
.
"Ma, Taehyung dah balik."
Tegur Taehyung perlahan dengan senyuman, langkahnya diatur menghampiri Puan Min, ibu mentuanya yang masih sibuk di dapur. Tak nampak pula kelibat Ahjumma Jung, mungkin juga dah balik.
Dengan senyuman, Puan Min menoleh, ingin melihat menantu kacaknya itu namun pantas saja senyumannya hilang tatkala melihat tepi bibir Taehyung yang pecah dan punya kesan lebam, begitu juga pada pipi kanan.
"Kamu bergaduh ke Taehyung?" Soal Puan Min laju, pantas juga tangan wanita tua itu menyentuh pipi menantunya itu sehinggakan Taehyung mendecit perlahan, menahan sakit dipicit.
"Kamu gaduh dengan siapa ni?! Dah besar gajah macam ni pun bergaduh?!" Bebel Puan Min. Tak padan dengan menantunya itu masih sakit, lengan Taehyung pula dipukul geram.
"Aduh, sakitlah mama. Jangan cakap kuat-kuat, ma. Taehyung tak nak Haneul dengar, risau dia nanti." Bisik Taehyung buatkan Puan Min tak habis menggeleng.
"Kamu gaduh dengan Jaehyun dekat court tadi ya?" Tebak Puan Min dan sudah tentu tepat mengena. Taehyung hanya diam.
Soal Haeri menjadi dalang kemalangan langgar lari Haneul dulu, hanya Taehyung dan ibu mentuanya itu saja yang tahu. Tentang hari ini juga, mereka berdua saja yang tahu.
Mujurlah bukti cukup untuk kenakan hukuman pada perempuan itu, tak perlulah Haneul disoal siasat. Taehyung sendiri tak mahu Haneul mengingat kembali memori itu, tidak mahu mengundang trauma dalam diri isterinya itu.
"Dia yang cari pasal." Rungut Taehyung tak puas hati, bagaikan anak kecil mengadu pada ibunya sendiri tentang hari-harinya dibuli ketika di tadika.
Tertawa perlahan Puan Min melihat riak muka menantunya itu. Kepalanya digeleng lagi.
"Haih, kamu ni. Ni kalau Haneul nampak ni.."
Masing-masing tersenyum hambar, pilu sendiri.
"Dahlah, pergi mandi lepas tu jumpa mama, mama sapukan ubat." Lembut Puan Min menyuruh buatkan senyuman Taehyung bertukar ceria.
"Mama masak apa? Lepas mandi nak makan boleh?" Soal Taehyung, manjanya bagaikan dengan ibu kandungnya sendiri.
"Eh, sibuk pula dia. Dah pergi mandi!"
Tertawa Taehyung bila tubuhnya ditolak-tolak agar keluar dari ruangan dapur itu.
"Masak sedap-sedap tau, ma. Tak sedap Taehyung ajak Haneul makan luar."
"Amboi!"
.
.
.
"Haneul tengah buat apa?"
"Tidur. Dari Tae masuk bilik sampai Tae dah keluar ni, langsung tak terjaga. Saya dah gomol-gomol pipi dia pun tak nak bangun, mengeliat je lepas tu tidur balik. Paiti." Cerita Taehyung terpaling sedih buatkan Puan Min tertawa.
Pada masa yang sama, tangannya cukup lembut menyapukan ubat pada tepi bibir menantunya itu. Menggeleng perlahan dia tiap kali melihat lebam di pipi menantunya itu.
"Dia penatlah tu. Ingat tak penat ke bawa anak-anak kamu tu ke hulu ke hilir? Tidur pun belum tentu lena tu."
"Tahu, ma. Sebab tu Taehyung hargai Haneul sangat-sangat. Banyak pengorbanan dia buat saya."
Tersenyum halus Puan Min mendengar jawapan Taehyung itu. Dalam hati, bersyukur tak terhingga dirinya memiliki menantu seperti lelaki di hadapannya tika itu.
"Sayang betul kamu dengan anak mama ya?"
"Eh mestilah. Dialah perempuan paling cantik saya pernah jumpa. Paling cantik, paling pandai, baik pula tu. Memang ideal type sayalah kiranya."
Tertawa Puan Min dek jawapan bersahaja Taehyung itu. Tersengih Taehyung melihat tawa ibu mentuanya itu, gayanya sebiji macam isterinya bila ketawa.
"Lega hati mama. Semenjak Haneul kahwin dengan kamu, mama dah tak risaukan anak mama lagi dah. Dari dulu mama tengok cara kamu layan dia, dari kamu berdua cuma berkawan lagi, mama tahu kamu ikhlas sayangkan Haneul. Mama tahu kamu akan sentiasa jaga anak mama elok-elok. Kalau apa-apa jadi dekat mama nanti, mama dah tak perlu risaukan Haneul lagi dah.."
"Janji dengan mama, jaga Haneul baik-baik ya?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top